Friday, 9 September 2016

Panduan Memandu ke Thailand - Hatyai - Krabi



Baru-baru ni di dalam group whatsapp saya, salah seorang ahli group telah berkongsi beberapa keping gambar semasa dia Thailand. Katanya ini kali ke 3 dia ke sana dalam tahun 2016 ini sahaja, tetapi berlainan destinasi.

Memang seronok tengok gambar dia menunggang ke sana bersama motorsikal BMW F800R nya. Dan dia turut berkongsi info berkaitan beberapa restoran makanan menyediakan makanan halal di sana terutama di Bangkok dan sarankan saya menulis di blog. Saya kata okey sahaja jika saya dapat info lebih dan minta  dia kongsikan sedikit gambar.

Sehingga hari ini gambar masih belum saya dapat, cuma nama-nama restoran sahaja yang dia beri kepada saya. Jadi gambar saya kena cari di sendiri di Google ataupun di laman sosial.

Saya ada bertanya juga kepada dia mengenai beberapa tips menunggang ke Thailand. Saya juga sebenarnya dah banyak juga ambil tahu tips dan prosedure nak memandu masuk kenderaan ke Thailand sebab memang dah masuk dalam perancangan percutian untuk memandu ke Karbi Thailand. Cuma masa tak mengizinkan....juga poket turut menjadi penghalang.

Sebenarnya sudah 2 kali cuti hujung tahun, perancangan saya dan beberapa rakan untuk memandu ke Thailand tidak menjadi. Rancangan 2 tahun lepas, di batalkan kerana masalah banjir melanda negeri sebelah utara dan selatan Thailand. Tahun lepas pula saya batalkan kerana kekangan budget sebab 2 bulan sebelum nak pergi, duit dah habis banyak bawa anak-anak ke Singapura.

Paling jauh pun merasa seberang ke sempadan beberapa tahun lalu di Wang Kelian... itupun seberang dengan jalan kaki beli barang-barang.








Berdasarkan pembacaan dan 'research' di google, saya kongsikan tips Panduan Memandu / Menunggang ke Thailand .... juga sebagai panduan unuk saya dan juga untuk project manager geng kami yang akan mengetuai trip kami kesana... plan hujung tahun ni.

1. Bawa Geran Kereta Bersama

Perkara pertama, geran kereta kena bawa sekali jika ingin memasuki Thailand. Jika pemilik kenderaan tiada bersama, bawa sekali surat dari pemilik kenderaan membenarkan membawa kenderaan tersebut ke Thailand. Tak dapat bawa  asal geran, bawa salinan geran yang di cop oleh pihak bank atau oleh pihak polis. Ini untuk tujuan membeli insuran nanti.

2. Beli Insuran

Kereta atau motorsikal kita semestinya ada insuran, tetapi insuran kita tidak melindungi apa-apa kejadian jika berlaku di Thailand. Tidak seperti memandu di Singapore, kenderaan kita masih dilindungi jika berlaku sesuatu di Singapore.

Di pekan berhampiran sempadan seperti di Changlon, Bukit Kayu Hitam atau pun di Padang Besar terdapat banyak ejen yang menawarkan perkhidamatan untuk kita mendapatkan insuran untuk memasuki Thailand. Sesetengah stesyen minyak juga ada menawarkan perkhidmatan ini.

Harga insuran sekitar RM 16 ( THB 160) untuk tempoh 9 hari. Ini yang paling murah dan sudah boleh melepasi sempadan. Dapat cover note /polici insuran tu nanti simpan elok-elok dalam kereta.

Tapi seeloknya ambil insuran dengan perlindungan tambahan seperti melindungi kenderaan, kenderaan kenderaan yang dilanggar dan juga orang yang dilanggar. Atau boleh juga tambah PA jika rasa perlu sebab malang tidak berbau.  Insuran asas yang murah tu macam kita ambil insuran 3rd party insuran la, perlindungan tersangat sedikit dan terhad.

3. Passport dan Visa

Jangan buat-buat lupa bawa passport. Jangan ingat naik kapal terbang je kena passport ye. Selagi merentasi sempadan, kena la bawa passport. 

Pastikan passport ada tempoh sahlaku sekurang-kurangnya 6 bulan lagi.

