Thursday, 8 October 2020

Airbnb - Cara Daftar Jadi Host Airbnb

Airbnb Cara Jadi Host




Airbnb - intro

Airbnb.... Bagi yang belum tahu, Airbnb ni dulunya satu platform untuk booking bilk Kira tuan rumah sewakan bilik yang kosong kepada tetamu.

Lama-lama semakin berkembang, dan kini ramai pemilik homestay gunakan 
Airbnb ni sewakan unit mereka.

Kebanyakkannya unit rumah, bungalow, apartment dan kondominium yang buat homestay sekarang ni memang cari customer melalui airbnb. 

Sebab tu industri perhotelan agak terkesan dengan kewujudan airbnb ni sebnarnya. Ye la, kalau dulu kalau bilangan ramai, kena booking 2-3 bilik, tapi sekarang boleh cari penginapan di airbnb je. Cari apartment atau kondo, dapat ruang luas dengan harga lebih jimat.

Mat Drat sendiri, setahun dua ni memang kerap buat tempahan melalui Airbnb, terutamanya jika bercuti dengan ahli keluarga yang ramai.

Pengalaman menginap melalui Airbnb

Antara pengalaman terkini Mat Drat (1-2 tahun lalu)
- Timur Bay, Pantai Balok Kuantan (2 unit apartment)
- Swiss Garden Residensi, Pantai Balok, Kuantan  ( apartment 3 bilik)
- Encorp Marina, Puteri Harbour  ( apartment 3 bilik)
- Taiping (apartment 2 bilik)
- Cameron Highland (aparment 3 bilik)
- Edinburgh, Scotland (bilik sahaja)
- Gurun, Kedah
- Georgetown, Penang
.............................................................................

Airbnb - Jadi Host (Tuan Rumah)

Bagi yang ada bilik kosong, atau ada rumah/apartment/kondo yang kosong dan berminat untuk menjana income tambahan, boleh la jadi "Host' airbnb.

2-3 bulan lepas Mat Drat bantu seorang sahabat listkan unit homestay dia di Tambun, Ipoh. Sebelum ni dia hanya ilklankan di group whatsapp dan FB sahaja. 

Mat Drat kata "kenapa tak iklankan di Airbnb sbb aku pun bercuti cari homestay di airbnb"


Walau pun asalnya dia kata tak pandai, tak berapa faham dan tak berapa celik IT. Mat Drat kata kalau dah ada whatsapp, ada FB, pandai search info di google, tu kira pandai IT la. Selang, 2-3 hari dia berjaya masukkan homestay dia di airbnb dan mula dapat penyewa melalui airbnb. Senang je...

Kenapa Ramai Suka iklankan (jadi host) di Airbnb?

Antara sebab kenapa orang suka jadi host Airbnb
  1. Airbnb hanya caj 3-5% sahaja dari harga yang kita sewakan
  2. Menjadi sebahagian dari lebih 5 juta unit bilik/rumah yang di dalam list airbnb
  3. Lebih ramai pelanggan ramai cari aparment/homestay untuk bercuti sekarang.
  4. Mudah monitor pertanyaan dan tempahan.
  5. Senang untuk daftar (jadi host)
.............................................................................

CARA DAFTAR JADI HOST AIRBNB 



Bagi yang ingin menjadi Host-Airbnb ni, boleh la  ikut step ni. 

1. Klik link 

2. Download applikasi airbnb
  • Download melalui Google Play atau Iphone Store
  • Kalau tak nak download pun boleh, boleh daftar dulu dan listkan unit melalui ie (internet explorer), google crome dll
  • Download app ni lebih bagus sebab senang dapat notification kalau ada tempahan, jadi senang kita monitor.
3. HOST A HOME
  • Bila dah log ini/daftar, klik ke Profile
  • Kemudian klik menu "Host a Home"
  • Mulakan daftar unit ikut step by step

.............................................................................

Step by Step Daftar Host Airbnb

Mat Drat kongsikan step-step ni untuk memudahkan mereka yang baru berjinak dengan Airbnb. Ikut sahaja step by step di laman web dia atau di applikasi dia. Jika agak confius, boleh la pm Mat Drat (print screen) dan whatsapp.. Jika berkesempatan, Mat Drat akan reply.

