Redmi 4A |
Baru-baru ini Xiomi Malaysia telah melancarkan model telefon terbarunya di pasaran Malaysia iaitu Redmi 4A. Satu model yang ditunggu-tunggu di pasaran Malaysia kerana di negara lain telah dilancarkan lebih awal.
Majlis pelancaran rasmi ini telah di adakan di Berjaya Time Square Hotel Kuala Lumpur. Majlis pelancaran ini dilakukan oleh Mr Arjun Batra (Commercial Manager - Global Sales Department) di hadapan tetamu jemputan dari pihak media dan blogger.
Terima kasih kepada pihak Involve Asia kerana menjemput saya untuk majlis ini dan juga kepada LAZADA kerana menyediakan platform yang memberikan peluang kepada pembeli untuk membeli telefon ini pada harga yang cukup murah.
Pada majlis pelancaran tersebut, diumumkan juga harga untuk Redmi 4A ini hanyalah RM 459. Harga ini hanya boleh di dapati di Lazada
Terima kasih kepada pihak Xiaomi kerana menawarkan Redmi 4A ini hanya pada harga RM 459.
Hanya RM 459!!
Dan hanya di LAZADA dan hanya dari Redmi Sahaja
Untuk membeli Redmi 4A pada harga ini, boleh
Mr Arjun juga semasa pelancaran turut menonjolkan ciri-ciri unik telefon pintar Redmi 4A ini. Sepanjang penerangan oleh Mr Arjun, kelihatan para tetamu agak teruja....termasuk saya.
Mr Arjun |
Beberapa ciri yang menarik minat saya, saya ceritakan di entry berikutnya untuk review telefon ini.
>>> REDMI 4A : Review
Para blogger yang hadir turut manfaat di majlis ini apabila Mr Gerald dari Lazada berkongsi tips dan teknik untuk meningkatkan jualan melalui Lazada. Satu perkongsian yang berguna kerana harga telefon Redmi 4A ini ditawarkan cukup murah di LAZADA.
Tidak cukup dengan tips meningkatkan jualan yang disampaikan oleh pihak LAZADA, pihak Shopcoupons turut berkongsi ilmu dan teknik meningkatkan trafik ke blog. Perkongsian yang sangat berguna ini disampaikan sendiri oleh 'founder' Shopcoupons iaitu Mr Andrew.
Saya kongsikan beberapa gambar semasa majlis pelancaran tersebut.
Para hadirin khusuk mendengar penjelasan dari Mr Arjun |
Semua memberikan fokus |
Mr Andrew dari Shopcoupons |
Seperti biasa majlis yang dianjurkan oleh Involve Asia atau Lazada pasti ada contest kepada para hadirin. Kali ini para hadirin dikehendaki mengambil gambar selfie bersama telefon Redmi 4A dan di post di instagram dengan #MixlAxlazada .
DI samping para hadirin bergambar dengan pelbagai gaya, para hadirin turut mengambil peluang untuk mengenali dengan lebih dekat model yang dilancarkan ini.
Selain Redmi 4A, turut menjadi tumpuan adalah Powerbank Redmi 10,000amh yang kecil-kecil cili api, Bluetooth Speaker yang cantik dan cukup berkuasa serta jam
Beraksi untuk contest Instagram |
Bluetooth speaker dengan 3 varian warna menawan |
Parra hadirin mengenali dengan lebih dekat model Redmi 4A |
Parra hadirin mengenali denganl ebih dekat model Redmi 4A |
Redmi 4A + Bluetoothh Speaker + Powerbank |
Dan pemenangnya......
Pemenang Contest online Instagram |
Dan kemuncak majlis adalah majlis cabutan bertuah dimana 3 telefon Redmi 4A diberikan kepada mereka yang bertuah. Rezeki saya hari itu..... terpilih sebagai salah seorang yang bertuah untuk menerima telefon Redmi 4A ini.
Datang dah diberi Power Bank 10,000 Amh sebagai 'door gift', balik dapat pula telefon Redmi 4A. Ni namanya rezeki.
Lucky Draw 1 |
Lucky Draw 2 |
Dan majlis diakhiri dengan sessi bergambar semua hadirin.
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.