Legoland Malaysia |
TIPS MASUK LEGOLAND
Entry sebelum ni...
👉👉 TIKET LEGOLAND MURAH
Tips yang Mat Drat share ni mungkin boleh dipertimbangkan jika ingin ke Legoland, hanya sekadar berkongsi pengalaman ke Legoland.
** PESANAN PERCUTIAN NORMA BARU - COVID-19
- Percutian dalam norma baru kena saling ingat mengingati
- IKUT SOP
- JAGA JARAK
- PAKAI MASK
- KERAP BASUH TANGAN. Tak semestinya guna hand sanitizer.
- Pastikan tidak bergejala bila ke sini
- Pastikan bukan POI atau Kontak rapat kepada pesakit Covid-19
- Kalau dalam kuarantine , JANGAN datang.
Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat
Instagram : art_matdrat |
..............................................................
1. Beli Tiket Awal
- Kalau boleh elakkan beli tiket secara Walk-In
- Cuti Sekolah, weekend atau public holiday biasanya pengunjung ramai.
- Untuk mudah, beli secara online. Boleh baca entry sebelum ni 2 cara untuk beli online dengan harga diskaun.
- Beli tiket awal, kita jimat masa tak perlu beratur di kaunter tiket.
2. Datang awal
- Cuba lah datang se-awal yang boleh, kalau boleh 10-15 minit sebelum dibuka.
- 10-15 minit awal tu bukan baru sampai nak cari parking ye. Mat Drat maksudkan 10-15 dah berada di area entrance/pintu masuk.
- Biasanya sebelum dibuka, sudah ada yang menunggu tetapi masih tidak terlalu ramai.
- Datang awal ni, kita dapat lah nak bergambar dengan selesa di pintu depan Legoland ni tanpa banyak gangguan.
- Sampai awal, kita dapat masuk awal. Dapat masuk awal maknanya kita dapat main beberapa ride tanpa perlu beratur panjang.
3. Menginap di hotel / homestay berdekatan
- Mat Drat cadangkan malam sebelum ke Legoland tu menginap di area berdekatan.
- Selain untuk elak 'tersampai' ke sini lewat, menginap di area sini juga dapat berikan tenaga yang cukup untuk anak-anak bermain seharian di Legoland.
- Jika datang dengan budget besar, boleh consider untuk menginap di Legoland Resort
- Pilihan lain, boleh menginap di hotel-hotel atau homestay yang jarak dalam 10km dari Legoland. Mat Drat rasa 10km tu tak jauh, dalam 15 minit perjalanan sahaja.
.......................
......................
- Yang nak cari penginapan di AirBNB, boleh guna link ni dan guna kod ni untuk dapat kredit RM 120. Banyak tu!!.....
👉👉 Airbnb Kredit RM 120
4. Berpecah kepada 2 kumpulan.
- Tips ni untuk mereka yang ke sini dengan kumpulan ramai dan jarak umur jauh berbeza. Mungkin ada kanak-kanak bawah 10 tahun dan ada juga anak-anak remaja.
- Semestinya minat anak-anak remaja berbeza dengan keinginan dan ride anak-anak kecik.
- Anak-anak remaja kita boleh bagi mereka bergerak dalam kumpulan mereka.
- Tapi perlu set kan masa untuk berkumpul semula di lokasi tertentu dalam masa yang ditetapkan.
- Perlu setkan masa dan tempat untuk berkumpul ni sebagai 'backup plan'. Hand phone memang berguna untuk saling berhubung tetapi jangkakan ada handphone yang boleh tercicir atau kehabisan bateri. Anak-anak sekarang semua dah ada handphone dan power bank, tu lebih memudahkan.
- Pengalaman Mat Drat, Mat Drat tetapkan time frame dalam 2 -3 jam sebelum meeting point.
4. Bawa bekalan minuman dan coklat bar
- Di sini memang agak panas dan anak-anak akan cepat keletihan serta akan cepat dahaga. Jadi kalau boleh, bawa la air untuk bekalan.
- (Pandai-pandaila bawa masuk kerana pengunjung tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dari luar).
- Makanan banyak di jual di dalam sini cuma harganya sedikit mahal.
