Tuesday 1 January 2019

PERCUTIAN KE PULAU REDANG : Tips Dan Panduan Bercuti

Percutian Ke Pulau Redang





PERCUTIAN KE PULAU REDANG : Tips Dan Panduan Bercuti 

Kali ni Mat Drat nak share pula pengalaman percutian Mat Drat ke Pulau Redang beberapa bulan lalu. Tak teringat langsung yang trip ni belum update di blog. 

Bila kawan tanya 
"Mana ko punya cerita Percutian Pulau Redang? Tak jumpa pun dalam blog. Aku jumpa cerita Pulau Perhentian je"
Dan baru lah Mat Drat teringat, trip Pulau Redang ni belum update lagi kat blog. Dah buat  3 "trip pulau" lain, tapi Pulau Redang masih tak update lagi kat Blog. hu hu hu... 

2 bulan lepas Mat Drat dan Cik Isteri dalam trip 'terkejut' ke London, dari London lajak ke Scotland kononnya nak buat trip ke isle-isle di Scotland yang cantik tu. Trip London-Scotland ni nanti Mat Drat share detail. Baru siap draft/intro je. Tu pun tulis 1-2 hari sebelum ke London. 


Dan sebelum ke London, ada 1 weekend tu Mat drat buat trip terjah ke Pulau Pangkor dan terus lajak ke Taiping dan ke Pulau Pinang. Yang ni Mat Drat share kat blog lepas update trip London - Scotland tu ye. 

👉👉  Percutian Ke Pangkor  


Sebelum cerita panjang pasal Pulau Redang ni, Mat Drat cadang nanti baca lah juga perkongsian Percutian di Pulau Perhentian.



Untuk trip Pulau Redang ini, selain Mat Drat kongsikan tips ke sini, ada juga perkongsian berkenaan Laguna Redang Island Resort, iaitu entry ala review (review tak berbayar ye). Mat Drat ke Pulau Redang menginap di resort ni. Mana la tahu ada yang nak menginap di sini.


......................................................................

 Jemput juga baca perkongsian Trip Pulau Tioman.. Bestttttt

 
......................................................................
Edited (2022)

Singgah juga perkongsian Trip Mat Drat ke Pulau Kapas ye nanti. Rata-rata pulau sekarang ramai orang, maklumlah pasca pandemic ni tak ramai yang bercuti ke luar negara lagi sekarang. Plan ke Pulau Kapas ni last minit, seminggu sebelum pergi, tapi nasib baik dapat chalet cantik!

👉👉 Percutian ke Pulau Kapas   

Pulau Kapas ni sebenarnya ramai juga yang pergi Day-Trip je. Nanti Mat Drat kongsi kan juga kalau yangnak pergi Day-Trip Pulau Kapas.

Baru-baru ni, Mat Drat ke Pulau Redang lagi. Tapi buat Day-Trip Pulau Redang je. Pun besttttttt

👉👉 Percutian ke Pulau Redang - Day Trip   

Sebelum tu...jemput singgah Instagram Mat Drat dan kita saling follow memfollow

........................................................................

PULAU REDANG 

Sedikit info

  • Terletak di Terengganu. Semua dah tahu kan...
  • Pulau Redang merupakan antara pulau terbesar di pantai timur semenanjung.
  • Antara pulau yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk percutian pulau di negeri Pahang/Terengganu... selain Pulau Perhentian, Pulau Tioman dan Pulau Kapas.
  • Bila sebut Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman ni.... Boleh la bayangkan pantai yang memutih dan airnya yang jernih. Sesetengah kawasan tu boleh kata 'super jernih' ... 
  • Percutian ke Pulau Redang ni sesuai untuk semua, tak kiralah ia percutian bersama keluarga, percutian bersama rakan-rakan atau pun percutian honeymoon.

