Dalam tempoh sebulan mulai 11.11.2016 yang lalu, antara perkara yang banyak saya lakukan adalah..... shopping di LAZADA.
Lazada Online Revolution Sales yang bermula pada 11 November lalu memang betul-betul memberi saya peluang membeli barang yang selama ini lama berada di dalam 'chart' saya. Offer dan diskaun sempena Online Revolution ini sungguh menarik minat saya, betul-betulmembantu saya membeli barang yang sudah lama saya pendam.
Barang elektrik, barangan bayi, gadget dan peralatan rumah antara yang saya beli. Barang yang paling besar saya beli adalah Aircond, ini pun saya beli kat Lazada. Bukan 1unit tapi dua unit pulak tu... Memang murah dan berbaloi. Puas hati gile....
BOX OF JOY
Sebenarnya saya sangat teruja nak membeli sempena Lazada Online Revolution Sales apabila saya menghadiri satu workshop yang dianjurkan oleh pihak Lazada. BOX OF JOY yang diberikan kepada saya pada workshop tersebut dipenuhi dengan pelbagai barangan yang turut dijual pada harga yang sungguh istimewa sempena Lazada Online Revolution Sales.
Saya sebagai blogger yang banyak berkongsi cerita mengenai travel dan percutian sangat-sangat teruja dengan barangan yang diberikan....boleh dikatakan semuanya sangat sesuai dan boleh dimanfaatkan dalam percutian atau perjalanan saya.
Di dalam Box Of Joy itu, pihak Lazada telah bekalkan kepada saya dengan barangan berikut :
- Sandisk Dual Drive
- Nestle White Coffee
- Nestle Just Milk Full Cream
- Nestle Careal
- Nestle Instant Noodle
- Loreal Shampoo
- Loreal Shampoo
- MamyPoko Wipe
- MamyPoko Pampers
Box Of Joy by Lazada |
Dalam banyak-banyak barangan di atas, yang paling menarik minat saya adalah lampin pakai buang MamyPoko. Puas saya fikir apa releven lampin pakai buang MamyPoko dengan blog saya.
Sample yang diberikan, saya terus gunakan untuk anak saya. Saya tak puas hati.... tak puas hati sebab lampin pakai buang jenama yang saya sedang gunakan sekarang sangat berbeza dengan pampers Mamy Poko ni... sangat berbeza kualitinya.
Tapi MamyPoko bagi saya sample 5 keping sahaja, dapatlah saya gunakan untuk dua hari untuk anak saya. Tak puas hati sungguh saya sebenarya, patutnya sample tu kena lah bagi banyak sikit. Dah saya kena beli sendiri, nak bagi puas hati punya pasal.
Sampai tak sampai 2 hari |
Dan nasib baik MamyPoko ada buat special offer di Lazada, jadi pembelian pertama saya lampin pakai buang MamyPoko pastinya melalui Lazada. Tak sampai 2 hari saya order, MamyPoko ni pun sampai...Pantaszzz sungguh.
Klik di SINI untuk dapatkan tawaran menarik di Lazada .
MamyPoko peertama saya beli dah sampai |
Dan mulai dari pembelian pertama saya itu, jadilah saya pengguna tetap lampin pakai buang MamyPoko.
Bagi saya , lampin pakai buang MamyPoko ini merupakan jenama terbaik perjalanan sama ada travel, bercuti atau pun balik kek kampung.
Sebenarnya 3 sebab utama saya mula bertukar kepada lampin pakai buang jenama MamyPoko ni.
1. Nipis dan ringan
Lampin pakai buang MamyPoko ini nipis dan ringan. Jadi dapat menjimatkan ruang beg dari dipenuhi dengan lampin pakai buang. Beg yang kita bawa kehulu kehilir pun tidak terasa berat kerana MamyPoko ini sangat ringan.
2. Serap sehingga 12 jam
Walaupun lampin pakai buang MmayPoko ni ringan dan nipis, tetapi keupayaannya menyerap sangat 'berkuasa'. Kalau travel kemana mana atau nak balik kampung sekalipun, lampin pakai buang ini sangat sesuai kerana kita tidak perlu kerap berhenti menukar lampin pakai buang anak. Selain dari anak selesa, pemanduan dan perjalanan kita tidak terganggu.
3. Anak sungguh selesa dengan MamyPoko
Apa yag saya perasan, anak saya cukup selesa dengan lampin pakai buang MamyPoko ini. 'Kedutan' bebas pergerakan pada bahagian peha buat anak saya cukup selesa. Tambahan pula kedutan bahagian pinggang pampers ini di bergetah dan fleksible. Juga memberikan lebih keselesaan.
Jadi, jika ingin mencuba atau membeli lampin pakai buang MamyPoko ini bolehlah beli di Lazada untuk mendapatkannya pada harga istimewa.
Jangan lepaskan peluang membeli semasa Online Revolution Sales - The Craziest Sales of the Year yang akan bermula pada 12.12.2016 sehingga 14.12.2016.
Pelbagai barangan yang dijual pada harga cukup istimewa sehingga 95% diskaun ditawarkan.
Kepada yang ingin membuat pembelian di Lazada, jangan lupa gunakan Kupon diskaun 20% yang saya berikan ini. Ingat kod ini "20LAPOR25".
Selamat Membeli Belah Secara Online .... Lazada pilihan membeli secara online utama saya.
If you would like to participate in reviews like this in the future, please contact affiliate@lazada.com.my to join the Lazada Family!
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.