Saturday, 6 January 2018

Percutian ke Bangkok Thailand - Tips








Pengalaman Percutian ke Bangkok Thailand

Bagi yang ingin ke Bangkok, boleh la baca perkongsian Mat Drat ni. Harap-harap  sedikit tips seperti penerbangan, airport, pengankutan, lokasi masjid, tempat makanan halal, tempat menarik serta itinerari ni dapat dijadikan sedikit panduan sebelum ke sana. 




Nota :
Gambar-gambar sangat limited untuk trip ke Bangkok ni, jadi agak lambat sedikit untuk Mat Drat update gambar. Perlu korek dari pelbagai sumber. Sebahagian besar gambar untuk trip Bangkok & Pattaya ini telah di transfer ke Laptop di hari terakhir Mat Drat di Pattaya, dan Laptop tersebut hilang beberapa jam sebelum balik ke Kuala Lumpur. Kisah kehilangan yang cukup sadis!!!



PERCUTIAN KE BANGKOK THAILAND

Sebagai intro, trip Mat Drat ke Bangkok kali ni dalam kumpulan yang agak ramai iaitu lebih kurang 30 orang. Dan Mat Drat dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bab penerbangan, pengangkutan kat sana (ground arrangement) dan juga penginapan. Jadi banyak la tips yang boleh Mat Drat share ni nanti.

Untuk trip Bangkok ni, 6H5M keseluruhannya. Tapi dalam pecahan 1 + 3 + 2.  
- 1 Malam di Bangkok (berdua bersama seorang rakan)
- 3 Malam di Bangkok (bersama 30 orang rakan lain)
- 2 Malam di Pattaya ) bersama 4 orang rakan lain


Dan memandangakan trip ni dalam kumpulan yang agak ramai, dan Mat Drat sendiri pun tak pernah sampai ke Bangkok, jadi Mat Drat dan seorang rakan tiba awal sehari untuk memastikan semua berjalan lancar.... pengangkutannya, penginapannya serta bab-bab makan nya.


Bab makan penting kalau travel ni, takkan pergi Bangkok nak makan makanan arab je kan (itu yang senang cari kat oversea). Dah pergi Bangkok, mesti masakan Thai jadi pilihan utama.

Okey, kita cerita bab trip Mat Drat ni....


PENERBANGAN KUALA LUMPUR - BANGKOK

- Penerbangan ambil masa lebih kurang dalam 2 jam 15 minit.
- Untuk ke Bangkok, boleh pilih Malaysia Airline, Air Asia, Malindo dan Thai Airways. 4 ni sahaja ada direct Kuala Lumpur - Bangkok.
- Selain 4 airlines ni, ada juga Scoot Airlines (dulunya Tiger Airlines) dan Jetstar, tapi kalau sanggup bertransit sana sini la, jadi penerbangan akan ambil masa 4-5 jam lebih dan mungkin lebih.


- Di Bangkok ada 2 international airport iaitu :
  • Suvarnabhumi International Airport (BKK) - Malaysia Airlines dan Thai Airways.
  • Don Mueng Airport (DMK) - AirAsia dan Malindo
- Don Mueng Airport ni lebih kepada airport untuk domestik flight dan low cost carrier.

- Untuk trip kali ni, Mat Drat and the gangs menggunakan penerbangan Air Asia. 
-Tempahan melalui group (quatation) lebih mahal, jadi terpaksa Mat Drat beli online yang kebetulan ada sales waktu tu. Cuma kalau beli group ni, antara kelebihannya kita dibenarkan tukar nama penumpang hingga masa tertentu sebelum pesawat berlepas dan harga 'locked' pada harga yang ditawarkan. Beli direct online ni, ada murah dan ada mahal...ikut nasib.
- Terpaksa Mat Drat beli dalam pecahan kumpulan dan harga yang berbeza-beza.... cuba dapatkan harga terbaik untuk rakan-rakan.

- Penerbangan yang Mat Drat pilih, penerbangan jam 11:30am dan tiba di Bangkok jam 12:40pm. Jadi nak ke KLIA2 tak kelam kabut sangat, dan sampai di Bangkok pula boleh terus check in di hotel. Jadi tak perlu kehulu kehilir dengan beg.

- Ada antara kami yang menggunakan Dokumen Perjalanan Berkumpulan atau lebih biasa disebut 'Group Passport'. Nak buat Group passport ni minimum kena ada 5 orang dan maksimum 20 orang, dan bayarannya hanya RM200 untuk sekali perjalanan. Kalau buat 20 orang, kira sorang RM 10 sahaja.

- Kalau guna group passport ni, kena banyak bersabar sikit lah. Mat Drat share sikit pasal cara serta syarat nak mohon Group Passport ni, pengalaman kawan-kawan yang gunakannya di entry berikut :

👉👉 Cara Buat Group Passport ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ


- Okey, sebelum tu, bagi yang ingin memandu ke KLIA/KLIA2 boleh consider juga untuk parking kereta di Park n Ride Putrajaya - Putrajaya Sentral Station atau Park n Ride Salak Tinggi - Salak Tinggi Station. Park n Ride Salak Tinggi - Salak Tinggi Station baru dibuka Dec 2016 yang lepas.

👉👉 Parking Murah di Park n Ride Putrajaya Sentral ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ
ATAU
👉👉 Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ


- Walau pun penerbangan hanya 2 jam 15 minit, Mat Drat sarankan ambil la inflight meal (kalau naik AirAsia), nanti sampai kat Bangkok tak kelam kabut nak cari tempat makan.

- Oh ye, untuk ke Thailand, kita tidak memelukan visa ye. Boleh kata semua pergerakan antara negara ASEAN, tidak memerlukan visa. Semangat ASEAN la katakan.

Nota
Nak masuk Thailand sekarang PASTIKAN bawa duit cash yang me cukup ye. 
Thailand dah amalkan minimum amaun perlu di bawa masuk ke Thailand, Malaysia termasuk dalam senarai.

