Tuesday, 22 January 2019

Roti Bakar Batu Arang - Roti Bakar Telur Leleh


Roti Bakar Batu Arang - Roti Bakar Telur Leleh Rawang



Roti Bakar Batu Arang - Roti Bakar Telur Leleh 


Entry kali ni Mat Drat nak share sikit je, nak share pasal Mat Drat sarapan pagi di Roti Bakar Telur Leleh Batu Arang. 

Pagi tu rasa nak makan roti telur leleh, terus ajak wife sarapan kat sini.

Dulu pun rasanya macam pernah viral pasal roti bakar telur leleh Batu Arang ni. 

Makanan ni kalau sedap dan lain sikit, memang senang je viral. Viral benda baik ni bagus...


Kalau datang tu, jangan lupa try roti bakar telur leleh ni. Apa yang special nya, roti ni dibakar dengan arang, atas roti diletak pula telur separuh masak.... bila bergoyang dan meleleh... makin menyelerakan.... sedap


Kalau datang hujung minggu tu, gerai ni biasanya agak penuh. Biasalah hujung minggu, mak-mak ramai yang cuti sediakan sarapan pagi. 



Roti di bakar dengan arang.. tu yang tambah umphhh tu.


Roti Bakar Batu Arang - Roti Bakar Telur Leleh
Roti disapu kaya...dibakar dan 2 biji telur separuh masak.
Makan pulak dengan baked been...memang sedap la.


Memang sedap...


Tempat Makan / Sarapan sedap di Rawang / Sg Buloh

  • Kira Roti Bakar Telur Leleh ni masuk dalam kategori tempat makan sedap JJCM di Rawang
  • Orang Sungai Buloh pun boleh datang sini, tak jauh. 
  • Kalau orang Batu Arang, lagi la tak ada masalah.


>>>>>>.







Port Geng Basikal

  • Tempat ni pun sebenarnya 'port' biasa geng kayuh basikal bersarapan.
  • Lepas bakar kalori kayuh basikal, mereka akan singgah menjamu selera di sini.
  • Kalau geng riders, suka sarapan di Lemang Tok Ki Bentong, kira ni antara port geng basikal la.


Lokasi 


  • Lokasi terletak di Gerai MPS Batu Arang.
  • Kalau masuk je pekan Batu Arang, gerai MPS ni terletak mengadap  tugu batu Batu Arang di rondabout kecil sebelum Balai Polis Batu Arang.
  • Guna je Waze atau google Map, Insyaallah sampai.


Menu Utama


  • Menu utama pastinya roti bakar, roti bakar telur leleh.
  • Juga ada menu lain seperti lemang dan rendang, nasi lemak, mee kari, mee rebus, lontong dan soto.
  • Nak makan roti canai pun boleh, order je dengan pakcik di sebelah. Tak ada masalah.


Harga


  • Harga biasa-biasa je.
  • Ni harga yang Mat Drat makan baru ni
    • Roti Leleh : RM 4
    • Roti Kaya : RM 2
    • Mee Kari : RM 5
    • Lontong : RM5



Menu Roti Bakar telur Leleh Batu Arang
Menu yang ada di sini.

Lemang pun boleh tahan sedap...


Kalau nak makan roti canai, boleh order dengan abang sebelah ni.







~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!

4 comments:

  1. DewaLotto Terlengkap Permainan Terpercaya , Togel , Casino , Sport Books , Tembak Ikan , Dan Games Banyak Lainnya Minimal Deposit / Withdraw Rp.20.000 pin BB : 7BF59345

    ReplyDelete
  2. JADIKAN AGEN KAMI MENJADI FAVORIT ANDA ,
    AYOO BERGABUNG BERSAMA RIBUAN MEMBER KAMI YANG LAINNYA
    HANYA DI HTTP :// WWW.ARENA-DOMINO.COM
    BONUS ROLLINGAN TERBESAR 0,3 % SETIAP MINGGUNYA .
    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di: WA : [+855]964967353

    ReplyDelete
  3. Datnag nak try roti telur leleh, tapi keciwa kodai tutup pulok hari nie.��

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.