Rezeki kali ini, menang grand prize dalam satu peraduan dianjurkan channel AXN Asia. Hadiah merupakan trip ke Goald Coast Australia. Hadiah yang diberi merangkumi:
- 2 tiket pergi balik KLIA, Kuala Lumpur - Brisbane Airport, Brisbane
- Pengangkutan Airport Brisbane - Apartment dan pulang
- Penginapan 3 malam di De Ville Apartment, Gold Coast
- Tiket Seaworld Gold Coast
- Pengangkutan Apartment ke Seaworld
Dapat sahaja makluman terpilih memenangi hadiah ini, terus study blog sana sini dan juga tip melancong ke Australia terutamanya ke Gold Coast. Tarikh yang saya pilih adalah berdasarkan tarikh yang cuaca paling okey (dingin dan berangin) dan tidak bertembung dengan cuti sekolah di sana.
Masa Terbaik ke Gold Coast
Secara amnya, melawat ke Gold Coast Australia adalah sesuai dilakukan disepanjang tahun. Walau bagai mana pun, cuba elak cuti sekolah dari negeri bersebelahan. Berikut adalah musim dan purata suhu di Gold Coast
Summer ( Dec - Feb )
Temperatures 20-28°C.
Pada waktu ini cuaca agak berangin tetapi nyaman
Temperatures 20-28°C.
Pada waktu ini cuaca agak berangin tetapi nyaman
Temperatures between 16-26°C.
Sunny days & warm night.
Temperatures of 11-21°C
Generally sunny and dry .
Pada ketika ini, kebanyakan warga Australia dari negeri sebelah selatan akan mengelak cuaca sejuk dengan bercuti ke Gold Coast. Kebarangkalian hujan agak rendah.
Temperatures 15-25°C.
Sunny days followed by mild tropical evenings.
Visa Ke Australia - Online
Untuk ke Australia, kita perlukan VISA ETA. Visa ke Australia saya buat di travel agent dengan bayaran RM 30 untuk seorang. Visa ni di proses secara online jadi boleh dapat on-the-sport. Harga proses bayaran VISA bergantung kepada travel agent, lain agent.... Lain harganya. Ada yang caj sehingga RM 50.
Edited (maklumat tambahan):
Boleh baca entry saya >> Mohon VISA AUSTRALIA - ETA ONLINE
Penerbangan Kuala Lumpur ke Gold Coast
Kami menaiki penerbangan MAS dari Kuala Lumpur (KUL) ke Brisbane (BNE).
Perjalanan mengambil masa hampir 9 1/2 jam.
KUL 9.30 pagi - BNE 9.00 malam ( Beza waktu 2 jam)
Baru sampai Darwin.... ada lagi 2/5 jarak penerbangan |
Selain MAS, Airasia ada menawarkan penerbangan terus ke Gold Coast. Tak silap saya, penerbangan Air Asia berlepas malam dan tiba awal pagi di Gold Coast dalam lingkungan pukul 7 pagi.
* Sewaktu entry ini ditulis, MAS tidak lagi menawarkan penerbangan Kuala Lumpur - Brisbane.
Airport Brisbane
Sebelum pesawat mendarat, kami diedarkan satu borang "arrival card" iaitu satu pengistiharan kastam/custom declaration.
Semasa membuat persiapan sebelum berlepas, saya sudah membaca berkenaan senarai barang-barang yang dilarang dibawa ke Australia. Dadah sudah sepastinya tidak boleh dibawa masuk, yang saya maksudkan adalah barangan makanan yang dilarang. Jadi kita perlu isytihar kan di borang tersebut semua barang yang perlu diisytihar (jika ada) untuk elak sebarang masalah di Airport.
Sampai di Airport, barisan di kaunter imegresen dan kastam agak panjang kerana pemeriksaan di sini agak ketat. Hulurkan "arrival card" yang diminta dan buat biasa sahaja. Mereka memang nampak serius. Ini baru betul enforcement officer, muka kena garang dan serius.... bukannya perlu manis dengan senyuman.
Sampai giliran kami, beg dibuka dan diperiksa isi kandungannya. Untuk memudahkan kita dan juga pihak mereka, saya tidak bawa barangan berasaskan telur dan kekacang. Saya hanya membawa mee segera, bubur nasi segera, sardin dalam tin, rendang dalam tin, sedikit biskut dan coklat bar. Semua produk-produk ini memaparkan kandungannya dengan jelas di luar pack/tin.
