Showing posts with label AirAsia. Show all posts
Showing posts with label AirAsia. Show all posts

Sunday, 21 October 2018

Duta AirAsia Sony Kempen Throughthelens

Aisha Nizar diumumkan sebagai pemenang Duta AirAsia Sony 

Duta Bersama AirAsia dan Sony

Baru-baru ni Mat Drat ke masjlis pengumuman Duta Bersama AirAsia dan Sony di Petaling Jaya.

Selepas 10-minggu melancarkan pencarian Duta Bersama AirAsia dan Sony, melalui kempen #ThroughTheLens akhirnya gelaran Duta Bersama AirAsia dan Sony untuk tempoh setahun telah menjadi milik Aisha Nazar.


Aisha Nizar - Duta Bersama Pertama AirAsia Sony

Aisha Nizar yang berusia 29 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur melalui penyertaan cerita visualnya, telah menarik perhatian para  juri profesional dan menewaskan lebih 700 penyertaan lain.

Kempen pencarian duta besama sony ini menerima lebih daripada 700 penyertaan dari seluruh dunia yang memaparkan pelbagai destinasi AirAsia menerusi laman throughthelens.airasia.com


Aisha Nazar selaku Duta Bersama AirAsia dan Sony akan terbang ke Tokyo dengan Premium Flatbed AirAsia untuk lawatan eksklusif ke makmal teknologi Sony untuk melihat secara dekat teknologi dan ciptaan masa depan. 

Selain itu menjalani program sepanjang tahun bersama Sony, beliau turut membawa pulang kamera terbaru tanpa skrin Sony Alpha A7 III K serta fon kepala (headphone) tanpa wayar Sony h.ear on 2 yang keduanya bernilai lebih dari RM10,000.

Sembilan finalis lain turut menerima hadiah istimewa termasuk penerbangan pergi balik dari AirAsia X dan kamera Sony RX100V bernilai RM4,299 setiap satu.



Koleksi gambar finalis juga dipamerkan


Finalist - Jeremy Lai


Finalist - Lim Zheng Hao



Dalam majlis itu Ketua Kumpulan Komersial AirAsia X Barry Klipp berkata, 

“Hampir 11 tahun kami membolehkan penerbangan tambang rendah jarak jauh, yang telah membolehkan para tetamu kami terbang lebih jauh dengan tambang rendah. Melihat pelbagai cerita visual yang dikongsi menerusi pencarian duta bersama Sony yang diadakan buat julung kalinya dari para tetamu kami adalah amat menyentuh hati."

"Cerita-cerita inspirasi seperti ini adalah contoh yang tepat terhadap perkara yang mendorong kami untuk terus memperluaskan rangkaian jarak jauh kami dan memenuhi janji ‘now everyone can fly extra long’."

Beliau juga berterima kasih kepada pihak Sony atas sokongan dan semangat menerusi kerjasama ini dan turut mengucapkan tahniah kepada semua finalis terutama kepada duta bersama kami yang kini pastinya mempunyai peluang berharga seumur hidup.”


Manakala Pengarah Urusan Sony Malaysia Satoru Arai pula berkata, 

“Kita dapat melihat minat mendalam bidang fotografi dan pengembaraan berkembang dengan pesat, lebih ramai kini boleh menghasilkan foto berkualiti tinggi dengan nilai estetika yang luar biasa untuk memberitahu cerita perjalanan yang penuh inspirasi dengan teknologi visual terkini ......"

"Harapan kami adalah untuk mengekalkan minat mendalam terhadap fotografi sentiasa meningkat supaya lebih ramai dapat berkongsi keindahan dunia ini melalui lensa kamera mereka ketika mengembara."









Artis sebagai Wajah kempen AirAsia #ThroughTheLens





Kempen #ThroughTheLens juga berterusan dengan penampilan barisan artis terkemuka tempatan iaitu Elfira Loy, Alvin Chong, Izara Aishah, Zahirah MacWilson dan Juliana Evans sebagai wajah bagi kempen ini.

Melalui kempen AirAsia #ThroughTheLens, video perjalanan dan percutian artis-artis ini ke destinasi popular AirAsia seperti Xi’an, Tokyo, Amritsar, Taipei dan Seoul boleh ditonton di airasia.com/throughthelens .


