Thursday, 24 October 2019

Travelog Perth Part 6 : Caversham Wildlife Park



DAY 3 - CAVERSHAM & SWAN VALLEY, PERTH

Travelog Perth bersambung di hari ke-3. Hari ni Mat Drat akan ke area Swan Valley pulak. Banyak tempat nak pergi di situ sebenarnya.

Itinerari Hari Ke-Tiga di Swan Valley

08:00 am - Sarapan di rumah
09:30 am - Caversham Wildlife Park
12:30 pm - The Margerat River Chocolate Company
01:30 pm - The Grape House
02:00 pm - Swan Valley Mosque
03:00 pm - Charcoal Chicken Express (tapau)
04:00 pm - Picnic @ King Park & Botanic Garden
05:15 pm - Gerak ke Scarborough Beach
05:45 pm - Scarborough Beach
08:00 pm - Apartment

Entry ni Mat Drat akan share pasal Caversham Wildlife, sikit info pasal Margerat  River Chocolate, Grape House & Swan Valley Mosque. 

Sebelum tu, jemput baca entry sebelum ni... 

Percutian Ke Perth Itinerari

👇👇
 Travelog Perth - 
Fremantle

.............................................................................

Swan Valley

Swan Valley ni 25 minit sahaja dari Perth. Tak jauh. Jadi boleh berkereta atau dengan bas.

Ikhlas cakap, sebenarnya Mat Drat plan nak ke Caversham Wildlife Park je untuk bawa anak-anak bermain dengan kangaroo. Tak ada pun perkataan 'Swan Valley' ni dalam itinerari asal Mat Drat.

Baca-baca blog pun, boleh kata, banyak share pasal Caversham je. Dan bila baca juga, macam senang je naik bas ke Caversham ni. 

Plan asal, memang Mat Drat nak guna public transport je kat Perth ni, cuma waktu nak ke Pinnacle dan Mandurah je nanti baru sewa kereta. Tapi, person in charge yang Mat Drat sewa kereta, En Rashidan kata rugi kalau ke Swan Valley naik bas.

Rugi sebab akan buang masa dan di sana banyak tempat menarik yang boleh disinggahi balik dari Caversham Wildlife Park.


Tempat dan Aktiviti Menarik di Swan Valley

En Rashidan share senarai ni dengan Mat Dart, dia kata ni tempat-tempat yang boleh disinggahi jika berkereta.

1. Caversham Wildlife Park
2. The Margerat River Chocolate Company
3. Providore - gourment tasting olive oil / chutney
4. The Grape House
5. Swan Valley Mosque
6. Yahava KoffeeWorks - coffee testing
7. Katich's The Grape Place (summer)
8. House of Honey
9. The Cheese Barrel
10. Kafarela's Vineyard
11. Mondo Nougat Factory
12. Whistler's Chocolate
13. Charcoal Chicken Express Dianella (dinner)

Dari senarai di atas ni, Mat Drat ke destinasi nombor 1,2,4,5 dan 13 sahaja. 


Menariknya Swan Valley ni

Swan Valley ni lanscape dia lain dari lain-lain tempat di Perth. Kawasan ni lebih tenang dan rasa relax je. Tak rasa hiruk pikuk.

Memandu kat sini, memang rasa relax..... tenang...tak rushing. Tak rasa ada apa yang nak dikejar. Ada satu ketika, Mat Drat boleh patah balik hampir 5km semata-mata nak beli lagi anggur... sedap sangat makan dalam kereta.

Panas matahari yang cukup dan kedinginan yang sedang-sedang 'molek', menjadikan kawasan sini sebagai kawasan utama tanaman anggur. Mat Salleh  dan Non-Muslim suka ke sini kerana ia tempat yang ditujui oleh Wine Lover. Kita ambil tahu sebagai info cukuplah.

Beberapa bulan sebelum ke sini, Mat Drat juga ada join satu contest dari Tourism Australia, mereka promote Swan Valley. Antara yang di highlight kan adalah berkaitan anggur dan wine (sudah pasti), makanan dan masakan, keindahan alam semula jadi serta kawasan Guildford. Guildford ni banyak bangunan dan peninggalan era kolonial.

Kita sambung terus ke itinerari

..............................................................................


CAVERSHAM WILDLIFE PARK

Ini destinasi utama jika ke Swan Valley, atau lebih tepat lagi orang ke Swan Valley sebab Caversham ni. Lagi-lagi orang Malaysia !

Caversham Wildlife Park ni terletak di dalam Whiteman ParkJadi dalam Whiteman Park ni ada lagi tempat lain yang agak menarik. 