Masa Paling Sesuai / Best ke Pulau Redang

  • Boleh kata kebanyakkan resort di Pulau Redang akan ditutup dari November sehingga Februari kerana pada waktu ini Pantai Timur biasanya dilanda musim tengkujuh/ monsun. 
  • Tempahan bilik akan mula dibuka untuk penginapan mulai bulan Mac. 
  • Kalau yang buka bulan Februari tu, kena tanya betul-betul pihak resort atau chalet tersebut.
  • Musim tengkujuh tu musim hujan, waktu ni ombak kuat.  Jadi kalau ombak dan angin kuat, buat apa bercuti di pulau kan... Bahaya dan tak boleh buat aktiviti laut (snokeling, scuba diving dll). Feri nak ke Pulau Redang pun tak beroperasi.
  • Dan musim paling best dan terbaik ke Pulau Redang ni ramai kata adalah pada bulan April - September.
  • Sesetengah resort, masuk sahaja bulan Oktober harga bilik sudah mulai turun.
  • Awal Mac pula, biasanya musim tengkujuh/ hujan mulai reda. Waktu ni mungkin ombak masih agak kuat.
  • Dan kena ingat juga, cuaca ni pun sukar nak jangka. Ada kala musim monsun ni awal sedikit dan adakala lewat sedikit.
  • Dan kalau pergi bulan April - September tu, memang bukan musim tengkujuh/monsun tapi kalau hujan anggap kira nasib tak berapa baik la.
Nota /Ingatan 
Kalau boleh elakkan lah bercuti ke Pulau sewaktu musim tengkujuh.  Biasa pantai timur,  Nov tu dah start musim hujan.  

Jika dah terbuat tempahan, sebelum pergi tu lihat la laporan/ramalan cuaca dulu. 

Mat Drat ternampak satu video ni di FB,   semua dlm bot mengucap tak henti-henti bila tiba tiba dipukul ombak besar semasa nak ke pulau. 

........................................................................

Pulau Perhentian, Pulau Redang Atau Pulau Tioman? Mana Best

  • 2 tahun dulu masa Mat Drat nak ke Pulau Perhentian, soalan ni juga yang Mat Drat cari jawapan.
  • Waktu tu Mat Drat nak pilih pulau yang paling sesuai bawa anak-anak bercuti. Dan tujuan percutian pulau masa tu sebab nak ajak anak-anak snorkeling.
  • Waktu tu Mat Drat pilih Pulau Perhentian berbanding Redang atau Tioman sebab
    • Kos percutian nampak lebih murah
    • Pilihan resort/chalet lebih banyak
    • Nak makan agak banyak pilihan
    • Tempat snorkeling macam lebih sesuai untuk anak-anak
  • Waktu ke Pulau Perhentian tu, anak-anak memang happy gila...3H2M, penuh aktiviti. Relax dan enjoy.
  • Balik dari situ, terus pasang niat nak datang lagi. seronok....
  • Tapi kali ni Mat Drat ke Pulau Redang pula, kali ni dengan rakan-rakan.
  • Kami pilih Pulau Redang sebab dapat offer package 3H2M yang cukup 'baik' dari Laguna Redang Island Resort
  • Dan balik dari Pulau Redang ni, rasa lebih seronok pulak Pulau Redang ni berbanding Pulau Perhentian. Sebabnya.... (semua sebab snorkeling)
    • Banyak point snorkeling
    • Depan resort pun best
    • Snokeling di laut dalam lagi best. Ikan banyak.
    • Snorkeling di turtle point sangat puas hati, penyu sangat jinak (mungkin sebab lapar kot). Penyu tanpa segan berenang dengan kita.
    • Snorkeling dan bersantai Marine Park pun best.
  • Jadi kalau tak bawa anak-anak kecil, Mat Drat rasa Pulau Redang lagi best kalau aktiviti snorkeling keutamaan. Bukan apa, nanti kesian anak-anak kecil tak dpt snorkeling tengok mak ayah dia je snorkeling.
( Edited )
(lepas balik Pulau Tioman)
Macam lagi best Pulau Tioman. Pengunjung/pelancong tak seramai di Pulau Redang. Pengalaman bersnorkeling di Pulau Tioman lagi mengasyikkan. Cuma tak sesuai utk anak-anak kecil utk aktiviti snorkeling.

