Tuesday, 1 January 2019

PERCUTIAN KE PULAU REDANG : Aktiviti Menarik




PERCUTIAN KE PULAU REDANG : Aktiviti Menarik di sini



Bersambung dari perkongsian sebelum ni...





Mat Drat sambung lagi perkongsian mengenai percutian ke Pulau Redang ni.  Dalam entry ni, Mat Drat khas kongsi mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh dan sesuai dilakukan di sini, tak kira lah datang ke sini untuk percutian bersama keluarga, bersama rakan-rakan atau pun program pejabat.


Walau apa pun tujuan datang ke Pulau Redang ni, aktiviti-aktiviti di bawah ni mampu memenuhi masa percutian di sini.



1. SNORKELING

Ini aktiviti utama kalau ke Pulau Redang.

Kalau pertama kali nak merasai pengalaman snorkeling, jangan risau. Boleh belajar dahulu di tepi pantai. Biasakan diri dahulu. Dalam 30 minit Insyaallah dah confident.  Mat Drat pun ajar anak-anak ditepi pantai je nak bagi mereka confident dan biasakan diri.

Seperti biasa, pakej snorkeling akan dibekalkan dengan snorkel set, mask dan  life jacket.

Untuk package snorkeling, biasanya pihak resort ada tawarkan. Jika ambil penginapan sahaja, boleh cuba hubungi 2 nombor ni untuk bertanya pakej dan harga mereka.

Adlie :017 9639672  πŸ‘ˆπŸ‘ˆKlik untuk terus whatsapp
Ejoy : 010 9077790 πŸ‘ˆπŸ‘ˆKlik untuk terus whatsapp
Iman : 010 2799259 πŸ‘ˆπŸ‘ˆKlik untuk terus whatsapp



Pakej Snorkeling Pulau Redang




Adie ni kenalan kawan Mat Drat, dia yang rekemankan.
Hari tu Mat Drat nak 'sewa' bot dia dengan pemandu untuk sunset cruise, tapi cuaca petang tu agak berawan. Jadi Mat Drat ambil dia untuk snorkeling ke Turtle Point je . memang berbaloi.

Oh ye, pakej Mat Drat di Laguna Redang Island Resort ni hanya bagi 3 kali snorkeling sahaja (Marine Park dan Deep Sea 2 sessi)


Tips Panggil Ikan Waktu Snorkeling:
1. Beli dan bawa beberapa buku roti ke Pulau Redang.
2. Sumbat beberapa keping ke dalam botol kecil air mineral.
3. Waktu snorkeling, buka dan picit perlahan-lahan.
4. Cebisan-cebisan roti yang keluar akan menarik ikan untuk datang.


Reminder:
1. Jangan guna 'fin' / kaki itik sewaktu snorkeling untuk elak kita terrosakkan batu karang.


Sebahagian roti yang masih berbaki di dalam botol air mineral.

Di larang guna 'fin' / kaki itik ye



Mat Drat share beberapa 'port' atau lokasi best snorkeling di Pulau Redang ni.


a. Snorkeling di pantai Long Beach / Pantai Panjang   

  • Bagi yang menginap di sini, boleh la ada masa terluang ber'snorkeling' di sini.
  • Ombak tidak kuat jadi sesuai untuk anak-anak atau mereka yang baru belajar.
  • Ikan banyak dikawasan berhampiran batu karang
  • Berhati-hati dengan coral/batu karang hidup, jika terpijak boleh luka kaki.
  • Elakkan terpijak coral/batu karang untuk elak kita merosakkannya.


Lokasi untuk snorkeling di kawasan berhampiran 'tanjung' di Long Beach ni.

Sessi meng'confident'kan mereka yang baru 1st time snorkeling








b. Snorkeling di Marine Park
  • Kalau ke Pulau Redang, tak ke Marine Park ni kira tak lengkap la percutian Pulau Redang.
  • Kalau tak ambil pakej ke sini dengan pihak resort, boleh tanya beberapa operator yang Mat Drat share di atas tadi.
  • Bawa makanan dan minuman yang secukupnya di sini, terutama air.
  • Bila snorkeling ni, biasanya kita cepat dahaga. Lagi-lagi kalau panas.
  • Bila sampai di sini, PASTIkan bot akan bergerak balik pukul berapa. Jangan sampai terlepas bot.
  • 2-3 jam di sini, dah memadaai. Bot-bot biasanya tidak akan berpatah balik, mereka akan tunggu sahaja di sini.
  • Tak macam pengalaman Mat Drat di Pulau Manukan, Sapi dan Mamuntik dahulu. Ada bot yang drop kan sahaja, dan datang semula untuk pickup kemudian.
  • Ikan dan coral memang menarik di sini. 
  • Boleh cuba snorkeling di lokasi berhampiran jetti, situ pun menarik.