Mengikut laman web di bawah, kadar minimum adalah 10,000 THB (individu) dan 20,000 (family).

Boleh rujuk : http://www.tourismthailand.my/travel_visa.php
 
Update 22.10.2018- Ramai yang bertanya mengenai minima THB 10,000 (lebih kurang RM 1,250).
- Syarat tu dah lama ada (rujuk link tourism Thailand di atas), cuma tahun lepas 2017 dan tahun ni (2018) ada beberapa kes warga Malaysia tak dibenarkan masuk ke Thailand sebab tak bawa cash THB 10,000
- Tidak semua akan diperiksa, random check sahaja.
- Untuk elak risiko, sebaiknya bawa melebihi THB 10,000
 

 











DON MUENG AIRPORT BANGKOK

Airport ni ada 2 bahagian - international dan local. Kedua bahagian bersambung antara satu sama lain.

Makanan dan beg yang di bawa masuk tidak diperiksa kecuali kes-kes tertentu. Yang penting tidak bawa barangan larangan.

Pegawai Imigresen seperti di kebanyakan negara. Muka semua serius, tak ada nak senyum-senyum ye.

Airport DMK ni boleh kata agak kecil. Jangan bandingkan dengan KLIA atau KLIA2.


Don Mueang Airport Bangkok
Dari level atas (pemeriksaan imigresen) terus ke
level bawah untuk tuntutan bagasi.




Surau di Airport Don Mueng

Di  sini ada surau yang cukup bersih dan selesa. Terletak di bahagian atas, berhampiran bahagian cafe-cafe di antara wing lama dan wing baru.
Surau Prayer Room Bangkok Airport
Berhadapan Cafe Bangmad

Surau Prayer Room Bangkok Airport
Surau Yang Cukup Selesa




Tempat Makan Halal di Airport Don Mueng

Di  sini nak cari makanan halal tak ada masalah. Ada beberapa kedai dan cafe yang sajikan makanan halal.


Aae Wee Cafe antara pilihan tempat makan halal di airport ni. Di ruang terminal ada, jadi boleh la nak minum atau makan sementara nak check in (masa nak balik KL). 
Kalau dah check-in, dah melepasi pemeriksaan kastam dan imigresen, Aae Wee Cafe juga terdapat di bahagian boarding area. 


Cafe Halal Bangkok Airport Tempat Makan Halal
Tertulis "HALAL FOOD"


Satu lagi option nak cari makanan halal di airport Don Mueng Bangkok ni adalah cafe Bangmad, yang ni terletak dihadapan surau. Cuma makanan dan minuman agak terhad tidak seperti Aae Wee Cafe tadi.


Cafe Halal Bangkok Airport Tempat Makan Halal



Selain dari dua cafe ni, Mat Drat pusing-pusing di 'food court' dan area terminal tetapi tak jumpa cafe lain dengan tanda/logo yang halal.  Tak tahulah kalau ada yang Mat Drat terlepas pandang.

Halal Food Bangkok Airport
'Food Court' di DMK Airport
- Tapi tak jumpa yang ada Tanda Halal di sini.



Tempat Letak Beg / simpan bagasi

Bagi merek yang memerlukan perkhidmatan meletak beg atau bagasi, disini ada disediakan kaunter letak beg. Caj hanya 75Bath setiap beg untuk 24 jam. Lokasi di tingkat atas di departure hall. Betul-betul terletak di tepi gate 3 (entrance).




Macam Mat Drat hari tu, selepas 5 hari di Bangkok dan 2 hari berikutnya ke Pattaya pula.  Jadi sebelum ke Pattaya, Mat Drat hantar kawan-kawan ke Airport untuk balik ke Malaysia dan Mat Drat tinggalkan bagasi Mat Drat disini dahulu. Jadi Mat Drat ke Pattaya tak ada lah pikul beg besar. 




SIM KAD MURAH DI THAILAND

Sim kad boleh dibeli di airport. Ada beberapa kaunter menjual sim kad yang terletak di bahagian ruang legar arrival hall. Keluar-keluar sahaja bahagian pengambilan bagasi, akan ada beberapa jurujual yang promote sim kad mereka.

Ada beberapa brand dan ada beberapa pakej yang sesuai untuk pelancong, dipanggil Tourist Sim. Boleh pilih ikut kesesuaian.

Mat Drat pilih telco dtac dan ambil pakej 299Bath. Pakej ni unlimited data untuk 7 hari. Cukuplah untuk pakai seminggu Mat Drat kat sini.


Sim Kad Murah Bangkok Thailand
Ada banyak kaunter yang jual sim kad  di Arrival Hall


Beli sahaja di kaunter di airport ni, cuma perlukan passport untuk pendaftaran  dan mereka akan masukkan simkad ke handphone dan settingkan internet dan semuanya.

Tips : 
Ada pekerja telco ni akan tukarkan juga nombor whatsapp kita kepada nombor baharu (nombor Thailand). Mat Drat pesan jangan tukar, takut nanti kita whatsapp orang, penerima tak kenal kita.

Kalau tak nak beli simkad Thailand ni, guna roaming pun boleh. Sekarang roaming dah murah. Ada pakej roaming perday untuk data sahaja. Ini kena cari maklumat di website telco masing-masing atau pun call customer service.

Nota : 
Mat Drat ada call customer service Celcom sebelum ke Busan hari tu (2 minggu sebelum ke Thailand), dan minta pastikan roaming Mat Drat dioffkan. Pihak Celcom maklumkan sebenarnya tak perlu risau dicaj sampai ribu-ribu lagi sekarang kerana roaming dah ada "maximum cap" dia. Dia siap offer untuk onkan roaming, tapi Mat Drat kata tak apa la... sebab tak baca term n cond pasal data roaming, risau juga. Lagi pun masa call tu dah otw ke KLIA.