Kadang-kadang page untuk jadi host ni berbeza setiap paltform (app atau website). Walaubagaimana pun, semua maksud yang sama.

Di bawah ni, Mat Drat hanya konsgikan sebagai panduan ye. Boleh la dapatkan gambaranb sedikit.


STEP 1 -  
INFO UNIT UNTUK DISEWAKAN - TELL US ABOUT YOUR PLACE

Soalan : What kind of place are you listing?
Jenis unit kita nak sewakan sama ada apartment, kondominium, rumah dll.

Cara Daftar Jadi Host Airbnb
Contoh : Jenis Unit : Apartment


Soalan : What will guest have?
Kita nak sewakan 1 unit atau hanya bilik sahaja. Terpulang kpd kita.

Entire place / private room / shared room
- Entire place : untuk sewakan 1 unit mcm homestay (apartment, bungalow)
- Private room : jika hanya sewakan bilik sahaja. Biasa guest hanya dapat bilik sahaja. Mungkin ada area yang boleh dikongsi seperti ruang tamu, kitchen dll.
- Shared room : lebih kepada mereka yang sewakan 'hostel'. Dalam 1 bilik akan berkongsi dengan guest lain.


Soalan : "Set up a dedicated guest space"?
Yes - kalau memang kita sewakan  sahaja
No - kalau kita turut simpan brg2 kita di situ (rumah kita)


Soalan : "..... as part of a company"?
Yes - kalau unit tu untuk syarikat atau kita punya biznes
No - kalau bukan 


HOW MANY GUEST CAN YOUR PLACE ACCOMODATE? 
BEDROOM dan BATHROOM




Bilangan Guest....
- terpulang nak pilih for 2 guests ke, 4 guests ke, 8 guests ke..
- ada orang akan lihat juga bilangan 'guests' ni walaupun di Malaysia, kita tak berapa ikut sangat
- bagi Mat Drat, untuk panduan boleh la tetapkan berdasarkan bilangan katil yang ada. PASTIKAN katil cukup untuk setiap bilangan guest !!

Bilangan Bedroom (Bilik Tidur) ?
- masukkan bilangan bilik sahaja. (bilik yang ada katil/tilam)

Bilangan Katil ?
- nyatakan bilangan katil juga.

Sleeping arrangements
- nyatakan bilangan katil setiap bilik dan jenis katil. 
- jika 'common space' ada tempat tidur, pun nyatakan juga. Common space ni biasanya ruang tamu la, biasa orang letak sofa bed.
- Jenis katil : double, queen, single, sofa bed yang biasa
- Boleh tambah item lain di butang "add beds" seperti king, bunk bed, floor mattress (tilam)

Masukkan detail jenis katil di setiap bilik (dan bilangan katil)

Jenis-jenis katil

Jenis -jenis katil.
Jangan kupoa masukkan jik ada di common space


Bilangan Bathrooms (Bilik Air) ?
- masukkan bilangan bilik air. 1,2 3.....4...5. Private atau shared.





WHERE'S YOUR PLACE LOCATED? LOKASI ?

- alamat dan lokasi kita. cukup sekadar nama jalan atau nama apartment.
- guest hanya akan dapat alamat lengkap bila dia dah booking
- sebelum booking, guest hanya dapat info taman atau nama apartment/kondo

Location di Map
- PENTING
- Bila dah masuk alamat, nanti airbnb akan auto 'pin' lokasi unit kita di map.
- Pastikan, lokasi betul. Jangan tersasar jauh
- Mat Drat cadangkan, kita 'adjust' lokasi kita, di hujung bulatan supaya unit kita tak bertindih dengan unit orang lain.
- Jangan jauh sangat terkeluar, nanti guest tak jumpa pula unit kita.
- Macam Mat Drat, lebih suka pilih unit di airbnb dengan klik kepada map, boleh lijat unit2 berdekatan juga.

Tips:
Nanti dah masuk dalam list, kita review dan tengok sama ada unit kita dapat dilihat atau bertindih dengan unit lain.
Kalau bertindih tu, bila guest 'zoom' kawasan tu baru akan nampak lebih banyak bilangan unit kawasan tu. Contoh kat bawah.



Airbnb - Cara Daftar Jadi Host Airbnb
Masukkan alamat
(cukup sekadar nama jalan atau nama apartment)


Pastikan, lokasi betul.
Jangan tersasar jauh.


