Friday 9 March 2018

Percutian Ke Pattaya - Tips dan Panduan : Pattaya Part I


Mat Drat share sikit trip Mat Drat ke Pattaya tempoh hari.   Dan trip ni gambar agak sedikit kurang, sebabnya.... laptop hilang balik dari Pattaya hari tu dan gambar-gambar sebahagian besarnya dah di transfer ke laptop yang hilang tu. 

Gambar-gambar trip Busan (seminggu sebelum ke Bangkok-Pattaya ni), gambar-gambar trip Bangkok dari Day 1-Day 5 dan juga gambar-gambar Day 1 di Pattaya ni Mat Drat transfer ke laptop malam hari pertama tiba di Pattaya ni. Atas kesilapan teknikal, sepatutnya 'copy' tapi Mat Drat ter'move' dari folder  HP ke laptop. Jadi tak ada la backup gambar di handphone... Sadis...... Nasib baik satu folder sahaja yang termove... kalau trip Busan dan Bangkok pun 'termove', memang nangis tak berlagu laa....

Jadi gambar-gambar trip Busan dan Bangkok,  masih ada di handphone.... selamat.

Jadi semua gambar-gambar untuk Day 1 di Pattaya tak ada backup... untuk entry ni, Mat Drat terpaksa cari gambar dari 'sumber lain' untuk melengkapkan perkongsian. Kena korek balik Facebook, kena cari di WhatsApp group dan juga menagih dari kawan-kawan....





PERCUTIAN KE PATTAYA THAILAND

Okey, seperti yang Mat Drat share di trip Bangkok hari tu, Pattaya ni sebahagian dari trip Kuala Lumpur - Bangkok. Cuma Mat Drat panjangkan langkah kaki ke Pattaya bersama 4 rakan lain. 

Kira Mat Drat ke Pattaya bukan dari Kuala Lumpur, sebaliknya dari Bangkok ye.



Penerbangan Kuala Lumpur- Pattaya

Rasanya hanya AirAsia yang tawarkan penerbangan Kuala Lumpur ke Pattaya. Itupun hanya satu penerbangan satu hari dan dalam seminggu hanya ada beberapa penerbangan sahaja.

Untuk yang naik penerbangan ke Pattaya, Airport U-Tapao Pattaya ni airport yang kecil, tak banyak penerbangan. Dan jarak airport ke Pattaya lebih kurang 45 km, agak jauh sebenarnya.

Balik ke Kuala Lumpur, Mat Drat tak ambil dari Pattaya sebab masa flight tak kena dengan itinerari kami. Jadi kami patah balik ke Bangkok dan ambil penerbangan dari sana je balik ke KL.



Transport Bangkok- Pattaya

Berakhirnya Trip Bangkok bersama lebih kurang 30 orang rakan lain, Mat Drat bersama 4 yang lain sambung ke Pattaya. Tapi kami berlima turut ke Airport untuk 'hantar' rakan-rakan lain balik ke Kuala Lumpur. Masuk sahaja mereka yang nak balik ke Kuala Lumpur ke boarding area, maka kira bermulalah trip kami berlima ke Pattaya.

Kalau dari Bangkok ni, Mat Drat rasa pengangkutan yang jimat ke Pattaya ni adalah dengan Bas Ekspress. Tapi ada juga alternatif lain untuk ke Pattaya.

Van sewa boleh minta quatation dari operator van, ada Mat Drat share contact nombor di entry Trip Bangkok sebelum ni.

Teksi agak mahal ....2 jam lebih perjalanan. Tak berbaloi bayar mahal-mahal.

Mini-Van- Macam di hotel IBIS Nana Bangkok yang Mat Drat menginap, ejen pelancongan yang buka kaunter di lobi hotel turut tawarkan juga pakej ke Pattaya. Tapi harga.... boleh tahan. Jadi tak berbaloi. DIY lagi bagus.

