Showing posts with label Vietnam. Show all posts
Showing posts with label Vietnam. Show all posts

Friday, 10 August 2018

Tempat dan Aktiviti Menarik di Phu Quoc

Tempat dan Aktiviti Menarik di Phu Quoc



AirAsia baru-baru telah mengumumkan destinasi penerbangan terbaru mereka …... iaitu Phu Quoc Vietnam.

๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ Phu Quoc Island Destinasi Terbaru AirAsia di Vietnam


Mesti ramai tak pernah dengan Phu Quoc ni kan, Mat Drat sendiri pun tak pernah dengar sebelum ni sebenarnya. Kalau sebut Vietnam, rasanya orang Malaysia lebih sinonim dengan travel ke Ho Chi Minh City untuk berjalan sambil bershopping atau pun ke Hanoi untuk berjalan sambil melihat peninggalan sejarah peperangan di sana.

Selain 2 destinasi ni, tahun lepas Mat Drat sendiri ada juga intai-intai destinasi lain di Vietnam yang  menarik …. Nha Trang dan Dalat. Yang nak mencari kelainan ketika bercuti, boleh la juga consider 2 tempat ni. Tapi waktu 'survey' tu terjumpa artikel yang tahun sebelumnya kawasan 'Nha Trang" ni dilanda ribut pada bulan Mat Drat nak pergi tu. Dan tak jadi lah trip Mat Drat ke Nha Trang dan Dalat, dan terpaksalah tukar destinasi lain



TAPI nampaknya sekarang, Mat Drat kena study satu lagi destinasi menarik di Vietnam, iaitu Phu Quoc. Mesti ada sesuatu yang menarik di Phu Quoc ni sehingga AirAsia lancarkan penerbangan terus dari KL ke sana.

2-3 hari ni Mat Drat ‘riki’ macam-macam mengenai Phu Quoc ni sebelum membuat tempahan tiket ke Phu Quoc ni. Kali ni plan nak buat trip dengn rakan-rakan yang sama ke Pattaya tahun lepas.  Plan nak pergi hujung tahun, tak tahu lah jadi ke tak….

Di entry ni Mat Drat akan beberapa tempat dan aktiviti menarik di Phu Quoc ni

PHU QUOC

  • Merupakan Pulau Terbesar di Vietnam.
  • Terletak di selatan Vietnam, di kawsan bersempadanan dengan Cambodia.
  • Pulau Phu Quoc ini berada di kawasan 'Teluk Thailand', dan bukannya mengadap Laut Cina Selatan.
  • Dikatakan salah satu 'permata' Asean yang baru diperkenalkan kepada dunia.
  • Mula semakin dikenali dunia selepas adanya satu penerbangan terus dari UK.
  • Masih banyak kawasan yang sedang dalam pembinaan / pembangunan, masih agak 'dara'


TEMPAT DAN AKTIVITI MENARIK DI PHU QUOC


1. Bersantai di Pantai Long Beach Atau Sao Beach

Tempat dan Aktiviti Menarik di Phu Quoc Long Beach
Long Beach, Phu Quoc
Kredit : Adventure in you
Phu Quoc Island ni mempunyai pantai sepanjang lebih 150km di mana ia pasti menjanjikan pemandangan yang indah dan mendamaikan dengan pasirnya yang memutih dan dan air yang cukup jernih. Boleh pilih salah satu destinasi pantai dari 20 pantai yang ada di sini.

Pantai Long Beach merupakan pantai tumpuan pelancong di mana di sini -terdapat banyak resort -resort, restoran dan juga berdekatan dengan pusat aktiviti. Dengan kata lain berdekatan bandar.

Selain pantai Long Beach, pantai Sao Beach juga menjadi tumpuan pengunjung dan pelancong.




