Wednesday, 5 August 2020

RESTORAN CITARASA KAMPUNG - TEMPAT MAKAN TENGAH HARI BEST DI PORT DICKSON


Last week dalam perjalan dari KL ke ke Selatan Semenanjung, atau tepatnya ke Johor Baharu, Mat Drat singgah dibeberapa tempat untuk menjamu selera. Jadi sepanjang perjalanan pergi dan balik, beberapa tempat makan best Mat Drat singgah.

Entry kali ni, Mat Drat share satu tempat makan best di Port Dickson. 

Nota :
Makan 'best' dan 'sedap' di subjektif. Lain tekak, lain citarasa. Tapi kalau tempat tu selalu ramai pelanggan, kira tekak dan citarasa kita sama dengan tekak dan citarasa majoriti orang lain.

Restoran Citarasa Kampung

Entry kali ni Mat Drat nak share sikit pasal Restoran Citarasa Kampung. Mat Drat rasa, ramai orang ke sini untuk makan tengah hari dan juga makan malam terutama untuk pakej steamboat dia.

Tempat Makan Best Port Dickson
Citarasa Kampung Port Dickson

Bagi mereka yang bercuti ke Port Dickson, kalau nak mencari tempat makan sedap terutama untuk makan tengah hari, Mat Drat cadangkan datang lah ke sini.

Sedikit info mengenai Restoran Citarasa Kampung

Waktu Operasi : Setiap hari (8am-12am)

Lokasi : No 1, 2 & 3 Jalan Bukit Orkid, Port Dickson

No Tel : 014 222 8517 / 014-228 0635

Lokasi Google Map : Direction Google Map 



IG :

Makan Tengah Hari Sedap di Port Dickson

Nogori (Negeri Sembilan) terkenal dengan masakan lemak cili apinya. Jadi kalau yang bercuti ke N.Sembilan (Port Dickson) ni, rugi lah kalau tak menjamu selera dengan menu Nogori ni.

Kalau kat Lembah Klang ni, kadang-kadang nak cari kedai makan dengan masakan masak lemak cili api yang betul-betul kaw, memang agak susah. Ada satu restoran yang sajikan, Mat Drat pernah makan di Subang Jaya.... Yang tu memang power...

10 Jenis Masakan Lemak Cili Api - Menu Utama
Kalau mencari menu masak lemak cili api, sini lah tempat yang di cari. 

Setiap hari, lebih 10 masakan lemak cili api disediakan. Biasa kita jumpa daging salai masak lemak cili api atau ayam masak lemak cili api. 

Tapi kat sini, selain daging dan ayam kita juga boleh jumpa 
- ketam masak lemak cili api
- siput sedut masak lemak cili api
- ikan masak lemak cili api

Setiap hari, hampir 10 menu masakan lemak cili api ye. Pilih la mana yang berkenan..

Tips:
Nak rasa semua tak mampu. Pakat-pakat la, sorang ambil ketam, sorang ambik daging, sorang ambik siput...Jadi dapatlah rasa pelbagai masakan lemak cili api tu.

Antara menu masakan lemak cili api di Restoran Citarasa Kampung...

Tempat Makan Best Port Dickson
Ketam Lemak Cili Api

Tempat Makan Best Port Dickson
Ketam Lemak Cili Api

Tempat Makan Best Port Dickson
Siput Sedut Lemak Cili Api


Tempat Makan Best Port Dickson
Ikan Patin ada...Ikan Baung ada..


80 Pilihan Menu - Banyaknya menu....
Kat sini, setiap hari je lebih 80 menu sajian tengah hari disediakan. 

Macam-macam menu ada, jadi betul-betul pelbagai citarasa disajikan. Yang paling penting, Citarasa Kampung. 

Rasanya sebab banyak pilihan menu makan tengah hari, tu yang tempat ni setiap hari jadi tumpuan. 

Weekend, dikunjungi pelancong dan pengunjung yang bercuti ke Port Dickson. Weekday pula, rasanya akan dikunjungi oleh mereka-mereka yang bekerja dan penduduk sekitar Port Dickson ni.



Ikan Bakar

Ops....satu lagi menu makan tengah hari yang best kat sini....ikan bakar.

Ikan bakar di makan panas-panas dengan sambal / kuah yang sedap, memang pasti akan membuka selera.

Ada ikan kembung, pari, cencaru dan yang paling dicari pastinya sotong bakar.

Tempat Makan Best Port Dickson
Ikan Bakar..Makan Tengah Hari
Sumber FB Restoran Citarasa Kampung


Makan Malam Sedap dan Murah di Port Dickson

Kat Restoran Citarasa Kampung ni, untuk makan malam ada 2 pilihan iaityu
- masakan panas (ala-carte)
- steamboat

Masakan Panas -Ala Carte
Masakan panas ala carte ni macam restoran-restoran lain, kira ada sediakan sajian seafood dan masakan ala Thai.

Menu-menu biasa seperti nasi goreng, mee goreng, tomyam, sup, siakap 3 rasa dll... Lebih kurang sama dengan restoran lain.

Tapi kalau nak special sikit, order crab chill...Boleh tahan sedap.

Kita rasa yang lain sikit...Steamboat


Steamboat Murah di Port Dickson
Mat Drat nak share lebih sikit pasal steamboat di restoran ni. Bukan apa, Mat Drat rasa cukup murah.

Tapi ingat, steamboat ni disediakan hanya pada Jumaat dan Sabtu sahaja.

Harga ??? Tak mahal, hanya RM20/pax. Kira murah tu untuk pakej steamboat.

Tempat Makan Best Port Dickson Steamboat Murah
Promosi Steamboat


Tempat Makan Best Port Dickson Steamboat Murah
Promosi Steamboat



Ruang Selesa

Restoran ni Mat Drat rasa cukup selesa. 3 lot kedai, jadi memang luas.

Terletak di corner lot, senang nak parking.

Memandangkan restoran ni agak luas, nak buat makan-makan dalam bilangan yang ramai tak ada masalah rasanya. Boleh je call owner dan buat reservation dan order siap-siap menu yang nak. Kit adatang dan sampai, terus makan je tanpa risau tempat tak muat. 

Nombor telefon, ada Mat Drat share kat atas tadi ye.

Artikel berkaitan
 Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM PD
👇👇





~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

3 comments:

  1. Aduh. Tengok aja gambar-gambar menu ni dah rasa terliur. Sedapa sangat ni.

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni CRK tumpu makan tengahari saja... Malam x operasi beri peluang niaga malam... Penat juga kalau nk buat mkn mlm mlm..

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.