Monday, 3 August 2020

PERCUTIAN PULAU PANGKOR - Tip dan Panduan



Bagi yang nak bercuti ke Pulau Pangkor, Mat Drat kongsikan sedikit info dan maklumat. 

Harap-harap, info dan maklumat ni dapat membantu mereka yang nak bercuti ke Pulau Pangkor.

Perkongsian ni agak ringkas ye.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat
.............................................................................

PULAU PANGKOR

  • Terletak di Negeri Perak
  • Antara pulau yang sering dijadikan destinasi pelancongan.
  • Pulau ni terletak di Selat Melaka, jadi jangan bandingkan airnya dengan air dan pantai di Terengganu, Pahang atau di Sabah.
  • Sekarang ni makin ramai yang ke Pulau Pangkor semenjak di sini juga ada kedai bebas cukai (Duty Free). Takde susah-susah nak ke Langkawi cari coklat Daim...😀
Jemput juga nanti baca perkongsian Mat Drat ke 
  1. Pulau Perhentian
  2. Pulau Redang
  3. Pulau Tioman 
  4. dan Terbaru Pulau Kapas (Julai 2020)

Percutian Ke Pulau Redang Perhentian Kapas Tioman
 👇👇
Percutian ke 
Percutian Ke Pulau Redang Perhentian Kapas Tioman
 👇👇
Percutian ke 
PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN
 👇👇
Percutian ke 
(2019)









Percutian ke 
Pulau Kapas
(Julai 2020)

.............................................................................

1. Perjalanan ke Lumut (Dari Kuala Lumpur)

Dari Kuala Lumpur, lebih kurang 3 jam dengan kereta dalam keadaan traffic biasa.
Guna Waze atau Google Map (Google Drive), dan pilih laluan terbaik.

Secara kasarnya
  1. Ikut Plus Highway dan keluar EXIT Sungkai dan terus menuju ke Teluk Intan dan Lumut. Masa lebih kurang 3 jam dengan kelajuan kebangsaan.
  2. Pilihan kedua, ikut LATAR dan keluar di Kuala Selangor. Terus ke Sekinchan - Sg Besar - Manjong dan Lumut. (Kalau dari PLUS Highway, keluar exit Rawang Selatan dan sambung terus ke Latar).
.............................................................................

2. Feri Ke Pulau Pangkor

Untuk ke Pulau Pangkor, sebenarnya ada 3 pilihan. Boleh menaiki feri dari ; 
1. Jeti Lumut  / 45 minit ke Pulau Pangkor
2. Jeti Marina / 10 minit ke Pulau Pangkor
3. Jeti Teluk Batik

Sejak jeti Marina dibuka, orang ramai lebih suka ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina ni.

Tambang RM 14/ dua hala untuk dewasa.

Baca perkongsian sebelum ni, detail Mat Drat kongsikan 


Feri Pulau Pangkor
👇👇👇


.............................................................................

3. Penginapan di Pulau Pangkor

2 Kawasan paling ramai suka menginap jika ke Pulau Pangkor
a. Teluk Nipah
b. Pasir Bogak

1. Hotel / Resort / Chalet di Teluk Nipah

  • Pantai Teluk Nipah ni memang happening sikit, meriah. Banyak resort dan chalet.
  • Nak makan senang, banyak kedai makan dan restoran.
  • Aktiviti laut juga banyak di sini seperti jetski dan nak cari pakej snorkeling.
  • Ini kawasan paling top dan happening, jadi cepat penuh dan harga sedikit 'pelancong'.
  • Macam kat Pantai Cenang Langkawi la, area paling happening.
  • Dan kat sini, sangat sesuai kalau nak cari souvenior
  • Antara resort/chalet yang ada di sini, Mat Drat senaraikan 3 shj (nanti klik salah satu, akan keluarlah resort atau chalet yang lain-lain juga)
  • Area Teluk Nipah ni kalau lambat booking, memang cepat penuh ya... ingat tu.