Kalau nak lama meronda di Whiteman Park ni, rajin-rajin baca info di laman web dia ðŸ‘‰ https://www.whitemanpark.com.au/

Masa nak buat itinerari dulu, Mat Drat study juga pasal Caversham ni di lawan web mereka ni 👉👉 https://www.cavershamwildlife.com.au/

Jadi sebelum pergi, intai-intai la laman web mereka untuk info terkini dan lebih tepat. 

Caversham ni merupakan family owned and operated.  Tertulis di laman web mereka (Mat Drat malas nak translate)
David & Pat own and operate Caversham Wildlife Park with their son David & daughter Debbie. 
When they purchased the park in 1988, the park housed a small collection of animals and birds on a modest 5 acre (2ha) property. A few years later, the park doubled in size, when the family purchased the adjoining property and the collection started to boom. In May 2003, the family designed and built a new park in Whiteman Park, once again, more than doubling in size. 
CWP features about 200 species, and more than 2000 head of animals, birds and reptiles. This impressive collection makes CWP the largest privately owned collection of native wildlife in Western Australia. The park is the premiere development of its kind in Western Australia, attracting visitors from all over the world. 
CWP pride themselves on their unique interactive experiences with Australia’s most interesting animals, without being commercialised. CWP is a world-class attraction whilst maintaining the laid-back Aussie touch.


Apa sebab kena ke Caversham ni?


Sebabnya kita dapat tengok 3 haiwan yang cukup sinonim dengan Australia iaitu Kangaroo, Kaola dan Wombat.

Dapat bermanja dan bermesra dengan Kangaroo paling best. Selain tu kita boleh la kenal dekat dengan Kaola dan Wombat. Boleh la ambik peluang bergambar dengan 2 haiwan ni.


Harga Tiket
Dewasa : $30 (RM 90)
Kanak-kanak 3-14 Tahun : $ 14 (RM40)

Tiket ni termasuk semua attraction, makanan haiwan dan sessi bergambar dengan haiwan.


Waktu Operasi

Setiap Hari : 9.00am - 5:30pm

Last waktu masuk 4:30pm, tapi paling lewat untuk berbaloi masuk adalah 3:00pm sebab nak elak terlepas beberapa ativiti kat dalam ni.

3 jam di dalam ni dah lebih dari cukup rasanya dan elok datang awal pagi, tak la panas sangat.


Datang sini... pastikan 'Meet The Kangaroo'

Tips: Datang la se-awal boleh sebab ;

1. Mesra Dengan Kangaroo
Awal-awal kangaroo lapar, kita bagi makan dan kangaroo-kangaroo ni akan banyak yang datang. Kalau dah tengah hari, mungkin dah kenyang jadi 'selera' makan kangaroo ni kurang. Mana tak nya, semua yang datang bagi kangaroo ni makan.

2. Show
Datang awal, supaya tak terlepas show yang ada. Bayar tiket dah mahal kan. 

3. Tengah hari panas
Datang awal pagi, tengah hari dah boleh bergerak balik. Tak la waktu tengah hari kit akat sini.

4. Sessi Bergambar dengan Wombat n Friend
Masuk awal bila sessi dibuka, terus tuju ke sessi bergambar dengan wombat. Binatang lain tu, tak akan ramai/panjang sangat beratur nanti. 

5. Sessi Bergambar dengan Kaola
Jangan segan nak minta ambil gambar seorang, berdua atau bertiga atau semua hali keluarga. Kita dah beratur panjang, mereka tak kisah. Jangan beratur panjang-panjang, ambik sekeping gambar je.

6. Bawa Air minuman 
Dalam ni kita akan banyak berjalan, cuaca pun agak panas menjelang tengah hari,  jadi bawa la air minuman. Beli dalam ni mahal sedikit.

.............................................................................




.............................................................................

Cara ke Caversham Wildlife Park / Whiteman Park

Kereta (Self Drive)

- Jarak dalam 20 km, dengan masa pemanduan lebih kurang 25 minit.
- Patuhi had laju je ke sini, hati-hati dengan speed trap/polis.
- Guna waze untuk memudahkan pemanduan.

- Caversham Wildlife ni terletak dalam Whiteman Park, jadi terus memandu ke kawasan dalam Whiteman Park ni dan parking berhampiran pintu masuk Caversham Wildlife Park. 
- Masuk kawasan Whiteman  Park free.
- Car Park 8 paling dekat dengan Cavesham Wildlife Park.
- Parking free di sini. 

- Intai la dulu lokasi di Google Map, view street view kawasan dalam ni ke, nanti tak ada la tercari-cari bila nak sampai.
- Pintu masuk ke Whiteman Park ni ada 2, iaitu melalui Drumpellier Drive atau melalui Beechboro Road North.

- Mat Drat pun intai juga 2 entry ni di Google Map. 

Bas / Public Transport

Mat Drat kongsi apa yang dikongsi di laman web mereka serta dari bacaan apa yang dikongsi blogger lain.