2. Menikmati Suasana Sunset Indah

Tempat dan Aktiviti Menarik di Phu Quoc Sunset




Phu Quoc Island menjanjikan beberapa lokasi yang cukup indah untuk menikmati suasana sunset. Jangan lepaskan peluang menimati saat-saat matahari terbenam ketika bercuti ke sini.

Antara lokasi kegemaran pelancong untuk menikmati sunset adalah di kawasan di hadapan Kosmos Villa atau pun di Sunset Sanato ni Long Beach. Arca-arca yang terdapat di sini menambahkan lagi keasyikan ketika menikmati saat matahari terbenam.


3. Menyelami suasana perkampungan nelayan Ham Nihn

Tempat dan Aktiviti Menarik di Phu Quoc Ham Nihn



Aktiviti utama penduduk di sini antaranya adalah menangkap ikan. Ambil peluang jika berkesempatan ke perkampungan Ham Nihn ini untuk melihat dan merakamkan suasana kehidupan penduduk di sini.

Saat kepulangan nelayan pastinya pengalaman yang menyeronokkan manakala menyaksikan saat matahari terbenam di jeti di perkampungan Ham Nihn ini pasti turut menarik.



4. Island Hoping An Thoi Island

Tempat dan Aktiviti Menarik di Phu Quoc An Thoi island


Di sekeliling Phu Quoc Island itu juga terdapat beberapa pulau yang masih tidak terusik dan amat cantik. Jika ambil pakej Island Hoping, jangan lupa ke Pulau An Thoi.

Snorkeling di sini pasti menyeronokkan



Klook.com

5. Air Terjun Suoi Tranh

Tempat dan Aktiviti Menarik di Phu Quoc Suoi Tranh Waterfall



Ingin lari dari pantai, boleh ke Air Terjun Suoi Tranh. Lokasinya agak jauh dan berada di dalam kawasan hutan tropika, ia pasti menjanjikan satu suasana yang berbeza dan mendamaikan.



Untuk ke sini, dapatkan pakej dari ejen atau operator yang dipercayai kerana lokasinya yang agak jauh.


6. Vinpearl Land Phu Quoc - Taman Tema Vinpearl

Tempat dan Aktiviti Menarik di Phu Quoc Vinpearl Land




Phu Quoc bukan sahaja sesuai untuk pelancong dan pengunjung dewasa, ia juga mempunyai tarikan untuk kanak-kanak dan remaja. Jika datang bersama keluarga, Taman Tema Vinpearl Land antara tempat yang perlu di lawati.

Vinpearl Land merupakan salah satu Taman Tema di bawah kumpulan syarikat yang dimiliki oleh billionaire Vietnamese, Pham Nhat Vuong.



Selain Taman Tema Vinpearl Phu Quoc, terdapat juga Taman Tema Phu Quoc di Nha Trang yang lebih besar.

Untuk info dan maklumat lanjut, boleh layari terus laman web rasmi Vinpearl Land ini.

Laman Web : http://phuquoc.vinpearlland.com/

Harga Tiket Vinpearl Land : (Tiket tidak mengikut umur tetapi mengikut ketinggian)
  • Guest lebih 1/4 meter             500,000 VND (+- RM88 )
  • Guest 1 - 1.4 meterr               400,000 VND (+- RM71 )
  • Kanak-kanak bawah 1 meter    Free
Untuk harga tiket lebih murah, Mat Drat cadangkan beli melalui KLOOK.




Klook.com

Menginap di Vinpearl Resort  mungkin pilihan yang bagus juga jika ingin memaksimumkan percutian di Vinpearl ni


7. Vinepearl Safari

Tempat dan Aktiviti Menarik di Phu Quoc Vinpearl Safari

Jika ke  Vinpearl Land, boleh juga terus ke Vinpearl Safari. Ia juga di bawah kumpulan syarikat yang sama.



Untuk info dan maklumat lanjut, boleh layari terus laman web rasmi Vinpearl Safari ini.

