Teringat lagi beberapa tahun dulu masa mula-mula saya nak travel ke luar negara. Antara perkara yg pertama saya fikir macam mana dan di mana nak buat passport dan visa. Masa tu passport dan visa pun saya tak tahu apa bezanya. Keluar negara pulak secara persendirian, jadi semuanya kena buat sendiri.
Passport vs Visa |
Jadi, sebelum memulakan perjalanan ke luar negara, perlulah tahu apa itu passport dan visa kerana anda mungkin memerlukan kedua-duanya.
Passport
Untuk yang baru pertama kali nak ke luqr negara, “Passport” adalah antara perkara paling penting yang anda kena ada.
Tapi apa itu passport ye…?
Passport adalah satu dokumen pengenalan diri yang menunjukkan negara kerakyatan kita. Di Malaysia, dokumen pengenalan kita adalah Kad Pengenalan tapi bila kita nak ke luar negara, kad pengenalan kita tak boleh digunakan, kita perlu gunakan passport.
Passport diperlukan untuk keluar dari Malaysia dan diperlukan untuk masuk ke negara lain. Tanpa passport, kita tak boleh keluar negara. Sebab tu mahkamah boleh perintahkan passport seseorang yang sedang dibicarakan disimpan oleh mahkamah untuk elak seseorang itu keluar negara.
Passport ini lah yang akan kita bawa ke hulu ke hilir sebagai pengenalan diri bila kita ke luar negara. Jagalah elok-elok ye. Macam saya, selain bawa passport ke hulu ke hilir, saya juga photocopy siap-siap passport bila keluar negara. Ini untuk persediaan kalau-kalau passport hilang semasa di perantauan, jadi urusan berikutnya tidaklah menjadi terlalu sulit. Maklumlah kadang-kadang destinasi kita pergi tu terkenal dengan kegiatan penyeluk saku… jadi ini sebagai langkah berjaga-jaga.
Untuk makluman juga, passport Malaysia kita ni boleh digunakan diseluruh dunia kecuali di Israel kerana kita tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan mereka dan kerajaan kita pun tidak mengiktiraf negara mereka.
Kulit passport juga ada pelbagai warna tetapi kita rakyat Malaysia, passport kita warna merah ye macam gambar kat bawah ni.
Sebab tu Zizan dan Kaka nyanyi lagu “Bawaku Pergi" ada sebut….
“Buku Merah jangan lupa bawa… Moga-moga belum tamat tempoh…”
“Tamat tempoh” Pastikan passport kita ada tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan lagi apabila kita ingin ke luar negara. Biasanya itulah had minimum jangka hayat passport yang dibenarkan masuk ke sesebuah negara. Kalau kurang, takut tak dapat masuk/visa tak dapat.
Visa
Visa ni berbeza dengan Passport. Visa dikeluarkan oleh negara yang ingin kita lawati tetapi perlu ingat tak semua negara perlukan visa untuk kita lawati. Visa ni lebih kurang macam permit nak masuk ke negara mereka la.
Sebelum ke luar negara (secara persendirian), kena semak dahulu dengan kedutaan mereka sama ada perlukan visa atau tidak untuk masuk ke negara mereka. Tapi tak perlu la sampai pergi ke kedutaan, cukup semak di website “imigresen” atau “tourism” mereka. Biasanya maklumat berkenaan visa akan di paparkan. Tak pun macam biasa, guna je Google dan taip “visa to …… ” , akan jumpa lah apa yang kita cari.
Biasanya kalau ke luar negara untuk urusan kerja, majikan kita melalui HR akan uruskan visa kita. Dan jika pergi menggunakan travel ejen, biasanya travel ejen juga akan uruskan visa untuk kita. Kurang la sikit pening kepala.
Visa ni ada pelbagai jenis, mengikut kategori dan mengikut negara tersebut. Ada visa pelancong, visa umrah, visa sementara, visa kerja dll. Kalau nak melancong jangan pula minta visa kerja!
Visa yang kita perolehi, akan dikepilkan di passport. Tetapi ada juga visa yang kita perolehi semasa tiba (visa on arrival), visa akan di”chop”/stamp di passport kita.
Sekarang ni tiket flight banyak yang murah-murah, jadi senang rakyat marhain macam kita nak keluar negara. Tapi ingat, dalam 3 bulan sebelum berlepas tu, intai-intai la maklumat berkenaan visa ke negara tersebut… kalau perlukan visa, tak ada la kita kelam kabut nak apply last minute….
~mat-drat~
OOO... itu ke bezanya... teman baru je tau... terima kasih atas perkongsian nie yek...
ReplyDeletesama sama.... :-)
Delete30 tahun hidup baru tahu passport dan visa tu adalah lain2 dokumen
Delete30 tahun baru tahu beza passport dan visa kira ok la tu... saya 34 tahun baru tahu beza...
Delete:-)
Good info
ReplyDelete:-)
DeleteInfo bermanfaat
ReplyDelete:-)
DeleteTq atas info.
ReplyDeleteWC... :-)
DeleteSo visa nie perlu dapatkan kat mane e?