Detail cara naik bas/ train ke Caversham ni, Mat Drat kongsi di entry berikutnya. Mat Drat explain detail sikit, untuk memudahkan mereka yang nak naik public transport.




............................................................................. 


Okey... Mat Drat kongsi gambar di Caversham ni dulu..... soory ye, gambar banyak yang syok sendiri. Mat Drat jadikan ni album keluarga.

Beli tiket, dan masuk.
Datang awal untuk kejar semua show
Dapat map terus tengok show punya jadual dan ada masa, boleh terus ke Kangaroo section sebelum orang ramai  
Jadual show

 1. Kangaroo Section  

Ini... K.A.N.G.A.R.O.O........

Kira kangaroo ni masih lapar... hulur makanan je dia datang

Kangaroo memang banyak... ambil la peluang kat sini nak bergambar dengan kangaroo

Walau pun sampai awal, cuaca kat sini dah mulai panas.
Kangaroo pun suka duduk tempat teduh.

Kangaroo mencari makanan...

Boleh kata kangaroo kat sini semua jinak.


Kangaroo 'Albino'

Simpan sini buat kenangan...

Boleh lompat-lompat dengan kangaroo, sporing je kangaroo ni...

Simpan sini buat kenangan

Sebelum keluar dari kangaroo section ni, sempat lagi kangaroo ni nak bermanja...


 2. Farm Show  

Ada 4 sessi Farm Show sehari.  
Show pertama 10.00am, rasanya sessi tak berapa penuh sbb pengunjung baru sampai.
Show ke-2, start jam 12pm. Elok masuk awal, Mat Drat masuk 11:45. Dlm 11:50 mulai penuh dan sampai ada yang tak boleh masuk.

Menarik juga show mereka ni, kira anak-anak terhibur la.




Sessi demo cukur bulu biri-biri.

Untung datang awal, dapat duduk depan sekali. Bila ada offer untuk volunteer, boleh anak-anak angkat tangan dan dipilih.

Sheep yang dah di'botak'kan

Pertama kali merasai kelembutan bulu biri-biri...

Dapatlah pengalaman memerah susu lembu

Seronok...


 3. Molly Farm  

Molly Farm ni kira zoo mini untuk haiwan jinak.
















 4. Meet The Wombat and Friends  

Section ni kiranya sessi bergambar dengan haiwan-haiwan 'rare'. Paling rare pastinya Wombat.

Jadi, cuba jadi antara pengunjung yang terawal masuk apabila pintu dibuka. Bila dah masuk, jangan ke tempat haiwan lain dulu tetapi terus je ke Wombat.

Kat wombat ni yang akan beratur nanti panjang dan pengunjung akan bergambar agak lama di sini.

Sessi bergambar kat sini, kita bergambar menggunakan handphone atau kamera sendiri. Bukan dia ambilkan gambar guna kamera mereka dan caj kita harga melampau. Style tu biasanya kat Malaysia je jumpa.











 5. Meet The Koalas  

Ni section / show yang terakhir Mat Drat masuk. Kira ni sessi ke dua dibuka 11.30am-12:00pm.

Waktu ni kira 'pertembungan' pengunjung yang datang awal dan yang baru datang. Jadi memang ramai.

Berlingkar-lingkar pusingan beratur untuk tunggu turn ambil gambar dengan koala ni.

Mat Drat malas beratur, jadi tunggu je la tunggu sampai hujung-hujung.... sampai waktu dah nak tamat, pengungjung lain pun dah surut. Bila dah tak ramai ni, boleh la kita request nak bergambar ramai...gambar berdua...sorang-sorang... mereka layan je.


Cuaca memang panas..menghampiri 12pm


Biar yang lain beratur (panjang sangat Q), kami relax je dulu.
Lama jugak, hampir 30 minit menunggu


Gambar beramai-ramai... dengan Koala

Kami berdua dengan si bongsu aje

Minta gambar berdua, pun dia bagi

Simpan sini jadikan kenangan

Tercapai la hajat isteri....

 Kemudahan  

Antara kemudahan yang disediakan untuk orang Malaysia dan Muslim


Ada disediakan kawasan khas untuk 'picnic'.
Siap meja dan kerusi dan teduh berbumbung.

Ada jual makanan halal
Tak silap ada 2 menu....

Notis pemberitahuan tandas mesra orang Melayu..
Tandas dengan paip air !!

Okey.....  Tu sahaja perkongsian mengenai Caversham Wildlife Park.

Bersambung di entry berikutnya
- Cara ke Caversham dengan bas / train
- Itinerari Swan Valley bersambung ke The Margerat River Chocolate Factory, The Grape House dan Swan Valley Mosque sebelum singgah di Charcoal Chicken Expreess



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.