Penyanyi Cranberries - Dolores O'Riodan Mati
Hari ni kita lari tajuk sikit dari bab-bab travel... Sekali sekala tak apa.
Entry kali ni sebagai tanda Tribute utk Dolores O'Riodan, singer Cranberries.π©π€
(Sekali sekala menulis panjang pasal artis)
5 Sebab Mat Drat minat betul dengan Cranberries ni. Lagu-lagu hits Cranberries seperti Zombie, Linger, When You're Gone, Salvation, Dream, Ode To my Family π©π€π©π€ pasti akan terus dilayan oleh telinga kita walaupun dah berusia lebih 20 tahun.
1. Boleh la kata Dolores O'Riodan ni seorang penyanyi yang mempunyai suara dan juga cara nyanyian yang cukup unik. Susah nak jumpa suara mcm ni rasanya.... Pertama kali dengar dulu terus melekat dengan lagu dia...Ni la sebab pertama...Suara unik dia.
2. Kemunculan Cranberries awal 1990an dengan lagu-lagunya yang boleh dikategorikan sebagai Alternative Rock, sedikit sebanyak mempelbagaikan genre rock.... dan Mat Drat antara peminat Metallica yang boleh menerima Alternative Rock seperti ini. Dan sebab ke dua...genre muzic dia yang berbezaπ
3. Lagu-lagu seperti Zombie, Salvation dan Bosnia antara lagu-lagu yang ada mesej tersendiri...Mesej "Anti War".
Antara lyric yang melekat padat kat telinga Mat Drat.....
In your head, in your head, they are fighting
With their tanks, and their bombs
And their bombs, and their guns
In your head, in your head they are crying
4. Lebih 20 tahun dahulu, kerja pertama Mat Drat di hari pertama selepas tamat belajar adalah di sebuah syarikat rakaman... Universal Music. Dan setiap bulan selain boleh request 1CD free , Mat Drat juga boleh beli CD pada harga diskaun. Selain beberapa CD-CD Metallica, Gun N Roses yang jadi koleksi Mat Drat , CD-CD Cranberries turut Mat Drat beli untuk halwa telinga. Zaman tu mana ada YOU TUBE ke MP3 bagai... CD la kira yang terbaru selain tape. Tu belum masuk lagi CD Bon Jovi, Def Leppard, Elton John...... dan beberapa artis lain. Jadi Cranberries ni termasuk artis yang Mat Drat layannnn
5. Tak ada sebab lain kot selain 4 di atas... ππ
Dan kita layan lagu-lagu dari Cranberries malam ni..
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πππ
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.