Sewa Kereta - Yang nak sewa kereta Bangkok ke Pattaya, kena fikir-fikirkan ye. Plan asal Mat Drat memang nak sewa kereta sahaja ( dah sewa pun sebenarnya dengan Hertz). Tapi sampai di Airport hari pertama KL-Bangkok, Mat Drat tanya lebih detail di kaunter.... petugas kata tak boleh drive sendiri kecuali local people yang drive. 
Tak puas hati dgn penjelesan, Mat Drat tanya pula ke kaunter Thailand Tourism.... pun sama. Tak dibenarkan memandu. Jadi Mat Drat batalkan tempahan kereta, dan tukar kepada naik bas sahaja ke Pattaya.



Bas Bangkok ke Pattaya

Kami ke Pattaya menaiki bas sahaja. Bas ekspress yang cukup selesa, ada air-cond dan perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam.

Bas ke Pattaya boleh diambil di 2 station / teminal... sama ada Ekkamai Bas Terminal atau Mochit Bas Terminal



Ready untuk berlepas ke Pattaya. Kira selesa la bas ekspress macam ni.


Mochit Bus Terminal
Oleh kerana kami dari Don Mueang Airport, jadi Mo Chit Terminal adalah yang paling dekat. Mochit ni juga di kenali sebagai Northern Bus Terminal.

Dari DMK Airport kami ke Mochit menaiki bas dan berhenti di Terminal Mo Chit. (Jangan berhenti di BTS Mochit Station - kat sini kena menapak jauh).

Terminal bas ni tersangat la besar, platform bas sahaja lebih dari 100 platform.... mochit ni merupakan terminal bas terbesar di Thailand. Kaunter tiket bas pula, ikut 'negeri' dan kawasan. Baca satu-satu destinasi di kaunter bas, akhirnya jumpa juga kaunter tiket bas ke Pattaya. Rasanya 1 syarikat bas sahaja yang ke Pattaya. Nak ke Chiang Mai, Chiang  Rai pun boleh ambil di sini sahaja.

Tambang bas Bangkok - Pattaya ni 117 Bath (RM15) sahaja.

Jadual bas, lebih kurang setiap jam. Paling awal 5:30 pagi dan terakhir 10:00 malam.

Di terminal bas ni kami tak jumpa sebenarnya kedai makanan halal. Jadi kami masuk convenient store (macam 7E) dan beli pisang dan roti sahaja untuk alas perut.

Bas bertolak dalam jam 1pm, dan tiba 3pm... kira sedang cantik untuk check in dai Pattaya.


Ekkamai Bus Terminal
Sebenarnya kalau dari Bangkok, senang ambil bas dari Ekkamai ni sebab lebih dekat dengan bandar. Juga di kenali dengan Eastern Bus Terminal. Station ni bersambung dengan Ekkamai BTS Station dan terletak di Soi 63 Sukhumvit Road (Soi Ekkamai)

Tambang bas ke Pattaya pun sama harga dengan harga naik dari Mochit. Bas bergerak setiap 1/2 jam bermula 5:20 am dan bas akhir 11:20 pm.

Kalau kami dari Hotel IBIS Nana (Soi 4) patutnya naik dari sini je, tapi sebab kami ke DMK Airport dahulu, tu yang kami naik dari Mochit Terminal.

Memang Mat Drat dah study habis bab ni...kawan-kawan serahkan bab transportation dan hotel kepada Mat Drat untuk uruskan... Memang kena study habis lah...




Terminal Bas di Pattaya

Sekitar jam 3pm, kami tiba di Pattaya, bas berhenti di Air-Conditioned Bus Terminal Pattaya. Terminal ni terletak di North Road (Pattaya Nua).


Air-Conditioned Bus Terminal Pattaya
Kredit : Hotel.com

Terminal ni dinamakan Air-Conditioned Bus Terminal Pattaya, sebab ia selesa dan ber'air-cond' dan milik syarikat Roong Ruang Coach Company. Jadi ikut dia lah nak namakan apa kan... Dan bas yang berhenti kat sini pun, bas syarikat dia je...

Terminal bas ni memang selesa, ada kedai runcit dan ruang menunggu beraircond pun ada.

Tapi nak beli tiket balik ke Bangkok, tak boleh beli in-advance... kena beli tiket pada hari yang sama.


