Showing posts with label Malindo Air. Show all posts
Showing posts with label Malindo Air. Show all posts

Sunday, 29 October 2017

Promosi Tiket Murah Malindo

Tiket Murah Malindo Air asia


Tengah intai-intai tiket flight, nampak pulak Malindo ada buat promosi 'Early Bird'

Promosi Early Bird ni  promosi tket murah untuk Travel Period : 1 Jan - 31 Aug 2018🕛

MALINDO Kata     🔊"Great Deals, grab your seats now!"

Bagi MAT DRAT pula
  • Untuk para SUAMI 🔇 Jangan sampai isteri nampak iklan ni
  • Untuk para ISTERI 🔊 cepat-cepat bagi tahu suami 😂😂








ANTARA DESTINASI MENARIK yang rasa boleh menggugat Mat Drat: 🏄🌎🌊

- Langkawi / Kota Bahru / Penang : RM 69
- Medan / Singapore : RM 99
- Kuching :RM 109

- Kota Kinabalu : RM 149

- Phuket : RM 119

- Jakarta : RM 129
- Ho Chi Minh City / Bangkok : RM 139

Kalau nak terbang jauh sikit... boleh intai tiket ke
- Hong Kong : RM 249
- Guangzhou : RM 299
- Perth : 469

Nota :
Harga Malindo tunjuk ni adalah 'harga dari' , 'harga one way' dan "harga all-in" 

- 'Harga dari' maknanya paling murah boleh dapat tiket pada harga tu. Nak nasib baik untuk harga tu kenalah booking awal, tapi kalau lambat booking, susah la sikit nak dapat. Kena pulak tarikh kita pilih tu masa cuti sekolah atau public holiday.
- 'Harga one way . Ni harga sehala ye. Bukan return
- 'Harga all-in'. Ini harga tiket yang perlu dibayar, dah termasuk levi, tax dan caj-caj lain. Bukan maa nak beli, tiba-tiba ada caj itu dan ini.


Dan 5 SEBAB SAYA SUKA MALINDO
  1. Ada inflight meal ( tak payah nak order makanan)
  2. Ada inflight entertainment ( boleh la layan movie dlm flight). Tapi masih bergantung kepada flight yang kita ambil.
  3. Extra Legroom. Lega sikit la kaki, tak la sempit sangat.
  4. Ada luggage allowance 15kg. Cukupla untuk travel dkat2 dan singkat.
  5. Semua di atau 😂

INGAT!!
Booking Period : NOW - 5 Nov 2017 
Travel Period : 1 Jan - 31 Aug 2018

Dan jangan lupa baca terma dan syarat juga ye.


Uuntuk tempahan, boleh klik ke link Malindo Airline ini.



~Mat Drat~

"Kalau rasa bermanafaat, boleh share.👇👇👇


Friday, 6 January 2017

Tips Beli Tiket Flight Murah Airasia / MAS / Malindo dan lain-lain




Kali ni saya nak kongsi tip mudah untuk mendapatkan tiket flight / tiket pesawat / tiket penerbangan murah secara online. 

Cara ni saya tahu 2 tahun lepas di mana ketika itu saya bertugas di Kuching untuk tempoh lebih kurang empat bulan. Pada waktu itu, tiket pergi balik saya yang ditanggung oleh majikan hanyalah sekali untuk tempoh 3-4 minggu. Memandangkan saya MESTI balik ke Semenanjung setiap minggu, jadi nak tak nak saya kena tanggung sendiri kos tiket penerbangan. Terpaksa la cari tiket yang paling murah.

Dan pada waktu itu lah saya tahu wujudnya laman web yang membandingkan harga tiket penerbangan. Antaranya Skyscanner dan Airpaz. 