DeleteVisa ni bergantung kepada negara yg kita nak pergi... ada yg kita kena dapatkan di kedutaan (US contohnya), ada yg boleh di mohon di travel agent (Australia contohnya) dan ada juga boleh di apply semasa tiba di negara kita lawati (Qatar contohnya)
DeleteBiasa saya google "visa to ....." negara yg kita nak lawati tu. Biasanya juga akan keluar link imigresen atau maklumat berkaitan sama ada kita (Malaysian) perlu visa atau tak untuk masuk negara mereka. Kalau perlukan visa, akan dimaklumkan di mana dan tempoh utk dapatkan visa.
Deleteowh, aku ingat visa yg cop kat pasport tu, terima kasih tuan, kalau pi thai kena pakai visa dak?
ReplyDeleteadabetul juga tu... ada visa yg di cop di passport.
DeleteMacam masa saya ke Qatar, visa di cop di passport sebab 'visa on arrival'. sampai di airport baru apply visa masa di kaunter imigresen... so imigresen terus cop visa di passport
owh, aku ingat visa yg cop kat pasport tu, terima kasih tuan, kalau pi thai kena pakai visa dak?
ReplyDeleteke thailand kita tak perlukan VISA. Rasanya persetujuan antara negara-negara Asean tak perlukan visa untuk pergerakan di dalam Asean.
DeleteBro boleh baca di http://mat-drat.blogspot.my/2016/09/panduan-memandu-ke-thailand-hatyai-krabi.html
Terima kasih tuan, hr ni 22.1.2017 dok buat pasport kat utc, minggu dpn raya cina nak masuk thai, insyaallah hrp x de apa2 masalah, 1time nak kluar dr bumi malaysia ni
DeleteBiase kalau nak lepas, immigration luar negara banyak tanya ke? Cth, bukti tiket pulang balik, tempahan hotel dan lain2 ..please bgtau dgn details ye.. Tq
ReplyDeletetq atas perkonsgian info
ReplyDeletesama sama...moga bermanfaat perkongsian sedikit ini
DeleteInfo yang sangat mmbantu..tapi saya nak bertanya kalau kita ingin keluar negara dan menetap di sana kita perlu apply passport atau visa
ReplyDeleteMaaf, tak dapat jawab sangat.
Deletesaya tak pasti pula kalau nak menetap di luar negara mcm mana. Tapi rasanya ada procedure tertentu dan tak semua negara senang untuk terima kita untuk menetap di negara mereka.
Tapi kalau nak kerja, di luar negara, biasanya kita memang perluka visa atau permit kerja... dn juga bergantung kpd procedure negara tu. Passport memang kena ada la dan memang kena bawa juga.
Info yang sangat mmbantu..tapi saya ingin bertanya kalau kita nak keluar negara dan menetap di sana kita perlu apply passport atau visa
ReplyDeletetk bro
ReplyDeleteu r welkam. tq bro singgah blog
Deletesalam bro.... 1st time nak keluar negara.... document yg diperlukan cuma passport dan visa(ikut negara) shje ke.... xd document lain kan??? atau ad lg document yang sy perlu isi....
ReplyDeletesalam bro.... 1st time nak keluar negara.... document yg diperlukan cuma passport dan visa(ikut negara) shje ke.... xd document lain kan??? atau ad lg document yang sy perlu isi....
ReplyDeletewasallam.
ReplyDeletebiasanya itu 2 dokumen sahaja. Passport wajib, Visa ikut negara (perlu atau tak). Lain-lain dokumen/borang mungkin akan diberi sewaktu ingin masuk ke negara tu.... mcontoh mcm declaration form diberi sebelum mendarat. Contoh lain macam Singapore, kena isi 'Kad putih" sebelum masuk...
Mungkin boleh try search di google, specific negara yg kita nak masuk
Aku ngat visa tu mcm visa mastercard tu
ReplyDeletehe he he.... untuk lebih 'kesedapan' berjalan, jangan lupa bawa VISA dan MASTERCARD pi oberC ye...
DeleteBaik boss
DeleteBaik boss
DeleteKita perlukan visa ke nak lawat Australia? Sebab saya tanya di Imigresan malaysia mereka kata tak perlu. Tapi travel agent cakap perlu. Pening la.
ReplyDeleteperlu...
Deletecuba google Percutian ke Perth, nanti jumpa blog saya (trip ke Perth), panjang saya cerita pasal Visa Australia
Amat membantu sekali info ini.Terima kasih buat penulis Blok.
ReplyDeleteSama sama
DeleteTerima kasih.. Benda ni nampak simple tapi aq sendiri pun x tau lagi lol
ReplyDeletemaksud nya tempoh 6 bulan tu kita boleh berada di negar tu 6 bun atau 3 buqn 1 kali??
ReplyDelete6 bulan tu, tempoh valid visa kita...biasanya ada negara nak minima valid lagi 6 bulan.
Delete6 bulan sekali atau 3 bulan sekali tu, bergantung kpd negara tertentu... Masing2 ada syarat maksima atau tertentu
Thanks for sharing. Baru tahu perbezaan passport dan visa 😁
ReplyDeleteSama la saya masa mula2 nak keluar negara dulu... Visa dan passport pun tak tahu apa bezanya..😁
Delete