Carversham Wildlife Park n Whiteman Park
Yang nak datang dengan kereta, tak ada masalah. Senang je. Mat Drat pun dah sebelum ni.
Kali ni Mat Drat share sikit info cara nak ke Caversham (Whiteman Park) dengan menggunakan train dan bas.
Kali ni Mat Drat share sikit info cara nak ke Caversham (Whiteman Park) dengan menggunakan train dan bas.
Macam Mat Drat bagi tahu sebelum ni, Caversham ni terletak di dalam Whiteman Park. Maknanya Whiteman ni sangat luas sebab selain Caversham Wildlife Park, ada lagi tempat lain yang boleh dilawati di sini.
Ingat:
Bas hanya akan berhenti di pintu utama (entrance) Whiteman Park, dan bukannya di Caversham Wildlife Park. Jarak dalam 2 km ye, jauh nak berjalan kaki tu!!
..............................................................................
..............................................................................
Cara ke Carversham Wildlife Park / Whiteman Park dengan Public Transport
Mat Drat terangkan 2 fasa perjalanan ;
- Train dan Bas dari Perth ke Whiteman Park (main entrance)
- Dari Whiteman Park Entrance ke Caversham Wildlife Park
Masa perjalanan keseluruhan lebih kurang 1 jam (train dan bas) tanpa ambil kira lagi
- masa ke station Perth
- masa menunggu train / bas
- masa menunggu pickup service
* Ni antara sebab Mat Drat tukar plan dari naik bas ke sewa kereta adalah sebab masa.
Dari Perth ke Whiteman Park
Dari Perth kena naik Train ke Bassendean dan dari Bassendean kena naik bas ke Whiteman Park.
Perth to Bassendean
Dari Perth Station kena naik train Midland Railway Line dan turun di Bassendean Station.
Bassendean Station adalah stop ke-8 selepas bertolak dari Perth Station. Masa perjalanan lebih kurang 16 minit.
Bassendean Station adalah stop ke-8 selepas bertolak dari Perth Station. Masa perjalanan lebih kurang 16 minit.
Midland Railway Line ni bermula dari Perth Station dan berakhir di Midland Station. Info penting ni, nanti balik jangan salah arah pulak. Balik kena la arah ke Perth.
$4.90 seorang (cash). $4.41 kalau guna SmartRider Card, selepas 10% discount.
- Nak jimat boleh guna Family Rider
Family Rider
Family Rider Tiket ( $13.10 Sahaja)
Tapi ada syarat dia
- Maksimum 7 orang, dewasa 2 orang sahaja
- Tiket $ 13.10 untuk 7 orang tadi.
- Boleh guna unlimited dalam hari yang sama (hari beli tiket)
- Tapi ada waktu boleh guna
- Weekend ( All Day)
- Isnin - Khamis : Selepas 6pm sahaja
- Jumaat : Selepas 3pm sahaja
- Isnin - Jumaat (Cuti Sekolah Australia) : Selepas 9:00 am
Jadual Midland Line
Train terawal dari Perth ke Bassendean (Midland) : 04:30am. Train setiap 15 minit
Train terakhir dari Bassendean (bertolak dari Midland Station) : 01:00am. Kira malam pun masih ada train
Lokasi :Intai-intai la view google map/street view
- Station Perth : 👉👉 Google Map Perth Station
- Station Bassendean : 👉👉 Google Map Bassendean Station
Perth Station Sumber Photo : By RaNdOm26 - Own work, CC BY-SA 3.0 |
Midland Route Map Naik di Perth, dan turun di Station Bassendean Sumber Photo : https://www.i14worlds2020.com |
Ni je Bassendean Station. Bukan station besar ye. Image : Google Map |
Bassendean Station Image : Google Map |
Bassendean ke Whiteman Park
Naik train tu nanti kena turun di Bassendean Station. Keluar dari Bassendean Station, kena naik bas Transperth nombor 955 /956 ke Whiteman Park. Bas hala ke Ellenbrook. Keluar train station , ada bus stop no 3 & 4.
Tiket
Tak payah beli dah sebab tiket train tadi masih boleh digunakan. Tiket Transperth boleh digunakan dalam masa 2 jam tanpa perlu beli tiket baru walaupun bertukar jenis kenderaan (bas, feri, dan train) .
Turun Bas
Nanti Turun di Whiteman Park Entrance, ada bus stop tepi jalan. Nak senang takut terlepas, nanti duduk je belakang driver bas, nanti bagi tahu dia nak turun di Caversham/Whiteman Park.
Perjalanan ambil masa daalm 25 minit. Sepanjang perjalanan, view agak cantik, sama je view kalau drive. Cuma drive, tak boleh nak hayati pemandangan.
Bus stop selepas keluar dari Bassendean Station. Perhatikan signboard bas 955/956 Sumber : https://azaleania.blogspot.com |
Jadual bas waktu pagi, nampak kekerapan dalam 10 minit - 20 minit ke Whiteman Park dari Bassendean Station ni |
Bus Stop depan Whiteman Park. Dari bus stop ni perlu menapak dalam 100-200 meter ke Whiteman Park Entrance |
Dari Whiteman Park ke Caversham Park
Mat Drat rasa, lebih kot. Hari tu Mat Drat kira dalam 2 km juga jarak dia. Jauh tu nak berjalan kaki. Bayangkan berajalan kaki dalam kawasan hutan belukar (bushland) yang seakan gurun.... panas, memang panas. Jadi jangan la cuba-cuba jalan kaki.
*Service Courtesy Pick-up dan Drop-Off - weekeday
Caversham Wildlife Park sediakan courtesy pick-up dan hantar dari/ke Whiteman Park Entrance. Perkhidmatan pick-up dan drop-off ni disediakan weekday sahaja ye (Isnin - Jumaat sahaja).
Bila sampai sahaja di Whiteman Park tu nanti, boleh terus call pihak Caversham untuk minta mereka ambil. Service bermula 9:30am. Ada disediakan intercom untuk hubungi mereka. Dah call, tunggu sampai mereka datang, jangan menapak pulak!
Bila nak balik, kena request dengan staff di Souveniour Shop. Last waktu balik adalah 4:15pm. Nanti sampai semula di Whiteman Park Entrance, tunggu bas 955 di bus stop di seberang jalan untuk balik ke Bessendean sebelum sambung naik train ke Perth.
Better balik awal. Sini tak ada public transport lain. Lewat petang takut gelap, sini agak sunyi.
Satu lagi, laman web Caversham kata "As this is a courtesy services, its operation can not be guaranteed".
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.