Jeti Marine Park

Pandangan dari jeti.
Mat Drat sampai di sini agak lewat, dah ramai yang ber'snorkeling'

Pandangan dari jeti.
Kawasan 'hitam'/gelap tu ada coral dan ikan lebih banyak di situ

Mengumpan ikan ...dan mengena...

Pantai di Marine Park.
Kalau awal, dapatlah 'booking' kerusi dan meja di sini

Kerusi meja dan lokasi snorkeling berhampiran jeti ni agak ramai orang, jadi cari 'port' yang jauh sikit.

Jangan lupa ke tangga dijeti di sana tu...
Banyak coral dan menarik. 



Tepi dan di bawah jeti ni, ikan-ikan ni je la... 



Maksud sebenar "bagi anak ikan makan"

Mat Drat and the geng



c. Snorkeling di Deep Sea / laut dalam 
  • Bersnorkeling di 'laut dalam' di sini, satu pengalaman yang menarik bagi Mat Drat.
  • Memang dalam.... kira perlukan stamina sikit untuk bersnokeling di sini
  • 2 Jam di sini pun dah memadai dan cukup meletihkan.
  • Kalau bawa anak-anak kecil, Mat Drat macam tak berapa nak sarankan bawa mereka di sini.
  • Bot hanya akan berlabuh di tengah laut, dan kita turun naik dari bot sahaja.
  • Daratan (pulau batuan) yang terdekat pun agak jauh sebenarnya, perlu tenaga untuk ke situ. Jauh juga naj berenang  ke situ.
  • Kalai ke situ, pastikan jangan sorang-sorang. Elok berteman.
  • Tapi ada kawan Mat Drat pesan, sebenarnya tak berapa bagus ke kawasan batuan di tengah laut sebab biasanya di kawasan tu juga banyak hidupan berbisa (ular la tu)
  • Kalau pergi juga, lebih berhati-hati ye.
  • Gambar di sini memang tak banyak, sebab bila dah turun je ke laut, memang malas nak ambil handphone dah.
  • Ikan lebih menarik (jenis) berbanding di Marine Park. Coral pun lebih banyak.


Kami satu bot ...untuk sessi snorkeling deep sea
OTW nak ke deep sea, jumpa minah salleh 2 orang 'berkampung' atas beting pasir ni.
Boleh la claim 'ini pulau ana yang punya'

Bukan solat ni...tapi merenung laut dan melihat keadaan laut dan angin

Gelap kan air.... dalam la tu maknanya.
Hujung sana tu, pulau batuan (daratan)


Sessi terjun berjemaah... Kalau stamina kurang, jangan berada jauh dari bot.

Ni yang berani....jauh dari orang lain dan agak jauh dari bot



Sebahagian kami yang tiba di pulau batuan. Letih ooo nak sampai sini.


d. Snorkeling / berenang bersama Penyu (Turtle) 
  • Pengalaman Mat Drat bersnorkeling di turtle point di Pulau Redang ni lebih jauh menarik berbanding di Pulau Perhentian dahulu.
  • Menarik sebab penyu sentiasa timbul di permukaan air.
  • Semasa di Pulau Perhentian dulu pelancong dan pengunjung agak ramai, jadi yang berada di 'turtle point' pastinya ramai, jadi penyu pun segan nak timbul.
  • Masa di Pulau Perhentian, Mat Drat terpaksa menyelam ke bawah sebab penyu tak nak timbul sebaliknya berada di dasar laut.
  • Manakala di sini, penyu seakan tak segan nak timbul dan berenang bersama kita. Mungkin kerana hanya bot kami 2 buah sahaja, jadi penyu pun tak terganggu dengan kehadiran kita.
  • Kita pula yang terpaksa mengelak takut terpegang dia ketika berada di dalam air.
  • Kalau yang ke sini, elakkan dari menyentuh penyu-penyu ye.


