Aisha Nizar diumumkan sebagai pemenang Duta AirAsia Sony |
Duta Bersama AirAsia dan Sony
Baru-baru ni Mat Drat ke masjlis pengumuman Duta Bersama AirAsia dan Sony di Petaling Jaya.
Selepas 10-minggu melancarkan pencarian Duta Bersama AirAsia dan Sony, melalui kempen #ThroughTheLens akhirnya gelaran Duta Bersama AirAsia dan Sony untuk tempoh setahun telah menjadi milik Aisha Nazar.
Selepas 10-minggu melancarkan pencarian Duta Bersama AirAsia dan Sony, melalui kempen #ThroughTheLens akhirnya gelaran Duta Bersama AirAsia dan Sony untuk tempoh setahun telah menjadi milik Aisha Nazar.
Aisha Nizar yang berusia 29 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur melalui penyertaan cerita visualnya, telah menarik perhatian para juri profesional dan menewaskan lebih 700 penyertaan lain.
Kempen pencarian duta besama sony ini menerima lebih daripada 700 penyertaan dari seluruh dunia yang memaparkan pelbagai destinasi AirAsia menerusi laman throughthelens.airasia.com
Aisha Nazar selaku Duta Bersama AirAsia dan Sony akan terbang ke Tokyo dengan Premium Flatbed AirAsia untuk lawatan eksklusif ke makmal teknologi Sony untuk melihat secara dekat teknologi dan ciptaan masa depan.
Selain itu menjalani program sepanjang tahun bersama Sony, beliau turut membawa pulang kamera terbaru tanpa skrin Sony Alpha A7 III K serta fon kepala (headphone) tanpa wayar Sony h.ear on 2 yang keduanya bernilai lebih dari RM10,000.
Dalam majlis itu Ketua Kumpulan Komersial AirAsia X Barry Klipp berkata,
“Hampir 11 tahun kami membolehkan penerbangan tambang rendah jarak jauh, yang telah membolehkan para tetamu kami terbang lebih jauh dengan tambang rendah. Melihat pelbagai cerita visual yang dikongsi menerusi pencarian duta bersama Sony yang diadakan buat julung kalinya dari para tetamu kami adalah amat menyentuh hati."
"Cerita-cerita inspirasi seperti ini adalah contoh yang tepat terhadap perkara yang mendorong kami untuk terus memperluaskan rangkaian jarak jauh kami dan memenuhi janji ‘now everyone can fly extra long’."
Beliau juga berterima kasih kepada pihak Sony atas sokongan dan semangat menerusi kerjasama ini dan turut mengucapkan tahniah kepada semua finalis terutama kepada duta bersama kami yang kini pastinya mempunyai peluang berharga seumur hidup.”
Manakala Pengarah Urusan Sony Malaysia Satoru Arai pula berkata,
“Kita dapat melihat minat mendalam bidang fotografi dan pengembaraan berkembang dengan pesat, lebih ramai kini boleh menghasilkan foto berkualiti tinggi dengan nilai estetika yang luar biasa untuk memberitahu cerita perjalanan yang penuh inspirasi dengan teknologi visual terkini ......"
"Harapan kami adalah untuk mengekalkan minat mendalam terhadap fotografi sentiasa meningkat supaya lebih ramai dapat berkongsi keindahan dunia ini melalui lensa kamera mereka ketika mengembara."
Artis sebagai Wajah kempen AirAsia #ThroughTheLens
Kempen #ThroughTheLens juga berterusan dengan penampilan barisan artis terkemuka tempatan iaitu Elfira Loy, Alvin Chong, Izara Aishah, Zahirah MacWilson dan Juliana Evans sebagai wajah bagi kempen ini.
Melalui kempen AirAsia #ThroughTheLens, video perjalanan dan percutian artis-artis ini ke destinasi popular AirAsia seperti Xi’an, Tokyo, Amritsar, Taipei dan Seoul boleh ditonton di airasia.com/throughthelens .
Juliana Evan menceritakan sedikit mengenai destinasi pilihannya...XIAN, CHINA |
Elfira Loy pula dengan kisahnya di SEOUL, KOREA SELATAN.Memang menarik SEOUL ni, Mat Drat ke Seoul April lepas dalam trip mengejar sakura. |
Elfira Loy ni memang kaki travel juga rasanya, sebab tahun lepas pun Mat Drat ada ke satu majlis Hotel.com , dia pun ada....dan turut berkongsi kisah dan tips dia bercuti.
Zahirah MacWilson dengan sedikit perkongsian semasa percutiannya di TOKYO, JEPUN. |
Mat Drat pun sebenarnya tengah berkira-kira nak ke Tokyo hujung tahun ni..... tapi tak tahu la jadi ke tak. Tiket belum beli, baru berangan-angan je...
Yang nak ke Tokyo atau Jepun, boleh baca perkongsian Mat Drat 2 minggu lepas
Untuk yang belum tahu, Zahirah ni asal dari PERTH..... keluarga dia lama menetap di sana. Masa bergambar dengan dia masa majlis ni, sempat juga cakap.... Mat Drat beli tiket ke Perth lepas tengok drama dia.... Jangan Benci Cintaku. Bila intai-intai Perth ni, rasa menarik je...... tu yang terus beli tiket.
InsyaAlah, awal tahun depan dapat jejakkan kaki ke Australia lagi sekali selepas trip terakhir ke Gold Coast beberapa tahun dulu.
Biasa tengok dalam TV je, ni dapat jumpa depan-depan... ambil gambar buat kenangan |
Izara Aishah dengan kisahnya di AMRITSA INDIA |
Amritsa antara destinasi terbaru AirAsia ni nampak macam menarik. Wife Mat Drat dah berapa kali sebut Amritsa ni.....Mat Drat jawab, nanti la....belum masa lagi. Tu la, macam nak jugak jejakkan kaki ke sini.
Sempat juga ber'selfie'..... sama-sama minat ke Amritsa |
Dan Alvin Chong dengan trip ke Taipei |
Taipei merupakan ibu negara Taiwan. Jadi kalau ke Taiwan tu, jangan tak ke Taipei pula. Taipei cukup dikenali dengan menara Taipei 101.
Tourism Taiwan pun sebenarnya sedang galak mengadakan kempen membawa pelancong Malaysia ke sana, memang banyak kemudahan dan tempat makan halal di sediakan untuk pelancong Muslim.
Bagi yang ingin bercuti atau melancong pula, jangan lepaskan peluang kerana AirAsia akan menawarkan promosi istimewa selama dua minggu bermula 28 Oktober 2018 bagi kesemua destinasi dengan potongan sehingga 70%. Tempahan boleh dibuat mulai 28 Oktober 2018 untuk perjalanan segera atau sehingga 30 Jun 2019.
Untuk maklumat mengenai promosi dan aktiviti terkini AirAsia,layari Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).
~Mat Drat~
Yeah... LeYa memang menyimpan impian nak melancong satu dunia... Bilalah dapat memenuhi impian ni kan.. Seronok bila baca perkongsian travel.
ReplyDelete