Friday 15 April 2016

Trip Percutian ke Paris : Day 1 - Dari Barcelona ke Paris


Trip Percutian Melancong ke Paris

................................................................................................................
Terbaru  2018 :
Baca perkongsian terbaru Mat Drat jika ingin melancong atau bercuti ke Paris.
Perkongsian ni agak detail dan juga ada info-info terbaru. 

👉👉 Percutian Ke Paris - Tips dan Panduan Melancong

👉👉 Cara nak dapatkan Tax Refund di Paris (VAT)
................................................................................................................


Trip ke Paris ini adalah sebahagian dari Trip Barcelona - Paris -Doha yang ditaja oleh Qatar Airway.

Penerbangan kami dari Barcelona hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam.


Kami tiba di Paris Charles de Gaulle (Terminal 2D) dari Barcelona dengan penerbangan Easyjet. Jam ditangan menunjukkan pukul 12 tengah hari. Nampaknya suasana di Arrival Hall terminal 2D ni agak sibuk.

Selepas mengambil luggage terus keluar dari Hall. Tiada pemeriksaan imigresen atau kastam. Mungkin kerana penerbangan dari negara Europe, jadi tiada pemeriksaan. Passport tak di chop bila masuk. Risau juga masa nak keluar nanti kalau dia check, tak ada chop masuk. 

Pandang kiri-kanan mencari gerai atau kedai menjual sim kad. Tak jumpa pula. Jadi tanpa buang masa kami terus menuju ke platform untuk menaiki train ke Paris.



Penerbangan Kuala Lumpur ke Paris (KUL - CDG)

  • Nak ke Paris ni ada beberapa pilihan, rasanya boleh pilih ikut yang bersesuaian itinerari macam mana. 
  • Setahu Mat Drat tak ada direct flight, semua kena stopover. 
  • Nak cepat dan tak meletihkan, ambillah yang 1 stopover je. Kalau dah sampai 2 stopover, buang masa nak menunggu flight je. Silap-silap, kalau flight terlepas atau delay.....haru jadinya.
  • Masa penerbangan paling cepat pun dalam 15 jam ++, paling lama bergantung kepada connecting flight yang kita ambil (lagi lama stopover, lagi lama la penerbangan tu)
  • Antara pilihan penerbangan ke Paris yang biasa diambil;
    • KLM        .... stopover di Amsterdam (AMS)
    • Qatar Airways.... stopover di Doha (DOH)
    • Emirates       .... stopover di Dubai (DXB)
    • Etihad          .... stopover di Abu Dhabi (AUH)
  • Malaysia Airlines tak ada penerbangan ke Paris ye. Dulu ada (share kod dengan Qatar Airways rasanya).
  • Di Paris kita akan turun di Charles de Gaulee Airport (CDG)

  • Mat Drat dulu ke Paris dari Barcelona dengan Easyjet, dan juga turun di CDG.  Waktu tu Qatar Airways sponsor trip Mat Drat dan wife ke Barcelona dan Doha. Lengkap dengan biz class return ticket, 5 star hotel dan tiket VVIP match Barcelona FC. Dah alang-alang sampai Barcelona, Mat Drat lajak ke Paris. Cuma tiket Barcelona ke Paris je kena keluar duit sendiri. Okey la, lain-lain di tanggung....
  • Kalau yang naik flight low cost atau flight dari Europe, perhati betul-betul turun di airport mana sebab Paris ni ada 3 airport yang biasa digunakan.
  • Selain Charles de Gaulee Airport (CDG), yang juga sering digunakan adalah Paris Orly Airport (ORY) dan Paris Beauvais Airport (BVA)




...


...