PENGANGKUTAN AIRPORT TRANSFER : AIRPORT - BANGKOK 

Dari Airport jika ingin ke Bangkok boleh pilih sama ada nak menaiki teksi, grab car, bas atau pun sewa van. 


Airport Transfer Don Mueng Bangkok Airport to City
Pilihan Transport yang ada di Don Mueng Airport



Jarak dari Airport ke Bangkok hanya dalam 25 km tetapi makan masa agak lama. Jalan di Bangkok cukup terkenal dengan kesesakan

Masa perjalanan  lebih kuirang 45 minit hingga 1 jam. Kalau gunakan teksi atau grab car, minta driver guna highway dan kita bayarkan tol. Tol kat sini tak mahal kalau nak bandingkan dengan kesesakan yang kita kena hadapi kalau ikut jalan biasa.

Mat Drat punya trip special sikit sebab dapat guna keempat-empat jenis transport ni walaupun dalam 1 trip.

i) Teksi 
Mat Drat guna di hari pertama tiba (bersama seorang rakan). 
Kami guna applikasi Grab, cukup senang untuk mendapatkan teksi "Grab Taxi".  Kurang 10 minit, teksi sampai, dan terus bawa kami ke hotel. 
Tambang taxi dari Don Mueng Airport ke Bangkok City lebih kurang THB 200 (RM 25). Tapi bergantung juga kepada lokasi hotel dan keadaan trafik. 


ii) Van Sewa Airport Transfer (prebooked):  
Mat Drat guna perkhidmatan van untuk pick up rakan-rakan lain yang tiba di sini di hari kedua Mat Drat di sini. 
Mat Drat gunakan 4 buah van (Toyota Hiace) untuk Airport Transfer. Jadi pergerakan Airport - Hotel dan sebaliknya dirancang awal.  Van yang diberikan cukup selesa dengan setiap van boleh muat 10 orang dengan kapasiti 2 luggage setiap orang.
Prebooked dengan syarikat Thai Transport secara online dan bayaran hanya dibuat sewaktu tiba di sini. Urusan booking semua dibuat melalui email.
Bayaran yang dikenakan THB 900 satu van untuk sehala. 
Jadi untuk Airport - Hotel / Hotel - Airport adalah THB 1,800 (RM 225 )
Harga All-In (tol pun termasuk), jadi minta mereka gunakan highway sebab Bangkok sangat jem.

* Perkhidmatan Thai Transport ni Mat Drat guna juga untuk tour kami 1 hari ke kawasan Donmuen Floating Market dan juga 1 hari untuk tour Bnagkok City.


iii) Bas
Di day-5 Mat Drat di sini, selepas hantar rakan-rakan ke Airport Don Mueng untuk penerbangan balik ke KL, Mat Drat bersama 4 orang rakan tinggal lagi di Thailand untuk sambung bercuti ke Pattaya.
Untuk ke Pattaya, kami perlu naik bas AI yang terletak di luar gate arrival hall dan menuju ke Terminal Bas Mo Chit

Jika ingin ke Bangkok City, boleh ambil bas yang sama dan turun di station BTS/MRT Mo Chit. 
Tambang 30 THB sahaja.
Beritahu kepada pemandu atau penjual tiket yang kita nak berhenti di Mo Chit, tapi kena beri tahu la sama ada Teminal Bas atau BTS Station, sebab dua tempat ni agak jauh kalau berjalan kaki.




Airport Transfer Bus Don Mueng Bangkok Airport to City
Keluar sahaja dari gate Arrival Hall, itulah tempat mengambil bas.

Airport Transfer Bus Don Mueng Bangkok Airport to City
Jadual Bas Don Mueang Airport ke Bangkok City




iv) Grab Car 
Cukup banyak dan mudah untuk mendapatkan grab car di sini. Tak ada masalah. 
Mat Drat dari Pattaya ke Bangkok menaiki bas. Sampai di Station Bas Mo Chit, terus ambil grab car ke airport. 
Tambang grab car lebih kurang THB200 ke Airport

Sampai di Airport, lepas ambil bagasi baru perasan laptop tertinggal dalam bas dari Pattaya tadi. Terus Mat Drat ambil grab car patah balik ke Terminal Bas Mo Chit untuk kejar laptop yang tertinggal. Bab kejar laptop ni nanti Mat Drat share. Ada cerita bagai mana sorang 'taiko' tolong uruskan dan teman Mat Drat dari 1am- 4.30am.







* Tuk Tuk ke Airport
Dari Mo Chit ke Airport, Mat Drat naik Tuk Tuk je jam 4.30 pagi tu. Teksi dan grab car ada, tapi harga sedikit cekik darah sebab awal di pagi. 'Taiko' yang pandu Tuk Tuk tu hantar, walaupun dia tak pernah ke Airport bawa Tuk Tuk dia. 
Cerita ni Mat Drat Share kemudian...


Tuk Tuk Airport Bangkok Thailand
Mr Lee - driver Tuk tuk 




v) MRT / BTS : 
Sewaktu Mat Drat ke sini, pembinaan station BTS yang menyambungkan DMK Airport sedang dalam pembinaan. 
Kata pemandu teksi, hujung 2018 oboleh naik BTS terus dari airport ke Bangkok City. Tak sure betul atau tak hujung 2018 start ye.


PENGINAPAN DAN HOTEL DI BANGKOK

Mat Drat and the geng menginap di iBIS Nana yang terletak di Suhkumvit Soi 4. "Soi" ni kalau ditranslatekan maknanya lebih kurang  'jalan / lorong'

Sukhumvit Nana ni antara kawasan tumpuan pelancong untuk menginap. Memang banyak hotel di kawasan ni.

Dan Mat Drat pilih kawasan Nana ni selain tempat tumpuan pelancong dan banyak hotel, sebabnya
- Dekat dengan tempat nak tempah suit / kot / blazer (2 hari siap n murah)
- Dekat dengan station BTS ( Station Nana)
- Dekat dengan Arab Street...