Kalau yang tak biasa dengan Airpaz atau Skyscanner atau laman web seumpamanya seperti CheapAir dan CheapFlight, laman-laman web ni menawarkan perkhidmatan perbandingan harga tiket penerbangan. Ia akan 'search' di pelbagai laman web syarikat Airline atau ejen untuk membandingkan harga tiket. Ala-ala Trivago la kalau kita ingin membandingkan harga hotel. Jadi tak perlu la kita compare satu satu Airline.




Tetapi saya lebih minati laman web Airpaz untuk mendapatkan tiket penerbangan murah. Mungkin kerana Airpaz ni dari syarikat serantau... tu yang saya lebih beminat kot. Airpaz ni sebenarnya syarikat dari Indonesia, kira cuba menandingi laman web perbandingan tiket penerbangan seperti Skyscanner, CheapAir dan CheapFlight. 

Dan saya juga lebih suka Airpaz ni mungkin sebab pertama kali masa saya buat carian, paparan harga tiket Airpaz sedikit rendah berbanding laman web caria lain. Kira 1st impression la.... 

Dan lagi satu yang saya suka Airpaz ni sebab bagi saya dia lebih friendly...bagi saya la... mungkin sebab kebanyakkan 'partner' syarikat penerbangan dia adalah Airline serantau. Tu yang senang dapatkan perbandingan kot. 

Dan lagi satu lagi, 'currency' di Airpaz dia siap-siap tukar automatik ke RM/MYR,  jadi tak perlu saya pening-pening atau terlupa nak tukar currency dari USD atau GBP (Great Britain Pound) ke RM/MYR. 

Teringat satu kes tu saya nak beli tiket flight dari Barcelona ke Paris, compare punya compare dan jumpalah tiket yang murah, bila dah beli baru perasan rupa-ruanya paparan harga tiket tu dalam GBP. Tiket dah beli pulak tu untuk dua orang. Ni pun saya perasan bila kredit kad caj agak tinggi, saya kira-kira dalam USD tak dapat harga yang saya beli.... rupa-rupanya harga dipapar dalam GBP, jadi convert dari GBP ke MYR banyak beza berbanding dengan USD!!.

Bagi yang ingin membeli dan membandingkan harga tiket flight / tiket penerbangan / tiket pesawat, boleh la try klik laman web Airpaz di ikon atau link di bawah ni:

Cuba la.... 





Beli Tiket Flight Murah

>>> Airpaz <<< 



Kalau nak membandingkan harga bilik hotel pula, saya gunakan Trivago



~mat-drat~ 

Sunday, 6 November 2016

Bercuti ke Kota Kinabalu - Trip Ke Kudat







Ini trip saya ke Kota Kinabalu untuk kali kedua dalam tempoh 1 tahun. Trip sebelum ini saya ke Kota Kinabalu bersama keluarga untuk Cuti-Cuti Malaysia 4H3M.

Kali ini saya ke Kota Kinabalu atas urusan kerja. Pada hari bekerja, saya (kami) tidak dapat berjalan-jalan sangat di Kota Kinabalu ini kerana kesibukan bertugas. Walau bagaimana pun, pada sebelah petang dan malam kami curi ruang dan masa yang ada dengan menikmati apa yang sempat di sini..... pastinya keindahan dan makanannya yang ditujui. 

Oleh kerana tak dapat berjalan-jalan di sini semasa bertugas, maka kami sambung dua hari di sini untuk jalan-jalan Cuti-Cuti Malaysia sekitar Kota Kinabalu.


Penerbangan Malindo Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu


Kali ni saya menaiki penerbangan Malindo untuk ke Kota Kinabalu. Flight MAS tidak ada kekosongan pada waktu pelepasan yang saya inginkan. Ini kali ke 2 atau ke 3 saya naik Malindo sebenarnya.

Antara sebab saya pilih Malindo dan bukannya AirAsia sebab dalam Malindo disediakan skin untuk 'inflight entertainment' dan bolehlah menonton satu-dua movie sepanjang penerbangan. Cuma pilihan movie tidak sebanyak di dalam pesawat MAS. Tapi untuk penerbangan jarak dekat,  2 jam lebih je pun rasanya sudah memadai.