2. Hotel / Resort / Chalet di area Pasir Bogak

  • Area Teluk Nipah tu kalau lambat booking, memang penuh... Jadi, Pasir Bogak lah antara lokasi pilihan lain.
  • Atau memang niat nak bermalam di area Pasir Bogak, boleh consider antara resort-resort di bawah.
  • Di area sini, Mat Drat pernah menginap di Pangkor Coral Bay Resort.
  • Ada yang suka Pasir Bogak ni sebab kawasan ni lebih tenang berbanding Teluk Nipah.

3. Apartment/ Homestay Pulau Pangkor

  • Jika cari Homestay di Pulau Pangkor, Mat Drat cadangkan cuba lah intai-intai unit di Apartment Lot 10, Jalan Pasir Bogak. Banyak unit dan nampak agak selesa.
  • Ada banyak owner apartment ni yang sewakan (jadikan homestay).
  • Klik link di bawah, Mat Drat senaraikan beberapa. Mat Drat main letak je link, tak tgk review pun.
Resort Hotel Chalet Homestay Pangkor

Antara unit di Lot 10.
👉👉 Apartment Lot 10 by agoda
👉👉 Apartment Lot 10 by booking.com
👉👉 Apartment Lot 10 by Airbnb (Saadiah)

Jika nak cari Homestay di Pulau Pangkor melalui Airbnb, jangan lupa dapatkan kredit diskaun (rebet) sehingga di RM 165 dari link ni


RM 165 ni besar ye...rugi kalau tak claim

Nilai kupon ni berubah-rubah, bergantung pada waktu promosi.
.............................................................................

4. Pengankutan di Pulau Pangkor

3 pilihan utama transport di sini, iaitu
  1. van pink
  2. sewa kereta
  3. sewa motor

1. Van Pink (Taxi Pangkor)
- Sampai sini, ada banyak van pink menunggu di jeti. Inilah taxi di Pulau Pangkor.
- Van pink ni memang cukup sinonim dengan Pulau Pangkor.

Kadar tambang taxi (van pink) ikut destinasi
- Rate van pink ni sepatutnya semua sama je.
- Tambang mengikut destinasi dan dikira per taxi (6 orang). Lebih 6 orang, bayar extra.
- Satu taxi boleh muat 8 orang
- Cuti sekolah/public holiday, mungkin mahal sikit (ada surcaj)
  • ke Pasir Bogak : RM 10
  • ke Teluk Nipas : RM 20    

Sewa taxi (van pink) ikut jam
- Van pink ni pun boleh disewa ikut jam
- Biasa pakej untuk 3 jam pusing-pusing pulau.
- Rate dalam RM 80.
- Ingat, cuti sekolah/public holiday, mungkin mahal sikit. Dan tanya dulu sebelum ambil.
- Plan semaksimum mungkin jika ambil pakej 3 jam (contohnya).
- Jangan ambil pakej ikut jam, duduk Pasir Bogak ke Teluk Nipah dan berkelah kat situ. Rugi la. Ambil dan pusing la Pulau Pangkor untuk melawat tempat-tempat menarik kat Pulau Pangkor ni.
- Kalau ambil pakej 3 jam, kalau nak sambung 1-2 jam untuk makan malam ke, pandai-pandailah tawar dan deal dengan driver. Guna lah ayat semanis mungkin.

Apa pun, tanya dulu sebelum naik ye. Mana tahu, harga tambang dah berubah.

2. Sewa Kereta

- Kalau keluarga ramai, mungkin berbaloi sewa kereta.
- Jangan dah sewa, duduk kat resort/chalet je.
- Pusing la satu pulau.
- Rate sewa kereta tak mahal, tapi cuti sekolah atau public holiday memang tak dapat murah. Harga back to normal.
- Jangan isi petrol penuh-penuh sebab pulau ni kecil. Penuh-penuh nanti membazir je. TAPI, kalau syarat sewa kereta ni full tank (ambil dan pulangkan) kena full tank, kena follow la.

- Berhati-hati memandu, sini jalan kecil dan ada kawasan berselekoh dan berbukit.

