Mohon Visa Australia
Cara Buat VISA Australia
Rakyat Malaysia yang ingin ke Austalia perlu memiliki VISA, tidak kira lah datang ke sana untuk tujuan melancong atau atas urusan perniagaan.
Untuk membuat Visa Australia cukup senang sebenarnya, tidak perlu ke Kedutaan Australia dan tidak perlu menunggu lama untuk kelulusan, sebaliknya boleh dibuat secara online sahaja.
Visa Australia atau dikenali juga sebagai ETA (Electrnic Travel Authority) boleh di buat secara berikut :
1. Buat di pejabat travel ejen. Permohonan akan dibuat secara online dan visa ETA akan diperolehi secara on-the-spot. Kebanyakan ejen pelancongan menyediakan kemudahan ini, atau boleh hubungi mereka dahulu dna bertanya sama ada mereka ada tawarkan perkhidmatan ini atau tidak.
2. Buat melalui ejen. Ada beberapa ejen yag menyediakan perkhidmatan secara online tanpa perlu ke pejabat travel ejen. Jika ingin menggunakan kaedah ini , mungkin boleh hubungi eta.australia@yahoo.com atau inquiry@postcardasia.com.my
Pemohon perlu scan passport dan email kepada dia beserta detail peribadi seperti alamat dan nombor telefon serta maklumat tarikh penerbangan pergi/balik ke Australia. Apabila dokumen dan maklumat telah dihantar (email), buat bayaran dan tunggu Visa ETA anda dalam masa beberapa jam.
Senang kan....
3. Buat melalui website yang menawarkan pekhidmatan membuat VISA ETA Australia ini. Jika ingin menggunakan perkhidmatan ini, boleh cuba di laman web ini https://www.australiavisa.my/ . Juga perluakan maklumat sepeti di atas tetapi bayaran perlu dibuat menggunakan kad kredit.
![]() |
| Contoh VISA Australia ETA |
Harga VISA Australia
Harga Visa Australia cukup murah sebenarnya dan harganya juga bergantung dimana kita bua. Ada ejen mengenakan caj serendah RM20 dan ada yang mengenakan caj sehingga RM 50. Mungkin yang caj sehingga RM 50 itu telah termssuk kos yang perlu di tanggung seperti kos petrol dan lain-lain.
Walau pun VISA ETA ini boleh dimohon dan siap beberapa jam sahaja, tetapi seelok-eloknya Visa ini dibuat lebih awal (sebulan dua sebelum berlepas).
Visa ETA yang kita perolehi nanti, mempunyai tempoh sah 1 tahun. Ini maknanya dari tarikh buat, kita ada masa 1 tahun untuk ke Australia dan tidak boleh melebihi 3 bulan setiap kalinke Australia.
~Mat-Drat~
Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇
~Mat-Drat~