Untuk lebih memudahkan kita, elok kita asingkan dan kumpul sekali barangan makanan di dalam satu beg sahaja. Jangan dalam beg kita ada makanan, beg pasangan ada makanan, beg anak-anak juga ada makanan. Kalau kena punggah keluarkan barang dalam beg, kita.juga yang susah nanti nak.kemas balik... masa pun akan banyak terbuang.
Selesai mereka memeriksa beg saya (beg berisi makanan), mereka tanya beg kedua isi apa. Saya kata hanya pakaian dan belum sempat saya buka, pegawai tu dah suruh saya terus jalan. Dia tak periksa beg kedua sebab makanan saya dah asingkan siap-siap. Yang penting semua makanan yang saya bawa boleh dibawa masuk tanpa halangan.

Petikan dari laman web rasmi Tourism Australia
"Australia’s customs laws prevent you from bringing drugs, steroids, weapons, firearms and protected wildlife into Australia. "
"Some common items such as fresh or packaged food, fruit, eggs, meat, plants, seeds, skins and feathers are also prohibited.
If you are carrying cash into Australia, that's ok, but you must report it. Find out more and obtain a report form on the AUSTRAC website atwww.austrac.gov.au/travellers. "
If you are carrying cash into Australia, that's ok, but you must report it. Find out more and obtain a report form on the AUSTRAC website atwww.austrac.gov.au/travellers. "
Kami tiba di Airport jam 9 malam tapi disini seakan sudah agak lewat, airport sudah agak lengang. Perkara pertama saya pergi adalah ke kaunter pelancongan dan ambil semua pamplet-pamplet berkaitan Gold Coast. Di sini juga saya beli siap-siap kad "Go Card". Go Card ini merupakan kad pra bayar ynag memudahkan kita menaiki public transport mereka dengan tambang yang lebih murah.
Sim kad tidak sempat saya beli disini kerana agak kelam kabut kerana risaukan pemandu yang telah sedia menunggu kami. Kami terus ke kenderaan yang menunggu kami. Kami berkongsi kenderaan bersama 2 pasangan lain yang juga ke destinasi sekitar Gold Coast. Satu pasangan dari Singapore dan satu pasangan lagi warga Australia yang pulang bercuti dari Malaysia.
Jarak Brisbane Airport ke Gold Coast lebih kurang 80km dan jarak perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Van/Bas yang menunggu kami. Sangkakan limosin yang menunggu. Syarikat Con-X-ion menyediakan pengangkutan dari Airport dan sebaliknya. Boleh book online. |
Ingat !!
1. Declare betul-betul di dalam 'arrival card'
2. Elakkan bawa buah-buahan, daging serta makanan berasaskan tenusu, telur, kekacang
3. Packing barang makanan bagi memudahkan pihak kastam memeriksa.
4. Seeloknya makanan di sekali kan satu luggage, jika di minta buka luggage hanya perlu buka satu luggage sahaja untuk pemeriksaan. Ini yang saya buat.

De Ville Apartment
Lebih kurang 1 jam perjalanan, kami sampai di Apartment kami.... De Ville Apartment. Apabila kami keluar dari van, kesejukan mulai terasa, saya jangkakan waktu suhu sekitar 14-16°C.
De Ville ini bukan hotel tetapi lebih kepada Hotel Apartment. Kaunter receptionist tidak dibuka 24 jam tetapi pre-arrangement boleh di buat untuk pekerja menunggu. Pekerja ini pun sebenarnya tinggal di Ground Floor sahaja.
De Ville Apartment terletak di "Main Beach". Pantai Main Beach ini agak tenang dan pengunjung agak kurang, mungkin kerana cuaca yang agak sejuk sewaktu kami tiba di sini. Di Gold Coast ni, pantai yang selalu jadi tumpuan pelancong dan pelawat adalah Broadbeach dan juga "Surfer Paradise". Kira dua pantai ni lebih glamour dan agak happening sikit la...
Ruang tamu dan dining hall untuk 1 Bedroom Superior http://www.deville.com.au/apartments |
Sungguh selesa dan luas, apatah lagi jika hanya berdua. http://www.deville.com.au/apartments |
Masuk sahaja ke apartment, hilang sedikit keletihan apabila melihat keluasan dan kekemasan apatment. Kami diberikan 1 Bedroom Superior. Sangat selesa untuk kami berdua.
Kesejukan terkena udara luar tadi masih terasa dan nasib baik disediakan dua heater di dalam apartment untuk kami gunakan. Ini pertama kali guna heataer... Kat Malaysia tak pernah jumpa benda alah ni. .

Apartment De Ville yang kami duduk ni jaraknya hanya 5 km ke Surfer Paradise. Di sekitar De Ville Apartment ni, hanya ada satu kedai runcit yang kami jumpa. Tetapi dalam radius 1 km dari sini terdapat banyak cafe-cafe di sepanjang Tedder Avenue, Peak Avenue dan Hughes Avenue.
