Saturday 1 August 2020

MARINA ISLAND PANGKOR RESORT - Percutian Cuti-Cuti Malaysia






MARINA ISLAND RESORT PANGKOR

Marina Island Resort Pangkor.... Nama ada 'Pangkor', tapi bukan di Pulau Pangkor ye.

Mungkin ada yang belum tahu, Marina Island Pangkor ni merupakan 'pulau' buatan manusia.

Ia merupakan pulau yang ditambak dengan keluasan 316.9 ekar, terletak di Teluk Muroh dan disambungkan dengan jambatan dari tanah besar. Jadi untuk ke sini kita tak perlu naik feri.

Ramai juga yang ke sini, kerana di sini juga disediakan terminal feri untuk ke Pulau Pangkor. Jadi ada 2 pilihan untuk ke Pulau Pangkor, boleh naik feri di Jeti Lumut atau pun di Jeti Marina Island Resort ni.

Jeti Marina ke Pulau Pangkor ni dibuka untuk semua, bukan hanya kepada mereka yang menginap di sini sahaja. Kat bawah nanti Mat Drat share sikit pasal feri ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina ni.

Perkongsian ringkas Mat Drat dalam trip Cuti-Cuti Malaysia versi santai-santai.


MARINA ISLAND RESORT PANGKOR



Walaupun Marina Island Pangkor ni bukan di Pulau Pangkor, ia tetap jadi pilihan percutian.

Mungkin ramai minat menginap di sini sebab
- Lokasi agak dekat, tak perlu naik feri
- Apartment luas dan bilangan unit banyak, sesuai untuk gahtrering
- Harga yang agak murah, nak buat family day pun sesuai.

Mungkin juga ada yang minat menginap di sini, dan esok baru ke Pulau Pangkor.

HOTEL / RESORT / APARTMENT / HOMESTAY

Mat Drat ambil peluang ke sini, 2H1M untuk trip Cuti-Cuti Malaysia versi santai-santai je.

Mat Drat menginap di Marina Island Pangkor Resort and Hotel.

Di Marina Island Pangkor ni, Mat Drat rasa ada 3 pilihan penginapan yang biasa di pilih
  1. Marina Island Pangkor Resort n Hotel atau
  2. Marina Island Apartment atau
  3. Rockbound
Marina Island Pangkor Resort n Hotel dan Marina Island Apartment ni saling bersebelahan sahaja. Piliih mana berkenan.

Manakala Rockbound pula lebih dikenali sebagai fishing chalet. Menarik tempat ni sebenarnya.

1. Marina Island Pangkor Resort n Hotel

Mat Drat menginap Marina Island Pangkor Resort

Ada bilik dan juga apartment. Bilik pun dalam RM 200 dah boleh dapat. Apartment mahal sikit tapi cukup selesa untuk family besar.

Mat Drat pilih apartment ;
  1. Apartment luas.
  2. Ada swimming pool - luas
  3. Ada tasik, boleh berkayak
  4. Tak jauh dengan jetty Marina nak ke Pulau Pangkor.
  5. Malam, boleh makan-makan area Lumut
  6. Sehari sebelum ke Lumut/Pangkor, boleh ke Teluk Intan dahulu, melawat menara condong dan Jalan-Jalan Cari Makan di Teluk Intan.
  7. Petangnya pula boleh layan sunset di Rockbound. Cantik view sini.
Ada bilik dan juga apartment. Bilik pun dalam RM 200 dah boleh dapat. Apartment mahal sikit tapi cukup selesa untuk family besar.

2. Marina Island Pangkor Apartment

Marina Island Apartment terletak bersebelahan Marina Island Pangkor Resort n Hotel.

Boleh di booking melalui link di bawah booking, agoda atau airbnb

Ada pelbagai pihak yang tawarkan apartment sebagai 'homestay' di sini. Boleh try klik dan bandingkan. Mat Drat letak 3 sahaja.



Marina Island Resort Pangkor Hotel Murah Lumut Pangkor

👇👇


....................................................................


3. Rockbound Fishing Chalet

Ada juga yang ke Marina Pangkor Island ni suka menginap di sini. Mungkin sebab
- Nak memancing
- Suka suasana di sini.

Marina Island Resort Pangkor Hotel Murah Lumut Pangkor Rockbound Chalet

👇👇

    ....................................................................

    MAT DRAT DI MARINA ISLAND PANGKOR RESORT n HOTEL

    Jom layan gambar Mat Drat. Cerita sambil tunjuk gambar ni lagi menarik dan seronok dikongsi.

