Friday, 9 September 2016

Beza Passport Merah dan 'Passport Biru'

Beza Passport Merah dan 'Passport Biru'


Beza Passport Merah dan 'Passport Biru'

Ada kawan saya tanya ... apa beza passport merah dan passport biru? Terpaksa la saya semak di laman web Jabatan Imigresen Malaysia (IMI) untuk dapatkan info. Hasil bacaan dan dapatlah saya ringkaskas seperti di bawah :


Tapi sebelum itu..... Kena tahu apa itu Passport??
Untuk yang belum tahu.... Ini jawapan dari laman web IMI
PASSPORT ( Bahasa Melayu ditulis PASPORT) ertinya Dokumen Perjalanan yang sah yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan kepada warganegara bagi maksud perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang.

Pasport adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa. Sebab tu Mahkamah boleh arahkan passport seseorang dipegang oleh mahkamah jika mahkamah merasakan seseorang itu perlu di laramg dari ke luar negara.

Passport Merah - Passport Malaysia Antarabangsa


Passport Malaysia Antarabangsa yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia adalah bewarna merah, kalau warna lain tu.... bukan Passport Malaysia la tu. Tapi kalau ada ternampak 'passport' warna biru, kena baca dulu apa itu 'passport' biru kat bawah ni

Passport bewarna merah ini sebenarnya adalah passport untuk perjalan antarabangsa, Boleh di mohon di Pejabat Imigresen di dalam Malaysia atau pun di Pejabat Perwakilan di luar negara. 

Passport ini boleh digunakan untuk perjalan kesemua negara kecuali negara-negara yang terlarang seperti Israel. Sebenarnya kita masih boleh masuk ke Israel tetapi dengan syarat dapat kelulusan khas dari pihak kerajaan.

Untuk mendapatkan info menegnai syarat permohonan passport, sila ke laman web rasmi Jabatan Imigresen dengan KLIK DI SINI


Kalau yang ada passport tu dan tengok kosong je di muka surat di dalam tu tanpa banyak dicop, boleh gunakan passport tu juga kalau ke Sabah atau Sarawak. Saya kalau ke Sabah atau Sarawak, mesti bawa passport. Bukan apa, hanya nak banyakkan cop di passport, sayang buat passport tapi hanya 2-3 muka surat sahaja yang di cop. Saya ni jarang-jarang ke luar negara.


Kalau kita masuk ke Sabah atau Sarawak tanpa gunakan passport, kita akan diberikan kertas sekeping - Pas Perjalanan Terhad. Dokumen Pas Perjalanan Terhad ini adalah untuk penduduk Semenanjung yang ingin ke Sabah atau Sarawak. Walau pun kertas itu hanya sekeping tapi sangat penting ye. Jika hilang kertas tu kita akan hadapi kesukaran untuk naik kapal terbang untuk keluar dari Sabah/ Sarawak. 


Tempoh laku Passport Malaysia
Sekarang, tempoh laku passport adalah untuk 5 tahun. 
Dahulu ada pilihan sama ada hendak buat untuk 2 tahun atau 5 tahun. 
Tapi buat passport untuk tempoh 2 tahun kurang berbaloi kerana 6 bulan dari tamat tempoh, kita dah tak dapat masuk ke negara lain (kebanyakkan negara tak benarkan). 
Jadi memang elok la di panjangkan tempoh laku kepada 5 tahun. 
Saya pernah guna passport untuk tempoh 2 tahun, dapat guna sekali sahaja sebab 6 bulan terakhir tu dah tak dapat guna passport tu untuk keluar negara. 



Bayaran Passport Malaysia
RM 200 untuk dewasa. 
RM 100 untuk kanak-kanak (bawah 12 thn), warga emas ( 60 thn ke atas), pelajar ijazah luar negara bawah 21 tahun dan untuk Jemaah Haji.


Renew Passport 
Untuk pembaharuan passport, boleh bawa passport sedia ada ke kaunter. Passport baru akan diberikan dan passport lama akan di gunting sedikit untuk menunjukkan yang passport lama sudah tidak boleh diguankan.


Sekarang Jabatan Imigresen memudahkan urusan pembaharuan passport dengan memperkenalkan perkhidmatan renew passport secara online.


Boleh baca di entry saya di sini 👉👉 Renew Passport Online <<

Jom nyanyi sikit lagu “Bawaku Pergi" nyanyian Zizan dan Kaka….

“Buku Merah jangan lupa bawa… Moga-moga belum tamat tempoh…”


Kalau nak berjalan ke luar negara tu, jangan lupa semak-semak passport takut-takut dah nak sampai tarikh sah laku.


Passport Biru - Pas Sempadan Malaysia / Boarder Pass



'Buku' Biru ni sebenarnya bukanlah passport tetapi adalah Pas Lintas Sempadan atau pun Pas Sempadan atau lebih biasa di sebut oleh orang yang berada di kawasan sempadan sebagai Boarder Pass.


Pas Sempadan ini sebenarnya ada dua iaitu Pas Sempadan Thailand dan Pas Sempadan Indonesia.

Pas Sempadan Thailand dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap Malaysia keturunan Thai yang menetap lebih tiga (3) tahun di Kelantan, Perlis, Kedah atau Perak.

Pas Sempadan Indonesia dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap melebihi tempoh enam (6) bulan di dalam Daerah Pentadbiran Pensiangan, Tenom, Sipitang dan Tawau dalam negeri Sabah dan Lundu, Bau, Kuching, Serian, Simanggang dan Lubok Antu dalam negeri Sarawak.

Pas sempadan ini dapat memudahkan penduduk di negeri yang berjiran dengan Indonesia dan Thailand untuk menyeberangi sempadan tanpa menggunakan passport.

Dulu Pas Sempadan ini hanya kertas sekeping, tetapi kini telah dikeluarkan dalam bentuk buku (bewarna biru) seperti passport antarabangsa yang bewarna merah.


Tempoh Sahlaku Pas Sempadan / Boarder Pass
6 bulan untuk Pas Sempadan Thailand
1 tahun untuk Pas Sempadan Indonesia

dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. 


Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya. Jadi, permohonan baru perlu dibuat apabila telah tamat tempoh jika ingin menyeberangi sempadan lagi.

Bayaran Pas Sempadan / Boarder Pass
RM 10 untuk Pas Sempadan Thailand
RM 20 untuk Pas Sempadan Indonesia


Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia dengan klik di pautan berikut :




Baca Juga entry saya 👉👉 Beza Passport dan Visa <<



~mat-drat~

No comments:

Post a Comment