Mat Drat and the gengs ni ramai, lebih 30 orang. Jadi nak dapatkan 20 bilik dengan 2 single bed pada harga RM200 per nite agak susah. Lagi-lagi masa Mat Drat ke sini adalah public holiday juga di Bangkok. Kalau hotel mahal, tak ada masalah... ni nak cari hotel dalam range RM200 sahaja.

Dalam banyak-banyak hotel yang Mat Drat survey dan minta quatation, hanya 2 pilihan terakhir yang available untuk dipilih ... iaitu

iBIS Nana
The Ambassador


Dan setelah perbincangan dengan beberapa rakan, kami pilih iBIS Nana sebab
- harga lebih murah
- harga termasuk breakfast
- hotel agak baru 
- hotel sediakan transport Hotel - BTS Station


Room Ibis Nana Bangkok
Bilik Kecil tapi cukuplah untuk tidur sahaja.
View.... tak ada view ye.
Mengadap building sebelah. Betul-betul bersebelahan.

Breakfast di sini sahaja.
Buah + Telur + Careal. Cukuplah



Transport Ibis Hotel - BTS Station Nana


Kalau ikut hati, nak je pilih Ambassador sebab 100 meter je dari BTS Station Nana. Lagipun, 2 Minggu sebelum ke Bangkok, Mat Drat menginap di Ambassador Busan, Korea. Rasa cukup selesa di Ambassador tu. Tapi kena ikut suara majoriti.



TAPI ingat ye... 
nak bagi tahu juga yang iBIS Nana ni terletak di SOI 4. Mat Drat secara peribadinya tak galakkan la menginap di Soi 4 ni , lagi-lagi kalau dtg dengan family. 
Tak galakkan tu sebabnya di Soi 4 ni bila malam menjelma sahaja, akan agak penuh dengan pompuan dan maknyah/pondan yang bersidai tepi jalan.  Pub-pub pun agak banyak di kawasan ni, jadi agak tak sesuai. Orang kata, pencemaran mata!

Mereka ni tak ada la kacau kita sampai nak tarik atau ganggu kita. Kita lalu depan mereka, tak ada masalah... mereka tak kacau kita dan tak ada nak tarik-tarik kita. Jangan risau.

Alkisah...
Teringat kata seorang driver grab car yang kami naik, bila sebut sahaja kami nak balik ke hotel di iBIS Nana Soi 4, terus dia sebut... 
"Soi 4 tu Lorong Jahannam." 



Soi 4 IBIS NANA BANGKOK HOTEL
Suasana Siang di Soi 4. Depan IBIS Nana


Soi 4 ni bersambung pula dengan Soi 3, jarak dari iBIS Nana ke Soi 3 hanya 500 meter. Soi 3 ni dipenuhi dengan kedai-kedai Pak Arab dan restoran makanan arab. Dan Soi 3 ni pula dipanggil Arab Street.



Arab Street Bangkok
Arab Street Bangkok

Gambar Arab Street ni diambil lepas kami makan di sebuah restoran Arab di sini. Pilih lokasi makan di sini sebab 400 meter sahaja dari hotel. Senang kawan-kawan nak makan, maklumlah sampai di Bangkok dan check in, mesti perut dah lapar.


Selesai makan, kami menuju ke musolla yang ada di salah sebuah hotel kecil di sini, sebelum memulakan aktiviti 'jelajah' Bangkok petang tu. Sessi penjelajahan Bangkok, Mat Drat share di entry berikutnya ye.



Hotel di Kawasan Nana RM 200 / malam

Kalau ada yang nak cari hotel bawah RM200 /nite di area NANA ni, Mat Drat share 5 hotel yang rasanya agak selesa dan tak jauh dari Station BTS NANA. Mat Drat letak harga RM200, sebab bagi Mat Drat bilik pada harga RM200 ni agak selesa dan kebanyakkannya 3 stars hotel.

Dari link ni nanti , boleh la juga lihat hotel-hotel lain yang berdekatan

1. iBIS Nana 
2. Ambassador Hotel Bangkok  -  
3. Majestic Suite Hotel Nana Bangkok 
4. Grand President Hotel  -
5. Omni Tower Sukhumvit Nana by Compass Hospitality  

Banyak lagi hotel-hotel lain di kawasan Sukhumvit Nana ni. Tapi kalau tak jumpa hotel yang berkenan, boleh la intai-intai hotel berhampiran dengan station BTS berikutnya... station ASOK. 




👉👉 Senarai Hotel di Bangkok -👈👈



Rangkaian Hotel iBIS di Bangkok

Macam Mat Drat bagi tahu tadi, Mat Drat menginap di iBIS Nana. iBIS ni rangkaiannya serata dunia dan harga dia agak murah dan hotel kebanyakkannya agak baru dan kotemporari.  Simple tapi selesa.

Di Bangkok sahaja ada 7 hotel iBIS ni... boleh la pilih iBIS lain kalau tak nak iBIS Nana. Mat Drat share 4 iBIS Hotel di Bangkok ni.

Ibis Bangkok Sukhumvit 4

- Dekat dengan Station BTS Nana
- Berdekatan 'Arab Street', senang
cari makanan  halal (arab food)
Ibis Bangkok Riverside

- Nice View
- Tepi sungai

Ibis Bangkok Siam

- Dekat dengan Station BTS MBK
- MBK ni tempat shopping,
banyak barang murah.
- Nak cari makanan halal pun senang di MBK,
ada masakan Thai, Arab Food
Ibis Style Bangkok 50

- Dlm 1.5km dari Station BTS terdekat
- Hotel sediakan Tuk Tuk setiap jam ke station BTS






SURAU DAN MASJID DI BANGKOK


Di Bangkok ini juga terdapat beberapa masjid. Nak cari makanan halal, boleh juga ke masjid-masjid tersebut, di situ pasti ada tempat makanan halal.