- Sediakan budget untuk makan bagi dewasa dalam RM 30-RM35 seorang. Maklumlah kita akan seharian di sini.
5. Sarapan sebelum masuk ke sini
- Jangan lupa bersarapan yang 'berat-berat' sebelum masuk ke Legoland. Di kawasan kedai-kedai sebelum pintu masuk Legoland ada beberapa kedai makan dan restoran, boleh makan di sini.
- Harga makanan di dalam Legoland agak mahal sedikit.
- Satu alternatif lagi, jika melalui Lebuhraya Link Ke 2 dan Lebuhraya Sultan Iskandar, boleh singgah makan di area Mydin Anjung Nusajaya.
- Jarak ke Legoland hanya 4 km sahaja. Di sini lebih banyak pilihan untuk makan dengan harga yang lebih murah. Ada medan selera (Anjung Nusajaya) bersebelahan Mydin yang menawarkan harga agak berpatutan.
- Jangan datang ke sini pakai baju tebal pula ye, cukup baju nipis yang santai.
- Cuaca agak panas dan kita akan cepat berpeluh sebab banyak berjalan.
- Kasut pun pakai lah sport shoes, Legoland ni luas jadi kaki sedap sedikit melangkah dengan sport shoes.
- Jika beli tiket kombo sekali dengan 'Water Park', bawa siap-siap pakaian untuk dipakai di Water Park nanti.
7. Bawa Beg Galas
- Beg galas ni sangat berguna untuk memudahkan pergerakan kita di Legoland ni.
- Mungkin kita akan beli makanan dan minuman, jadi boleh diletak di dalam beg ni.
- Bagi yang beli tiket Kombo ke Water Park, boleh juga terus bawa pakaian yang nak dipakai di Water Park bersama dan diletak di dalam back pack.
- Atau jika malas bawa kehulu kehilir, boleh sahaja letak di dalam loker yang disediakan, cuma perlu bayar sewa locker sahaja.
8. Bawa Payung atau Baju Hujan Nipis
- Legoland agak luas dan agak panas apabila menjelang tengah hari. Jika bawa anak-anak kecil, elok bawa sekali payung, tak ada la anak berpanas di situ.
- Jika gunakan stroller, jangan lupa portable kipas (yang guna usb) untuk beri sedikit kelegaan kepada anak kecil.
- Jika risaukan hari hujan, boleh juga bawa baju hujan yang nipis yang biasa ada di jual di station minyak. Baju hujan ni dalam RM 5 sahaja sehelai, cukup la untuk digunakan kalau tiba-tiba hujan di sana.
9.Pakai Sun-Block / skin protection UV
- Legoland luas dan merupakan outdoor theme park.
- Kita akan terdedah lama kepada matahari termasuk waktu tengah hari.
- Untuk perlindungan kulit, pakai siap-siap sebelum masuk ke sini sun-block / skin protection UV.
10.Bahagi masa Theme Park dan Water Park / Sea Life
- Bagi Mat Drat, untuk sehari ke 3 'park sekali (Theme Park, Water Park dan Sea life) agak merugikan kerana anak-anak tak akan puas bermain.
- Jika nak ambil pakej KOMBO 2 hari agak membebankan, Mat Drat cadangkan ambil pakej kombo Theme Park + Water Park.
- Ramai yang datang kesini ambil pakej ni.
- Bagi yang ambil pakej Kombo Theme Park + WaterPark, Mat Drat cadangkan dalam 3:30pm atau selewat-lewatnya 4:00pm, sudah boleh mula masuk ke Water Park
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!
sangat bermanafaat, terima kasih
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian :D
ReplyDeleteTerima kasih atas tipsnya. Walaupun dibaca pada tahun 2022, tips ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Hehe. Thanks again :)
ReplyDeleteTq for infonya
ReplyDeleteTerima kasih. Posting yang sangat bermanfaat. Saya bagi 5 bintang
ReplyDeleteInfo yg sangat berguna untuk kami yg 1st time nk pergi sana. Tks a lot for sharing!
ReplyDeleteThx alot mat drat, since kami pun 1st time
ReplyDelete