    Tapi sebelum tu, jemput ke Instagram Mat Drat dan kita saling follow memfollow



    BILIK

    Mat Drat ambil apartment 3 bilik. Cukup luas.
    3 bilik dengan 6 breakfast.
    Swimming pool pun nampak luas

    Jadi bila mnginap kat sini,
    1. Sehari sebelum ke Lumut/Pangkor, boleh ke Teluk Intan dahulu, melawat menara condong dan Jalan-Jalan Cari Makan di Teluk Intan.
    2. Petangnya pula boleh layan sunset di Rockbound. Cantik view sini.
    3. Ada tasik, boleh berkayak dengan anak-anak
    4. Malam, boleh makan-makan area Lumut. Baca next entry di blog ni.
    5. Tak jauh dengan jetty Marina nak ke Pulau Pangkor.

    Marina Island Pangkor Resort Hotel Apartment
    Check In time...
    Agak ramai juga menginap di sini rupanya.


    Marina Island Pangkor Resort Hotel Apartment Murah
    Dining Hall dan Living Hall
    Sangat luas.
    Living hall sangat luas, bawa toto pun key.
    Sofa pun ada, boleh je tidur kat sini.

    Marina Island Pangkor Resort Hotel Apartment

    Marina Island Pangkor Resort Hotel Apartment
    Bilik agak simple.
    Okey sangat dengan rate dia.

    Marina Island Pangkor Resort Hotel Apartment
    Bathroom di Master Bedroom dengan bathtab

    Marina Island Pangkor Resort Hotel Apartment
    Dining Hall dan Kitchen.
    Tapi tak boleh masak ye!!

    Marina Island Pangkor Resort Hotel Apartment
    Bilik 2 :
    2 single bed, kira selesa sangat.

    Marina Island Pangkor Resort Hotel Apartment
    Bilik 3 dengan 1 queen bed

    Marina Island Pangkor Resort Hotel Apartment
    Bilik air pun luas, bersih dan selesa

    Marina Island Pangkor Resort Hotel Apartment
    Sofa di livimg hall.

    Marina Island Pangkor Resort Hotel Apartment
    Balcony mengadap waterfront

    Marina Island Pangkor Resort Hotel Apartment
    Bot-bot dan kapal layar..
    Pagi pagi esok kita pi tengok ye!!

    BREAKFAST

    Breakfast kena awal ye, kalau lambat pilihan makanan agak terhad.
    Waktu Mat Drat, kena makan di blok apartment, kira sekali dengan yang menginap di apartment (yang ambil pakej makan).

    Marina Island Pangkor Resort
    Boleh tahan pilihan yang disediakan. Tapi bila sampai, banyak dah habis.

    Marina Island Pangkor Resort
    Okey pilihan makanan yang ada

    Marina Island Pangkor Resort
    Makan kat luar lagi best view

    Marina Island Pangkor Resort
    Breakfast sambil relax...

    Marina Island Pangkor Resort
    Mat Drat turun lewat breakfast ni, tapi food station di luar masih sajikan makanan.

    Marina Island Pangkor Resort

    AKTIVITI MENARIK

    2 aktiviti best kat sini untuk Mat Drat dan anak-anak
    - Swimming pool
    - Berkayak

    1. Swiming Pool

    Pangkor Marina Island Pangkor Resort
    Aktiviti wajib anak-anak

    Pangkor Marina Island Pangkor Resort

    Pangkor Marina Island Pangkor Resort
    Boleh kata, setiap blog ada swimming pool.
    Jadi tak la crowded sangat.


    2. BERKAYAK

    Rate tak silap dalam RM 20/jam
    Ada kayak dan paddle bot.
    Life jacket disediakan. Jangan lupa pakai!!


    Ni Day-1
    Petang lepas check-in, ajak anak-anak berkayak.
    Ni sessi biasakan diri dulu

    Cukuplah 1 jam hari ni. 
    Staff resort pun nak tutup dah. Esok sambung semula.


    Kayak di Pangkor Marina Island Pangkor Resort
    Pagi Day 2.
    Lepas Sarapan boleh berkayak semula.
    Jangan lupa pakai life jacket ye.

    Kayak di Pangkor Marina Island Pangkor Resort
    Tak ramai yang berkayak, jadi agak selesa.
    Waktu ni, kami sahaja


    Kayak di Pangkor Marina Island Pangkor Resort
    Ajar anak-anak self confident

    Kayak di Pangkor Marina Island Pangkor Resort
    Satu kayak untuk seorang.
    Double punya tak ada waktu ni


    Kayak di Pangkor Marina Island Pangkor Resort
    Untuk yang kecik sikit, kita bagi paddle boat.

    Kayak di Pangkor Marina Island Pangkor Resort
    Yeah....dapat juga main kayak.

    Kayak di Pangkor Marina Island Pangkor Resort
    Anak-anak kecil, jangan bagi berkayak jauh-jauh sangat.
    Nanti letih nak patah balik, kita yang susah.


