... bersambung dari entry sebelum ini.....
👉👉 Trip ke Kuala Terengganu
👉👉 Air Buah Gelas Besar Kuala Terengganu
Entry ini saya ingin berkongsi pula berkaitan gerai pilihan untuk menikmati ICT - Ikan Celup Tepung.
Orang sini, mereka sebut ICT je... iaitu Ikan Celup Tepung. 1st time dengar dulu, rasa janggal jugak. Lama-lama dah biasa dan faham apa itu ICT, bukannya yang saya sangka masa dengar mula-mula ... ingatkan mereka sebut " I-City", rupa-rupanya ICT.
Jika ingin makan ikan celup tepung, pergi la ke Batu Rakit Kuala Terengganu. Di situ terdapat beberapa gerai yang menjual ikan celup tepung. Tetapi yang paling glamour dan diminati adalah Warong Pok Nong.
Di hadapan sedikit ada Warong Adik Beradik dan Warong Sotong Cik Su. Pilih la yang mana satu berkenan di hati.
Di hadapan sedikit ada Warong Adik Beradik dan Warong Sotong Cik Su. Pilih la yang mana satu berkenan di hati.
Ikan Celup Tepung Warong Pok Nong
Warong Pok Nong |
Pada asalnya kami bercadang untuk ke Warong Pok Nong. Tetapi sewaktu sampai pengungjung agak ramai.
Saya terpaksa beratur dan semasa beratur 'nombor giliran' telah habis kerana masih ramai pengunjung yang masih belum menerima makanan. Oleh kerana yang masih menunggu hidangan agak ramai, jadi nombor untuk pelanggan baru ditangguh dahulu sehingga order 'backlock' selesai dihidangkan.
Mencari lokasi tidak susah, selain WAZE yang banyak membantu, signboard kedai juga jelas kelihatan.... Warong pula betul-betul terletak di tepi jalan.
Edited : Baru-baru ni saya ke Kuala Terengganu lagi, dan hajat nak makan ICT di Warong Pok Nong juga tak kesampaian. Tak sanggup saya nak beratur panjang. Ke warung Adik Beradik je lagi.
Edited : Baru-baru ni saya ke Kuala Terengganu lagi, dan hajat nak makan ICT di Warong Pok Nong juga tak kesampaian. Tak sanggup saya nak beratur panjang. Ke warung Adik Beradik je lagi.
Tidak sukar mencari. Terpampang nama Warong Pok Nong |
Parking Yang luas disediakan |
Harga tidak mahal kerana ikan dan hidupan laut yang disediakan adalah yang fresh dari laut.
- Udang RM 5 untuk 3 ekor
- Ikan kembung pula RM 4.
Harga makanan |
Tengah sedap-sedap beratur, di maklumkan nombor giliran untuk mebuat tempahan di 'hold' dahulu memandangkan masih ramai yang belum dapat hidangan yang di order.
Sabar menanti sehingga dimaklumkan perlu tunggu lebih lamaaa..... |
Yang beratur dah panjang.... yang masih menunggu hidangan di meja juga ramai |
Muka ketat je masing-masing menunggu hidangan |
Pemandangan memang cantik... mengadap laut |
Memandangkan kami semua tersangatlah lapar... jadi kami decide untuk beralih ke tempat lain kerana tidak sanggup beratur panjang dan menunggu lama.
Ikan Celup Tepung Warong Adik Beradik
Dari Warong Pok Nong kami bergerak kedepan sedikit untuk mencari kedai makan yang kurang pengunjung. Dalam 100 meter dahaja dari Warong Pok Nong, kelihatan Warong Adik Beradik
Pelanggan tidak ramai ... jauh berbeza dari Warong Pok Nong. Sewaktu kami tiba, hanya ada 2 kumpulan pelanggan lain.
Berbeza dengan Warong Pok Nong yang kita perlu menunggu makanan di goreng tetapi di sini ada sebahagian ikan/ sotong telah siap digoreng. Kita order dan tokey kedai akan panaskan semula. Kureng sikit la rasa dia nanti....
Warong Adik Beradik Ikan Celup Tepung |
Harga setiap makanan |
Kami pelanggan utama sewaktu kami makan... paling ramai |
Nun di belakang sana, ada 1 family sednag makan |
Malas makan kat kedai, bungkus dan menapak ke tepi pantai untuk makan di situ. Sebelah warung je. |
Ikan pari RM 5 (2 ekor kecil), kembung RM 6, Udang RM 5 ( 4 ekor) |
Pari |
Makan dengan nasi putih, sup kosong dibekalkan percuma |
Sewaktu kami selesai makan, pelangan semakin ramai. Mungkin tak sabar tunggu di Warong Pok Nong |
Menjelang petang kebanyakan meja telah dipenuhi pelanggan |
Parking lot yang luas semakin dipenuhi, sewaktu kami sampai tadi hanya da akereta kami sahaja!!! |
~mat-drat~
Entry berkaitan trip Kuala Terengganu kali ini
Entry berkaitan trip Kuala Terengganu kali ini
👉👉 Jalan Jalan Ke Kuala Terengganu
👉👉 Air Buah Gelas Besar Kuala Terengganu
👉👉 5 Kedai Keropok Lekor Pilihan Ramai di Kuala Terengganu
👉👉 5 Kedai Keropok Lekor Pilihan Ramai di Kuala Terengganu
Entry berkaitan destinasi lain di Terengganu
👉👉 Trip Ke Pulau Perhentian
👉👉 Trip Ke Tasik Kenyir
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.