Cuaca pada pnerbangan kali ni agak berawan.... beberapa kali pesawat menempuhi awan yang agak tebal. Satu keadaan yang saya (dan ramai juga rasanya) yang tidak berapa suka apabila pesawat menempuhi awan tebal..... 


Awan agak tebal dan gelap. Dalam hati berdoa moga-moga tidak hujan.

Malindo Airline - Meal dalam pesawat

Seperti juga AirAsia, jika ingin jimat kena order makanan awal-awal semasa membuat tempahan tiket atau sebelum check-in. Oleh kerana saya jarang naik Malindo, jadi makanan yang disajikan terasa memang sedap. 

Kalau selalu naik tu, mungkin dah tak rasa sangat sedapnya. Kalau dengan penerbangan MAS, makanan yang bakal disajikan tu macam dah boleh agak menu apa dan macam mana rasanya. Biasanya 2 pilihan yg MAS sediakan, tapi kali ni dengan Malindo boleh pilih mana yang rasa berkenan sebelum order.


Makanan yang saya order siampai...
Air minuman - saya minum air mineral yang dia beri percuma sahaja.
Nasi briyani dia memang sedap... 
Licin.... licin sebab sedap dan perut tengah lapar. 


Kota Kinabalu

Kali ini saya menginap di Grandis Hotel & Resort yang terletak di bangunan yang sama dengan Suria Sabah Shopping Mall. 

Grandis ni walaupun hotel 4 bintang tapi harganya agak murah. Ia betul-betul terletak berhampiran dengan Jesselton Point / Jeti Jesselton. Boleh jimat sehari sewa kereta kalau menginap di hotel ni sebab untuk hari pergi snorkeling tak perlu sewa kereta. Makan malam pun boleh makan di Jesselton Point sahaja.

Nak tahu lebih lanjut atau lihat harga Gaya Hotel, KLIK DI SINI.

Atau sambil baca perkongsian trip ke Kota Kinabalu saya ni, boleh check dahulu senarai penginapan di sekitar Kota Kinabalu dengan klik 




Tempat Makan Best di Kota Kinabalu

Untuk trip ini, sewaktu hari bekerja saya tidak kemana-mana cuma pada malam hari dapatlah menjamu selera bersama rakan-rakan di sini.

Antara tempat saya bersama rakan saya tujui untuk menjamu selera:

Makan Malam
1. Anjung Senja - Kota Kinabalu
2. Anjung Selera - Lokasi Tepi Jalan Menuju Likas
3. Asian Cuisine Jesselton - Jesselton Point
4. Stesyen Ikan Bakar - Lorong Sinsuran
5. Thien Thien Restaurant


Makan Tengah Hari
1. Restoran Taufik - Putatan
2. Adzie Cafe dan Bakery
* 2 kali makan tengah hari, kami makan sahaja mana yang sempat sewaktu bertugas.

Minum Petang
1. Tanjung Aru
2. Lokan Bakar dan Puding Kelapa Sepanggar


Semua lokasi dan gambar saya share di entry 




Oleh kerana tak ada masa untuk berjalan-jalan semasa bertugas di sini, jadi kami sambung 2 hari lagi di Kota Kinabalu ini. Kami peruntukkan satu hari dengan habiskan masa untuk Trip ke Kudat. Lokasi utamanya pastilah Tip Of Borneo. Dan satu hari lagi kami habiskan masa dengan ronda-ronda ke Kundasang walau pun saya baru beberapa bulan lepas  ke Kundasang....