Transport dari Terminal Bas Pattaya ke Pattaya City
Turun sahaja bas, boleh pilih nak sambung perjalanan dengan menaiki teksi, 'songtaew' atau teksi motor.

Kalau di Bangkok, Tuk Tuk cukup dikenali tapi di Pattaya 'songtaew' menjadi ikon transport di sini. Songtaew ni pick-up truck yang diubah suai dengan belakang disediakan 2 panel tempat duduk. Tapi ada juga yang panggil tuk-tuk je...




Kami naik songtaew ni sahaja ke hotel kami dari Termian Bas Pattaya. Tambang 50 bath (RM6) seorang tetapi driver songhtaews ni akan hantar semua penumpang. So nasib lah siapa yang akan di hantar dahulu. Jangan lupa tanya tambang dahulu sebelum naik sebab tambang ikut destinasi hotel dan bermula dari 30 bath ke 50 baht.

Teksi Motor.... boleh tahan harga. Mat Drat tanya, dia minta 100 Bath (RM12) ke hotel, jadi untuk lebih jimat dan keselamatan...kami berlima naik songhtaews je .

Grab Car.... Masa sampai tak teringat nak guna Grab Car sebab lebih teruja nak naik 'songtaew' tu. Hari nak balik ke Bangkok, kami ambil grab car dari hotel ke sini. 


TRANSPORT DI PATTAYA


Song taew
Untuk bergerak di dalam Pattaya ni, paling jimat naik Song taew. Kalau dalam bandar Pattaya dan naik SongTaew ni hanya bayar 10 Bath sahaja. Ni kalau naik dan turun di laluan 'route' song taew ni. Ada route dia, dia pusing je bandar Pattaya ni.

Kalau untuk distance dekat tak perlu tanya berapa tambang, nanti kena caj lebih. Bayar je 10 Bath kepada driver bila turun.... Nak turun ada butang macam loceng naik bas lompat-lompat / atau bas mini (kalau biasa naik la).

Ada baca juga, kadang-kadang SongTaew ni bila-bila masa boleh divert dari route kalau ada permintaan dari passenger lain, jadi kalau nampak laluan macam dah tukar, tekan loceng dan turun. Jangan lupa bayar 10 bath kat driver

Tapi kalau yang menginap agak jauh dari bandar, macam di Jomnien Beach... nak naik songtaew ni kena la tanya harga dulu... mungkin caj dalam 20-30 bath


Teksi Motor
Teksi Motor agak banyak di Pattaya ni. Mat Drat naik sekali dan cukuplah itu sekali sahaja.

Waktu tu Mat Dart dan seorang kawan nak ke Alcazar show, dan show pun dah nak start. Ejen jual tiket dengan harga diskaun sebab show dah nak mula dan dia caj 100 bath utk transport teksi motor untuk jarak 1.5km. Sampai je teksi motor, terkejut bila dia suruh kami berdua naik satu motor tu... Dah la naik tak pakai helmet... jalan pun sibuk. Nak komplen pun tak boleh, naik je la...

Rasanya sama je macam kat Bangkok hari tu, teksi motor ni memang tak bagi helmet kat pembonceng... Kira sendiri tanggung la kot kalau jadi apa-apa.

Grab Car
Grab car kat Pattaya macam di Bangkok, senang nak dapat. Cuma kalau di tengah bandar sedikit jem.  Kami ambil grab car masa untuk ke Terminal Bas sahaja. Masa menunggu dalam 10-15 minit sebelum grab car sampai dari waktu booking.

Sewa Motor
Kalau nak sewa motor ni Pattaya ni, tak ada masalah. Tapi try la cari yang di luar jalan utama. Dan ingat, pakai helmet kalau sewa motor ni sebab Mat Drat terjumpa Mat Salleh kena saman dengan polis pasal bawa motor tak pakai helmet. Kalau datang berdua, boleh la sewa motor je kat sini.

Kereta Sewa
Kalau setakat nak bergerak di dalam Pattaya ni, rasanya tak payah la sewa kereta. Nak parking kat sini, agak susah la... Kami berjalan kaki je dari hotel ke pantai...ke tempat makan...kesana sini. Jadi nampak tempat parking memang limited dan sempit.