Juliana Evan menceritakan sedikit mengenai destinasi pilihannya...XIAN, CHINA


Elfira Loy pula dengan kisahnya di SEOUL, KOREA SELATAN.Memang menarik SEOUL ni, Mat Drat ke Seoul April lepas  dalam trip mengejar sakura.

Elfira Loy ni memang kaki travel juga rasanya, sebab tahun lepas pun Mat Drat ada ke satu majlis Hotel.com , dia pun ada....dan turut berkongsi kisah dan tips dia bercuti.







Zahirah MacWilson dengan sedikit perkongsian semasa percutiannya di TOKYO, JEPUN.

Mat Drat pun sebenarnya tengah berkira-kira nak ke Tokyo hujung tahun ni..... tapi tak tahu la jadi ke tak. Tiket belum beli, baru berangan-angan je...

Yang nak ke Tokyo atau Jepun, boleh baca perkongsian Mat Drat 2 minggu lepas


Untuk yang belum tahu, Zahirah ni asal dari  PERTH..... keluarga dia lama menetap di sana. Masa bergambar dengan dia masa majlis  ni, sempat juga cakap.... Mat Drat beli tiket ke Perth lepas tengok drama dia.... Jangan Benci Cintaku.   Bila intai-intai Perth ni, rasa menarik je...... tu yang terus beli tiket.

InsyaAlah, awal tahun depan dapat jejakkan kaki ke Australia lagi sekali selepas trip terakhir ke Gold Coast beberapa tahun dulu.


Biasa tengok dalam TV je, ni dapat jumpa depan-depan...
ambil gambar buat kenangan


Izara Aishah dengan kisahnya di AMRITSA INDIA

Amritsa antara destinasi terbaru AirAsia ni nampak macam menarik. Wife Mat Drat dah berapa kali sebut Amritsa ni.....Mat Drat jawab, nanti la....belum masa lagi. Tu la, macam nak jugak jejakkan kaki ke sini.


Sempat juga ber'selfie'..... sama-sama minat ke Amritsa


Dan Alvin Chong dengan trip ke Taipei

Taipei merupakan ibu negara Taiwan. Jadi kalau ke Taiwan tu, jangan tak ke Taipei pula. Taipei cukup dikenali dengan menara Taipei 101. 

Tourism Taiwan pun sebenarnya sedang galak  mengadakan kempen membawa pelancong Malaysia ke sana, memang banyak kemudahan dan tempat makan halal di sediakan untuk pelancong Muslim.



Bagi yang ingin bercuti atau melancong pula, jangan lepaskan peluang kerana AirAsia  akan menawarkan promosi istimewa selama dua minggu bermula 28 Oktober 2018 bagi kesemua destinasi dengan potongan sehingga 70%. Tempahan boleh dibuat mulai 28 Oktober 2018 untuk perjalanan segera atau sehingga 30 Jun 2019.

Untuk maklumat mengenai promosi dan aktiviti terkini AirAsia,layari Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).


~Mat Drat~

Tuesday, 7 August 2018

Phu Quoc Island Destinasi Terbaru AirAsia di Vietnam



AirAsia hari ni, 7 Ogos 2018 memperkenalkan laluan baharu terus dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc, Vietnam. Penerbangan ke destinasi ini akan diadakan empat kali seminggu dan akan bermula pada 2 November 2018. 






Xin Chao yang bermaksud Hello.... pastinya Phu Quoc amat mengalu-alukan ketibaan penerbangan pertama AirAsi Phu Quoc November nanti. Phu Quoc ini  merupakan laluan terus kelima AirAsia dari Kuala Lumpur ke Vietnam selepas Ho Chi Minh City, Da Nang, Hanoi dan Nha Trang. 

Pada pelancaran tu, AirAsia Malaysia Head of Commercial Spencer Lee berkata, 
"Kami berbesar hati kerana menjadi syarikat penerbangan pertama yang melancarkan laluan terus dari Kuala Lumpur ke salah satu permata tersembunyı Asean, Phu Quoc".
"Sebaga syarikat penerbangan Asean, kami komited untuk membawa lebih pelawat ke rantau ini. Para tetamu kami kini boleh terbang terus ke Phu quoc melalui Kuala Lumpur. 
"Kami juga berharap untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Phu Quoc melalui rangkasai yang luas dan harap dapat bekerasama dengan kerajaan tempatan bagi membangunkan Phu Quoc untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia". 
Spencer Lee, AirAsia Malaysia Head of Commercial 
ketika melancarkan laluan terbaru AirAsia

Pada pendapat Mat Drat, AirAsia cukup bijak mengembangkan sayapnya terutama di rantau Asean ni dengan meneroka destinasi baru. Rasanya baru minggu lepas AirAsia melancarkan penerbangaan terusnya Kuala Lumpur ke Danau Toba. Makin keraplah rakyat Malaysia bercuti nampaknya....