Laman Web : Vinpearl Safari

Harga Tiket Vipearl Safari : (Tiket tidak mengikut umur tetapi mengikut ketinggian)
  • Guest lebih 1/4 meter              600,000 VND (+- RM104)
  • Guest 1 - 1.4 meterr                500,000 VND (+- RM88)
  • Kanak-kanak bawah 1 meter     Free
Untuk harga tiket lebih murah, Mat Drat cadangkan beli melalui KLOOK.


Klook.com



Jika mempunyai masa untuk masuk ke dua-dua tempat tarikan ini (Vinpearl Land dan Vinpearl Safari) dalam hari yang sama, untuk penjimatan boleh beli tiket kombo.

Harga Tiket Kombo Vipearl Safari : (Tiket tidak mengikut umur tetapi mengikut ketinggian)
  • Guest lebih 1/4 meter              700,000 VND
  • Guest 1 - 1.4 meterr                850,000 VND
  • Kanak-kanak bawah 1 meter     Free



8. Penjara 'Coconut Tree'




Tempat dan Aktiviti Menarik di Phu Quoc Coconut Tree Prison
Add caption


Vietnam juga dikenali dengan sejarah peperangan mereka. Drama bersiri Tour of Duty sewaktu waktu dahulu dan juga filem Rambo dahulu banyak menceritakan keadaan peperangan di sana. 

Jadi jika ke Phu Quoc, apa kata singgah melawat penjara 'Coconut Tree Prison' di mana di sini kita dapat melihat bagaimana para tawanan peperangan dikurung dan diseksa.






~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

..............................................................

Tuesday, 7 August 2018

Phu Quoc Island Destinasi Terbaru AirAsia di Vietnam



AirAsia hari ni, 7 Ogos 2018 memperkenalkan laluan baharu terus dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc, Vietnam. Penerbangan ke destinasi ini akan diadakan empat kali seminggu dan akan bermula pada 2 November 2018. 






Xin Chao yang bermaksud Hello.... pastinya Phu Quoc amat mengalu-alukan ketibaan penerbangan pertama AirAsi Phu Quoc November nanti. Phu Quoc ini  merupakan laluan terus kelima AirAsia dari Kuala Lumpur ke Vietnam selepas Ho Chi Minh City, Da Nang, Hanoi dan Nha Trang. 

Pada pelancaran tu, AirAsia Malaysia Head of Commercial Spencer Lee berkata, 
"Kami berbesar hati kerana menjadi syarikat penerbangan pertama yang melancarkan laluan terus dari Kuala Lumpur ke salah satu permata tersembunyฤฑ Asean, Phu Quoc".
"Sebaga syarikat penerbangan Asean, kami komited untuk membawa lebih pelawat ke rantau ini. Para tetamu kami kini boleh terbang terus ke Phu quoc melalui Kuala Lumpur. 
"Kami juga berharap untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Phu Quoc melalui rangkasai yang luas dan harap dapat bekerasama dengan kerajaan tempatan bagi membangunkan Phu Quoc untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia". 
Spencer Lee, AirAsia Malaysia Head of Commercial 
ketika melancarkan laluan terbaru AirAsia

Pada pendapat Mat Drat, AirAsia cukup bijak mengembangkan sayapnya terutama di rantau Asean ni dengan meneroka destinasi baru. Rasanya baru minggu lepas AirAsia melancarkan penerbangaan terusnya Kuala Lumpur ke Danau Toba. Makin keraplah rakyat Malaysia bercuti nampaknya....






Tambang penerbangan Kuala Lumpur - Phu Quoc


Sempena pelancaran ini, AirAsa menawarkan tambang istimewa 'All-in' Kuala Lumpur ke Phu Quoc bermula dari RM90 khas untuk ahli BIG. 