Surau di Soi 4 Nana

Berhampiran Soi 4 (Lokasi Hotel kami) dan Soi 3 (Lokasi Lunch kami Day-1) ini terdapat sebuah surau. Surau ni terletak di dalam Hotel Middle East. Jangan risau, pihak hotel benarkan untuk guna. Bell boy di luar pintu pun akan benarkan kita masuk jika sebut untuk ke masjid tersebut yang terletak di tingkat 2.

Lokasi Google Map Surau di Middle East Hotel ðŸ‘‰ðŸ‘‰ ðŸš©ðŸš© Middle East Hotel  


Surau Majod Prayer Room  di Bangkok
Surau /Masjid terletak di dalam hotel ni.

Surau Majod Prayer Room  di Bangkok
Mosque.... Jadi memang agak luas.

Masjid Haroon Bangkok

Mat Drat juga ke salah sebuah masjid di Bangkok ini iaitu Masjid Haron pada hari ke-3 semasa di sini dan juga semasa hari 'pertama' bersama seorang rakan.

Lokasi Google Map Masjid Haroon Bangkok -👉👉🚩🚩Masjid Haroon Bangkok


Masjid Haroon



Di Masjid ini pada hari pertama bersama seorang rakan
untuk pastikan esok semua berjalan lancar.

Antara gerai di sebelah Masjid Haroon


Deretan gerai di Masjid Haroon.
Tapi lewat petang dah tutup


Selain gerai-gerai di tepi Masjid Harron ini, terdapat sebuah restoran yang turut sajikan makanan halal iaitu Restoran Home Cuisene , restoran yang cukup selesa untuk menjamu selera. Restoran Home Cuise ni terletak di sebelah Masjid Haroon dan berhadapan Embassy France (Duta Perancis).

Harga makanan kira boleh tahan la, sesuai dengan suasana di dalam ni yang agak privasi dan cukup selesa.





Masjid Ban Oou


Masjid Ban Oou ni Mat Drat tak singgah, cuma lalu sahaja. Waktu tu di hari pertama bersama Mr Bai menaiki Grab Car ke jetty Sathorn Pier. Sathorn Pier ni kira jety utama untuk menaiki Bangkok River Cruise.



Bab Bangkok River Cruise ni, Mat Drat akan share di entry-entry berikutnya dalam Travelog Trip Bangkok ni.



Lokasi Google Map Masjid Ban Oou 👉👉 ðŸš©ðŸš© Masjid Ban Oou Bangkok


Dan sebenarnya jarak Masjid Haroon dan Masjid Ban Oou ini tidak jauh, lebih kurang 800 meter sahaja. Dari Jetty Sathorn Pier ni kami berdua berjalan kaki ke Masjid Haroon. Nak naik Tuk Tuk, tak boleh... Kat bawah ni Mat Drat cerita kenapa tak boleh naik Tuk Tuk.

Masa menapak dari Sathorn Pier tu ke Masjid Haroon, Mat Drat ada jumpa sebuah restoran makanan halal iaitu Muslim Restoran.

Lokasi Google Map Muslim Restoran Bangkok -👉👉🚩🚩Muslim Restoran









PENGANGKUTAN DI BANGKOK, THAILAND

Kat Bangkok ni, traffic jem di boleh tahan. Memang terlalu sibuk jalan raya di sini. Pukul 8 malam pun tak habis jem lagi.
Kalau rasa KL tu besar....Bangkok ni berkali ganda besar dari KL. Kenderaan terlalu banyak dan tak putus-putus.

Di sesetengah kawasan utama, jika nak keluar simpang dari hotel atau shopping mall, biasanya akan ada 'jaga'. Dia ni la yang akan tolong tahan kenderaan dan beri kita laluan untuk keluar masuk, kalau tak.... memang susah nak keluar masuk.

Pengankutan kalau bercuti di Bangkok ni.... 

i) BTS Skytrain

- Nak senang bergerak, naik BTS (Macam MRT/LRT). 
- Biasalah, kena berjalan sikit hendak ke / dari Station BTS.
- Mat Drat ada hari beli tiket 'single journey' dan ada hari beli 'One-Day pass". Ikut hari tu punya itinerari, bkalau rasa banyak turun naik tren maka Mat Drat beli 'One-Day Pass. 
- Tiket 'single journey' mula dari 16 Bath hingga 44 Bath. Boleh beli di mesin.
- Manakala 'One Day-pass' harga dia 140 Bath . Tiket ni beli di kaunter.
- Tiket 'One-Day Pass' ni bukan valid 24 jam ye, tapi untuk hari tu shj (sehingga last tren pada hari tu) 

- Nak beli tiket di mesin tak susah, macam kat tempat kita juga. Instruction dalam English ada.
- Cuma elok sediakan duit kecil selalu, di kaunter kadang-kadang agak sibuk terutamanya jika selepas office hour.

- Dan tren BTS di Bangkok ni boleh kata sentiasa penuh. 
- Landasan BTS kat Bangkok ni di atas jalan raya, jadi akan station yang perlu mendaki tangga. Tapi ada juga yang ber'escalator'. 
- Ada station yang sampai 3 tingkat, dan sangat sibuk. Kalau pergi dgn anak kecil, berikan lebih perhatian. kepada mereka.

- Di sesetengah station (yang sibuk dan utama), akan ada polis berkawal dan mereka yang bawa beg akan diperiksa. Tiap kali Mat Drat pakai beg sandang/galas, mesti kena tahan dan diperiksa beg. 