HOTEL DI PATTAYA

Untuk pilih hotel di Pattaya, pilih la nak 'ketenangan' atau 'kesenangan'. 

Nak 'ketenangan', pilih hotel di area Jomtien Beach. Tenang sebab area Jomnien ni pantainya cantik...lepak pun rasa tenang tengok laut dan pantai.

Nak 'kesenangan' pilih hotel hotel di area bandar / beach road. Senang cari makan dan senang nak kesana sini, boleh menapak je. Tapi akan sedikit 'serabut' dengan kesibukan Pattaya ni.

Survey punya survey, Mat Drat pilih hotel budget je 18 Coin n Cafe. Datang Pattaya masing-masing secara solo, janji dapat tempat tidur yang selesa....bersih...senang cari makan... bilik apa pun tak kisah.

18 Coin n Cafe.












Mat Drat pilih hotel 18 Coin n Cafe ni sebab 
- semestinya murah....RM 80 je satu malam (double bed)
- dekat bandar... senang cari makan. Depan hotel pun ada stall jual kebab halal.
- 600 meter je ke pantai... boleh jalan kaki je
- nak murah lagi, boleh je ambil hostel. Seorang dalam RM 30. Tapi Mat Drat rasa lagi elok ambil bilik... Tambah RM 20-RM30, ada privasi dan lebih selesa.
- Tapi ingat ye, jangan bayar RM 100 harapkan macam hotel RM 200-RM300.

- Mat Drat ambil hotel ni memang untuk tidur sahaja....cukuplah 3 bilik untuk 5 orang. Hari pertama sampai dah petang, lepas check-in kami terus ke pantai....jalan-jalan cuci mata sambil cari pakej untuk aktiviti laut esoknya.

- Hari kedua, ambil satu bilik sahaja untuk letak barang-barang sementara kami ke laut untuk aktiviti laut dan juga island hoping.


Hotel lain di Bandar Pattaya
Sebenarnya Mat Drat ada intai intai juga hotel di Jomtien Beach dan beberapa hotel lain di Bandar Pattaya ni.

Yang menarik dan masuk short list hari tu... Mat Drat listkan 5 hotel di Bandar (Pattaya Road Beach) dan 5 hotel di Jomtien Beach. (Walaupun kawan-kawan dah serahkan kepada Mat Drat tapi kena juga minta pendapat kawan-kawan)

11.03.2018... nanti sambung lagi

Pattaya Centre dan  Beach Road
Hard Rock Pattaya

Hotel 4 1/2 Bintang
- Lokasi : Pattaya Beach Road
- Rating tinggi, review semestinya bagus
160 meter je dari pantai
- Swimming Pool Cantik

- Sebab nak pilih : Ada yang request
- Sebab Tak Pilih : Over budget. Ha ha 
A-One Star Hotel

- Hotel 3 Bintang
- Lokasi : Pattaya Beach Road
- Rating tinggi, review bagus
- Harga mahal, tapi ada diskaun
- 150 meter je dari pantai

- Sebab nak pilih : Dekat Pantai
- Sebab Tak Pilih : Sold Out

Nonze Hotel 

- Hotel 2 1/2 Bintang
- Lokasi : Pattaya Beach Road
- Hotel baru buka
- Rating sangat tinggi, review bagus
- Harga murah. Ada bilik capsule
- 50 meter je dari pantai

- Sebab nak pilih : Dekat Pantai
- Sebab Tak Pilih : Sold Out
Hotel Sellection 

- Hotel 4  Bintang
- Lokasi : Pattaya Beach Road
- Harga murah.
80 meter je dari pantai

- Sebab nak pilih : Dekat Pantai / Murah
- Sebab Tak Pilih : 18 Coin lagi murah
Bay Breeze

- Hotel 3  Bintang
- Lokasi : Pattaya Centre
- Harga murah.
330 meter dari pantai