Tempahan dengan harga ni boleh dibuat di laman web airasia.com dan aplikasi AirAsia bermula 8 Ogos hingga 19 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 November 2018 dan 29 Mac 2019






AirAsia lancar Destinasi Terbaru ke Phu Quoc Island Vietnam



Yang ada keahlian BigPay jangan lupa nikmati caj pemprosesan sifar bila buat bayaran menggunakan kad BigPay ye. Ahli BIG juga boleh tebus penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc dengan hanya 100 Mata Ganjaran BIG (tambang asas sahaja). 

๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ Special : Ahli BIG Loyalti tebus Tiket dengan Mata Ganjaran BIG 
๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ 5 Cara naikkan Mata Ganjaran BIG





AirAsia lancar Destinasi Terbaru ke Phu Quoc Island Vietnam

Jadual penerbangan Kuala Lumpur - Phu Quoc

AirAsia menawarkan 4 penerbangan seminggu untuk destinasi terbaru mereka ini :
  • Kuala Lumpur - Phu Quoc  12:50pm ( Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad)
  • Phu Quoc - Kuala Lumpur  14:05pm ( Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad)
Jadi bagi Mat Drat untuk trip kat Pulau ni, 3H2M sudah memadai dan sesuai.


Mat Drat tahu je destinasi terbaru AirAsia ni, terus je share info ni kat 2 'group travel WhatsApp' Mat Drat. Bila Mat Drat share je gambar pantai kat Phu Quoc ni dan kata plan nak ke sana hujung tahun ni,  terus je member-member suruh Mat Drat buat plan dan itinerari serta kira budget.

Mat Drat study la sikit pasal Phu Quoc ni. Phu Quoc ni merupakan pulau terbesar di Vietnam yang boleh kata menjanjikan pemandangan yang cukup menarik. Tarikan utamanya pastilah pantai..... pulau la katakan. 

Dan paling best adalah pemandangan sewaktu sunset, serius memang cantik gambar kat pantai di sini.


Traveloka




Info Menarik di Phu Quoc

Phu Quoc menjanjikan beberapa tempat yang menarik untuk diterokai dan dinikmati.
  • Ia merupakan pulau terbesar di Vietnam.
  • Ia merupakan sebahagian Wilayah Kien Giang yang diiktiraf sebagai Rizab Biosfera Dunia oleh UNESCO pada tahun 2006. 
  • Pantainya sepanjang 150km dengan tiga kawasan tarikan utama ialitu pulau Phu Quoc, Hon Thom dan An Thoi. 
  • Pantai lain yang turut menjadi perhatian adalah Long Beach, Ong Lang, Gahn Dau dan Starfish. 
  • Suoi Tranh Waterfall






Aktiviti Menarik di Phu Quoc

  • Beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini, antaranya
  • Bersantai di pantai
  • Island Hoping
  • Menikmati dan meneroka keindahan Air Terjun Suoi Tranh
  • Melawat perkampungan nelayan - Kampung Ham Nihn


Hotel Murah di Phu Quoc

  • Oket, masa menulis ni Mat Drat sebenarnya juga plan konon-konon akan ke sana dengan 3-4 orang kawan, jadi macam biasa la Mat Drat akan survey dulu hotel utk menginap jika jadi ke sana.
  • Bukan survey hotel pada harga jadi keutamaan, Mat Drat lihat juga lokasi hotel pilihan
  • Dan pilihan utama Mat Drat adalah hotel di tepi pantai di sepanjang Long Beach terutamanya di area pantai Duong Dong
  • Antara yang dalam budget Mat Drat dan rakan-rakan (kami cari yang below RM 150 /nite) :

Hotel Murah (Bawah RM150) di Pantai Long Beach - Duong Dong








Booking.com


Atau klik sahaja link ni untuk senarai hotel by Agoda




Nanti Mat Drat share tips nak ke sini, dah alang-alang Mat Drat study dan intai-intai hotel dan buat itinerari untuk trip Mat Drat dan kawan-kawan.



~Mat-Drat ~



Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