Untuk pengalaman ke Kudat, boleh baca entry berikutnya  


Manakala untuk trip ke Kundasang, cukuplah saya kongsikan pengalaman saya di entry sebelum ini iaitu semasa bercuti keluarga.
👉👉 Trip Bercuti Ke Kundasang Sabah 👈👈



Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇





Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah: 



Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
Trip Kota Kinabalu & Kudat
👉👉 Dari Kota Kinabalu ke Kudat - "Hujung Tanduk Borneo"

Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu

Tuesday, 13 September 2016

Larangan Guna Telefon Samsung Galaxy Note 7 di dalam pesawat.

Larangan Guna Telefon Samsung Galaxy Note 7 di dalam pesawat.


Baru-baru ini diberitakan Samsung telah memanggil balik model telefon Samsung Galaxy Note 7 kerana telefon pintar terbaru ini mempunya masalah berkaitan bateri. Dipercayai masalah bateri pada telefon ini boleh menyebabkan kebakaran.

Sehubungan itu, Federal Aviation Administration (FAA) telah mengeluarkan nasihat agar penumpang tidak menggunakan atau pun mengecaj telefon ini di dalam pesawat. Penumpang juga dinasihatkan untuk tidak meletakkan telefon model ini bersama-sama ‘check-in luggage’.




Beberapa syarikat penerbangan telah mengeluarkan larangan berkaitan penggunaan telefon ini di dalam pesawat sama ada di gunakan atau di caj. Juga larangan dari di ‘check-in’ bersama luggage lain.

Beberapa syarikat penerbangan yang telah mengeluarkan arahan adalah Malaysia Airlines, Qantas Airline, Qatar , American Airline dan Malindo Air.

Jika anda pengguna telefon Samsung Galaxy Note 7, larangan ini akan menyebabkan anda tidak dapat menggunakan telefon anda di dalam pesawat. Anda mungkin rasa kurang selesa jika tidak dapat menggunakan telefon sekiranya menaiki penerbangan untuk jangka masa panjang, jadi mungkin perlu bawa telefon lain bersama ( untuk mengambil gambar, bermain game, mendengar muzik dan sebagainya)

Kebiasaannya larangan ini akan di war-warkan kepada penumpang semasa ‘check-in’ luggage , sebelum menaiki pesawat dan juga semasa di dalam pesawat sebelum penerbangan. Jadi sama-sama bekerjasama untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Nampaknya pengguna Samsung Galaxy Note 7 terpaksa bekorban sedikit demi keselamatan penumpang lain.

Antara pesanan dan amaran oleh syarikat penerbangan yang dikeluarkan


Larangan Samsung Note 7

Larangan Samsung Note 7
Larangan Samsung Note 7 di Pesawat

Larangan Samsung Note 7
Larangan Samsung Note 7 di dalam Pesawat







~mat-drat~

Sunday, 4 September 2016

Bercuti Ke Kuala Terengganu

Bercuti Kuala Terengganu





Bulan Ogos lepas saya telah ke Kuala Terengganu. Tapi trip kali ini bukanlah satu trip percutian sebenarnya tetapi lebih kepada atas urusan 'kerja' tak rasmi. Saya ambil kesempatan berkongsi beberapa tempat menarik di Kuala Terengganu dan juga tempat-tempat makan yang biasa menjadi tumpuan pengunjung.

Perjalanan ke sana sebenarnya telah di uruskan oleh pihak urusetia dimana pengangkutan dengan bas disediakan dan bas kami akan bertolak dari Shah Alam di awal pagi. Kalau dengan kereta biasanya mengambil masa dalam 5-6 jam, dengan bas saya rasa mungkin mengambil masa sekitar 8 jam. 

Jadi 3 hari sebelum bertolak saya intai-intai tiket kapal terbang dan mana tahu dapat tiket murah. Rezeki saya kerana Malindo dan MAS sedang menawarkan tiket penerbangan dengan harga yang agak murah.

- Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu saya pilih MALINDO (dari Subang Airport).
- Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur saya pilih MAS (KLIA).

- Kedua-dua tiket penerbangan saya beli kurang dari RM 70 sehala. 
- MALINDO dengan 15 kg luggage allowance, manakala tiket MAS pula dengan 30 kg luggage allowance. 

