Showing posts with label Malaysia Airline. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Airline. Show all posts

Thursday, 26 April 2018

Tiket MAS MURAH... Ada special diskaun lagi...



Adoi... Malaysia Airline buat offer lagi, up to 40% pulak tu. Mana pulak nak pergi ni, tengok harga tiket.... memanggil-manggil je.

Ni pun tak sampai seminggu balik dari Seoul Korea, beli tiket bulan Mac hari tu masa MAS buat special offer online sempena MATTA FAIR. ✈️✈️. 

Masa offer hari tu, Mat Drat ada juga share di blog ni mengenai SALES/offer MAS ni, dan antara ayat yang Mat Drat tulis adalah....

" Dan hari ni terbeli jugak tiket yang murah ni... Beli ONLINE je dari website MAS 
RM999 je dan Lokasi : rahsia dulu ye.. "

Jadi tiket RM 999 yang Mat Drat beli hari tu adalah tiket ke Seoul. 

Puas hati naik MAS baru ni ke Seoul, dapat tiket RM 998 return (all in). Dalam rombongan Mat Drat tu, ada juga yang kena beli tiket RM 1,198 sebab offer RM998 tak sempat rebut. Tapi Return all in KL - Seoul dengan RM 1,198 dah kira murah tu.....

Naik pulak A380 yang dua tingkat tu, tersangatlah seronoknya. Dapat pulak duduk seat upper deck (dulu premium economy), 2 kali makan.... minum pulak entah berapa kali dalam flight hari tu ( selamba je Mat Drat minta dengan pramugara/pramugari) Baik dia orang ni. Kita senyum sikit, mereka  akan lebih senyum. Kita ramah sikit, mereka lagi ramah. Thanks Puan Latna dan En Razak untuk layanan mesra flight MH 067 Seoul - KL.



Okey, jom kita intai-intai apa yang MAS Offer sempena Grand Travel Deals mereka kali ni.

- Diskaun sehingga 40%
-Untuk kanak-kanak ada diskaun tambang sehingga 50%
* Jangan lupa baca term n condition ye.

Ada special diskaun lagi ye.... MAS ada buat Bonus Hour. Macam semalam 26.04.2017, MAS buat dari 12pm - 2pm. Ada kod diskaun yang diberi di Facebook MAS.

Hari ni pun sama, awal-awal pagi MAS dah letak banner "Bonus Hour" di laman web dia. Pun sama, 12pm-2pm. KOD = cuba intai FB MAS


INGAT...
Travel period: 24 April 2018 - 31 Mac 2019
Kena Book before: 29 April 2018













Memang berbaloi sangat rasanya sambar offer ni.... Siap 30kg luggage allowance dan siap in flight meal. Bayar c/card tak kena caj... Dan dalam flight boleh tonton movie... Yezzaaaa.... Makan minum dah included. Mat Drat ke Seoul baru ni, 2 kali makan ( light n heavy) dan yang penting, ada kacang MAS !!


Antara destinasi² penerbangan Malaysia Airlines berlepas dari Kuala Lumpur yang berbaloi untuk disambar: Harga dari ( Return all in) yang sempat Mat Drat tengok tadi....


DOMESTIK
Kuching :RM 249
Langkawi :RM 189
Kota Kinabalu:RM 329

ASEAN
Hanoi:RM 489
Phuket :RM 299
Jakarta :RM 299
Bangkok :RM 399
Surabaya: RM 439
Ho Chi Minh :RM 359

ASIA
Seoul :RM1,099
Tokyo:RM1,299
Osaka :RM1,299
Beijing :RM1,099 
Shanghai :RM 899
Guangzhai :RM 699
Hong Kong : RM 699

AUSTRALIA
Adelide :RM 1,699
Brisbane: RM 1,419 
Melbourne :RM 1,549





INGAT LAGI SEKALI...
Travel period: 24 April 2018 - 31 Mac 2019
Kena Book before: 29 April 2018 ( Ahad ni last day!)



~ Mat Drat ~

Wednesday, 27 September 2017

Tiket Murah ke Surabaya



Malaysia Airlines menawarkan promosi tiket All-in Return Kuala Lumpur - Surabaya serendah RM 369 sahaja.