WHAT AMENITIES DO YOU  HAVE ?

- senaraikan apa yang kita sebagai host/tuan rumah sediakan
- yang biasa adalah towels, soap, shampoo
- soap dan shampoo murah je pun okey, ada satu bonus
- wifi kalau ada sangatlah bagus

- lihat list yang airbnb senaraikan, tick mana yang kita sediakan.


WHAT SPACE CAN GUEST USE

- senaraikan apa yang ada. tick dari senarai yang disediakan.
- boleh juga tambah apa yang tiada dlm senarai


FINISH 1ST STEP.... senang je kan.


STEP 2 -  
GAMBAR - DESCRIPTION RINGKAS Dan TITTLE



1. Upload Gambar
- Sangat penting ni ye. Mat Drat pun akan lihat gambar sebelum booking !!
- Boleh SKIP dulu, isikan maklumat lain-lain sampai siap, nanti baru masukkan gambar pun boleh.

- Ambil gambar yang cantik dan terang
- Pastikan unit nampak bersih dan lapang
- Elakkan serabutkan unit dengan pelbagai perhiasan  mcm bunga-bunga dll
- Elakkan gambar berulang-ulang

- Kalau ada gambar selain unit kita seperti pantai, swimming pool , gym dll yang boleh mempengaruhi  guest ambil unit kita, kita letak la gambar ttu




- contoh unit yang Mat Drat sewa.... lihat gambar dia




2. Description
- Tulis la point penting , ringkas dan menarik

- Contoh 1 : Mat Drat sewa di Puteri Harbour, Johor. 
Owner tulis berdekatan dengan Hello Kitty , Thomas Town dan Legoland. Mat Drat memang pergi situ untuk bercuti area situ, jadi sedikit terpengaruh bila dia tulis 5 minit ke Hello Kitty

Contoh 2 : Mat Drat sewa di Timur Bay dan juga Swiss Garden Residensi
Owner tulis sedikit pasal swimming pool dan pantai.


3. NAMA !!
- Pilih NAMA unit kita , yang bila guest baca nampak tertarik.

- Tak ada idea?? 
Intai-intai la dulu di airbnb untuk cari ilham. Katakan kita nak listkan unit kita di Teluk Cempedak, jadi intailah unit  airbnb di Port Dickson. Baru nama tak sama. Cuma ambil nama yang uniq sahaja sebagai panduan dan nak bagi berbeza dengan orang lain punya.

Contoh 
- MELOR DAHLIA TIMUR BAY - Sea View with spacious swimming pool
- ZAIN SWISS GARDEN RESIDENSI - Pool view
- TASYA KONDOMINIUM - Muslim friendly
- BEAUTIFUL ZARA CONDOMINIUM - Spacious unit



FINISH 2nd  STEP.... senang je kan. Jangan lupa upload gambar


STEP 3 -  
GET READY FOR GUEST
Booking Setting, Calendar dan Price



1. Review Airbnb's guest requirement
- Follow shj yang telah di sediakan. Ini standard requirement kita nak guest macam mana. Biasa yang ni dah cukup


2. Set house rules for guests
- Tetapkan peraturan atau apa-apa yang guest perlu tahu sebelum booking
- Peraturan yang biasa dah di sediakan, kita hanya perlu tick mana yang kita nak guna.
- Contoh : Pets , smooking dll. Tick mana yang sesuai dengan peraturan kita


































6 comments:

  1. kena bookmark post ni, perkongsian yang bagus ni, memudahkan

    ReplyDelete
  2. Makna die mcm agoda and search engine untuk publicity homestay tuan? Urusan kemas rumah atau jaga atas tuan rumah? Mcm tu ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..AirBnb akan listkan (mcm agoda/booking etc). Penjagaan dan kemas rumah atas tuan rumah

      Delete
    2. Step utk payment & nk tahu homestay dh ade dlm airbnb mcm mne ?

      Delete
    3. Step utk payment, boleh check dan lengkapkan di sub menu Account Setting > Payment and Payout > Hosting > Payout Method.

      Delete
  3. Assalamualaikum,tuan bolehkah host menerima tetamu Islam sahaja diAirbnb.t.kasih

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.