Monday 15 July 2019

Pengalaman Ke LEGOLAND : 10 Tips Penting Masuk Legoland


10 Tips Penting Masuk Legoland
Legoland Malaysia

TIPS MASUK LEGOLAND


Entry sebelum ni... 

👉👉 TIKET LEGOLAND MURAH


Tips yang Mat Drat share ni mungkin boleh dipertimbangkan jika ingin ke Legoland, hanya sekadar berkongsi pengalaman ke Legoland.


** PESANAN PERCUTIAN NORMA BARU - COVID-19
  • Percutian dalam norma baru kena saling ingat mengingati
  • IKUT SOP
  • JAGA JARAK
  • PAKAI MASK
  • KERAP BASUH TANGAN. Tak semestinya guna hand sanitizer.
  • Pastikan tidak bergejala bila ke sini
  • Pastikan bukan POI atau Kontak rapat kepada pesakit Covid-19
  • Kalau dalam kuarantine , JANGAN datang.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat

Instagram : art_matdrat

..............................................................


1. Beli Tiket Awal
  • Kalau boleh elakkan beli tiket secara Walk-In
  • Cuti Sekolah,  weekend atau public holiday biasanya pengunjung ramai.
  • Untuk mudah, beli secara online. Boleh baca entry sebelum ni 2 cara untuk beli online dengan harga diskaun.
  • Beli tiket awal, kita jimat masa tak perlu beratur di kaunter tiket.

2. Datang awal
  • Cuba lah datang se-awal yang boleh, kalau boleh 10-15 minit sebelum dibuka.
  • 10-15 minit awal tu bukan baru sampai nak cari parking ye. Mat Drat maksudkan 10-15 dah berada di area entrance/pintu masuk.
  • Biasanya sebelum dibuka, sudah ada yang menunggu tetapi masih tidak terlalu ramai. 
  • Datang awal ni, kita dapat lah nak bergambar dengan selesa di pintu depan Legoland ni tanpa banyak gangguan.
  • Sampai awal, kita dapat masuk awal. Dapat masuk awal maknanya kita dapat main beberapa ride tanpa perlu beratur panjang.

3. Menginap di hotel / homestay berdekatan
  • Mat Drat cadangkan malam sebelum ke Legoland  tu menginap di area berdekatan.
  • Selain untuk elak 'tersampai' ke sini lewat, menginap di area sini juga dapat berikan tenaga yang cukup untuk anak-anak bermain seharian di Legoland.
  • Jika datang dengan budget besar, boleh consider untuk menginap di Legoland Resort
  • Pilihan lain, boleh menginap di hotel-hotel atau homestay yang jarak dalam 10km dari Legoland. Mat Drat rasa 10km tu tak jauh, dalam 15 minit perjalanan sahaja.
.......................


......................

  • Yang nak cari penginapan di AirBNB, boleh guna link ni dan guna kod ni untuk dapat kredit RM 120. Banyak tu!!.....
👉👉     Airbnb Kredit RM 120    


4. Berpecah kepada 2 kumpulan. 
  • Tips ni untuk mereka yang ke sini dengan kumpulan ramai dan jarak umur jauh berbeza. Mungkin ada kanak-kanak bawah 10 tahun dan ada juga anak-anak remaja.
  • Semestinya minat anak-anak remaja berbeza dengan keinginan dan ride anak-anak kecik.
  • Anak-anak remaja kita boleh bagi mereka bergerak dalam kumpulan mereka.
  • Tapi perlu set kan masa untuk berkumpul semula di lokasi tertentu dalam masa yang ditetapkan.
  • Perlu setkan masa dan tempat untuk berkumpul ni sebagai 'backup plan'. Hand phone memang berguna untuk saling berhubung tetapi jangkakan ada handphone yang boleh tercicir atau kehabisan bateri. Anak-anak sekarang semua dah ada handphone dan power bank, tu lebih memudahkan.
  • Pengalaman Mat Drat, Mat Drat tetapkan time frame dalam 2 -3 jam sebelum meeting point. 


4. Bawa bekalan minuman dan coklat bar

  • Di sini memang agak panas dan anak-anak akan cepat keletihan serta akan cepat dahaga. Jadi kalau boleh, bawa la air untuk bekalan. 
  • (Pandai-pandaila bawa masuk kerana pengunjung tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dari luar).
  • Makanan banyak di jual di dalam sini cuma harganya sedikit mahal.
  • Sediakan budget untuk makan bagi dewasa dalam RM 30-RM35 seorang. Maklumlah kita akan seharian di sini.