Promosi ini terhad di mana ;
- Tempahan tiket hendaklah dibuat sehingga 1 Oktober 2017,
- Penerbangan di antara 29 Oktober - 12 November 2017

Jadi  yang hendak bercuti dalam masa terdekat, tapi tiada perancangan lagi  boleh la rebut peluang promosi Malaysia Airlines ni.



Apa yang ada di Surabaya????

Surabaya ni ada beberapa tempat menarik untuk dilawati tetapi satu tarikan utama pengunjung dan pelancong datang ke Surabaya adalah Gunung Bromo. Gunung Bromo ni sebuah gunung berapi yang masih aktif dan agak jauh dari bandar Surabaya tetapi menjadi satu tempat tarikan pelancong apabila ke Surabaya. 


Aktiviti utama di sini adalah menjejaki menikmati keindahan matahari terbit (Bromo Sunrise) dari puncak tertinggi atau Gunung Pananjakan 2,770 (atas paras laut), melawat Kawah Gunung Bromo, ke Bukit Savana yang seakan padang pasir dan juga ke Pasir Berbisik.


Package yang ditawarkan oleh ejen di sana biasanya adalah menaiki jeep dari hotel di lewat malam sekiyar jam 10-11 malam bertolak dan menuju ke Gunung Bromo. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4-5 jam untuk memberi peluang kepada pengunjung menikmati keindahan matahari terbit dari puncak Gunung Pananjakan. 


Selesai menikmati keindahan suasana matahari terbit, pengunjung boleh berjalan kaki atau menunggang kuda untuk ke kawah Gunung Bromo, ke Bukit Savana dan ke Pasir Berbisik.


Ops.... Pasir Berbisik... macam filem P. Ramlee pulak. Dalam Filem Laksamana Do Re Me tu nama tempat yang disebut adalah Pasir Berdengung.... Lebih kurang la kot.


Okey, kalau rasa teringin bercuti yang lain dari yang lain dan pergi dekat-dekat sahaja, bolehlah pertimbangkan untuk ke Surabaya. Tambang pun tak mahal, All-In Return serendah RM 369 sahaja.





Hotel Murah di Surabaya????

Jika dah rasa tertarik, bolehlah intai-intai pula hotel di sana. Di Surabaya, rate hotel agak murah. Di dalam lingkungan RM 100- RM 150 sudah boleh dapat bilik yang selesa.

Antara pilihan hotel di Surabaya untuk harga RM100-150 satu malam;
- Midtown Hotel Surabaya
- MaxOneHotel.com at Tidar
- Verwood Hotel and Serviced Residence


Atau klik di link Agoda ini untuk senarai hotel Recommendation by Agoda






Dan di antara gambar yang Mat Drat sempat intai-intai di Instagram.

Kredit : IG Tour Bromo

Sunrise di Gunung Bromo
Kredit : IG Bromo72adventure

Menuju ke Kawah Gunung Bromo
Kredit : IG Bromo72adventure

Berkuda di Gunung Bromo
Kredit : Dwiarifmancahyono
Jeep Bromo.... Kuda... dan berjalan kaki. Ohsem
Kredit : IG Kakigatel



- Mat Drat -




Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇


Friday, 6 January 2017

Tips Beli Tiket Flight Murah Airasia / MAS / Malindo dan lain-lain




Kali ni saya nak kongsi tip mudah untuk mendapatkan tiket flight / tiket pesawat / tiket penerbangan murah secara online. 

Cara ni saya tahu 2 tahun lepas di mana ketika itu saya bertugas di Kuching untuk tempoh lebih kurang empat bulan. Pada waktu itu, tiket pergi balik saya yang ditanggung oleh majikan hanyalah sekali untuk tempoh 3-4 minggu. Memandangkan saya MESTI balik ke Semenanjung setiap minggu, jadi nak tak nak saya kena tanggung sendiri kos tiket penerbangan. Terpaksa la cari tiket yang paling murah.