Tambang penerbangan Kuala Lumpur - Phu Quoc


Sempena pelancaran ini, AirAsa menawarkan tambang istimewa 'All-in' Kuala Lumpur ke Phu Quoc bermula dari RM90 khas untuk ahli BIG. 

Tempahan dengan harga ni boleh dibuat di laman web airasia.com dan aplikasi AirAsia bermula 8 Ogos hingga 19 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 November 2018 dan 29 Mac 2019. 






AirAsia lancar Destinasi Terbaru ke Phu Quoc Island Vietnam



Yang ada keahlian BigPay jangan lupa nikmati caj pemprosesan sifar bila buat bayaran menggunakan kad BigPay ye. Ahli BIG juga boleh tebus penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc dengan hanya 100 Mata Ganjaran BIG (tambang asas sahaja). 

👉👉 Special : Ahli BIG Loyalti tebus Tiket dengan Mata Ganjaran BIG 
👉👉 5 Cara naikkan Mata Ganjaran BIG





AirAsia lancar Destinasi Terbaru ke Phu Quoc Island Vietnam

Jadual penerbangan Kuala Lumpur - Phu Quoc

AirAsia menawarkan 4 penerbangan seminggu untuk destinasi terbaru mereka ini :
  • Kuala Lumpur - Phu Quoc  12:50pm ( Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad)
  • Phu Quoc - Kuala Lumpur  14:05pm ( Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad)
Jadi bagi Mat Drat untuk trip kat Pulau ni, 3H2M sudah memadai dan sesuai.


Mat Drat tahu je destinasi terbaru AirAsia ni, terus je share info ni kat 2 'group travel WhatsApp' Mat Drat. Bila Mat Drat share je gambar pantai kat Phu Quoc ni dan kata plan nak ke sana hujung tahun ni,  terus je member-member suruh Mat Drat buat plan dan itinerari serta kira budget.

Mat Drat study la sikit pasal Phu Quoc ni. Phu Quoc ni merupakan pulau terbesar di Vietnam yang boleh kata menjanjikan pemandangan yang cukup menarik. Tarikan utamanya pastilah pantai..... pulau la katakan. 

Dan paling best adalah pemandangan sewaktu sunset, serius memang cantik gambar kat pantai di sini.


Traveloka




Info Menarik di Phu Quoc

Phu Quoc menjanjikan beberapa tempat yang menarik untuk diterokai dan dinikmati.
  • Ia merupakan pulau terbesar di Vietnam.
  • Ia merupakan sebahagian Wilayah Kien Giang yang diiktiraf sebagai Rizab Biosfera Dunia oleh UNESCO pada tahun 2006. 
  • Pantainya sepanjang 150km dengan tiga kawasan tarikan utama ialitu pulau Phu Quoc, Hon Thom dan An Thoi. 
  • Pantai lain yang turut menjadi perhatian adalah Long Beach, Ong Lang, Gahn Dau dan Starfish. 
  • Suoi Tranh Waterfall






Aktiviti Menarik di Phu Quoc

  • Beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini, antaranya
  • Bersantai di pantai
  • Island Hoping
  • Menikmati dan meneroka keindahan Air Terjun Suoi Tranh
  • Melawat perkampungan nelayan - Kampung Ham Nihn


Hotel Murah di Phu Quoc

  • Oket, masa menulis ni Mat Drat sebenarnya juga plan konon-konon akan ke sana dengan 3-4 orang kawan, jadi macam biasa la Mat Drat akan survey dulu hotel utk menginap jika jadi ke sana.
  • Bukan survey hotel pada harga jadi keutamaan, Mat Drat lihat juga lokasi hotel pilihan
  • Dan pilihan utama Mat Drat adalah hotel di tepi pantai di sepanjang Long Beach terutamanya di area pantai Duong Dong
  • Antara yang dalam budget Mat Drat dan rakan-rakan (kami cari yang below RM 150 /nite) :

Hotel Murah (Bawah RM150) di Pantai Long Beach - Duong Dong








Booking.com


Atau klik sahaja link ni untuk senarai hotel by Agoda




Nanti Mat Drat share tips nak ke sini, dah alang-alang Mat Drat study dan intai-intai hotel dan buat itinerari untuk trip Mat Drat dan kawan-kawan.



