Monday, 22 February 2016

Panduan membina blog 1 : Nak pilih blogspot atau wordpress

Ilmu kosong pasal blog

Antara perkara pertama yang saya google adalah : Cara membina blog / Panduan membina blog.

Maka keluarlah nama-nama blog dan pelbagai entry yang memberikan tunjuk ajar cara membina blog. Terpaksa la baca disana dan disini. Baca pun ikut pemahaman sendiri.

Ada juga terjumpa "blogger" yang jual buku atau ebook berkaitan membina blog ni, tapi bagi saya selagi kita mampu membaca dan boleh faham sikit-sikit.... kita cari je la ilmu yang percuma di internet ni. Google sahaja.

Pada mulanya saya memilih wordpress kerana saya rasa wordpress cukup user friendly terutama jika menggunakan application di mobile phone. Banyak yang boleh dilakukan dari app di mobile phone berbanding blogspot. Jadi waktu itu saya rasakan, wordpress lebih sesuai untuk saya. Apa yang saya lihat di app mobile phone untuk blogspot, arahan/command agak terhad. Template blog juga agak terhad di blogspot. Jadi wordpress sesuai sangat la dengan saya yang "zero" ilmu blog ni.

Saya juga review blogger-blogger punya komen pro and con antara wordpress dan blogspot.


No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.