Charles de Gaulee Airport (CDG)

  • Ini airport terbesar di Paris dan antara airport tersibuk di dunia.
  • Biasakan dengan perkataan 'Aéroport de Paris''Aéroport Charles de Gaulle' (CDG), 'Paris-Charles de Gaulle'Roissy Charles de Gaulle. Ni semua merujuk ke airport yang sama.
  • Airport ni memang besar, ada 3 terminal. Pastikan kita akan turun di Terminal yang mana satu. Nak balik pun sama, pastikan terminal mana kita akan balik. 
  • Kita ke Paris tak perlukan VISA. Jangan risau. Yang penting sampai di airport, cop passport di imigresen.
  • Pemeriksaan kastam dan imigresen sewaktu ketibaan, Mat Drat tak sure seketat mana... Adakah seketat nak masuk Australia.
  • Ikut  pengalaman Mat Drat dulu, masa masuk Paris tak diperiksa langsung....macam tak percaya je. Tak jumpa pun imigresen atau kastam, mungkin flight dari Europe mereka tak check sangat. Tak pun mereka pantau dari jauh je, danbuat random check. Passport pun tak chop masa masuk. 
  • Dan ikut pengalaman, airport ni memang sangat sibuk....sangat-sangat sibuk. 
  • Oleh kerana sibuk dan besar, jangkakan bagasi dapat diambil dalam 30 minit paling awal...
  • Untuk maklumat detail, boleh rujuk laman web ni  ðŸ‘‰http://www.about-paris.com/charles-de-gaulle-airport.htm


Airport Transfer ke Paris City

  • Jarak dari Airport ke Paris City dalam 40 km.
  • Untuk lain-lain punya airport transfer (bas, coach atau taxi), boleh rujuk link kat atas tu ye.


Naik Tren dari Airport CDG ke Paris

  • Merupakan pilihan yang paling cepat dan paling senang. 
  • Di sini lebih dikenali sebagai Aeroport. 
  • Perhatikan signboard Paris par Train / Paris by Train untuk ke platform train. 
  • Untuk ke Paris City, kita akan naik tren RER B
  • Harga tiket tren CDG-Paris
  • 10.30€ (adult fare) / 7€ (children 4 – 9) / free (children under 4) . Prices as of September 1, 2017
  • Train akan berhenti di beberapa station utama sebelum tiba di Paris. Di Paris sendiri, ia akan berhenti di 3 station utama di Paris iaitu Station Gare du NordStation Châtelet Les Halles dan Station Saint Michel/Notre Dame  sebelum terus ke station Luxembourg, Port Royal dan seterusnya. Kesimpulannya, memang banyak station la.
  • Lebih separuh perjalanan terpaksa berdiri dalam tren terasa jugak la letihnya dengan bagasi yang agak banyak. Nasib baik masa tu tiba Paris dari Barcelona je, kalau dari Malaysia yang berbelas jam penerbangan....mahu pengsan dalam tren. Waktu nak naik tren tu, tren dah separuh penuh.... jadi memang kena berdiri la. Bagasi pegang dan jaga masing-masing punya..... Boleh kata semua penumpang denganbagasi masing-masing.
  • Mat Drat hari tu berhenti di station Gare du Nord. Kalau yang naik train Eurostar London-Paris pun akan berhenti di sini. Berhenti di Gare du Nord ni sebab nak sambung metro tren ke hotel.
  • Train station RER B ni terletak di Terminal 2
  • Kalau yang turun di Terminal 2, terus sahaja berjalan menuju ikut signboard "Paris par Train/ Paris by Train". 
  • Manakala, jika dari Terminal 1 perlu naik train Airport Shuttle (CDGVAL) yang disediakan ke Terminal 2. Ni tren yang menghubungkan antara terminal, tak perlu bayar.
  • Kat Airport ni nanti ada vending machine warna kuning dan putih. Tak silap yang kuning untuk tiket TGV/Intercity train. Manakala yg putih berkotak tu untuk tiket RER B.
  • Untuk panduan ParisByTrain boleh baca link atas tadi.


Pass Paris Visite / Paris Navigo Pass.