- Saya pilih MAS untuk balik memikirkan faktor luggage allowance yang besar (30kg) memandangan kemungkinan banyak buah tangan yang akan saya beli.




MALINDO : Penerbangan dari Subang Airport ke Kuala Terengganu

Tiket murah Malindo berharga RM 69, lebih kurang sama harga tiket MAS, cuma saya naik dari Subang Airport lebih dekat dengan rumah dan senang untuk wife saya hantar ke Airport.

Ini kali pertama saya menaiki pesawat dari Subang Airport dan rasanya kali ke 3 menaiki pesawat Malindo. Dan ini juga kali ke 3 juga penerbangan saya dengan Malindo di re-time. 

Penerbangan yang asalnya pada jam 1.35 petang di tunda ke jam 3.45 petang. Nasib baik tak mengganggu apa-apa perancangan saya di Kuala Terengganu. Penerbangan ke Kuala Terengganu mengambil masa 1 jam 5 minit sahaja.

Apabila keluar dari boarding gate dan menuju ke kapal terbang, rupa-rupanya semua penumpang termasuk saya perlu menapak ke pesawat dan bukan menggunakan aero-bridge. Macam naik Air Asia dulu-dulu di LCCT, terpaksa menapak di hangar lapangan terbang. Nasib baik la tak hujan masa ni. Teringat dulu pernah dibekalkan payung untuk naik ke pesawat AirAsia semasa di LCCT. 

Sewaktu berjalan menuju ke pesawat tu terasa terkejut sedikit apabila di arahkan untuk menuju ke pesawat yang sedia menunggu.... kecil je pesawat nya. Kelihatan kipas tersembul di luar. !! Inilah pesawat ATR rupanya.

1st time rasanya saya naik pesawat  ATR ni. Patut lah masa saya nak pilih seat secara online, hanya ada 2 seat di kiri dan 2 seat di kanan yang boleh dipilih. Biasa tu 6 seat satu row. Kalau pesawat besar pula, sehingga 7 seat satu row ( 2+3+2). Masa nak pilih seat tu saya dah terfikir, kapal terbang apa kecil macam ni....


Malindo Subang Airport Kuala Terengganu
Kena menapak ke kapal terbang, macam naik Air Asia dulu-dulu di LCCT


Malindo Subang Airport
1 kipas kiri.... 1 kipas kanan... 

Malindo Subang Airport
Saya antara yang terakhir sekali naik pesawat... sebab nak selfie dulu.



Pesawat penuh, tiada seaat kosong. Dan lebih separuh penumpang adalah rakan-rakan saya rupanya!!! 

Seat yang saya booked di sebelah tingkap telah di 'rampas' oleh penumpang lain, tak apa la.... penerbangan pun tak sampai 1 jam. Lagipun saya tak jangka akan dapat lihat pemandangan yang cantik dari atas ni semasa penerbangan.

1 jam penerbangan tu sebenarnya terlalu singkat. 10-15 minit pertama dah untuk persedian penerbangan dan fasa awal penerbangan. 10-15 minit terakhir pula fasa pesawat bersedia untuk mendarat. Jadi masa untuk bersenang lenang di dalam pesawat ni lebih kurang 30 minit sahaja. Nak layan 1 movie kat laptop pun tak sempat habis. Jadi duduk termenung sahaja la dalam pesawat. 

Pesawat ni tak disediakan interactive screen untuk movie dan lain-lain. Penerbangan singkat, tak berbaloi Malindo nak sediakan itu semua.

Malindo Subang Airport
Agak sempit sikit... pesawat kecil

Pesawat ni rupanya salah satu pesawat ATR 72-600 yang dimiliki oleh Malindo. Setakat ni ada 13 pesawat yang sama dimiliki oleh Malindo.