3. Sewa Motor

- Kalau datang ke sini berdua sahaja, dan salah seorang pandai bawa motor, ini adalah pilihan yang menjimatkan
- Ingat, jangan isi petrol penuh-penuh. Isilah RM 2-3, insyaAllah cukup kalau tak pusing pulau banyak kali.
- Petrol boleh isi kat pekan atau pun beli dalam botol. Di Teluk Nipah ada dijual, dalam RM 3 untuk sebotol 1.5 liter. Cukup pusing 1 pulau ni.!
- Dapat motor tu, test dulu. Semput ke ...mana lah tahu..

- Kadar sewa motor :RM40 - RM 50 sehari
- Jangan lupa pakai helmet ye. Safety first
.............................................................................

5. Makan Sedap di Pulau Pangkor

Kat Pulau Pangkor ni, bagi Mat Drat yang paling utama bab makan adalah dekat dan selesa.

Sebab pergerakan kita agak terbatas terutama waktu malam,jadi makan sahaja di restoran atau kedai makan yang berdekatan. Kena pulak weekend, lambat sikit sampai di restoran pasti penuh dan akan menunggu lama untuk hidangan siap.

Kalau budget ada, ambil je pakej makanan di hotel/resort, tak pening-pening cari tempat nak makan.

Harga makanan, tak mahal. Lebih kurang di tanah besar je.

Area Teluk Nipah ada banyak restoran dan kedai makan. Di Pasir Bogak juga ada beberapa kedai makan/cafe berdekatan denganresort.
.............................................................................

6. Pakej Snorkeling di Pulau Pangkor

Kalau jarang snorkeling, ambil peluang bersnorkel di sini. Boleh ambil pakej snorkeling sahaja, atau sekali dengan Island Hopping.

Bagi yang pernah atau biasa bersnorkeling di Pulau Perhentian, Redang atau Tioman, jangan bandingkan keadaan air, ikan dan coral di sini ye.

Nak cari pakej snorkeling, 
- di jeti boleh jumpa operator
- di Teluk Nipah ada banyak operator
- biasa di area hotel/esort juga ada.

Nampak iklan atau banner, ambil nombor telefon untuk tanya harga. 

Harga asalnya semua sama, tapi kita boleh la try tawar menawar terutama kalau kita agak ramai.

Harga pakej snorkeling antara RM15-RM20 seorang.

Kalau harga pakej snorkeling + island hopping pula berbeza-beza, ikut berapa point kita nak pergi. Lagi banyak poin, lagi mahal.

Pakej Island hoping, boleh dapat RM 100 untuk satu boat (8 orang). 

Apa pun, try tanya dan survey. Lagi ramai, lagi murah. Kalau 1 boat tu kita punya family je, lagi senang dan lagi seronok.

2 point biasa untuk snorkeling adalah di 
 Coral Island (port snorkeling tengok coral dan ikan)
 Giam Island (sesuai utk bawak anak2 mandi)

Kalau island hopping, mungkin oleh pergi melawat antara tempat-tempat ni
 Turtle Bay
 Monkey Bay
 Mentagor Island
 Whale Rock
 Turtle Rock
 Crocodile Rock
.............................................................................

Nanti Mat Drat sambung..... mengantuk pulak mata ni...

bagi tajuk dahulu, gambar pun nanti ye

7. Shopping Duty Free di Pulau Pangkor

8. Ikan Bilis Murah di Pulau Pangkor

9. Tempat Menarik di Pulau Pangkor

 Teluk Nipah

 Pasir Bogak

 Masjid Al Badr 1000 Selawat (Masjid Terapung)

 Masjid al-Khairiyah

 Batu Bersurat (Tiger Rock). 
Batu Bersurat ini terletak di tengah2 lokasi antara Masjid Terapung dan Kota Belanda.

 Kota Belanda (Dutch Fort). 
Peninggalan sejarah ini dibina pada tahun 1670. 
Ada kedai2 perusahaan tempatan yang jual Gamat Asli Pangkor, Minyak Lemak Unta dan Perusahaan Ikan Buntal.

 Duty Free shop.

 Pusat Konservasi & Penerangan Penyu (Teluk Ketapang)

Nanti Mat Drat sambung..... mengantuk pulak mata ni...


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

No comments:

Post a comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.