  • Untuk lebih jimat, beli tiket Pass Paris Visite atau Paris Navigo. 
  • Pass Paris Visite sesuai untuk yang kurang seminggu di Paris manakala Paris Navigo lebih sesuai untuk yang nak laam di Paris...lebih seminggu atau mungkin berbulan.
  • Pass ni boleh di beli di mesin di airport juga. Senang beli kat airport sebab sampai Paris boleh terus turun naik tren, tak payah nak pening-pening beli tiket. Mana tahu sampai Paris tengah waktu peak balik kerja ke. Station metro penuh dan padat.
  • Memandangkan Mat Drat berada 3 hari sahaja di Paris,  jadi kat airport ni Mat Drat terus beli Pass Paris Visite di sini. Lebih jimat dan menyenangkan sebab tak perlu beli tiket setiap kali nak naik metro/train bila di Paris nanti. 
  • Oleh kerana tempat yang akan kami lawati hanya berada di Zone 1 - Zone 3 (City Center), jadi kami beli untuk Pass Paris Visite yang cover ke Zone 3 sahaja. Semua area Paris je. Dan dari airport ke Paris City, kami beli tiket asing.
  • Kalau ada yang nak ke Disyneyland Paris atau ke Palace of Varsailes, tu dah masuk Zone 1-5 (Greater Paris Area). Jadi berbaloi terus ambil Pass Paris Visite untuk yang cover sehingga zon 5.
  • Untuk Airport ke Paris City termasuk Zone 1-5. Kalau kat Paris nanti pusing-pusing Paris je (tak keluar dari Zone 3), rasanya lagi jimat ambil Paris Pass Zone 1-3 dan untuk tren airport ke Paris kena beli tiket asing.
  • TAPI kalau kat Paris nanti nak melwat tempat jauh yang masuk zone 5, jadi dari airport terus je beli Pass Paris Visite untuk yang cover zone 5. Airport ke Paris dah tak payah beli tiket asing, boleh guna Paris Pas Visite tu je.
  • Macam Mat Drat beli tiket asing... dapat jimat sikit je (dalam € 6 seorang)
    • € 26.65 pass 3 hari untuk zone 3 
    • € 20.60 tiket tren RER B (return) 
    • Total = € 47.25
  • Kalau beli Paris Pass Visite (Zone 1-5) = € 53.75.

Harga Paris Pass (Transport) 

Paris Visit (Pass Transport) 1 day (zone 1 to 3) / Adult € 12 / Child  € 6
Paris Visit (Pass Transport) 2 day (zone 1 to 3) / Adult € 19.5 
 / Child  € 9.75
Paris Visit (Pass Transport) 3 day (zone 1 to 3) / Adult € 26.65 
 / Child  € 13.30

Paris Visit (Pass Transport) 3 day (zone 1 to 5) / Adult € 53.75  / Child  € 26.85



Kalau nak lama kat Paris (lebih seminggu)  lebih jimat beli Paris Navigo Pass.

Untuk maklumat lanjut mengenai Paris Navigo Pass boleh baca kat link ni Paris Navigo PassParis Navigo ni untuk weekly atau monthly, kalau agak lama kat sini, sesuai sangat beli yang ni. 
 


Nota 
Seeloknya aktifkan kad debit. Senang beli tiket guna kad kredit atau kad debit. 

Hati-hati penyeluk saku jika berada di tren station atau pun di dalam tren!

Sewaktu melalui pintu laluan tiket untuk ke platform train, isteri Mat Drat di tolak dan seakan dirempuh dari belakang oleh seorang perempuan, sedangkan laluan lain kosong masa tu. Terconfius sekejap masa tu, apasal lah dia ni main rempuh je.  . Terus wife saya check hand beg, Alhamdulillah tiada apa-apa yang hilang. Mungkin inilah contoh cara penyeluk saku yang dikatakan cukup cekap di sini