ATR 72 600 Malindo
ATR 72-600 - Hanya 72 penumpang sahaja.



Sekitar jam 5 petang pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Seorang kawan telah sedia menunggu dan kami akan terus ke tempat penginapan.


Kuala Terengganu Airport
Mendarat di Lapangan Terbang Kuala Terengganu

Kuala Terengganu Airport - Malindo
Sambil berjalan... boleh la tengok pekerja mengangkat luggage kita.

Kuala Terengganu Airport - Malindo
ATR 72-600 Malindo Air 

Trip Kuala Terengganu

Air Buah Gelas Besar
Dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu, kami berhenti dahulu untuk minum di gerai Air Buah Gelas Besar Pok San yang terletak di Seberang Takir. Tak sah la kalau ke Kuala Terengganu kalau tak minum air gelas buah besar kan. Dan dari situ kami terus bergerak ke tempat penginapan.


Air Gelas Buah Besar Kuala Terengganu

Boleh baca entry saya berikutnya untuk lokasi-lokasi Air Buah Gelas Besar :
👉👉 Air Buah Gelas Besar Kuala Terengganu


Ikan Celup Tepung - ICT
Oleh kerana saya datang ke sini atas urusan separuh rasmi, di mana jadual untuk hari ke 2 dan ke 3 agak padat, jadi tidak la dapat melencong ke mana mana. Cuma selain singgah di gerai air gelas buah besar, sempat la juga saya singgah untuk Jalan-Jalan Cari Makan versi Terengganu dengan berkunjung ke Ikan Celup Tepung yang terletak di Mengabang Kuala Terengganu .


ICT Ikan Celup Tepung Kuala Terengganu
Ikan Celup Tepung

Dan baca juga Entry saya berikutnya untuk ;
👉👉 Gerai Pilihan Ikan Celup Tepung Kuala Terengganu



Keropok Lekor
Hari ke tiga di sini, urusan selesai sekitar jam 5 petang. Sebelum balik ke tempat penginapan, saya ajak rakan-rakan saya singgah untuk membeli keropok lekor untuk di bawa balik ke Kuala Lumpur esok. Sudah pastinya destinasi tujuan adalah di Losong.

Memandangkan flight saya esok dan tiada fridge untuk saya simpan keropok lekor biasa yang fresh tu, jadi saya terpaksa beli keropok lekor vacuum. Keropok lekor vacuum ni frozen, jadi tiada masalah untuk simpan di suhu bilik sementara menunggu penerbangan esok. Cuma rasanya keropok lekor frozen ni tidak sesedap yang biasa iaitu yang fresh baru di buat.

Nak beli sikit je asalnya, tapi terborong banyak pulak keropok lekor.  Dan malam tu terpaksa saya beli 'totte' beg untuk  check in kan isi keropok lekor ini esoknya.


Keropok Lekor Losong Kuala Terengganu
Kropok Lekor Vaccum / frozen

Sebagai info, kalau nak beli keropok lekor di Terengganu ni, 2 tempat yang menjadi tumpuan iaitu di Losong dan di Seberang Takir. Masing-masing ada kelebihan dan tarikan tersendiri. Jarak antara satu lebih kurang 10 km. Tetapi di Losong ini pilihan untuk membeli keropok lekor lebih banyak kerana terdapat beberapa kedai yang menjadi tumpuan orang tempatan dan juga pelawat.

Keropok Losong Adik Beradik
Kebetulan nama kedai keropok lekor yang kami singgah ini sama dengan warong ikan celup tepung yang kami singgah semalam. Bukan dirancang tetapi hanya kebetulan. Semalam kami singgah makan ikan celup tepung di Warong Adik Beradik.

Sebenarnya di Losong ini ada beberapa kedai keropok lekor yang menjadi tumpuan tetapi saya mengambil jalan mudah dengan singgah di kedai yang paling awal ditemui. Hanya saya sahaja yang akan balik ke Kuala Lumpur pagi esok, jadi tidak mahu menyusahkan rakan-rakan pusing mencari kedai lain.... berhenti sahaja di kedai pertama yang saya jumpa.