Saje nak share....
Seminggu sebelum ke Bangkok ni, Mat Drat ke Busan Korea. Suasana di dalam tren di sini rasa agak berbeza. Macam kat Busan hari tu, boleh kata kerap juga local people berborak dengan Mat Drat. Tapi kat sini, semua buat muka ketat dan muka stress je....
Opss...Mat Drat pi Busan hari tu, Astro taja ye... 😊




BTS Bangkok
BTS yang sentiasa penuh.. Sama je macam kat mana-mana negara






ii) Grab Car / Taxi

- Nak cari Grab Car atau taxi, tak ada masalah di sini. Grab Car banyak, teksi pun banyak.
- Download Grab App Thailand, senang untuk kita bergerak.
- Boleh kata kereta agak baru.. Seingat Mat Drat, Altis 2 kali, Yaris sekali...lain kereta tak ingat.
- Harga ....murah sikit dari teksi. Murah sikit je. 
- Kalau malas nak menapak ke station BTS, ambil je grab car... kongsi-kongsi dengan kawan. Kalau bawa family tu, bayar sorang je la (jangan lak kongsi tambang 😂 )
- Sebab Mat Drat pergi dengan kawan-kawan, jadi memang banyak juga guna perkhidmatan Grab Car ni, murah.... lepas tu share pulak 3-4 orang.



iii) Van Transport

- Mat Drat ada gunakan perkhidmatan van sewa dengan pemandu ni untuk Airport Transfer, untuk 1 day trip (pergi melawat area Donmuen Floating Market dan kwsn berdekatan) dan untuk 1/2 day Bangkok Trip (pergi makan je ...tapi jauh).
- Survey punya survey, Perkhidmatan Thai Transfer paling murah.
- Van yang diberikan cukup selesa, kami tak crowdedkan setiap van, hanya 8 orang satu van walaupun boleh muat 10 orang.
- Biasakan tengok van Thailand masuk Malaysia, macam tu la keadaan van dia... siap ada karaoke lagi dlm van.


Transport Van Bangkok Murah rent car cheap
Van - Tarnsport kami di Bangkok.
Cukup selesa untuk 8. Boleh muat sehingga 10 orang


- Macam untuk 1 day trip, Mat Drat bagi lokasi yang nak dituju (itinerari), dan mereka Quate harga. Kemana Mat Drat pergi, nanti baca next entry.
- Untuk 1/2 day Bangkok Trip pula untuk sewa van selama 4 jam. Cukuplah untuk kami pergi makan malam akhir...Kira dinner yang grand sikit.
- Van termasuk upah driver, kos petrol, tol dan parking...All-in.
- Tak perlu deposit, datang jumpa dan bayar.

- Tapi hari tu, puas juga tawar menawar dengn person in-charge, sampai-sampai kat hotel je disuruh bayar penuh. Nak selamat, Mat Drat minta bayar separuh-separuh...bukan apa, sebab Mat Drat ambil 4 van dan 3 trip. Nak juga berjaga-jaga, lagi-lagi uruskan ramai orang lain.

- Nanti Mat Drat share nombor telefon driver van kami, boleh la try deal direct dengan dia (tak perlu melalui Thai Transport - kalau boleh deal la)


iv) Tuk Tuk

- Okey, awal-awal nak bagi tahu...Tuk Tuk ni bukan pengankutan utama di Bangkok ye sekarang. Ia lebih kepada tourist attraction.
- Nak naik boleh, tapi tanya harga betul-betul dan bagi tahu lokasi betul-betul.
- Jangan sekali-kali sebut atau suruh dia bawa pusing Bangkok.... pengsan dengar harga nanti.
- Kebanyakan Tuk Tuk ni, dikawal oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Jadi harga tu memang mereka kawal.


Salah seorang Driver Tuk Tuk yang berkhidmat untuk kami


- Ada sorang driver tuk tuk ni, Mr Lee bawa kawan Mat Drat ke satu premis  'rahsia'. Beg tangan gred AAA.... Driver teksi dan tuk tuk je yang boleh masuk, pelanggan walk-in tak boleh jumpa tempat ni. Kedai dalam kedai. Murah juga beg tangan yang kawan Mat Drat beli. Mr Lee bukan driver yang gambar atas ni ye.!!
- Dan driver tuk-tuk ni juga lah yang tolong Mat Drat kejar laptop Mat Drat masa tertinggal dalam bas dari Pattaya ke Bangkok di hari terakhir Mat Drat.
- Nanti kalau nak nombor telefon dia, boleh la message personel Mat Drat.. Mr Lee je Mat Drat panggil dia. Tattoo penuh badan !!! 



Alkisah....
Hari 'pertama' di Bangkok, misi Mat Drat adalah survey semua tempat makan seberapa boleh dan tempat yang nak dilawati di Bangkok. Jadi bila kawan-kawan sampai pada Day-1, senang sikit urusan lojistik.

Petang hari pertama tu, Mat Drat dengan kawan (Mr BAI) dah agak letih berjalan ke sana kesini, naik turun station BTS...jadi nak la naik Tuk Tuk dari Jetty Sathorn Pier ke Masjid Haroon yang jaraknya tak jauh, dalam 700-800 meter sahaja.
TAPI... Driver Tuk Tuk tu tak nak bawa. Dia siap cakap, 
"Tuk Tuk Expensive, U Walk..Not Far!!"

Boleh dia suruh kami jalan kaki je.... 


Dia boleh cakap macam tak bagi kami naik Tuk Tuk dia. Tapi mungkin ada sebab kot dia cakap macam tu, mungkin sebab kami nak ke masjid, jadi dia tak sanggup nak caj mahal kat kami. Lagi pun sebelum kami minta dia hantar dengan Tuk Tuk tu kami dah berbual sikit dengan dia. Masa berbual rupanya dia Muslim dari selatan Thailand.


Tu la Alkisahnya nya....



v) Go Bike

- Ni perkhidamatan macam grab/uber car, cuma yang ni guna motor.
- Kalau malas nak download app, terus je ke tempat motor-motor ni berkumpul.