Transport di Paris

  • Transport utama di Paris sudah pastilah tren Metro. 
  • Jadi nak datang sini study serba sedikit map metro tu, ambik tahu location hotel kat mana dan nearest station metro.
  • Kalau rajin, buat summary siap-siap untuk itinerari kat Paris nak naik tren dari mana ke station mana untuk satu tempat yang di tuju.
  • Plan awal-awal ni bagus, tak lah masa kat station metro tu baru trhegeh-hegeh nak cari map, nak fahamkan map. Kalau kita dah tengok awal, at least sampai sana tak ada lah nak start dari '0'
  • JANGAN lupa intsall app metro Paris. Sangat membantu untuk 
    • tahu nearest station destinasi nak pergi
    • best option line metro. Kat sini banyak line metro
    • mana tahu ada station atau line yang ditutup, kita dah tahu awal-awal.
  • Walau pun dah install app Metro Paris ni, tak salah buat summary kat nota kecil. Mana tahu batteri hp habis ke, tak la kita kelam kabut nak cari best route semula.
  • Tiket tren...macam Mat Drat bagi tahu awal tadi, nak jimat beli Paris Visite Pass atau Paris Navigo Pass. Ikut mana yang sesuai dengan kita.
  • Dan pesanan ikhlas Mat Drat
    • JANGAN buat perangai kat Malaysia, jalan sambil lewa kat station metro dan tak bagi laluan orang di belakang. Mereka di sini jalan cukup laju, semua nak kejar next tren.
    • JANGAN 'kurang sivik'. Nampak ibu mengandung, orang tua bagi la mereka duduk.
  • DAN ingat
    • Kat sesetengah station metro ni ada penyeluk saku. Jadi jaga barang elok-elok. Beg galas elok letak kat depan
    • Pengemis agak ramai (ikut kawasa), sampai dalam tren pun mereka berani mengemis. Kasar pulak tu cara mengemis.  Pengalaman Mat Drat, siap yang pegang tangan Mat Drat minta duit dalam tren...selemba je ngemis macam tu. Ni kes rare la ni...
    • Dan kalau turun di station yang hujung-hujung dan terutamnya belah malam, sentiasa perhati sekeliling. Beringat tak salah.

Untuk tips dan info lanjut mengenai Tren di PARIS boleh baca kat link ni Paris Transport - Trens 


Station Gare De Nord

Station Gare De Nord ni antara salah satu station metro di Paris yang integrated dengan lane-lane metro yang lain. Walau pun ia dah lama tetapi tetap anara yang paling menjadi tumpuan. Bagi saya, ia satu station yang cukup besar dan juga serabut dengan orang ramai yang bertali arus. Semuanya berjalan pantas, pagi jalan laju.... balik petang pun jalanlaju. Mungkin budaya mereka, tak seperti di Negara kita yang berjalan sambil lewa. Ini contoh negara maju, hargai masa!

Jika belum beli Paris Visit Pass, sediakan duit syiling atau kredit kad untuk membeli tiket metro train untuk ke destinasi lain. Kami gunakan Paris Visit Pass

Dari sini, kami mengambil tren ke station Mercedet Passioner. Di Paris, train bawah tanah mereka sahaja rasanya ada lebih 10 laluan tak termasuk train inter-city. Di KL tak silap hanya ada 3 - 4 laluan sahaja campur monorel dan juga komuter.


Gare du Nord

Image result for gare du nord paris
Gare du Nord ni memang ramai orang


Hotel Murah di Paris


Mana nak duduk kat Paris? 
Paris ni terlalu besar dan terlalu banyak hotel, beribu-ribu hotel. Jadi nak pilih hotel atau penginapan tu agak pening jugak asalnya. Tapi biasanya nak pilih hotel mana nak duduk tu, faktor di bawah ni boleh diambil kira kot...

Pilih Hotel di Paris 

Rasanya kalau cari hotel tu, faktor paling utama orang pilih adalah 
  1. Berdekatan dengan station metro. 
    1. Nak senang cari lah hotel berhampiran station Gare du Nord atau pun station Gare de L'East, ni kira station utama. Jimat banyak masa bila nak travel tak ada nak tukar tren banyak kali.
    2. Tapi kalau nak jimat, cari la dekat dengan station metro lain pun okey. Tapi elok tengok map dulu, jangan jauh sangat dari pusat PARIS nanti buang masa dalam tren je.
  2. Senang mencari makanan halal. 
    1. Kat Paris ni kira banyak juga restoran halal, tapi di kawasan-kawasan tertentu la. 
    2. Rakyat Paris kan ramai yang dari Algeria dan negara Afrika lain, jadi muslim agak banyak.
  3. Dekat dengan Eiffel Tower
    1. nak cari hotel dekat dengan Eiffel Tower, kena booking awal-awal la...kalau lambat, yang murah-murah memang tak dapat lah. Kalau ada pun agak mahal.
    2. Memang seronok, buka tingkap je, nampak eiffel tower.... tapi untuk ni kena bayar lebih la.