Dan pada waktu itu lah saya tahu wujudnya laman web yang membandingkan harga tiket penerbangan. Antaranya Skyscanner dan Airpaz. 



Kalau yang tak biasa dengan Airpaz atau Skyscanner atau laman web seumpamanya seperti CheapAir dan CheapFlight, laman-laman web ni menawarkan perkhidmatan perbandingan harga tiket penerbangan. Ia akan 'search' di pelbagai laman web syarikat Airline atau ejen untuk membandingkan harga tiket. Ala-ala Trivago la kalau kita ingin membandingkan harga hotel. Jadi tak perlu la kita compare satu satu Airline.




Tetapi saya lebih minati laman web Airpaz untuk mendapatkan tiket penerbangan murah. Mungkin kerana Airpaz ni dari syarikat serantau... tu yang saya lebih beminat kot. Airpaz ni sebenarnya syarikat dari Indonesia, kira cuba menandingi laman web perbandingan tiket penerbangan seperti Skyscanner, CheapAir dan CheapFlight. 

Dan saya juga lebih suka Airpaz ni mungkin sebab pertama kali masa saya buat carian, paparan harga tiket Airpaz sedikit rendah berbanding laman web caria lain. Kira 1st impression la.... 

Dan lagi satu yang saya suka Airpaz ni sebab bagi saya dia lebih friendly...bagi saya la... mungkin sebab kebanyakkan 'partner' syarikat penerbangan dia adalah Airline serantau. Tu yang senang dapatkan perbandingan kot. 

Dan lagi satu lagi, 'currency' di Airpaz dia siap-siap tukar automatik ke RM/MYR,  jadi tak perlu saya pening-pening atau terlupa nak tukar currency dari USD atau GBP (Great Britain Pound) ke RM/MYR. 

Teringat satu kes tu saya nak beli tiket flight dari Barcelona ke Paris, compare punya compare dan jumpalah tiket yang murah, bila dah beli baru perasan rupa-ruanya paparan harga tiket tu dalam GBP. Tiket dah beli pulak tu untuk dua orang. Ni pun saya perasan bila kredit kad caj agak tinggi, saya kira-kira dalam USD tak dapat harga yang saya beli.... rupa-rupanya harga dipapar dalam GBP, jadi convert dari GBP ke MYR banyak beza berbanding dengan USD!!.

Bagi yang ingin membeli dan membandingkan harga tiket flight / tiket penerbangan / tiket pesawat, boleh la try klik laman web Airpaz di ikon atau link di bawah ni:

Cuba la.... 





Beli Tiket Flight Murah

>>> Airpaz <<< 



Kalau nak membandingkan harga bilik hotel pula, saya gunakan Trivago



~mat-drat~ 

Wednesday, 21 December 2016

Tukar tiket Penerbangan MAS



Saya pernah 2 kali membuat pertukaran tiket penerbangan MAS

Kisah saya....












1. Kisah Tukar Tiket 1 : Trip ke Kuala Penyu - Sabah (2016)
Tukar tiket pergi balik.

Selepas tiket confirm ke Labuan terus saya maklumkan kepada adik saya melalui whatsapp  yang kami akan ke sana pagi-pagi esok.

Reaksi beberapa adik beradik saya yang lain agak terkejut kerana saya beli tiket ke Labuan.

Rupa-rupanya anak kecil adik saya itu telah berada di Hospital Likas Kota Kinabalu. Adoi.... tiket dah beli. Saya terlepas pandang messsage awal pagi yang mengatakan anak adik saya telah dipindahkan ke Hospital Likas. 

Nak beli tiket baru ke Kota Kinabalu memang takut tengok harga tiket. Nak redeem point, point Enrich pun tak cukup ... point yang tinggal pun dah tak banyak. Alternatifnya saya perlu tukar tiket dari Labuan ke Kota Kinabalu.

Terus call customer service MAS dan dimaklumkan :
- tiket ke Kota Kinabalu masih banyak
- saya tidak perlu top-up untuk tiket ke Kota Kinabalu kerana tiket ke Kota Kinabalu lebih murah
- saya hanya perlu bayar caj tukar tiket 

Caj tukar tiket yang dikenakan = RM 162 ( RM 81 X 2 orang ) bagi tiket pergi balik. 

