Saturday 3 October 2020

Weekend Getaway di Janda Baik - Homestay Damai Arcadia Tepi Sungai

 




Bestnye Bercuti di Janda Baik

Kali ni Mat Drat kongsi sikit kisah cuti-cuti Malaysia. Sekarang kan, semua bercuti dalam Malaysia je, almaklumlah border masih dikira di tutup dan travel ke luar negara masih satu risiko dan agak susah sekarang ni gara-gara Covid-19.

Percutian Mat Drat ni kira percutian santai je dengan adik beradik. Destinasi di pilih adalah Kampung Janda Baik.

Trip ni sebelum PKP tempoh hari ye, jadi gambar-gambar memang semua tak pakai mask dan tak ada penjarakkan sosial ye.


Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat

Instagram : art_matdrat

..............................................................

Kenapa Pilih Kampung Janda Baik

Mat Drat pilih Kampung Janda Baik kali ni nak rasa kelainan sikit. Nak bagi anak-anak rasa pengalaman yang lebih dekat dengan alam semulajadi dengan suasana yang sedikit berbeza.

Homestay dan Chalet Best di Janda Baik

Bila dah decide nak ke sini (Kg Janda Baik), masa untuk cari homestay sesuai.  Tak la pening sangat nak mencari homestay kat sini sebenarnya, sebab ada banyak pilihan.

Kriteria Mat Drat, homestay yang dicari

  • Ada sungai sebelah resort (private area)
  • Ada bilik , chalet yang cukup untuk bilangan family yang ramai (kalau dtg 1 family je, lagi senang nak cari)
  • Tempat dan lokasi yang menarik dan selesa
Homestay atau chalet yang ada sungai cantik dan privasi, jadi faktor utama. Baru best mandi manda, tak la open sangat berkongsi dengan public.

Di link ni, Mat Drat senaraikan beberapa resort, homestay dan chalet yang biasa jadi pilihan di Kampung Janda Baik ni.

👉👉 Senarai Resort Homestay Chalet Janda Baik


Chalet Pilihan Mat Drat - Damai Arcadia

Sebab ni program family (kira family day adik beradik) jadi Mat Drat kena la survey 2-3 tempat dan bagi pilihan adik beradik yang lain buat pilihan.

2 minggu sebelum ke sini, Mat Drat masuk Kampung Janda Baik dulu survey beberapa homestay yang ada. 

Agak last minit sebab lagi 2 minggu nak pergi. Agak susah juga nak cari yang ada kekosongan sebab banyak yang dah fully booked.

Antara yang ditujui, adalah Damai Arcadia Resort.

Kongsi info dan minta adik beradik buat pilihan, dan mereka setuju pilih Homestay Damai Arcadia.

Jadi, kami akan habiskan masa hujung minggu di Damai Arcadia - Homestay yang cukup mendamaikan... sedamai namanya

Oh ye, Damai Arcadia ni resort parent kepada sahabat Mat Drat... Pok Yem. Dia ni pun kaki travel dan kaki jalan-jalan jugak sebenarnya, banyak kali juga Mat Drat ber-'trip' sama sama dengan dia. Antara yang terakhir seingat Mat Dart, kami pernah ke Pulau Redang dan Bangkok.

Bulan lepas, Mat Drat ke Pulau Kapas. Mat Drat ke Pulau Kapas ni pun sebab geramm je tengok dia bercuti ke Gem Island

- Entry berikutnya, Mat Drat share detail sikit pasal Homestay Damai Arcadia ni ye. Nanti tengok gambar-gambar yang Mat Drat share ni, mungkin boleh decide best ke tak best Damai Arcadia ni.

Aktiviti  di Damai Arcadia

Okey, ni memang program santai-santai adik beradik. Jadi kami hanya buat aktiviti di kawasan homestay ni sahaja. Yang penting dapat luangkan masa berbual dan bermesra adik beradik dan anak-anak saudara.

Aktiviti Mat Drat di Damai Aracdia ni

  1. Mandi sungai
  2. Menjala ikan
  3. Memancing di kolam 
  4. BBQ
  5. Solat berjemaah. doa selamat

Secara ringkasnya

Day 1 - 

  • sampai tengah hari.... check in 
  • lunch (siap bawa bekal masing2)
  • santai-santai 
  • mandi sungai
  • Malam, solat berjemaah dan bacaan Yaasin
  • BBQ
  • Sessi bual-bual sampai ke tengah malam
  • (Rezeki mlm tu, staff homestay offer bawa ke sungai untuk menjala, jadi mlm tu kami menjala)

Day 2 - 

  • breakfast (beli kat gerai-gerai area sini)
  • mandi sungai lagi
  • Check out

Mat Drat kongsikan gambar, bercerita dengan gambar ni seronok sikit.