Jika dari negeri bersempadan dengan Thailand seperti Kedah dan Kelantan, boleh gunakan Pas Sempadan / Boarder Pass (passport biru) tapi tak boleh pergi jauh... Ini untuk sekitar sempadan sahaja...Krabi tak boleh ye.. Hatyai oleh lagi rasanya.

Kalau tak ada passport dan  pergi berkumpulan, boleh guna Dokumen Perjalanan Kumpulan. Untuk apply, kena perjalanan untuk minima 5 orang dan maksima 20 orang. Boleh diguanakn untuk negara ASEAN kecuali Filipina dan Indonesia dan sekali guna sahaja.

Untuk memasuki Thailand, kita tidak perlu mendapatkan VISA. Jadi tak perlu la pening-pening fikir nak dapatkan Visa di mana.


Baca entry saya >>   Beza Passport dan Visa


4.  Arrival  & Departure Card

Minta siap-siap di kedai semasa buat insuran. Nanti tak kelam kabut nak isi masa di gate sempadan. Isi dan declare apa  betul-betul.

5. Bawa Bekalan Makanan Secukupnya
Jika memandu kesana dan pergi bersama ahli keluarga, bawa la sekali makanan segera lebih sedikit. Mana lah tahu dalam perjalanan nanti terasa lapar, boleh la kunyah-kunya apa yang ada di dalam kereta. Takut perut dah lapar sampai berkeroncong tetapi restoran halal masih belum kelihatan.... kan dah tak khusuk memandu . Lagi-lagi kalau bawa anak-anak sekali.

Harus di ingat juga, memasuki Thailand tidak terlalu ketat peraturan membawa bekalan makanan tidak seperi ingin memasuki Australia. Jadi bawa lah apa yang sesuai selagi ia bukan bahan larangan.

Makanan halal di Thailand senang di cari Krabi atau Hatyai tetapi harga sedikit mahal dari Malaysia.





6. Tukar Wang RM kepada THB
- Tukar siap-siap RM kepada THB (Thai Bath). 
- Tapi kalau bawa USD pun tak ada masalah, di sana USD di terima. 
- Ringgit Malaysia juga di terima tetapi tengok tempat tujuan. 

7. Penuhkan tangki petrol
- Penuhkan tangki kereta sebab di sana harga petrol lagi mahal dari di Malaysia.
- Penuhkan di stesyen yang paling hampir dengan sempadan. Jangan penuhkan di Sungai Petani plak kalau yang ikut Bukit Kayu Hitam tu...  

8. Beli Sim Kad dan off data roaming
- Beli sim kad untuk di guanakn di sana. Beli top up dan boleh terus guna WhatsApp untuk perhubungan dan juga nak guna google map atau waze.
- Sim kad dengan top up 1G dah cuku untuk beberapa hari di sana.Tak mahal cuma dalam RM 30 ( 270 bath) .
- Kurangkan upload gambar dari sana kecuali guna wifi hotel punya. Jimatkan penggunaan data internet.
- Ini sangat la penting.... off kan data roaming jangan lupa. Bukan sahaja off di hp, call juga call centre untuk disablekan data roaming jika sebelum ini kita selalu ke luar negara. 
- Data roaming tersangat mahal dan jangan terkejut bil boleh mencecah ribuan ringgit jika terlupa off dan handphone asik download data je di sana. Ini untuk pengguna Postpad.

9. Pintu sempadan
- Untuk ke Krabi boleh pilih 2 laluan sama ada melalui Bukit Kayu Hitam atau pun Padang Besar.

- Bukit Kayu Hitam :  6-7 jam perjalanan dari sempadan dan akan melalui    

   >>> Hatyai - Pathalung - Trang dan Krabi


- Padang Besar Perlis : 4-5 jam perjalanan dari sempadan dan akan melalui
  >>>  Cha Lung - Thung Wa - Trang dan Krabi


10. Pandu dengan berhemah

Jika memandu harus di ingat... anda memandu di tempat orang.

Rasanya ramai masih ingatkan kes tahun ni bagaimana seorang penunggang motorsikal dari Malaysai yang ditembak kerana katanya penembak tidak berpuas hati dengan cara tunggangan mangsa. 