~Mat-Drat ~



Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡





Friday, 6 January 2017

Tips Beli Tiket Flight Murah Airasia / MAS / Malindo dan lain-lain




Kali ni saya nak kongsi tip mudah untuk mendapatkan tiket flight / tiket pesawat / tiket penerbangan murah secara online. 

Cara ni saya tahu 2 tahun lepas di mana ketika itu saya bertugas di Kuching untuk tempoh lebih kurang empat bulan. Pada waktu itu, tiket pergi balik saya yang ditanggung oleh majikan hanyalah sekali untuk tempoh 3-4 minggu. Memandangkan saya MESTI balik ke Semenanjung setiap minggu, jadi nak tak nak saya kena tanggung sendiri kos tiket penerbangan. Terpaksa la cari tiket yang paling murah.

Dan pada waktu itu lah saya tahu wujudnya laman web yang membandingkan harga tiket penerbangan. Antaranya Skyscanner dan Airpaz. 



Kalau yang tak biasa dengan Airpaz atau Skyscanner atau laman web seumpamanya seperti CheapAir dan CheapFlight, laman-laman web ni menawarkan perkhidmatan perbandingan harga tiket penerbangan. Ia akan 'search' di pelbagai laman web syarikat Airline atau ejen untuk membandingkan harga tiket. Ala-ala Trivago la kalau kita ingin membandingkan harga hotel. Jadi tak perlu la kita compare satu satu Airline.




Tetapi saya lebih minati laman web Airpaz untuk mendapatkan tiket penerbangan murah. Mungkin kerana Airpaz ni dari syarikat serantau... tu yang saya lebih beminat kot. Airpaz ni sebenarnya syarikat dari Indonesia, kira cuba menandingi laman web perbandingan tiket penerbangan seperti Skyscanner, CheapAir dan CheapFlight. 

Dan saya juga lebih suka Airpaz ni mungkin sebab pertama kali masa saya buat carian, paparan harga tiket Airpaz sedikit rendah berbanding laman web caria lain. Kira 1st impression la.... 

Dan lagi satu yang saya suka Airpaz ni sebab bagi saya dia lebih friendly...bagi saya la... mungkin sebab kebanyakkan 'partner' syarikat penerbangan dia adalah Airline serantau. Tu yang senang dapatkan perbandingan kot. 

Dan lagi satu lagi, 'currency' di Airpaz dia siap-siap tukar automatik ke RM/MYR,  jadi tak perlu saya pening-pening atau terlupa nak tukar currency dari USD atau GBP (Great Britain Pound) ke RM/MYR. 

Teringat satu kes tu saya nak beli tiket flight dari Barcelona ke Paris, compare punya compare dan jumpalah tiket yang murah, bila dah beli baru perasan rupa-ruanya paparan harga tiket tu dalam GBP. Tiket dah beli pulak tu untuk dua orang. Ni pun saya perasan bila kredit kad caj agak tinggi, saya kira-kira dalam USD tak dapat harga yang saya beli.... rupa-rupanya harga dipapar dalam GBP, jadi convert dari GBP ke MYR banyak beza berbanding dengan USD!!.

Bagi yang ingin membeli dan membandingkan harga tiket flight / tiket penerbangan / tiket pesawat, boleh la try klik laman web Airpaz di ikon atau link di bawah ni:

Cuba la.... 





Beli Tiket Flight Murah

>>> Airpaz <<< 



Kalau nak membandingkan harga bilik hotel pula, saya gunakan Trivago



~mat-drat~ 

Tuesday, 13 September 2016

Larangan Guna Telefon Samsung Galaxy Note 7 di dalam pesawat.

Larangan Guna Telefon Samsung Galaxy Note 7 di dalam pesawat.


Baru-baru ini diberitakan Samsung telah memanggil balik model telefon Samsung Galaxy Note 7 kerana telefon pintar terbaru ini mempunya masalah berkaitan bateri. Dipercayai masalah bateri pada telefon ini boleh menyebabkan kebakaran.