(lepas balik Pulau Kapas)
Enjoy juga di Pulau Kapas ni. Tenang. Paling best berkayak kat sini sebab ombak tak kuat. Nanti baca ye!!

Naik Feri di mana? 
  • Pulau Perhentian : Naik di Jeti Kuala Besut, Terengganu. Dah hujung Terengganu ye, dah nak ke Kelantan.
  • Pulau Redang : Naik di Jeti Syahbandar Kuala Terengganu atau Jety Merang
  • Pulau Kapas : Naik di Jeti Marang, Terengganu.
  • Pulau Tioman : Naik di Jeti Mersing atau Tanjung Gemok, Johor.



Loading...





.......................................................................

Feri / Bot Ke Pulau Redang 

Ada 2 pilihan. Boleh pilih ;
  1. Naik Feri dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu atau
  2. Naik Bot dari Jeti Merang (bukan Marang ye!!). Jeti Marang ke Pulau Kapas!
Mat Drat dah naik di dua dua jeti ni, Syahbandar dan Jeti Merang. Mat Drat lagi suka naik di Merang. Senag parking dan lagi cepat sampai.

1. Ferri dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu

  • Di sini kita menaiki feri saiz medium atau besar untuk ke Pulau Redang.
  • Masa perjalanan ke Pulau Redang dlm 1 jam 1/2 ke 2 jam. 
  • Jeti ni berdekatan dengan Pasar Payang, Drawbridge dan Pulau Warisan.

  • Jika ke sini menaiki bas ekspress, jeti ini juga paling senang sebab dekat. 
  • Jarak dari Station Bas Kuala Terengganu (Hentian Bas MPKT) pun tak jauh, hanya dalam 1km meter. kalau jalan kaki dalam 10 minit. 
  • Kalau naik teksi, teksi akan berhenti betul-betul dihadapan jeti. Nak balik pun senang, biasa driver teksi pun memang akan tunggu feri tiba dari Pulau Redang tiba, jadi jangan risau kalau nak ambil teksi dari jeti ke station bas atau airport.
  • Yang bawa kereta, boleh park kereta di kawasan berdekatan jeti ni. RM10 sehari kalau kawasan khas tu.
  • Ini gambar-gambar sewaktu Trip Mat Drat naik di Jeti Shahbandar :
Bercuti ke Pulau Redang  Jeti Shahbandar
Jeti Shahbandar : Terminal Penumpang
Bercuti ke Pulau Redang  Jeti Shahbandar
Kaunter Tiket Feri di hadapan pintu masuk.
Di sini juga 'abam-abam' dan 'pakcik-pakcik' teksi akan menunggu penumpang yang turun dari feri (tiba dari pulau)

Bercuti ke Pulau Redang  Harga feri ke Pulau Redang
Harga feri ke Pulau Redang

Bercuti ke Pulau Redang  Jeti Shahbandar
Antara resort-resort di Pulau Redang.
Ada yang dah tak beroperasi ye!!


.
Bercuti ke Pulau Redang  Jeti Shahbandar
1. (atas) Tiket Marin Park valid untuk 3 hari.
Akan digores pada hari dibeli.
2. (bawah) Boarding pass (tiket feri).
Pastikan pintu nombor berapa. Jangan salah feri.

Bercuti ke Pulau Redang  Jeti Shahbandar
Ruang menunggu.
Ada juga ruang menunggu berhawa dingin, tapi agak 'crowded'

Tips/Info
  • Untuk memudahkan, elok beli tiket return (pergi balik) terus.
  • Selain kena beli tiket feri, kena juga beli tiket Taman Laut. RM 5 seorang utk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
  • Dah beli tiket, pastikan 15 minit sebelum dah berada di jeti.
  • Mat Drat dan rakan-rakan ambil pakej Laguna Redang Island Resort, kami ada kaunter khas dan ada feri khas.