5. Sarapan sebelum masuk ke sini
  • Jangan lupa bersarapan yang 'berat-berat' sebelum masuk ke Legoland. Di kawasan kedai-kedai sebelum pintu masuk Legoland ada beberapa kedai makan dan restoran, boleh makan di sini. 
  • Harga makanan di dalam Legoland agak mahal sedikit.
  • Satu alternatif lagi, jika melalui Lebuhraya Link Ke 2 dan Lebuhraya Sultan Iskandar, boleh singgah makan di area Mydin Anjung Nusajaya.
  • Jarak ke Legoland hanya 4 km sahaja. Di sini lebih banyak pilihan untuk makan dengan harga yang lebih murah. Ada medan selera (Anjung Nusajaya) bersebelahan Mydin yang menawarkan harga agak berpatutan.

6. Pakai pakaian dan kasut sesuai
  • Jangan datang ke sini pakai baju tebal pula ye, cukup baju nipis yang santai.
  • Cuaca agak panas dan kita akan cepat berpeluh sebab banyak berjalan.
  • Kasut pun pakai lah sport shoes, Legoland ni luas jadi kaki sedap sedikit melangkah dengan sport shoes.
  • Jika beli tiket kombo sekali dengan 'Water Park', bawa siap-siap pakaian untuk dipakai di Water Park nanti.

7. Bawa Beg Galas
  • Beg galas ni sangat berguna untuk memudahkan pergerakan kita di Legoland ni.
  • Mungkin kita akan beli makanan dan minuman, jadi boleh diletak di dalam beg ni.
  • Bagi yang beli tiket Kombo ke Water Park, boleh juga terus bawa pakaian yang nak dipakai di Water Park bersama dan diletak di dalam back pack.
  • Atau jika malas bawa kehulu kehilir, boleh sahaja letak di dalam loker yang disediakan, cuma perlu bayar sewa locker sahaja.

8. Bawa Payung atau Baju Hujan Nipis
  • Legoland agak luas dan agak panas apabila menjelang tengah hari. Jika bawa anak-anak kecil, elok bawa sekali payung, tak ada la anak berpanas di situ. 
  • Jika gunakan stroller, jangan lupa portable kipas (yang guna usb) untuk beri sedikit kelegaan kepada anak kecil.
  • Jika risaukan hari hujan, boleh juga bawa baju hujan yang nipis yang biasa ada di jual di station minyak. Baju hujan ni dalam RM 5 sahaja sehelai, cukup la untuk digunakan kalau tiba-tiba hujan di sana.

9.Pakai Sun-Block / skin protection UV
  • Legoland luas dan merupakan outdoor theme park.
  • Kita akan terdedah lama kepada matahari termasuk waktu tengah hari.
  • Untuk perlindungan kulit, pakai siap-siap sebelum masuk ke sini sun-block / skin protection UV. 

10.Bahagi masa Theme Park dan Water Park / Sea Life
  • Bagi Mat Drat, untuk sehari ke 3 'park sekali (Theme Park, Water Park dan Sea life) agak merugikan kerana anak-anak tak akan puas bermain.
  • Jika nak ambil pakej KOMBO 2 hari agak membebankan, Mat Drat cadangkan ambil pakej kombo Theme Park + Water Park.
  • Ramai yang datang kesini ambil pakej ni.
  • Bagi yang ambil pakej Kombo Theme Park + WaterPark, Mat Drat cadangkan dalam 3:30pm atau selewat-lewatnya 4:00pm, sudah boleh mula masuk ke Water Park 

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

7 comments:

  1. sangat bermanafaat, terima kasih

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian :D

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas tipsnya. Walaupun dibaca pada tahun 2022, tips ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Hehe. Thanks again :)

    ReplyDelete
  4. Tq for infonya

    ReplyDelete
  5. Terima kasih. Posting yang sangat bermanfaat. Saya bagi 5 bintang

    ReplyDelete
  6. Info yg sangat berguna untuk kami yg 1st time nk pergi sana. Tks a lot for sharing!

    ReplyDelete
  7. Thx alot mat drat, since kami pun 1st time

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.