Monday, 28 October 2019

Travelog Perth Part 9 : Memandu di Indian Ocean Drive ke Yancheap, Pinnacle dan Lancelin Sand Dunes


PERTH DAY 4 - YANCHEP, THE PINNACLE DESERT DAN LANCELIN

Percutian Perth masuk hari ke-4. Hari ni Mat Drat memandu jauh sedikit, ke The Pinnacle Desert.

The Pinnacle ni kira selalu jadi 'ikon' Percutian Perth. Oleh kerana The Pinnacle ni jauh, ada beberapa tempat lain boleh ditujui untuk mengisi itinerari jika ke sini.

Sebelum tu, jemput baca  entry sebelum ni... area Swan Valley
👇👇
 Trip Perth : Swan Valley  



Untuk itinerari ke area sini, lokasi wajib semestinya 
- The Pinnacle
- Lancelin Sand Dunes.

Jika ke kawasan ni, selain 2 tempat 'wajib' di atas, boleh tambah ke lokasi lain yang menarik tetapi Mat Drat tak pergi. Senarai di bawah ni; 
- Two Rock Beach
- Yancheap National Park
- Lobster Shack
- Hillary's Boat Harbour
- Sorrento Quay

Mat Drat dah intai-intai di Google Map dan juga laman web berkaitan, Mat Drat tak singgah tempat-tempat di atas ni selain Pinnacle dan Lancelin sebab ada itinerari lain di Perth...

Two Rock Beach
Two Rock Beach ni sama denan beberapa beach lain di Perth yang Mat Drat singgah. Cuma uniknya di sini ada formasi 'Two Rock Beach'. Masa tak mengizinkan sebab perlu 'keluar' dari jalan utama India Ocean Drive untuk ke sini. Dah kira, dalam 2 jam pergi dan balik.

Yancheap National Park
Terlalu luas, ada beberapa tempat menarik di sini. Mat Drat rasa sesuai jika habiskan 1/2 hari di sini. Setakat singgah 1-2 jam, tak memadai. Kangaroo pun dah jumpa semalam di Caversham Wildlife Park.

Lobster Shack
Ramai yang singgah sini, makan lobster. Cuma kena ingat harganya boleh tahan.
Memandangkan Mat Drat dah brunch otw dari Pinnacle tadi, perut pun kenyang. So tak jadi singgah. (Alasan kat anak-anak tak jadi singgah)

Hillary's Boat Harbour dan Sorrento Quay
Plan asal nak singgah tapi last minit Mat Drat tukar itinerari. Pantai cantik dengan pemandangan bot-bot di Hillary Boat Habour. Gambar kat Fremantle Fishing Harbour di hari ke-2, kira cukuplah.

Jadi itinerari hari ke-4 Trip Perth Mat Drat kali ni adalah seperti ni

07:00 am - Bergerak dari rumah
10:00 am - The Pinnacle Desert
12:30 pm - Brunch di Parking Bay
01:30 pm - Lancelin Sand Dunes
04:00 pm - Watertown Brand Outlet (Smiggle dan 
06:30 pm - Apartment
............................................................................ 



.............................................................................
 

Memandu di Indian Ocean Drive ke Yancheap, The Pinnacle dan Lancelin

Mat Drat sebenarnya mengimpikan untuk memandu di Great Ocean Road, tapi dapat memandu kat India Ocean Drive pun dah kira cukuplah dulu.

Great Ocean Road
Salah satu route paling diminati pelancong ke Australia.
Jarak lebih kurang 243 km, dengan bermula di Torquay, ,Melbourne dan ke arah barat berakhir di Allansford, Warrnambool.


Berbalik kepada pemanduan ke The Pinnacle, bagi yang ingin memandu ke sini, mungkin sedikit info ni dapat membantu dan melancarkan lagi perjalanan.

Kita akan memandu merentasi Yancheap National Park untuk sampai ke The Pinnacle Dessert. The Pinnacle ni terletak di dalam Nambung National Park.

Jarak lebih kurang 200 km. Dan laluan Indian Ocean Drive yang akan kita guna, pasti memberikan kenangan dalam pemanduan ni nanti.

Jadi kita akan dapat merasai 3 pemanduan yang berbeza...
- Freeway dan jalan di Perth (Freeway = Highway)
- Jalan di Yancheap National Park, kawasan hutan belukar
- Jalan menghampiri The Pinnacle Desert, kawasan lapang seakan gurun.


1. Jarak dan Masa
Jarak agak jauh dalam 200 km dari Perth. Masa perjalanan lebih kurang 3 jam.
Jadi gerak awal untuk tiba awal dan elak berada di Lancelin Sand Dune waktu tengah hari panas terik.

Jarak dan pemanduan dari Apartment Mat Drat

Setengah perjalanan... National Route 1.
Kawasan hutan belukar.
Kenderaan memang kurang
Indian Ocean Drive.
Lurus dan cantik
Indian Ocean Drive menuju ke The Pinnacle Desert.
Kiri lautan Hindi dan kanan kawasan tandus.

2. Had Laju
Pandulah ikut speed limit, untuk elak di saman. 1/2 perjalanan, akan sunyi dan sangat kurang kenderaan. Jangan memecut macam di Malaysia.
Sedikit meletihkan memandu jauh dalam kelajuan 80 -90 kmj sahaja. Paling tinggi pun ada kawasan dengan limit 100 kmj.

3. Pastikan Telefon ada data dan boleh call
Ni wajib sebab jalan sangat sunyi dan ada kawasan melalui kawasan hutan dan kawasan tiada penempatan. Data dan telefon sangat penting untuk kes kecemasan. Contact nombor car rental perlu simpan.
Data pun penting untuk waze dan Google Map.