Ada satu restoran halal di sini, iaitu Boardwalk Café . Tapi kami tak sempat pun nak singgah makan di sini.
Ada satu restoran halal di sini, iaitu Boardwalk Café . Tapi kami tak sempat pun nak singgah makan di sini.
Juga jangan lupa bawa socket plug (travel) yang sesuai di sini, Kami terlupa bawa dan akhirnya terpaksa meminjam dari petugas kaunter. Sungguh baik hati memberikan kami pinjam sepanjang kami menginap di situ. Untuk senang, beli sahaja universal traveler punya.... boleh pakai di mana-mana negara.
Sedikit gambar De Ville Apartment dari kamera kami...
Ruang yang luas dan selesa. TV dengan berpuluh channel disediakan. |
Apartment yang sungguh luas dan selesa |
Ruang dapur yang selesa |
Mesin basuh dan pengering disediakan juga. Kalau seminggu di sini, tak perlu bawa baju banyak-banyak. |
Gold Coast Australia
Goal Coast terletak di dalam negeri Quensland (QLD). Di sini memang menjadi tumpuan pelancong, bukan sahaja dari luar Australia malahan juga dari seluruh Australia itu sendiri dan juga jiran terdekat mereka, New Zealand. Biasanya apabila kawasan selatan Australia mengalami musim sejuk, mereka akan bercuti ke territory Quensland terutamanya di Gold Coast.
Bagi yang ingin ke Gold Coast dinasihatkan juga untuk memeriksa musim cuti sekolah negeri-negeri lain di Australia juga Biasanya musim cuti sekolah mereka adalah musim sejuk, dan mereka mengambil peluang uti panjang ini untuk bercuti ke tempat/negeri lain.
Di Gold Coast ni tarikan utamanya adala theme park, jadi kalau bertembung dengan cuti sekolah mereka.... alamatnya kena beratur panjang la di dalam theme park tu....
Di Gold Coast ni tarikan utamanya adala theme park, jadi kalau bertembung dengan cuti sekolah mereka.... alamatnya kena beratur panjang la di dalam theme park tu....
Cuaca di Gold Coast dikatakan sesuai untuk kesana sepanjang masa, boleh kata hujan agak jarang-jarang berlaku disini. Mungkin sekali sekala akan ada gerimis, itu pun susah nak jumpa. Langit sentiasa cerah dan cuaca berangin, dingin dan nyaman. Mungkin sebab itu ramai yang suka ke sini menikmati ketenangan dan kedamaiannya.
Pengangkutan Murah di Gold Coast
Sepanjang kami di sini, kami tidak menyewa kereta. Rasanya agak kurang berbaloi untuk menyewa kereta sedangkan boleh dikatakan setiap hari kami akan habiskan masa di sesuatu tempat dan bukannya akan memandu lama.
Caj parking di sini juga agak mahal di siang hari, terutamanya hari bekerja. Bagi yang menyewa kereta, jangan bawa perangai parking sesuka hati di sini.... di sini denda parking tersangat lah mahal. Kalau caj parking pun mahal, dendanya lagi la mahal.

Kenderaan awam di sini terutamanya bas cukup selesa dan boleh dipercayai ketepatan masanya. 3 hari kami di sini, kami hanya menggunakan pengangkutan bas awam mereka sahaja.
Untuk lebih jimat, kami beli go card. Kad ni menjimatkan apabila kita kerap menggunakan pengangkutan awam (bas) di sana berbanding bayar setiap kali naik bas. Harga cuma USD 10 satu kad dan kita boleh top-up di mana-mana 7 eleven.

Motorhome / Caravan di Gold Coast, Australia
Sebelah apartment kami ni, terdapat satu lot parking untuk motorhome/caravan. Di situ lengkap dengan kemudahan seperti tempat mandi, tandas, tempat BBQ, swimming pool dan lain-lain. Bagi yang berangan nak ber"caravan" ke Gold Coast, bolehlah intai-intai tempat parking Caravan/Motorhome ni iaitu Gold Coast Tourist Park .
Untuk info, caravan/motorhome tidak boleh dipandu ke kawasan bandar Gold Coast, jadi di sini la pelancong park caravan mereka dan seterusnya gunakan public transport untuk ke bandar Gold Coast.
Untuk info, caravan/motorhome tidak boleh dipandu ke kawasan bandar Gold Coast, jadi di sini la pelancong park caravan mereka dan seterusnya gunakan public transport untuk ke bandar Gold Coast.
