Monday 28 January 2019

Travelog Trip London (Part 3) Day 1- Stamford Bridge (Stadium Chelsea)



Bercuti di  London - Stamford Briddge (Stadium Chelsea)



TRAVELOG TRIP PERCUTIAN LONDON - Part 3


Okey, untuk itenerari hari ni Mat Drat akan cover

  1. Stamford Bridge (Stadium Chelsea)
  2. Tower Bridge (bukan London Bridge ye)
  3. Tower of London
  4. London Central Mosque
  5. Sherlock Holmes Muzium
  6. Oxford Street


Stamford Bridge (Stadium Chelsea)

  • Lelaki biasanya kalau ke London / UK akan ke stadium team EPL mereka.
  • Rezeki Mat Drat, team EPL Mat Drat = Chelsea yang terletak tak jauh dari London.
  • Stadium Chelsea terletak di Fulham, West London kira London jugak la.
  • Jadi tak perlu travel jauh ke Manchester.  Fan MU atau Man City jauh kkena travel. Liverpool pun sama.
  • Dan kebetulan, tren dari airport / The Firs Lodge akan melalui station Fulham Broadway untuk ke London. Jadi memang senang.

  • Selain Chelsea, ada beberapa kelab terkenal lagi yang ada kat London ni antaranya Arsenal, Tottenham, Crystal Palace, West Ham


Nak Ke Sini

  • Turun di statation Fulham Boradway (District Line)
  • Dalam 200 meter dari station Fulham Broadway
  • Tak sempat berpeluh dah sampai


Pusing Stadium

  • Beg akan diperiksa sebelum masuk kawasan
  • Bila sampai sini, jangan terkejut sebab tak macam stadium dari luar. Kecik di tengah-tengah bangunan di sekeliling.








Chelsea FC Megastore

  • Dah sampai, singgah la megastore utk beli souveniour.
  • Boleh berambar dan beli souveniour buat kenangan.
  • Better beli di sini dari beli di kedai souveniour kat kedai luar.
  • Contoh beza harga
  • Mafla
    • yang Mat Drat beli kat sini 'made in UK' = £10
    • kat kedai luar 'madein China' = £15-20
  • Yang sempat Mat Drat Beli
    • cap (topi) £12
    • kechain £5
    • kat luar LEBIH mahal dalam £2-£5 pound.
  • Jersey, kalau mampu beli...boleh la beli. Mat Drat mampu tengok je.
  • Harga dalam £90 sehelai.
  • Mat Drat tak sanggup nak beli, beli jersey Barcelona dulu bagi kat anak-anak, anak-anak buat main bola je kat padang dengan kawan-kawan. hu hu hu
  • Tu pun beli yang official merchandise je, bukan original jersey. Yang bukan original (offical merchandise  je) tu pun harga dah 25. Kalau yg original jersey,  99..boleh demam kalau anak-anak buat baju basahan main bola petang-petang.

Tempat Makan Halal di berdekatan Stamford Bridge

  • Mat Drat dan isteri ada bertanya kepada orang di sini hari tu, tapi macam agak jauh lokasinya dan kami pula sedan mengejar masa
  • Jadi kami tak makan di sini, kami makan di Masjid Centre London sahaja.

Tempat Makan Halal berdekatan Old Trafford Manchester

  • Ni Mat Drat share untuk peminat Manchester yang ingin ke Old Trafford
  • Info Mat Drat dapat dari buku " "I'm Backpacker : United Kindom:
  • Untuk makanan halal berdekatan Old Trafford Stadium, boleh ke Lowry Outlet. 10 minit berjalan kaki dari Stadium. Medan selera di pusat membeli belah ni terdapat beberapa kedai makanan halal. 
    • Kalau menaiki kereta, boleh ke Curry Miles yang ambil masa 5 minit pemanduan. Di sini banyak pilihan.



    Jom layan gambar............


    Bercuti di  London - Stamford Briddge (Stadium Chelsea)
    Dalam tren dariPutrajaya Sentral ke KLIA.
    Nasib baik bendera ni memang ada dalam keretaa, kalau tak memang tak ingat nak bawa.

    Bercuti di  London - Stamford Briddge (Stadium Chelsea)
    YAWDAORB MAHLUF = FULHAM BROADWAY
    (Lupa Rotate pulak gambar ni)

    Bercuti di  London - Stamford Briddge (Stadium Chelsea)
    Akhirnya... dulu 2 kali k Stadium Bukit Jalil tonton Chelsea vs Malaysia, sekarang kita ke Stamford Bridge pulak.

    Bercuti di  London - Stamford Briddge (Stadium Chelsea)


    Bercuti di  London - Stamford Briddge (Stadium Chelsea)
    Belakang ni stadium....

    Bercuti di  London - Stamford Briddge (Stadium Chelsea)
    The Shedwall.
    Ni stand/tempat duduk yang asal stadium Chelsea waktu dibina pada tahun 1930. Peminat dulu suka duduk di stand yang ni, tu yang mereka kekalkan.

    Bercuti di  London - Stamford Briddge (Stadium Chelsea)
    Kalau datang next week, boleh layan Chelsea vs Liverpool.
    Tapi staff sini cakap, tiket dah habis 2-3 bulan sebelum game kalau untuk game besar macam ni.



    Chelsea FC Megastore

    Bercuti di  London - Stamford Briddge (Stadium Chelsea)
    Jom masuk dalam...beli apa yang ada


    Bercuti di  London - Stamford Briddge (Stadium Chelsea)
    Dapat pun cap Chelsea , £12  .

    Bercuti di  London - Stamford Briddge (Stadium Chelsea)
    Berkenan jugak dengan snow cap ni, tapi harga pun £12, cukuplah satu cap

    Bercuti di  London - Stamford Briddge (Stadium Chelsea)
    Chelsea Pink.
    Teringat lagu Chelsea nyanyian Bon Jovi


    Bercuti di  London - Stamford Briddge (Stadium Chelsea)
    Budget besar, boleh la beli apa berkenan

    Hazard paling top la sekarang ni


    £88..hu hu hu




    Bercuti di  London - Stamford Briddge (Stadium Chelsea)
    Wife baru di 'Chelsea'kan...lepas ni boleh la bawak ke stadium kalau Chelsea datang Malaysia lagi


    Bercuti di  London - Stamford Briddge (Stadium Chelsea)
    Yes...Banyak tropy Chelsea ni rupanya


    Okey...Tak boleh lama-lama sebab banyak lagi tempat nak kejar .


    Next destination.... Tower of London dan Tower Bridge

    👉👉   Trip London - Tower of London & Tower Bridge &    


    ~ Mat Drat ~

    No comments:

    Post a Comment

    Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

    Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.