Keropok lekor di sini lebih dikenali dengan keropok losong bersempena dengan nama tempat ini iaitu Losong. Jadi sebut keropok lekor pun boleh, keropok losong pun boleh.



Keropok Losong Adik Beradik
Tu dia... Keropok Losong Adik Beradik

Keropok Losong Adik Beradik
Kedai Keropok Lekor Adik Beradik

Sebelum beli keropok, saya tanya dulu kepada makcik kedai sama ada keropok lekor yang saya beli boleh tahan atau tidak sehingga esok. Maksud saya rasa 'sedap' keropok tu bertahan sehingga keesokan hari. Biasa tu kalau beli, memang beli masa dah nak balik. jadi tak ada masalah..

Makcik tu cadangkan saya beli yang 'vacuum' di mana keropok lekor telah dibungkus tanpa angin dan di sejuk bekukan. Jadi saya kena beli yang vacuum. 

Memandangkan saya beli agak banyak, makcik tu bekalkan percuma keropok lekor yang telah digoreng untuk kami makan di dalam kereta katanya.

Malam tu saya singgah di kedai runcit, beli beg 'totte' yang berharga RM 7 untuk bungkus keropok-keropok lekor ini semua.... Masa check-in, baru tahu berat keropok lekor yang saya beli sahaja lebih 20 kg. Nasib baik naik MAS.

Keropok lekor sejuk beku ni, sampai awal pagi sebelum bertolak ke lapangan terbang pun masih sejuk lagi, jadi tak ada masalah rasanya sampai di KL nanti.


Keropok Lekor Adik Beradik
Selain keropok lekor, keropok segera dan keropok keping juga ada.

Keropok Lekor Adik Beradik
Ikan Tennggiri Masin - RM 9 je sebotol. 
Pembuka selera makan.

Keropok Lekor Adik Beradik
Baik makcik ni... siap bekalkan keropok lekor yang dah goreng utk kami...

Murah senyuman makcik ni... Kita kalau membeli kena ramah sikit, baru boleh nak dapat murah sikit... Tak dapat murah pun tak apa, janji kita berjual beli pun rasa seronok.





Di sebelah Adik Beradik, ada kedai keropok lekor Adnan Keropok
Kedai keropok di hadapan Kedai Adik Beradik - banyak menjual keropok keping


Dan baca juga Entry saya :  👉👉 Keropok Lekor Kuala Terengganu Pilihan Ramai



Selepas maghrib, saya mendapat perkhabaran kurang baik di mana anak saudara saya meninggal dunia kerana terlibat di dalam kemalangan. Al-Fatihah untuk adik Amirulmukminin.

Memandangkan sudah malam dan saya ke sini tanpa memandu kereta sendiri, jadi tidak dapat ziarah abang saya malam itu. Flight saya awal pagi esok mengikut jadual.








Oleh kerana ini adalah Trip Ke Kuala Terengganu atas urusan kerja separuh rasmi, jadi tidak banyak tempat yang boleh saya lawati.

Di hari terakhir iaitu hari Ahad, pihak urusetia sebenarnya ada menyediakan bas untuk lawatan ke beberapa tempat menarik. Memandangkan penerbangan saya Kuala Lumpur adalah pada awal pagi Ahad, jadi saya tidak dapat mengikuti kemana-mana lawatan ke tempat yang disediakan oleh pihak urusetia.

Walau bagaimana pun saya senaraikan beberapa tempat menarik di Kuala Terengganu berdasarkan pembacaan dan beberapa kali saya ke Kuala Terengganu.

