Sehari dua ni, Viral pulak #kekanda dan #adinda. Kat laman sosial, sana sini sibuk komen pasal warkah terbuka dari YB Mujahid kepada YB Nurul Izzah, sampai kena troll pak menteri kita yang sorang tu.
Cuma 'kekanda Mat Drat' agak tertarik apabila kekanda Mujahed mengutuskan warkah untuk 'adinda' Izzah dalam perjalannya dari Cordova ke Madrid.
Bila ternampak di akhir warkah dia, tertulis catatan dalam perjalanan darat dari Cardova ke Madrid, terus Mat Drat teringat percutian Mat Drat ke Sepanyol (Spain) 2-3 tahun lalu.
Dalam percutian tu Mat Drat tidak dapat menjejak kaki ke bumi Cordova dan Madrid. Kedua-dua ni masuk dalam perancangan awal tetapi memandangkan masa yang hanya ada 10 hari untuk cover Doha (Qatar), Barcelona dan Paris, jadi terpaksa Mat Drat abaikan 2 lokasi ni.
Menjadi impian waktu tu masa nak ke bumi Andalusia, nak jejakkan kaki ke Cordova untuk melihat peninggalan sejarah keagungan tamadun Islam di situ suatu waktu dahulu. Dan Mat Drat ingin ke Madrid, lain dan tak bukan kerana nak ke Stadium Santiago Bernabeu. Peminat Real Madrid la katakan....
Kalau ada kekanda adinda yang dah baca warkah YB Kekanda Mujahid kepada YB adinda Nurul Izzah, apa kata baca pula travelog kekanda Mat Drat bercuti ke Barcelona... dan seterusnya bersambung ke Kota Cinta, PARIS....
👇👇👇👇
Warkah Kekanda Untuk Adinda
Sedikit petikan warkah dari Kekanda Mujahid kepada Adinda Nurul Izzah
Ke hadapan adinda Nurul Izzah yang dikasihi,
Kekanda kini dalam perjalanan darat tiga jam dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid.
Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda setelah keputusan adinda tempoh hari.
Semoga adinda berada dalam keadaan sihat dan tenang menghadapi berbagai cabaran selaku 'Puteri Reformasi'.
......
.....
.....
Adindaku Nurul Izzah,
Nama adinda ialah cahaya (Nur) yang penuh dengan kemuliaan (Izzah).
Ayahanda adinda tinggi peradabannya malah kekanda yakin setiap nama yang diberikan kepada zuriat yang dikasihi adalah doa agar kekal nama itu sepadan dengan tuannya.
Kita dilahirkan dalam rumah yang tidak terpisah dengan kerjaya ayahanda kita iaitu ahli dan tokoh siasah (politik).
Sememangnya benar kata pepatah orang tua-tua kita : "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?"
......
.....
.....
Adindaku,
Sejak kekanda mengenali adinda, adinda masih remaja dan amatlah kekanda bersedih dan bersimpati betapa remaja seperti adinda terpaksa melalui saat-saat duka menanggung kepedihan fitnah ke atas ayahanda yang dikasihi.
.....
.....
.....
Adinda Nurul Izzah,
Kekanda hanya mahukan kebaikan untuk masa depan politik adinda, maaf kerana warkah ini ditulis cara terbuka tetapi kekanda rasa adinda adalah 'Puteri Reformasi' milik generasi baru yang akan mencorakkan Malaysia baru.
.....
.....
.....
Adinda Nurul Izzah,
Akhir kalam terimalah salam kekanda dari hati yang merindui Malaysia Baru tanpa kebencian kaum dan agama, Malaysia baru yang melimpahkan kekayaannya buat golongan mustadafin dan Malaysia baru yang melahirkan generasi baru yang progresif dan inklusif. Alangkah bahagianya saat Malaysia baru jadi kenyataan ketika itu.
.....
.....
.....
Dan Mat Drat share lirik Kekanda Adinda ni...seronok pulak layan lagu ni...
Lirik Lagu Kekanda Adinda – Monoloque & Atilia
Oh kekanda jangan iri hati
Dinda naik pangkat lagi
Oh adinda kanda mana dengki
Malah kanda support bini
Jadi dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata
Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adinda tolong jangan lekas curiga
Lekas cemburu buta
Oh kekanda dinda perlu berhati-hati
Tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime terlebih masa
Itu yang dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan dinda atau sebaliknya
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adiwira dewataku
Mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja intan permata
Mari ikut cara kanda
Bagaimana bagaimana kita nak selesaikannya
Apa keputusannya
Oh kekanda mari nyawa
Kita cuba komunikasi
Oh adinda mari sayang
Kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati
Kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi sikap toleransi
Itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang perdana
Dinda yang utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya
-ikhlas...
Kekanda Mat Drat
Dinda naik pangkat lagi
Oh adinda kanda mana dengki
Malah kanda support bini
Jadi dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata
Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adinda tolong jangan lekas curiga
Lekas cemburu buta
Oh kekanda dinda perlu berhati-hati
Tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime terlebih masa
Itu yang dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan dinda atau sebaliknya
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adiwira dewataku
Mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja intan permata
Mari ikut cara kanda
Bagaimana bagaimana kita nak selesaikannya
Apa keputusannya
Oh kekanda mari nyawa
Kita cuba komunikasi
Oh adinda mari sayang
Kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati
Kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi sikap toleransi
Itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang perdana
Dinda yang utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya
-ikhlas...
Kekanda Mat Drat
Blog Kekanda Mat Drat selalu Adinda LeYa baca.. Sebab seronok baca travelogue kekanda... Hahahahaha..
ReplyDeleteTerima kasih lah dinda sudi singgah... Sudi baca... Sudi komen... 😁😁
Deleteberjangkit juga ya kanda dinda.. haha
ReplyDeleteAntibodi tak kuat, tu berjangkit 😁😁
Delete