Baca Catitan Perjalanan saya ke Kuala Penyu, Sabah DI SINI.




2. Kisah Tukar Tiket 2 : Trip ke Langkawi (2016)
Tukar tiket balik sahaja.

Tiket saya beli secara kumpulan pergi balik Kuala Lumpur - Langkawi
Saya perlu balik semula ke Kuala Lmpur awal sehari
Call customer service untuk tukar tiket, dan maklumat yang diberikan seperti berikut :

Caj tukar dikenakan RM 100. Memandangkan pada masa sama MAS sedang mengadakan Sales Tiket pada harga murah iaitu RM 98 sahaja sehala (All-In),   jadi saya beli tiket baru sahaja. (Jimat RM2... Hik hik hik)

Kira saya akan hanguskan tiket balik asal Langkawi ke Kuala Lumpur.


Untuk tiket berkumpulan, tiada masalah jika salah seorang batalkan atau tukar penerbangan.

Untuk tiket penerbangan pergi balik, saya dimaklumkan saya boleh batalkan tiket balik saya atau tukar dengan tiket ke destinasi lain atau abaikan sahaja.

Saya boleh abaikan sahaja memandangkan ia tiket "balik".

Jika tiket yang dibeli adalah tiket penerbangan pergi balik, jangan abaikan sesuka hati tiket "pergi" itu. Jika kita tidak batalkan dan kita tidak menaiki pesawat "pergi", kita akan menghadapi kesukaran untuk balik nanti. Ini perlu hubungi pihak MAS atau mana-mana Airline yang kita buat tempahan tiket. Lain airlines mungkin lain polisi.


Tuesday, 13 September 2016

Larangan Guna Telefon Samsung Galaxy Note 7 di dalam pesawat.

Larangan Guna Telefon Samsung Galaxy Note 7 di dalam pesawat.


Baru-baru ini diberitakan Samsung telah memanggil balik model telefon Samsung Galaxy Note 7 kerana telefon pintar terbaru ini mempunya masalah berkaitan bateri. Dipercayai masalah bateri pada telefon ini boleh menyebabkan kebakaran.

Sehubungan itu, Federal Aviation Administration (FAA) telah mengeluarkan nasihat agar penumpang tidak menggunakan atau pun mengecaj telefon ini di dalam pesawat. Penumpang juga dinasihatkan untuk tidak meletakkan telefon model ini bersama-sama ‘check-in luggage’.




Beberapa syarikat penerbangan telah mengeluarkan larangan berkaitan penggunaan telefon ini di dalam pesawat sama ada di gunakan atau di caj. Juga larangan dari di ‘check-in’ bersama luggage lain.

Beberapa syarikat penerbangan yang telah mengeluarkan arahan adalah Malaysia Airlines, Qantas Airline, Qatar , American Airline dan Malindo Air.

Jika anda pengguna telefon Samsung Galaxy Note 7, larangan ini akan menyebabkan anda tidak dapat menggunakan telefon anda di dalam pesawat. Anda mungkin rasa kurang selesa jika tidak dapat menggunakan telefon sekiranya menaiki penerbangan untuk jangka masa panjang, jadi mungkin perlu bawa telefon lain bersama ( untuk mengambil gambar, bermain game, mendengar muzik dan sebagainya)

Kebiasaannya larangan ini akan di war-warkan kepada penumpang semasa ‘check-in’ luggage , sebelum menaiki pesawat dan juga semasa di dalam pesawat sebelum penerbangan. Jadi sama-sama bekerjasama untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Nampaknya pengguna Samsung Galaxy Note 7 terpaksa bekorban sedikit demi keselamatan penumpang lain.

Antara pesanan dan amaran oleh syarikat penerbangan yang dikeluarkan


Larangan Samsung Note 7

Larangan Samsung Note 7
Larangan Samsung Note 7 di Pesawat

Larangan Samsung Note 7
Larangan Samsung Note 7 di dalam Pesawat







~mat-drat~