Pilih hotel tu kena tengok juga kawasan hotel tu kawasan apa.... Ada tempat yang Mat Drat lalu, agak kurang selesa apabila lihat terlalu ramai golongan pengemis dan tempat macam kurang selesa. 

Macam masa Mat Drat  berjalan di sekitar station Gare de l'Est, siap cakap kat isteri.... nasib baik tak ambik hotel area sini!. Entah, rasa cukup tak selesa melihat gelagat orang di kawasan sekitar sini

Trip Percutian Melancong ke Paris gare du est paris




Trip Percutian Melancong ke Paris
Gare du l'Est .  Ni rasanya station dah lebih 100 tahun kalau tengok kepada bangunan dia






...





...

Penginapan murah di Paris -Hotel bawah RM220 / malam

Di Paris, penginapan dalam range RM 200 semalam boleh di kira sebagai budget hotel. Mungkin hanya dapat 1 star hotel * atau 2 star ** sahaja. Jika ambil hotel dalam range ni, jangan harapkan macam-macam seperti 3-star atau 4-star hotel. Apa yang penting, kena baca review mereka-mereka yang pernah menginap di hotel tersebut.

Antara hotel yang Mat Drat 'intai' hari tu... Harga ni berubah-ubah, yang ni ikut masa Mat Drat survey dulu. 

Hotel murah/budget ( RM 220 ke bawah)





1-star


2-star




-Walking distance dari 
Eiffel Tower
- Ada beberapa jenis bilik










( Gare de Nord )

3-star


Porte de Vincennes 

2-star


Kalau nak hotel mahal sikit je ( RM 220 ke atas)
New Hotel Saint Lazare - Champs Elysées
Mercure Paris Terminus Nord
Holiday Inn Paris  - Gare de l'Est
Avalon Hotel - Gare du Nord Pari



Victoria Hotel

Lepas  baca review-review beberapa hotel, akhirnya Mat Drat pilih Hotel Victoria. 

Mat Drat pilih Victoria Hotel sebabnya
  • hanya murah , € 65 semalam
  • antara yang direkemenkan bagi kategori hotel murah di bawah RM220 semalam. Paris ni kalau hotel bawah € 100 kira hotel murah la
  • terletak di kawasan ramai muslim, senang nak cari makanan halal
  • berhampiran metro station ( 200 meter sahaja)
  • hotel-hotel yang lagi okey (rating tinggi) di bawah € 100/malam kebanyakannya penuh waktu Mat Drat cari. (Hotel yang dekat dengan station metro)
  • wifi percuma / boleh tinggal luggage lepas check out dan sebelum check-in.
  • ada kedai runcit sebelah hotel

Hotel yang Mat Drat menginap masa di Paris ni cukup simple, tak ada lift, naik tangga kecil dan bilik agak sempit. Tapi padanlah dengan harga. 

Bilik agak sempit, cukup-cukup untuk 2 orang tapi okey je. Kira boleh la sebab bilik hanya untuk tidur sahaja, banyak masa akan di habiskan berjalan-jalan di Paris. Nak solat pun, solat atas katil je!!
Wifi di tingkat 4, sekejap okey...sekejap tak okey. 
Bilik air kecik sangat tapi kira boleh la untuk rate yang kurang RM 250 se malam kat Paris ni. 
Yang penting, restoran halal ada dua berdekatan dan di bawah juga ada satu kedai runcit (sebelah sahaja).



Marcedet-Poisoniers - Masa kat Malaysia saya dah hafal nama station ni
Awek ni awal sikit je, kalau tak dapat kami bilik di 2nd floor

Tangga kecil sampai ke tingkat 4






Sim Kad murah di Paris

Sebenarnya hasil pembacaan, Lebara juga antara telco yang menawarkan harga sim kad,  caj panggilan dan data internet yang murah di Paris. Sama seperti di Barcelona.