Sekitar pemandangan di waktu malam dan pagi dari Apartment De Ville yang kami diami.
Malam di Main Beach, Gold Coast. |
Sekitar Main Beach di waktu pagi |
Kelihatan Tourist Park dipenuhi pemilik caravan/ motorhomes |
Setiap hari sekitar jam 6 pagi sehingga 8 pagi kami bersiar-siar dahulu di Main Beach sambil menikmati ketenangan dan kedamaian di sini.
Seronok melihat warga Gold Coast beriadah di pagi hari sebelum memulakan tugas masing-masing. Rata-rata kedai dan pejabat di sini dibuka sekitar jam 10 pagi.
Seronok melihat warga Gold Coast beriadah di pagi hari sebelum memulakan tugas masing-masing. Rata-rata kedai dan pejabat di sini dibuka sekitar jam 10 pagi.
Sejuk....17°C |
6.39 pagi.... sudah cerah |
Jinak burung ni - Di hadapan Southport Surf Lifesaving Club |
Burung yang sama |
Jalan-jalan di Main Beach. Agak lengang |
Main Beach ni lapang dan tenang di waktu pagi
|
Hotel di Main Beach Gold Coast
Sebenarnya kami sangat berpuas hati dengan penginapan kami di De Ville Apartment. Cukup mendamaikan dan tenang. Tak crowded dan tak pening-pening dengan hiruk pikuk pelancong lain seperti di area Surfer Paradise.
Tapi mungkin ada yang tidak menggemari penginapan 'HotelApartment' seperti De Ville ini boleh la melihat lain-lain penginapan di kawasan Main Beach ini.
Tapi mungkin ada yang tidak menggemari penginapan 'HotelApartment' seperti De Ville ini boleh la melihat lain-lain penginapan di kawasan Main Beach ini.
Lain - lain penginapan di kawasan Main Beach ,antaranya
Booking.com
Lain-lain entry berkaitan trip kali ini;
>> Trip ke Gold Coast Australia : Day 1 - KL ke GC
>> Trip Gold Coast Day 2 - Sea World
>> Trip Gold Coast : Day 2 - Makanan Halal di Surfer Paradise Dan Hotel Murah
>> Trip Gold Coast : Day 3 - Warner Bros Movie World
>> Trip Gold Coast : Day 4 - Shopping Harbour Town
>> Trip Gold Coast : Itinerari 4D3N
Hai sy nak tanya boleh ke kita bawa brahim kotak tu, yg nasi beriani ayam la kambing la..
ReplyDeleteikutkan makanan berasaskan DAGING tak boleh bawa..... tapi saya baca dulu ada yang bawa lepas masuk. Janji declare awal2 dan dibawa dengan kotak sekali (pegawai nak cek ingredients).
ReplyDeletetrip ni saya tak ingat saya bawa ke tak nasi Brahim ni.... tapi bubur segera dan sardine / sambal dlm tin memang Pasti saya bawa kalau trip overC.
oh ok, lepas tu nak tanya pasal go card tu kalau ambil daily pass boleh guna di semua public transport ke? termasuk airport transfer macam bas dari airport ke surfer paradise or any other station?
DeleteTak silap GC Airport ke surfer paradise memang ada bas. Go Card ni boleh guna utk bas tu.
ReplyDeleteKami dulu turun di Brisbane Airport. Nanti saya share link go card dan airport transfer
http://www.surfersparadise.com/about/getting-here-and-parking/getting-here
Deletehttps://translink.com.au/travel-with-us/airport-services
Deletehttps://translink.com.au/tickets-and-fares/go-card
DeleteThanks, this site is very valuable.
ReplyDeleteMonthly specials too!
ReplyDeletethanks
DeleteThanks for taking your time to write this.so informative article.
ReplyDeleteclipping path service
Thanks 😊😊
DeleteI am very glad to comment on this site with the excellent content of your site.
ReplyDeleteclipping path service provider
Your are looking very nice Blog....
ReplyDeletecell phone stand for desk
I am very amazed by the information of this blog and i am glad i had a look over the blog. thank you so much for sharing such great information
ReplyDeleteReally nice and informative blog, keep it up buddy…Thanks for sharing
ReplyDeleteGreat blog with it's name, great stuffs with great blog,Thanks.
ReplyDeletePhoto Retouching Services
This is an excellent shared. Liked and appreciated it. Keep up continue sharing. Image Retouching
ReplyDeletePhoto Editing Helps
Neck Joint
Photoshop Guideline
Clipping Path Tutorial
Drop Shadow Helps
Background Remove
Image Editing
Image Cut Out
Photo Manipulation