- Tapi Mat Drat rasa elok elakkan la, sebab Mat Drat tengok pembonceng belakang semua tak pakai helmet. Bahaya tu...
- Harga yang Mat Drat tanya, boleh tahan juga. Mungkin sebab boleh elak jem, tu yang harga dia mahal sikit.
- Dengarnya 2016 dulu, Grab dan Uber Bike kena hentikan operasi perkhidmatan 'kongsi motorsikal' ni. Tapi 2017 perkhidmatan ni beroperasi semula menggunakan jenama GO BIKE... Diuruskan oleh persatuan teksi motorsikal Bangkok.



Alkisah lagi....

Mat Drat merasa naik sekali Go Bike ni, jarak dekat je tak sampai 100 meter!!

Ni kes nak kejar river cruise semasa Day-1 Walau pun dekat, tapi kalau Mat Drat tak naik motor ni, tak sempat kejar cruise tu. Van pulak tak boleh masuk ke kawasan jety, kena lah kami menapak sikit.... 

Tiket dah beli (last boat), kawan Mat Drat (Mr BAI) beli tapi kami yang lain masih dibelakang. Boat cruise dah nak jalan, masih ramai kawan yang belum sampai jeti. Itu pun Mr BAI dah puas minta pihak cruise tunggu, tapi depa nak jalan juga sebab dah tunggu lebih 5 minit. Ye la, pelancong lain pun ramai.



Mat Drat nak minta motor Go Bike ni hantar ke jety boat cruise, mereka tak nak hantar sebab dekat sangat jaraknya, mereka suruh jalan kaki je. Dah puas Mat Drat cakap, tahu dekat tapi Mat Drat nak jugak naik.... pun mereka tak nak hantar. Last-last Mat Drat bagi 30 bath kat sorang tu... baru ada yang nak hantar. 



Dan dapatlah Mat Drat join rakan-rakan lain ber'river cruise' di Chowpraya River walau pun ada 4-5 orang rakan lain tak sempat naik.

Berlari-lari kami nak kejar boat cruise tu, sebab tu last boat petang tu dan tiket pula dah beli. 
Tu la Alkisahnya nya....

vi) Kereta Sewa

- Cuma Mat Drat nak share apa yang Mat Drat alami.
- Mat Drat punya plan nak drive dari Bangkok ke Pattaya pada day-4.
- Kereta dah dibooking dengan Hertz dan akan pickup di Airport di hari ke 4, iaitu pada hari hantar rakan-rakan lain balik KL.

- Masa sampai di Bangkok hari pertama, Mat Drat bertanya kepada kaunter Hertz di DMK Airport sama ada licence Malaysia Mat Drat ni boleh digunakan di Thailand (Bangkok dan Pattaya)....
- Jawapan awek kat kaunter tu, dia kata.... boleh guna TETAPI perlu bayar saman kepada pihak polis. Mesti kena tahan dan perlu bayar 'saman'
- Bila Mat Drat tanya berapa 'harga saman'..dia cakap tu bergantung kepada polis yang tahan dan berapa kali kena tahan. 
- Jadi Mat Drat terus cancelled kan booking kereta sew. Tak sanggup.

- Tak puas hati, Mat Drat tanya pula ke kaunter tourist di airport tu.... Jawapan dia lagi mantap.... Tak Boleh sewa kereta!!

- Jadi, kalau yang bercadang nak sewa kereta tu... kena dapatkan info yang lebih, yang lebih tepat dan yang lebih terkini.



TEMPAT MAKAN HALAL DI BANGKOK, THAILAND

4 hari kat Bangkok ni.... boleh kata banyak juga tempat makan Halal yang Mat Drat sempat singgah dan rasa.

Nak share kat sini, entry ni dah panjang lebar... Jadi Mat Drat akan share di entry berikutnya.


👉👉 Tempat Makan Halal di Bangkok Thailand  ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ



TEMPAT MENARIK DI BANGKOK, THAILAND

Pun sama... 4 hari kat Bangkok ni.... boleh kata banyak juga tempat menarik di Bangkok ni yang Mat Drat sempat singgah dan lawati.

Nak share kat sini, entry ni dah panjang lebar... Jadi Mat Drat akan share di entry berikutnya.
👉👉 Tempat Menarik di Bangkok Thailand  ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ


ITINERARI DI BANGKOK, THAILAND


Boleh lah baca di link di bawah untuk travelog 4H3M di Bangkok ni.
👉👉 Travelog 4H3M Bangkok Thailand  ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ







Dari Bangkok ni Mat Drat sambung ke Pattaya pula untuk 2H2M.



Terima kasih kerana sudi singgah blog Mat Drat ni.

Entry-entry berkaitan trip Bangkok ini :

 Tips Bercuti ke Bangkok
Percutian ke Bangkok Thailand  Travelog I: Bangkok
 Travelog II : Floating Market
Elephant Village Damnoen Saduak Housing  Travelog III : Elephant Village 
Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market  Travelog IV : Maeklong Railways  
 Travelog V : River Cruise
Travelog Bangkok Day 3 - Shopping di Bangkok  Travelog VI : Shopping Murah 
Tempat Makan Halal Di Bangkok  Tempat Makan Halal di Bangkok 
Tempat Menarik di Bangkok Thailand  Tempat Menarik di Bangkok 
Percutian ke PATTAYA







~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡


38 comments:

  1. Salam ..
    Nk tnya pasal transport ke Maeklong Market,
    boleh tahu ape website Thai Transport tu ye?

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam
      Thai Transfer
      adress :
      183 Soi Charoennakorn Rd, Banglumpoolang, Klongsan, Bangkok, 10600
      contact :
      line id : thaitransfers
      fax : +66 28601639
      mobile : +66 624029027
      tel. : +66 20033232
      tel. : +66 28607629
      www.thaitransfer.info

      Delete
    2. Kami sewa (Kos per van)
      Airport transfer - 900 THB (One way)
      Tour (8-9 hours) - 2500 THB
      Sewa 4-5 hours - 1800 THB

      Delete
    3. Boleh dapat kan contact sewa van for full day or half day ?