Saya beli sim kad di kedai telekomunikasi di hadapan Victoria Hotel, tetapi pemilik kedai ( remaja berkulit hitam) agak kasar dan kurang mesra. 

Saya minta dia setkan telefon saya untuk membolehkan saya membuat panggilan dan melayari internet, tapi dia suruh saya ikut instruction di startek pek. 

Instruction dalam bahasa France, sampai hari terakhir saya di Paris... saya tak dapat guna sim kad Lebara ini untuk melayari internet. 

Cuma boleh buat panggilan dan message sahaja. Nasib baik wifi di Victoria Hotel boleh la saya gunakan untuk melayari internet dan update Facebook.

Jadi, kalau nak beli simkad tu saya rasa lebih baik beli di airport kerana di sana biasanya mereka memang user friendly. 

Klook.com










Booking.com




Info Lain Yang perlu diketahui

Bahasa
Orang France dan pastinya di Paris ni agak kurang yang menggunakan atau faham Bahasa Inggeris. Mereka kuat jati diri dengan bahasa mereka.

Jadi ambil tahu beberapa perkataan basic dalam bahasa France untuk memudahkan (menambah mesra) dalam perbualan dengan penduduk di sini, mungkin di kedai, di hotel atau di restoran

5 perkataan yang WAJIB tahu
  1. Bonjour - Hello
  2. Oui - Yes
  3. Non - No
  4. Où est…? - Di mana ......?
  5. Merci - Terima Kasih. 
Paling kurang pun, hafal la 2 perkataan ini.... Bonjour dan Merci !!


Applikasi Handphone Utama yang pelu di install
Bagi Mat Drat, sebelum ke sini install la 5 app ni kat hp. InsyaAllah akan berguna dan mungkin satu dua sangat berguna.

  1. Paris Metro - Official metro Map and train times
    • Senang nak tengok maps dan jadual tren
  2. Next Stop Paris RATP
    • Menyenangkan nak ke tempat-tempat menarik, ada guide naik tre mana dan turun di mana
  3. Currency Converter
    • Ada kala kita perlukan untuk keputusan pantas, terutama masa nak shopping atau membeli sesuatu
  4. Google Translate
    • Download la siap-siap untuk versi offline, jadi walau handphone tak ada data ia masih boleh digunakan.
    • Masa di hotel (terutama hotel yang 1,2 3 bintang), mungkin staff front desk tidak berapa menggunakan bahasa Inggeris jadi boleh gunagoogle translate je.
    • Kita sebut (walau dalam bahasa France) tapi sebutan berbeza, mereka tak faham. 
  5. Google Map
    • Sangat berguna juga terutama kita akan perlu banyak berjalan di Paris.
    • Boleh guna google map ni untuk jadikan panduan untuk ke sesuatu destinasi.




Ingatan
Lagi sekali Mat Drat ingatkan dan pesan.
  1. Jaga barang-barang, di sini agak ramai pencopet terutama di kawasan tumpuan pelancong.
  2. Berhati-hati dengan scammer di tempat tumpuan pelancong
  3. Pengemis di sini agak ramai terutama di station metro
  4. JANGAN lupa aktifkan debit kad sebagai persedian



Entry-entry Trip Paris ini




Day 1 - Part 1




Percutian Melancong ke Paris Tempat Menarik

Day 1 -Part 2

Jalan Jalan ke Paris : Eiffel Tower dan Sacre Coeur

Day 2 - Part 1






Day 2 - Part 2




Day 3 - Part 1

  


Day 3 - Part 2











~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡





1 comment:

  1. At many of the popular rides you will find an area allocated
    to turnstile type machines that issue special tickets that enable you to come back to the ride at a later
    time and by following the special Fastpass entrance will enable you to walk virtually straight onto
    the ride. When you're in a Disneyland Park, you have
    to look no further. So, if your plans this summer include Disneyland Paris you should consider the
    train.

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.