Jadi

- Pandu dengan berhemah.
- Beri laluan untuk kenderaan laju dari belakang.
- Jangan bawa perangai buruk suka cucuk belakang kenderaan lain di sini.
- Lebih berhati-hati kerana kata kawan saya, di sana penunggang motorsikal lebih selamba dari di Malaysia.
- Dan yang penting, sebelum memulakan perjalanan,,, baca doa dahulu.






Jika yang nak tambah... boleh tinggalkan komen, boleh jadikan panduan untuk saya dan pembaca lain juga. Thankssss....


~mat-drat~




Booking.com

23 comments:

  1. Terima kasih atas info2nya. Bawa anak2 pastinya kita kena lebih berketahanan tinggi 😁

    ReplyDelete
  2. untuk sim kad dan internet kat sana ada 1 simkad untuk pelancong . tak silap saya 'DTAC' kot..beli ja yang tu baru 210 bath ( rm 23 camtu )..unlimited data internet..siap boleh hotspot dengan 3 member lagi dan paling best di thailand 4G jer line dia even atas train :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.... saya ke sana pun pakai Telco DTAC. Ada beberapa pakej. Saya ambil pakej seminggu. Baru bulan May hari tu ke Bangkok dan Pattaya.

      Delete
  3. untuk sim kad dan internet kat sana ada 1 simkad untuk pelancong . tak silap saya 'DTAC' kot..beli ja yang tu baru 210 bath ( rm 23 camtu )..unlimited data internet..siap boleh hotspot dengan 3 member lagi dan paling best di thailand 4G jer line dia even atas train :)

    ReplyDelete
  4. I think this is one of the such a lot important info for me.
    And i am happy reading your article. But wanna
    observation on few basic issues, The website style is great, the articles is in reality nice :
    D. Excellent process, cheers

    ReplyDelete
  5. klau ptptn sangkut lepas x klau ke krabi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. kalau 'sangkut" tu maksudnya tersangkut bayar sahaja, tak ada masalah ke Krabi atau kemana-mana (keluar dari Malaysia).
      Tapi kalau 'sangkut' tu dimaksudkan telah di sekat oleh Imigresen ke luar negara, maka ke Krabi sekalipun tak boleh, sebab imigresen tak akan lepaskan kita ke luar negara

      Delete
  6. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. thanks bro sudi singgah blog saya

      Delete
  7. salam bro.saya ade plan nak kesana tapi bawa 2 kenderaan dan dua2 dalam geran nama saya.ade yg cakap tak boleh masuk 2 biji kereta kalau kereta atas nama orang yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  8. salam bro.saya ade plan nak kesana tapi bawa 2 kenderaan dan dua2 dalam geran nama saya.ade yg cakap tak boleh masuk 2 biji kereta kalau kereta atas nama orang yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf... baru perasan pertanyaan ni. Saya tak pasti. Harap bro boleh share pengalaman bawa 2 kereta atas nama yang sama

      Delete
  9. What's up, this weekend is pleasant in support of me, as this time i am reading
    this great informative piece of writing here at my
    house.

    ReplyDelete
  10. Maaf nak tanya saya ada baca blog yang kata perlukan lesen international?betul ke?atau lesen kita kat Malaysia ni dah cukup?terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu....lessen kita dah cukup.
      TAPI pengalaman saya di Bangkok tahun lepas pula, mereka tak benarkan saya sewa kereta sebab tak ada lesen international

      Delete
  11. Saya dah pergi ke Krabi bulan Disember 2016, pengalaman yang menyeronokkan memandu ke sana. Wave banyak membantu untuk mencari jalan di sana di samping penunjuk papan tanda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok memandu ke sana...lagi-lagi kalau ke Krabi + Phuket + Hatyai... Betul tu, waze memang banyak membantu...

      Yg nak memandu ke Thailand, jgn lupa beli simkad, jadi boleh gunakan waze tanpa gangguan (lebih jimat dari guna roaming data)

      Delete
  12. Tuan ada info keluar melalui sempadan dari Kelantan tak, bb saya ada plan nk ke krabi melalui sempadan di Kelantan. tqbyk info yg menarik dan membantu kita plan untuk berderat...tq bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf... tak ada la pulak. Tapi rasanya tak banyak beza (prosedure).

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.