    TEMPAT MENARIK DI MARINA ISLAND RESORT PANGKOR

    Mat Drat rasa 2 tempat menarik ni boleh di lawati dan dinikmati suasananya kalau menginap di Marina Island Pangkor ni.

    1. Rockbound - Layan sunset
    2. Jety Marina - Layan sunrise

    1. Rockbound -Layan Sunset

    Rockbound ni private area. Kalau tak menginap kat sini, kena la bayar ye nak memancing atau berkelah.
    Ni harga waktu Mat Drat ke sini.

    Sepanjang tepi benteng ni, memang agak ramai yang memancing
    Tinggalkan anak-anak kat apartment,
    Mat Drat enjoy sunset berdua je


    Menikmati suasana sunset. Kan cuti-cuti santai..

    Matahari dah terbenam, boleh balik.
    Nanti nak dinner tak lewat sangat.


    2. JETI MARINA

    Jeti Marina ni pilihan lain untuk ke Pulau Pangkor
    Sementara nak menunggu feri tu, boleh la nikmati suasana kat sini.

    Jetty Marina Island Pangkor
    Jeti kayu... Untuk bergambar je ni.
    Anak-anak kecil tak payah bawa la ke sini.

    Jetty Marina Island Pangkor
    Bawah tu pantai je sebenarnya, hujung tu sikit je air.
    Jetty Marina Island Pangkor
    Sekitar Jeti Marina

    Jetty Marina Island Pangkor
    Berlatar belakang kan Pulau Pangkor

    Jetty Marina Island Pangkor
    Eiffel Tower

     

    Yatch Club Marina Island Pangkor
    Marina Island Yatch Club

    Yatch Club Marina Island Pangkor
    Tempat private ni ye.
    Tak boleh masuk suka-suka, silap-silap kena halau.
    Tapi kalau jumpa guard, cakap molek-molek, dapat je masuk

    Yatch Club Marina Island Pangkor
    Mungkin 1 day... akan dpt juga satu yatch kecik-kecik



    TEMPAT MAKAN BEST / SEDAP DI MARINA ISLAND RESORT / LUMUT

    Mat Drat makan di Medan Ikan Bakar Teluk Muroh. Jemput baca di entry berikutnya.

    Nota :
    Trip ni sebelum PKP



    ~Mat-Drat ~

    Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

    Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

    13 comments:

    1. wow..menarik la tempat die. bilik tu memang luas. buat family day bgus ni duduk ramai2..okay boleh masuk dalam list ni

      ReplyDelete
    2. Luas jugak dining hall. Sesuai bawa family menginap. Berbaloi jugak ada rebate. Kalau tak mention atas sekali tentu ena ingat dah kt pulau pangkor. Hehe. Maklumlah belum jejak lagi

      ReplyDelete
    3. breakfast dia nampak fancy gila! kena p ni..sbb i always love buffet breakfast

      ReplyDelete
    4. Cantik betul view dari balcony tu. Rawlins teringin nak ke Pangkor - pernah sampai ke T. Intan je setakat nie hehehe. Kebetulan ada sepupu @ Lumut, boleh la pergi melawat kan

      ReplyDelete
    5. Bilik dia luas juga. Menarik tempat sekelilingnya. Berkayak tu syok. Bgus juga kan menginap kat sini.. Esoknya p pulau pangkor

      ReplyDelete
    6. Wowww banyak betul aktiviti boleh dilakukan di Pulau Pangkor. Terima kasih untuk perkongsian ni. Nanti nak ke sana boleh follow itinerary. Hehe

      ReplyDelete
    7. Lama x turun pangkor.. tak.pernah oagi.menginap kat sini. Nampak menarik

      ReplyDelete
    8. beberapa tahun lepas sempatlah jugak bercuti di rockbund fishing village tu. itupun sebab ayah punya kawan2 sekolah buat reunion kt situ. memang best & santai.

      ReplyDelete
    9. Pada masa sekarang memang sesuai utk bercuti sbb harga hotel pun masih murah... cuma jaga diri jaga jarak dan pakai mask ya..

      ReplyDelete
    10. Wow memang besar dan luas bilik kat marina island pangkor ni. Ada aktiviti seperti kayak lagi. memang best.

      ReplyDelete
    11. Lama tak ke area Lumut sana. Boleh lah pasni kalau nak ke Pangkor boleh singgah di Marina Island. Thanks for sharing

      ReplyDelete
    12. Best nyer dah lama tak pergi ke Pulau Pangkor, nanti nak plan to go there.

      ReplyDelete
    13. long time didnt go Pangkor... maybe one day i should go back there again for short holiday

      ReplyDelete

    Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

    Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.