Bersambung dari entry sebelum ini,
DAY-2
Day-2 di Bangkok diteruskan lagi dengan ke destinasi berikutnya di sekitar Ratchaburi ini iaitu
- Elephant Village
- Maeklong Railways Station
- Elephant Village
- Maeklong Railways Station
Sebenarnya 'Elephant Village' ni tak ada dalam itinerari kami untuk hari ni. Plan nya di Ratchaburi ini hanya ke Floating Market dan Maeklong Railways sahaja.
Memandangkan kami masih ada sekitar 2 jam lebih sebelum 'kereta api' tiba di Maeklong Market, jadi pemandu van kami cadangkan kami ke Elephant Village dahulu.
Bagus pemandu van kami ni, dia tengok kami semua duduk menunggu tak ada nak buat apa...jadi dia cadangkan kami ke Elephant Village dulu.
ELEPHANT VILLAGE
Elephant Village yang dibawa oleh driver van kami adalah di Chang Damnoen Saduak Housing.
Jarak dari Floating market hanya dalam 2 km sahaja.
Kalau google "Elephant Village' di area Damnoen ni akan keluar juga satu lagi yang lebih besar iaitu 'Chang Puak Camp'.
Lokasi di Google Map : 👉👉🚩🚩 Chang Damnoen Saduak Housing
CHANG ni GAJAH ye.
Elephant Village ni tak besar mana, masuk pun percuma sahaja. TAPI kena bayar jika
- nak beri gajah makan (beli harga makanan)
- naik gajah
- nak bergambar dengan gajah
Jarak dari Floating market hanya dalam 2 km sahaja.
Kalau google "Elephant Village' di area Damnoen ni akan keluar juga satu lagi yang lebih besar iaitu 'Chang Puak Camp'.
Lokasi di Google Map : 👉👉🚩🚩 Chang Damnoen Saduak Housing
CHANG ni GAJAH ye.
Signboard pun sempoi je |
Elephant Village ni tak besar mana, masuk pun percuma sahaja. TAPI kena bayar jika
- nak beri gajah makan (beli harga makanan)
- naik gajah
- nak bergambar dengan gajah
Tips:
Sewaktu kami sampai, tiada pengunjung lain. Selepas 5-10 minit, petugas kaunter makanan beri harga diskaun untuk makanan gajah (pisang). Mungkin sebab kami datang ramai, tapi tak ada seorang pun yang beli makanan tu untuk 5-10 minit pertama
Jom layan gajah.......
Papan Tanda masuk ke Elephant Village ni |
Jejaka Melayu di Bangkok |
Amaran tu.... Hati Hati ye. Jangan dekat-dekat sangat dengan gajah |
Selepas beberapa minit, selepas kenyit-kenyit mata, baru dapat harga diskaun untuk makanan gajah. Yang belakang tu, senyum je.... |
Gajah sini... tak di bagi tebu. Tetapi di bagi pisang... Satu bakul tu ada dalam 3 sikat. Sekali ngap je sesikat!! |
Rasmikan bagi gajah makan |
Peserta ke dua.... Mr BAI. Ini lah Mr BAI yang temankan Mat Drat dari hari pertama di Bangkok |
Untung ko gajah...makan free je |
Bila dah selesai sessi makan-makan... pandai pulak mereka ni bawa gajah-gajah ni keluar dari kandang gajah tu.
Gajah-gajah di bawa keluar untuk beri peluang kpd yang nak bergambar dengan gajah |
Sessi Selfie dengan gajah |
Sessi Selfie dengan gajah |
Dan pandai pulak, mamat dua orang atas gajah ni cakap ...Gajah-gajah ni nak tips
Hulur la sikit.... Untuk gajah-gajah ni beli gula-gula |
Rakan sepejabat dan juga rakan blogger... Orang pertama yang naik gajah. |
Dan pastikan jangan naik gajah tu serentak...Nanti tak ada orang yang ambik gambar korang masa tengah naik gajah. |
Okey....Ini je perkongsian ringkas ke Elephant Village. Nanti Mat Drat sambung untuk Maeklong Railways Market pula.
Entry-entry berkaitan trip Bangkok ini :
~Mat-Drat ~
Assalam en.mat drat.
ReplyDeleteBoleh share contact number driver kat sana?saya bercadang nak bawa family ke sana disember nanti.
Tq. - sherly
Wasallam.
DeleteSaya gunakan
Thai Transfer
adress :
183 Soi Charoennakorn Rd, Banglumpoolang, Klongsan, Bangkok, 10600
contact :
line id : thaitransfers
fax : +66 28601639
mobile : +66 624029027
tel. : +66 20033232
tel. : +66 28607629
www.thaitransfer.info