- Sebab nak pilih :  Murah
- Sebab Tak Pilih : 18 Coin lagi murah


Jomtien Beach
Beach Walk Jomtien

Hotel 2 Bintang
- Lokasi : Jomtien Beach
- Rating tinggi
260 meter je dari pantai
Fifth Jomtien

- Hotel 4 Bintang
- Lokasi : Jomtien Beach 
- Rating tinggi, review sgt bagus
- Harga mahal, tapi ada diskaun
190 meter je dari pantai
KP Seaview Jomtien

- Hotel 3 Bintang
- Lokasi : Jomtien Beach - Tepi Pantai
- Rating sangat tinggi, review sgt bagus
- Harga murah. Bwh RM 100




So pilih la hotel di kawasan mana yang berkenan dan ikut budget.




AKTIVITI DI PATTAYA

Okey....sampai kami di Hotel 18 Coin n Cafe ni, selesai check in....berehat sekejap dan kami terus keluar untuk mencari makan, kemudian melepak di pantai Pattaya dan juga mencari pakej-pakej untuk aktiviti kami malam ni dan juga aktiviti esok.

Tujuan kami berlima sambung ke Pattaya ni dari Bangkok sebab tertarik dengan akiviti pantai dan laut di sini, termasuk island hoping. 

Jadi bab aktiviti pantai dan island hoping, Mat Drat cerita di entry berikutnya....

Di Pattaya ni, kita akan jumpa terlalu ramai Mat Salleh, bukan sahaja dari Europe dan US,tapi dari negara-negara bekas Soviet juga ramai. Jangan hairan kalau terjumpa banyak kedai-kedai, pub-pun dan restoran dengan signboard tulisan Rusia.... orang mereka memang ramai. Apa sebab mereka ke sini, kita sendiri maklum lah....sama je macam sebab mereka ke tempat-tempat lain di Thailand ni. Selain menikmati keindahan pemandangan dan suasana Thailand, masakan dan budaya, mereka juga mencari 'sesuatu' di sini. Bab  ni tak payah cerita la.....


Nak makan halal di Pattaya ni tak ada masalah, banyak restoran halal ada. Bab makanan halal pun akan Mat Drat share di entry berikutnya.


👉👉Bersambung ke Bercuti ke Pattaya Part II -Tempat Makan Halal 



PATTAYA Ke BANGKOK

Okey....esoknya selepas aktiviti sea tour, sampai di hotel sekitar jam 4 petang. Mandi-mandi dan bersedia kami ke ke Terminal Bas Pattaya untuk ambil bas balik ke Bangkok.

Kami terpaksa datang awal sebab tiket tak boleh beli in-advance, sampai dan terus beli untuk tiket yang availabe.... Ni sistem kat sana, jadi kena follow la.

Mat Drat naik grab dan sampai di terminal dalam pukul 6.30pm. Bas yang availabel waktu tu adalah bas pukul 9pm, jadi kena tunggu je la.



Tiket bas....9pm. Kena tungu ...


Ruang menunggu yang agak selesa



LAPTOP HILANG BANGKOK


Nanti Mat Drat share sikit cerita pasal Mat Drat hilang laptop ni. Macam drama pun ada.






Entry-entry berkaitan trip Bangkok ini :

 Tips Bercuti ke Bangkok
Percutian ke Bangkok Thailand Travelog I: Bangkok
 Travelog II : Floating Market
Elephant Village Damnoen Saduak Housing Travelog III : Elephant Village 
Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market Travelog IV : Maeklong Railways  
 Travelog V : River Cruise
Travelog Bangkok Day 3 - Shopping di Bangkok Travelog VI : Shopping Murah 
Tempat Makan Halal Di Bangkok Tempat Makan Halal di Bangkok 
Tempat Menarik di Bangkok Thailand Tempat Menarik di Bangkok 
Percutian ke PATTAYA



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

3 comments:

  1. I'm curious to find out what blog system you happen to be working with?
    I'm having some small security issues with my latest site and I'd like to find something more
    safe. Do you have any suggestions?

    Check out my site vòng tay đá phong thủy tay nam

    ReplyDelete
  2. Mesti banyak duit ni. ..Banyak masyuk

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.