 Di tengah laut, tiba-tiba satu bot kami mengalami kerosakan.
Dah la laut agak dalam pulak tu. Ngeri sekejap.


Tak lama bot kembali boleh dihidupkan... Alhamdulillah
Bagi Mat Drat yang jarang ke laut, ngeri juga bila melalui kawasan yang air laut seakan hitam macam ni.


Dah pusing hampir 1/2 pulau, akhirnya kami sampai destinasi untuk melihat penyu. Laaa rupanya tak jauh dari The Taaras

Belum turun ke air...penyu dah datang berlegar tepi bot kami.

Mana pulak penyu ni....??


Yeazzzaa... ni namanya berenang bersama penyu..


Puas hati dapat pengalaman macam ni...


2. SCUBA DIVING

Bagi yang ingin buat aktiviti diving, boleh hubungi pihak resort atau pihak-pihak yang sediakan perkhidmatan ni.

Tapi Mat Drat rasa, aktiviti scuba diving di sini tidak 'semeriah' di Pulau Perhentian.

Mat Drat rasa, di Pulau Perhentian lebih banyak operator yang sediakan perkhidmatan ni dan rakan-rakan Mat Drat kebanyakkannya dapat licence scuba diving di Pulau Perhentian.



3. AKTIVITI PANTAI

Di sini (long beach), pasirnya putih dan pantainya memanjang dan landai. Jadi sesuai untuk buat aktiviti pantai seperti bermain bola pantai, volleyball pantai dan juga main pasir macam zaman kanak-kanak dulu.

Masa berVolleyball.
Nak lagi best, main dengan set snorkeling


Apa salahnya dah tua-tua kita main pasir kan...

Dan ini hasilnya...Penyu Bertelur 





4. BERSIAR DI PANTAI

Kalau tak ada apa nak buat, bersiar-siar sambil menikmati keindahan dan ketenangan pantai di Pulau Redang ini pun sudah mengasyikkan.

Suasana sunset pastinya memukau. Bagi yang menginap di resort di Long Beach, matahari tak jatuh di hadapan resort, jadi nak menikmati sunset boleh tanya bot-bot yang tawarkan sunset cruise.

Manakala suasana awal pagi pastinya mendamaikan ketika mentari terbit.

Berjalan lah disepanjang pantai di sini dan hilangkan stress dan lupakan hiruk pikul bandar.


Terlepas sunrise...Waktu ni matahari dah tinggi...


Kalau lah terjaga sebelum subuh, pasti cantik suasana ni..


Laut yang tenang di awal pagi . Jeti Long Beach ni pun sunyi je...

Jernih sungguh air kat sini. Kedudukan jeti ni pula seakan di tengah lagun, jadi ombak seperti tak ada. 


5. AKTIVITI LAIN





Selain 4 aktiviti yang Mat Drat share tadi, boleh juga consider 2 aktiviti berikut yang di bawah ni

a. Memancing
Boleh tanya operator-operator bot di sekitar Pulau Redang ni. Elok call atau hubungi awal sebelum ke sini untuk buat arrangement.

b. Island Hoping
Operator bot juga sesetngah mereka sediakan perkhidmatan island hoping. Antaranya ke Pulau Lang Tengah dan Pulau Perhentian.


Bila buat aktiviti-aktiviti pantai ni, pastikan keselamatan diutamakan. Jangan lupa minta dan pakai life jacket setiap kali menaiki bot. Pengalaman Mat Drat di Pulau Perhentian dahulu, cukup untuk buat Mat Drat beringat apabila menaiki bot.


Selamat Bercuti

~ Mat Drat~



1 comment:

  1. Wahhh... Menarik dan cantik. Leya belum pernah ke Pulau Redang. Memang ade dalam wishlist jugak nak ke pulau-pulau menarik di Malaysia. Teruja jugak nak rasa pengalaman pertama bersnorkelling..

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.

Kalau lambat repy tu, Mat Drat minta maaf ye.

Dan kepada Cik / Encik Anonymos, lagi manis kalau letak nama (nama samaran pun okey)