Boleh baca Entry saya : 👉👉 10 Tempat Menarik di Kuala Terengganu




Makan Sedap di Kuala Terengganu - Medan Selera Pantai Batu Burok

Sebenarnya tak banyak tempat makanan sedap yang sempat saya singgah di masa yang singkat ini. Selain singgah makan di warong/gerai ikan celup tepung dana minum air buah gelas besar, saya hanya sempat bersarapan di Medan Selera Pantai Batu Burok.

2 hari saya bersarapan di sini memandangkan terpaksa bertugas berhampiran kawasan ini. Lagi pun memang saya minta rakan saya bawa ke sini untuk bersarapan nasi dagang dan laksam. Kata kawan saya, di sini sarapan nya agak sedap.




Medan Selera Pantai Batu Burok
Medan Selera Pantai Batu Burok

Laksam 'pior'  kuah..


Medan Selera Pantai Batu Burok
Mangkuk ke-2 ...



MAS :  Kuala Terengganu ke KLIA

Keesokkannya, sekitar jam 6.30 pagi hari Ahad saya ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Saya tidak sempat bersarapan semasa dalam perjalanan ke airport, jadi terpaksa bersarapan di Airport Kuala Terengganu.

Rupanya di airport sini, ada 'gerai' yang harga agak budget. Gerai terletak di tingkat bawah dan betul-betul di luar pintu ketibaan. Dengan kurang RM 10, boleh la makan nasi lemak dan milo tarik secawan. Jarang di airport dapat harga macam ni.

Lapangan Terbang Kuala Terengganu ini tidak terlalu sibuk, jadi urusan check in tidak memakan masa yang lama. Walau pun saya telah check-in secara online di Mobile App, tetapi di sini perlu dapatkan boarding pass yang printed kerana tiada alat pengimbas di sini.






Penerbangan ke KLIA mengambil masa 1 jam sahaja, mungkin kerana pesawat lebih besar dan laju. Berbanding dengan penerbangan Malindo semasa saya ke sini yang mengambil masa 1 jam 5 minit.

Dengan harga tiket yang agak murah iaitu RM 69.00 sahaja, saya dapat bawa keropok lekor saya yang melebihi 20 kg tanpa masalah. 20 kg keropok lekor sahaja ye!!

Beg 'Totte' tu lebih 20 kg dengan keropok!

Kuala Terengganu Airport
Bersedia untuk berlepas

Kuala Terengganu Airport
Pesawat terpaksa membuat pusingan 'U' dihujung landasan 
sebelum berlepas di runaway yang disediakan

Kuala Terengganu
Kuala Terengganu

Penerbangan mengambil masa kurang 1 jam, jadi MAS tidak sediakan apa-apa makanan. Memang mana-mana penerbangaan tidaak melebihi 60 minit tidak akan diberikan  meal. Walau bagai mana pun, di dalam pesawat... kacang  MAS tetap di beri. Boleh la kunyah-kunyah sementara nak sampai KLIA.

Cuaca cantik tidak terlalu berawan

Safely landed di KLIA.

Sampai di KLIA, saya terus ke tingkat bawah untuk mengambil bas ke Subang Airport kerana isteri menunggu di sana. Memandangkan bas ke Subang Airport akan bergerak lagi 1 jam 30 minit, jadi saya bertukar haluan dengan mengambil BAS ke KL Sentral. Tambang bas hanya RM 10 ke KL Sentral.

Jadual bas dari KLIA ke Subang Airport bukan setiap jam, jadi perlu menunggu mengikut jadual yang ditetapkan. Bas KLIA ke KL Sentral pula ada setiap jam, jadi tidak perlu menunggu lama.


Boleh baca Entry saya : < BAS dari KLIA >


Sampai di KL Sentral, isteri sedia menanti dan terus saya mengambil alih tugas sebagai pemandu kereta dan memandu ke Pahang untuk menziarahi abang saya yang kematian anak nya pada sehari sebelum.


~mat-drat~


Entry berkaitan trip Kuala Terengganu ini

Entry berkaitan destinasi lain di Terengganu