Sehubungan itu, Federal Aviation Administration (FAA) telah mengeluarkan nasihat agar penumpang tidak menggunakan atau pun mengecaj telefon ini di dalam pesawat. Penumpang juga dinasihatkan untuk tidak meletakkan telefon model ini bersama-sama ‘check-in luggage’.




Beberapa syarikat penerbangan telah mengeluarkan larangan berkaitan penggunaan telefon ini di dalam pesawat sama ada di gunakan atau di caj. Juga larangan dari di ‘check-in’ bersama luggage lain.

Beberapa syarikat penerbangan yang telah mengeluarkan arahan adalah Malaysia Airlines, Qantas Airline, Qatar , American Airline dan Malindo Air.

Jika anda pengguna telefon Samsung Galaxy Note 7, larangan ini akan menyebabkan anda tidak dapat menggunakan telefon anda di dalam pesawat. Anda mungkin rasa kurang selesa jika tidak dapat menggunakan telefon sekiranya menaiki penerbangan untuk jangka masa panjang, jadi mungkin perlu bawa telefon lain bersama ( untuk mengambil gambar, bermain game, mendengar muzik dan sebagainya)

Kebiasaannya larangan ini akan di war-warkan kepada penumpang semasa ‘check-in’ luggage , sebelum menaiki pesawat dan juga semasa di dalam pesawat sebelum penerbangan. Jadi sama-sama bekerjasama untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Nampaknya pengguna Samsung Galaxy Note 7 terpaksa bekorban sedikit demi keselamatan penumpang lain.

Antara pesanan dan amaran oleh syarikat penerbangan yang dikeluarkan


Larangan Samsung Note 7

Larangan Samsung Note 7
Larangan Samsung Note 7 di Pesawat

Larangan Samsung Note 7
Larangan Samsung Note 7 di dalam Pesawat







~mat-drat~

Sunday, 12 June 2016

Tips nak dapatkan Tikets ‘Free Seats’ AirAsia - Tiket tambang murah




AirAsia kembali denga promosi 'free seat'. Jadi nak dapatkan 'free seat' yang kita inginkan sebenarnya ikut nasib juga. Ada kala destinasi yang kita nak, telah habis.... atau pun tarkh yang kita nak tidak ada lagi 'free seat' tersebut. Kita perlu berebut dengan beribu-ribu lagi orang di luar sana yang turut sama  mengejar tiket 'free seat'. 

Memburu tiket 'free seat' ini sebenarnya perlukan kesabaran. Selain perlu menunggu di 'waiting room', kita hanya diberi masa 10 minit setiap sessi untuk menyelesaikan pemilihan dan pembelian tiket kita. 

Jadi saya senaraikan 6 tips untuk memudahkan kita merebut tiket ‘Free Seats’ yang ditawarkan oleh AirAsia. Tips ini saya dapati di laman web AirAsia sendiri.

1. Daftar BIG Shot untuk mempercepatkan proses tempahan.


Biasa terjadi apabila dalam proses tempahan, penerbangan dah di pilih tetapi hadapi masalah apabila tiba di ‘stage’ pembayaran seperti kredit kad tidak dapat dicaj dan sebagainya. Frust ooo ..

Nak dapat balik turn untuk buat tempahan bila proses pembayaran tadi gagal, kena Queue dan ‘Search’ semula penerbangan yang kita nak tempah dan melalui semula stage ‘pembayaran’.


Bagi mereka yang mempunyai akaun BIG Shoot, ‘masalah’ pembayaran seperti ini dapat dikurangkan. Jadi hanya perlu login ke akaun dan pergi semula ke “Manage My Booking” untuk selesaikan pembayaran tanpa perlu ‘rebooking’ penerbangan.





 2. Guna browser yang ‘direkemenkan’


3 browser yang direkemenkan oleh AirAsia adalah Internet Explorer, Firefox dan Google Chrome. Kat luar tu banyak lagi browser-browser lain, tapi yang 3 ni di rekemenkan oleh AirAsia. Browser lain boleh guna cuma takut ada sesetengan function tak support dan akan melambatkan proses ‘booking’. Lambat bermakna kita akan terlepas tiket pilihan … yang rugi kita!

