Firefly Airlines (Firefly) melancarkan kempen Jom Jalan melalui portal travelnya iaitu Firefly Holiday bersama GuQuo.
Firefly Holiday yang merupakan portal travel pertama yang mula diperkenalkan 8 tahun lalu, kini melangkah setapak lagi dengan bekerjasama dengan GuQou.
Melalui Firefly Holiday, para pelanggan dapat merancang percutian mereka dengan cara DIY dengan lebih flexible dan mengikut keperluan sendiri. Kiranya dengan Firefly Holiday ni, kita boleh plan itinerari kita dari tempahan masa penerbangan, penginapan dan juga keperluan airport transfer, transport dan juga tour. Jadi lebih memudahkan sebab tempahan dibuat di satu portal sahaja.
Ketua Eksekutifnya, Ignatius Ong berkata, "usaha sama (dengan GuQuo) ini adalah bukti komitmen Firefly dalam menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh dan terbaik kepada pelanggannya".
Ignatius Ong juga berkata buat masa ini Firefly menjalin kerjasama dengan GoQuo dan akan memeterai beberapa usaha sama lain dengan KTM Holidays dan Tourism Malaysia.
Turut hadir adalah Pengasas GoQuo, Ron Ramanan.
GuQou pula merupakan 'rakan' partner Firefly Airline sejak sekian lama dimana ia adalah platform online sektor penerbangan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pelancongan seperti tempahan hotel, sewa kereta, lawatan bandar, insurans dan pengangkutan.
Ignatius Ong dan Ron Ramanan bersama melancarkan kempen JOM JALAN |
JOM JALAN |
Jangan lupa update gambar percutian anda di Instagram dengan hashtag #JomJalan #FlyFirefly #FireflyHoliday |
Jom Jalan....Dengan Firefly |
~Mat Drat~
Selain itu, katanya, Firefly juga akan bekerjasama dengan banyak lagi pemain industri sektor pelancongan berpotensi dalam sektor pelancongan perubatan pelancongan eko, makanan dan beli-belah.
xxxxxxxxx
Menarik. Lepas ni senang la nak travel kan. Jom travel bersama firefly... Hee..
ReplyDeleteYe betul... Dekat dan senang...
Delete