Kampung Janda Baik - 8 km dari RnR Gneting Sempah

Sampai ke Damai Arcadia

Agak tenang menuju kedalam
Suasana Damai Arcadia


Ronda-ronda sekejap waktu datang survey dulu


Rumah Iris Damai Aracadia
Salah satu unit yang Mat Drat ambik

Entry berikutnya nanti Mat Drat share gambar unit-unit Damai Arcadia ni..

Waktu sampai, makan tengah hari dah ada yang siap bawa.
Terus makan je la dulu sambil borak-borak adik beradik


Aktiviti  di Damai Arcadia

Okey, ni memang program santai-santai adik beradik. Jadi kami hanya buat aktiviti di kawasan homestay ni sahaja. Yang penting dapat luangkan masa berbual dan bermesra adik beradik dan anak-anak saudara.

Aktiviti Mat Drat di Damai Aracdia ni

  1. Mandi sungai
  2. Menjala dan memancing ikan
  3. BBQ
  4. Solat berjemaah. doa selamat

Secara ringkasnya

Day 1 - 

  • sampai tengah hari.... check in 
  • lunch (siap bawa bekal masing2)
  • santai-santai 
  • mandi sungai
  • Malam, solat berjemaah dan bacaan Yaasin
  • BBQ
  • Sessi bual-bual sampai ke tengah malam
  • (Rezeki mlm tu, staff homestay offer bawa ke sungai untuk menjala, jadi mlm tu kami menjala)

Day 2 - 

  • breakfast (beli kat gerai-gerai area sini)
  • mandi sungai lagi
  • Check out

Mat Drat kongsikan gambar, bercerita dengan gambar ni seronok sikit.

Aktiviti 1 : Mandi sungai


Aktiviti utama ...mandi sungai.
Yang best, kami kami sahaja mandi kat sini


Anak anak kami sahaja...


Mandi sungai pun bawa besen...
Lain machaem...


Memang sampai menggigil anak-anak mandi sungai kali ni..


Mandi beradab.....😉


Ini hari ke-2... Awal-awal pagi dah mandi

Silap hari bulan, boleh tertido sambil mandi

Rock Stacking atau Rock Balancing
Sempat la buang masa menyusun batu sungai ni


Dah menggigil...masa untuk naik

Aktiviti 2 : Menjala Ikan

Sebenarnya nak menjala kat tempat lain, tapi ada kwsan yang agak lapang, ambil peluang dulu tengok jalan okey ke tak okey.


Nasib baik ada bawa net ni,
boleh la anak-anak isi masa lapang

Ada kolam ikan... dibenarkan memancing 

Aktiviti anak-anak. Mengisi masa lapang



Aktiviti 3 : BBQ n Makan Makan

Penat mandi..masa untuk ber BBQ





Nak buat aktiviti camp fire pun boleh.
Ada disediakan..

Dah tengah malam... bara BBQ masih ada.
Kita bakar jagung pulak ye...


Aktiviti 4 : Pengisian Rohani...

- Buatlah bacaan Yaasin ke, doa selamat ke selain solat berjemaah kan.

Solat berjemaah di bungalow Iris.
Lepas tu buat bacaan Yaasin dan doa selamat


Geng-geng ibu-ibu
Anak-anak di tengah malam.
Biar mereka bersama sepupu-sepupu mereka.
Tiada TV di sini ye.
Internet (Youtube/Netflix) kita letak tepi dulu.

Tempat Makan Best di Janda Baik

Macam Mat Drat bagi tau, sebab ni program family, memang kami akan masak-masak sendiri sahaja. Jadi kami masak dan makan di sini sahaja

Bagi yang menginap di Damai Arcadia ni, kalau malas memasak, boleh juga minta owner arrangekan untuk sediakan makanan kampung. Tapi ni kena request awal dan bergantung kepada kelapangan owner pada waktu tu.

Entry berikutnya juga nanti, Mat Drat share beberapa tempat makan sedap yang biasa di cari jika bercuti atau datang ke Janda Baik ni.

Okey...

Ni sahaja perkongsian ringkas Mat Drat untuk short trip ke Kampung Janda Baik ni, atau lebih khusus ke Homestay Damai Arcadia.


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.