3. Rancang Perjalanan / Plan your trip in advance.


Ini penting. Jangan masa tengah ‘search’ tu baru nak fikir nak pergi mana… baru nak fikir nak pergi bila…. Yang lagi haru,  baru nak fikir nak pergi dengan siapa?
Sediakan 2-3 pilihan destinasi dan 2-3 tarikh penerbangan pilihan. Jadi masa tidak akan terbuang apabila dah dapat peluang untuk buat tempahan. Ingat kita ada 10 minit sahaja.


4. Cuba Mobile App ….Go mobile!


Bila kita cuba membuat tempahan di website, jangan ‘tension’ sangat bila asyik kena duduk kat “Waiting Room”. Kena ingat ye, bukan kita sahaja yang sedang mencuba dapatkan ttiket ‘Free Seats’ ni, beribu-ribu lemon lagi di luar sana termasuk dari luar negara juga.  
Jadi download app AirAsia di handphone dan cuba juga booking melalui mobile app. Try dua-dua, di website kita cuba, di mobile app pun kita cuba… di mobile app ni mungkin cerah sikit harapan nak dapat peluang untuk buat tempahan.

5.Tempah penerbangan dulu! Yang lain tambah kemudian. Secure your flights first. You can add on anytime!


Jangan buang masa nak fikir perlu ambil baggage allowance berapa kg…. nak pilih seat tepi tingkap ke kat tengah-tengah ke.... atau nak fikir  nak pilih menu makanan apa. Ini semua kita decide dan add-on kemudian. Yang penting penerbangan tu kita tempah dahulu.
  • Baggage allowance - 4 hours before flight
  • Pick A Seat            - 4 hours before flight
  • Pre-book Hot Meal  - 24 hours before flight 


Ini semua boleh di add-on di Manage My Booking.


6. Ingat Perkara Penting Ini !!!

  • Anda hanya ada 10 minit di page ‘Search” dan ‘Search Flight’. Lebih sahaja masa, anda akan di redirectkan ke ‘Waiting Room’ semula…. Tunggula semula kat situ.
  • Elakkan buka ‘multiple tabs’ dengan menggunakan browser yang sama. Anda akan hadapi masalah apabila untuk membuat pembayaran ataupun mungkin nanti tarikh penerbangan berbeza. Ye la, setiap ‘tab’ mesti kita cuba lain-lain tarikh… nanti masa pembayaran, computer pun boleh tersalah pick-up tarikh yang kita nak. Haru ooooo…
  • Pastikan “disable’ pop-up blockers untuk pastikan proses pembayaran lancar
  • Anda akan diridirectkan ke Waiting Room apabila anda memerlukan masa yang lama (lebih 10 minit la tu). Jadi, jangan ‘refresh’ browser ….untuk elak anda dikira ‘orang baru’ di ‘Waiting Room’ tu


Akhir kalam… selamat membuat tempahan  dan selamat bercuti. Tak kisahlah… Cuti-Cuti Malaysia atau Cuti-Cuti  luar Malaysia

~mat-drat~


Promosi 3,000,000 Free Seats AirAsia

Ya!! 3,000,000 Free Seats !!



Promosi terbaru oleh AirAsia dimana syarikat penerbangan tambang murah ini akan menawarkan sehingga 3,000,000 tempat duduk promosi dalam Kempen 'Free Seats' terbarunya bagi seluruh rangkaian penerbangan jarak jauh dan jarak dekat.


Bermula dari tambang asas RM0, tidak termasuk cukai dan fi, penumpang boleh boleh membuat tempahan perjalanan kemana-mana lebih 120 destinasi di 24 negara melalui AirAsia atau AirAsia X.


Tawaran ‘Free Seats’ ini boleh didapati untuk tempahan bermula 13 hingga 19 Jun 2016 untuk tempoh penerbangan dari 4 Januari hingga 21 Ogos 2017.


Tempahan boleh dibuat di AirAsia.com atau melalui aplikasi mudah alih.


Bagi yang selalu ‘berebut’ untuk mendapatkan tiket ‘Free Seats’ ini tahu betapa pentingnya perancangan dan teknik tertentu untuk memastikan kita dapat ‘Free Seats’ yang ditawarkan.


Untuk Tips untuk dapatkan tiket 'Free Seats' ini , saya kongsikan di entry berikutnya. Tips rebut tiket