Monday, 6 March 2017

Mohon VISA Australia - ETA Online

Mohon Visa Australia




Cara Buat VISA Australia

Rakyat Malaysia yang ingin ke Austalia perlu memiliki VISA, tidak kira lah datang ke sana untuk tujuan melancong atau atas urusan perniagaan.

Untuk membuat Visa Australia cukup senang sebenarnya, tidak perlu ke Kedutaan  Australia dan tidak perlu menunggu lama untuk kelulusan, sebaliknya boleh dibuat secara online sahaja.

Visa Australia atau dikenali juga sebagai ETA (Electrnic Travel Authority) boleh di buat secara berikut :

1. Buat di pejabat travel ejen. Permohonan akan dibuat secara online dan visa ETA akan diperolehi secara on-the-spot. Kebanyakan ejen pelancongan menyediakan kemudahan ini, atau boleh hubungi mereka dahulu dna bertanya sama ada mereka ada tawarkan perkhidmatan ini atau tidak.

2. Buat melalui ejen. Ada beberapa ejen yag menyediakan perkhidmatan secara online tanpa perlu ke pejabat travel ejen. Jika ingin menggunakan kaedah ini , mungkin boleh hubungi eta.australia@yahoo.com atau inquiry@postcardasia.com.my
Pemohon perlu scan passport dan email kepada dia beserta detail peribadi seperti alamat dan nombor telefon serta maklumat tarikh penerbangan pergi/balik ke Australia. Apabila dokumen dan maklumat telah dihantar (email), buat bayaran dan tunggu Visa ETA anda dalam masa  beberapa jam.
Senang kan....






3. Buat melalui website yang menawarkan pekhidmatan membuat VISA ETA Australia ini. Jika ingin menggunakan perkhidmatan ini, boleh cuba di laman web ini https://www.australiavisa.my/ . Juga perluakan maklumat sepeti di atas tetapi bayaran perlu dibuat menggunakan kad kredit.



VISA Australia ETA Online
Contoh VISA Australia ETA

Harga VISA Australia

Harga Visa Australia cukup murah sebenarnya dan harganya juga bergantung dimana kita bua. Ada ejen mengenakan caj serendah RM20 dan ada yang mengenakan caj sehingga RM 50. Mungkin yang caj sehingga RM 50 itu telah termssuk kos yang perlu di tanggung seperti kos petrol dan lain-lain.

Walau pun VISA ETA ini boleh dimohon dan siap beberapa jam sahaja, tetapi seelok-eloknya Visa ini dibuat lebih awal (sebulan dua sebelum berlepas).

Visa ETA yang kita perolehi nanti, mempunyai tempoh sah 1 tahun. Ini maknanya dari tarikh buat, kita ada masa 1 tahun untuk ke Australia dan tidak boleh melebihi 3 bulan setiap kalinke Australia.

~Mat-Drat~

Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇

12 comments:

  1. Wah bestnya nak ke Australia... tapi duit diaorang dah semakin mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la masalah nak berjalan skrg.... RM jadi kecik sgt nilainya... hu hu hu

      Delete
  2. Hi ! sempena Ramadhan 30 Hari ! saya nak buat
    PROMO ETA VISA AUSTRALIA
    Untuk pembelian 5 Visa Percuma 1 Visa.
    Whatsapp saya macam biasa +6013 295 3641 ( ADHAM )

    ReplyDelete
  3. Salam, kalau tempoh sah visa setahun so takde masalah kalau apply skrg utk penerbangan November 2017 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam, patut tak ada masalah sebab setahu saya VISA tu membolehkan kita berada maksimum 3 bulan di Australia. Yang penting tarikh akhir/ tarikh kita balik dari Australia
      - VISA kita belum expired ( VISA valid setahun dari tarikh permohonan)
      - Kita tak berada lebih 3 bulan di sana
      - Passport belum sampai tarikh expiry

      Delete
  4. Awesome post dear ! I really like your post .thankx for sharing with me eta visa Australia online

    ReplyDelete
  5. Salam,

    terima kasih buat review

    visa Australia RM 20/passport

    email eta.australia@yahoo.com

    TRUSTED agent!

    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi admin, saya promote eta.australia@yahoo.com ni, nanti saya nak ke Australia lagi boleh la kot dapat harga special sikit... :-)

      Delete
    2. Boleh bagi contact number x? Senang nak hubungi.

      Delete
    3. Mne nk check eta ni lulus atau x ..sbb saya dh nk msuk 5 hari xdpt email apa2 pon ..boleh bg tau x

      Delete
    4. Bro / Sis Nik.... mereka guna email je kot. Tapi saya ada google, ada ejen yang uruskan melalui whatsapp...try google

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.