4. Petrol 
Penuhkan tangki minyak di Perth sebelum ke sini. Jarak jauh, station minyak tak banyak kawasan ni. The Pnnacle ke Lancelin, hanya ada di pekan Lancelin sahaja.
Harga minyak petrol ( sini panggil gas), lebih murah di bandar (Perth) berbanding luar bandar.

Mat Drat terpaksa isi petrol di sini, kalau tak tak lepas balik.



Pump pun macam kampung style. Terpaksa isi.

5. Rehat cukup
Memandu pergi balik ambil masa lebih kurang 7-8 jam (termasuk ke Lancelin), jadi malam tu berehat la awal.

6. Public Area Spot - Kemudahan Tandas
RnR  di sini disebut Public Rest Area.
Dari Perth melalui India Ocean Drive ke Pinnacle, kita hanya akan jumpa satu Public Rest Area.
Rest Area ni sangat simple, sangat basic kemudahan yang ada. Hanya tandas dan meja picnic.
Parking space untuk caravan ada tetapi rasanya tak ramai yang akan bermalam di sini terutama musim sejuk sebab tiada kemudahan elektrik.

Kononnya Mat Drat nak makan kat sini, tapi anak-anak masih tidur, jadi Mat Drat berhenti ke toilet dan sambung perjalanan ke The Pinnacle.

Waktu Mat Drat sampai sini, ada beberapa caravan dan motorhome bermalam. Lokasi ni yang ada anaksungai disebalah dia, mungkin ada yang pilih selain rasanya ni satu-satunya free caravan park di India Ocean Drive ni.

Lokasi di sebelah kanan, ada signboard kecil akan tunjukkan lokasi ni.
86 km dari Perth (Hay St), lebih kurang 1 jam pemanduan.

Lokasi Google Map 👉 Public Rest Area 
(dekat sejam Mat Drat cari di Google Map, tagging GPS di handphone waktu mabil gambar tak tepat.) 

Ikut laman wehttps://www.mainroads.wa.gov.au/, rest area ni dinamakan Rest Area Moore

Selain rest area ni, untuk sampai Ke Pinnacle ada 1-2 toilet ditepi jalan yang Mat Drat perasan, tapi rasanya tak ada bekalan air. Yang ni lagi simple, untuk yang terdesak je rasanya.


Ada singboard. Rasanya ni satu je signboard yang akan kita jumpa.

Kawasan Parking di Public Rest Area


Berehat sebentar. Hanya ada pondok dan meja picnic ni.


Toilet agak selesa, mesra OKU.

7. Parking Bay - Makan
Tak jadi makan di hentian Rest Area tadi masa on the way ke Pinnacle tadi, jadi Mat Drat makan (picnic) selepas balik dari The Pinnacle.

Lokasi ni pun jumpa semasa nak ke Pinnacle. Hanya ada kemudahan parking  dan pondok berteduh.

Dan sini, sangat panas sebab masih dikira berhampiran dengan The Pinnacle Desert. 

Jam pun dah hampir 12 tengah hari, jadi terpaksa la berhenti juga. Tiada tempat lain yang Mat Drat rasa ada untuk kemi berhenti. 

Ikut laman wehttps://www.mainroads.wa.gov.au/, rest area ni dinamakan Rest Area Wanagarren

Lokasi Google Map ðŸ‘‰ Public Rest Area 

( tagging GPS di handphone waktu mabil gambar tak tepat, jadi susah sungguh nak kesan balik lokasi ni sebenarnya.) 

Satu lagi Parking Bay adalah di kawasan sama, menghala ke The Pinnacle.

Ada susur untuk parking kereta.
Memang sunyi, jalan ni pun tak ramai yang guna, jadi yang berhenti pun sangat kurang.
Ada satu pondok.
Tiada meja, hanya bangku sahaja.


Dari Parking Bay... tersergam 'gunung pasir' ditengah kawasan daratan.
Keunikan bumi ini  ciptaan Allah

Parking Bay hala ke Pinnacle
Parking Bay on the way balik dari The Pinnacle


8. Balik pulang waktu Malam
Elakkan kalau boleh memandu waktu malam sebab kawasan 'hutan' belukar dan laluan sunyi.
Nak elak terlanggar binatang sebab binatang banyak melintas jalan waktu ni.

9. Pandangan Cantik
Menghampiri The Pinnacle, kita akan disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik. Tak dapat memandu di Great Ocean Road, memandu di India Ocean Drive pun cukuplah.
Di Australia ni, memandu di coastal route memang best, memang cantik. Langit membiru dan laut terbentang luas.
Ada beberapa 'view point' yang boleh disinggahi jika berminat. Akan nampak signboard nanti.


Lurus dan cantik
Antara sajian pemandangan sekitar 50km menghampiri The Pinnacle


10. Balik ikut Coastal Route
Boleh memandu balik ikut coastal route, tapi masa pemanduan lebih lama. Pemandangan cantik di sebelah kanan dengan laut terbentang luas.
Waktu summer, daylight lebih lama.
Dari laluan Indian Ocean Drive, selepas memasuki kawasan Yancheap boleh la melalui jalan tepi pantai. Guna google map/waze, boleh pilih route nanti. Cuma akan ambil masa lebih lama menggunakan jalan ni.
Boleh singgah di Hillary's Boat Harbour / Sorrento Quay 


Okey, tu saja untuk entry ni. Mat Drat sambung untuk perkongsian The Pinnacle  Desert dan Lancelin Sand Dunes.

Untuk itinerari ke Watertown Branded  Outlet (Smiggle), Mat Drat akan kongsikan di entry berkaitan Shopping di Perth


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.