      Delete
  2. Boleh tau..tuan pergi bangkok bulan berapa ya?

    ReplyDelete
  3. kene apply international driving license la kan kalau nak sewa kete dekat tempat dorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut nya tak perlu sbb lesen kita boleh pakai Sebenarnya. Mungkin kat Thailand kot suruh kita ambil lesen International kalau nak sewa kereta, tapi tak pasti la. Pergi Ozzie tak ada masalah pun sewa kereta kat sana... Sini je byk songeh sikit

      Delete
  4. Salam, kalau dari DonMueng elok direct ke Chatucak atau check in ke hotel di bangkok City? dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh check-in, rasanya baik check in dulu. Baru seronok nak jalan jalan...

      Delete
    2. Kalau tak boleh check in, tinggalkan beg di hotel dulu pun Okey. Tapi kena Tanya hotel dulu sama ada mereka ada service left luggage. Biasanya hotel mesti ada.

      Delete
  5. Salam tuan kalau saya nak minta no phone perkhidmatan van boleh x

    ReplyDelete
  6. Salam tuan kalau saya nak minta no phone perkhidmatan van boleh x

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada tinggalkan maklumat agak detail di ruangan komen di entry

      https://mat-drat.blogspot.com/2018/01/percutian-ke-bangkok-thailand-tips.html

      Delete
  7. 10,000 baht utk group passport sahaja kan? Ker semua tourist?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apply to semua yg nak masuk Thailand. Individu. Better bawa lebih 10,000 Bath seorang utk elak kerumitan

      Delete
  8. Thai Transfer
    adress :
    183 Soi Charoennakorn Rd, Banglumpoolang, Klongsan, Bangkok, 10600

    contact :
    fax : +66 28601639
    mobile : +66 624029027
    tel. : +66 20033232
    tel. : +66 28607629
    www.thaitransfer.info


    Kami sewa (Kos per van)
    Airport transfer - 900 THB (One way)
    Tour (8-9 hours) - 2500 THB
    Sewa 4-5 hours - 1800 THB

    ReplyDelete
  9. Mr Lee
    660938459661
    660997875126

    Tak tahu mana satu nombor yg dia guna skrg, atau masih guna. Waktu jumpa, dia tak guna whatsapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mat drat ni no perkhidmatan van sewa ke ?

      Delete
    2. Wasallam...
      Ni driver tuk tuk, yg bantu Saya. Tapi tiada whatsapp

      Delete
  10. Berapa kos en. Bawak pergi bangkok duit semua total sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf...saya tak ingat, tapi rasanya dlm RM1,000 - RM1,500 sebab saya sambung ke Pattaya.
      Dan saya aktifkan kad debit saya untuk withdraw duit di sini.

      Delete
  11. Assalamualaikum
    Antara Bangkok dan Pattaya , mana yang lebih menarik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam...saya lebih suka Bangkok, byk tempat boleh dilawati dan aktiviti boleh dibuat

      Delete
  12. Assalamualaikum en. 10,000 bath tu wajib bawak ke nk masuk thai walau untuk 3 hari je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Ikut peraturan, wajib bawa.

      Tahun ni ada kes Malaysian tak lepas masuk, sebab imigresen kat boarder buat random check.

      Delete
  13. salam.
    ada itenary pegi lopburi tak. klu bole by van.. t.ksh

    ReplyDelete
  14. Hello mat drat, sya joe dri sarawak. Planning nk travel ke thailand next year. Saya nak minta pendapat mat drat ttg budget paling minimum utk pergi bangkok & pattaya.

    ReplyDelete
  15. Hello joe..
    (saya pun kt Sarawak skrg, ronda2 Kuching)

    Sorry, budget berapa tu susah nak cakap sbb saya tak simpan costing / rekod belanja.

    Tapi kos di sana (hotel, transport dan makan), mcm cuti2 di Malaysia je.

    Cuma kena tgk tempat yg kita nak pergi, byk yg kena byr.... Byk la kos. Souvenior atau brg shopping pun biasa2 je, bukan mcm Ho Chi Minh atau Bandung.

    Cuma Pattaya, kos tempat lawatan/aktiviti agak mahal sikit mcm Island Hoping, Show Alcaraz. Lain2 lebih kurang je..

    ReplyDelete
  16. Salam tuan boleh bagi no whaatapp tuan tak.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam tuan.

      Tuan boleh contact saya di email (contact me). Nanti saya reply nombor saya.

      Tapi saya mungkin tak dpt reply segera.

      Tgh preparation utk my 2 weeeks trip start tomorrow

      👌

      Delete
  17. Salam.. Nk mintak pndpt.. Flight saya smpai 8mlm di DMK.. U rase nk checkin area airport dlu or trus checkin area city? I bdua dgn husband, so kalo checkin area city masih bole naik bas ke mlm tu?

    Hana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam.
      1. Sampai 8pm, kita kata 9pm la baru settle imigresen dll.

      2. 9pm rasa nak naik bas mlm2, (kalau tak biasa) susah jugak tu.

      3. Saya cadangkan, naik grab je. Pengalaman saya mlm tu (kes laptop hilang dari Pattaya ke DMK, grab tak ada masalah di situ.

      Kalau dpt naik grab, saya rasa boleh je chk in area city terus.

      4. Hotel area DMK pun mcm kena naik grab, rasanya susah nak cari walking distance. (masa saya cari dulu la)

      5. Try intai2 review, sebab tak silap dulu tgh ada construction BTS (metro) sambung ke DMK. Tak sure dah beroperasi ke belum

      Delete
  18. salam matdrat, tumpang tanya yg beg grade AAA tu katmaneee?

    ReplyDelete
  19. Sy ambil tuktuk yg tuan share number. Mmg bagus orgnya. Humble

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.