Bercuti ke Pulau Redang  Jeti Shahbandar
Kaunter Tiket Marine Park
RM 5 /  RM 2


  • Feri muat dalam 260 orang, biasanya akan penuh. Dalam feri ada TV dan aircond. 
  • Kalau masuk awal, ambillah 'upper deck', nanti boleh keluar tengok pemandangan masa perjalanan ke pulau.
  • Yang mabuk laut, makan la pil mabuk laut ye (elak mabuk), makan awal 30 minit sebelum berlepas.
  • Walau pun naik feri (agak besar), kalau tak biasa mesti mabuk punya.
  • Bawa plastik muntah, dalam ni duduk kerusi bersambung. Sorang muntah nanti biasanya kita yang dengar / nampak dia muntah, pun akan 'ter'muntah jugak.
Bercuti ke Pulau Redang  Jeti Shahbandar
Pastikan ke pintu 'check point' yang betul.

Percutian Ke Pulau Redang
Check-in....ready...and....go

Percutian Ke Pulau Redang
Trip paling awal. 9:30am

Percutian Ke Pulau Redang Feri
Suasana dalam feri. Selesa


Percutian Ke Pulau Redang Feri
Plastik Hitam....Untuk yang nak muntah... Dah ada. 
Tapi bawa sendiri pun tak ada masalah.



Pasar Payang

  • Jeti ni terletak berdekatan Pasar Payang.
  • Balik dari Pulau Redang nanti, JANGAN lupa singgah Pasar Payang dan beli buah tangan dari sini. Macam-macam ada, kerepok lekor, keropok keping, dodol Terengganu,. serunding , kuih-kuih. 
  • Kat sini pun senang nak dapatkan baju batik dan songket Terengganu.
Bercuti ke Pulau Redang  Jeti Shahbandar Pasar Payang
Pasar Payang

Bercuti ke Pulau Redang  Jeti Shahbandar Pasar Payang
Pelbagai produk tempatan di Pasar Payang ini.


................................................................

2. Bot dari Jeti Merang Ke Pulau Redang   

  • Jika dari KL, jeti ni (Jeti Merang) ke atas sedikit dari Kuala Terengganu.
  • Jeti ni terletak di daerah Setiu dan jaraknya lebih dekat ke Pulau Redang.
  • Dengan speed bot, ambil masa lebih kurang 45 minit - 1 jam perjalanan.
  • Trip terawal 8:00am dan terakhir 3:00pm

  • Harga Tambang bot adalah sama seperti naik feri di Jeti Shahbandar.
  • Di Pulau Redang, bot akan ke beberapa jeti seperti Jeti Kampong, Jeti Laguna, Jeti Pelangi dan Jeti Kalong. Kira semua lokasi resort/chalet akan ada bot.

  • Mat Drat lebih suka naik di sini sebab 
    • size boyt kecil (tak ramai penumpang)
    • tempat parking banyak/senang
    • masa lebih cepat ke Pulau Redang
    • boleh singgah tempat menarik sebelum ke/selepas balik Pulau Redang
Boleh je booking bot online kat KLOOK. jimat sikit. Hari tu pun naik bot mereka ni, mereka ada dalam 9-10 bot)
👇👇👇👇

Klook.com

.........................................................................

3. Jeti di Pulau Redang   

    • Di Pulau Redang, tak semua resort ada jeti. Jadi kalau naik feri (naik dari shah bandar), tak semua feri akan turunkan penumpang di jeti.
    • Bagi resort yang tiada jeti, oleh sebab feri besar, maka feri tidak akan turunkan penumpang di pantai tetapi penumpang akan dipindahkan ke bot/tongkang apabila menghampiri pantai. Bot/ Tongkang ni yang akan bawa penumpang ke pantai. 
    • Dari situ nanti, naik 'transport' yang disediakan ke resort masing-masing.
    • Kalau naik bot, takde masalah. Bot akan terus ke jeti resort yang berkenaan.
    • Jadi macam biasalah, kalau ke Pulau Redang bawalah beg yang sesuai. Guna lah beg galas (backpack) dan jangan pula guna beg beroda. Agak susah bergerak kalau bawa beg beroda pergi pantai/pulau.

    Percutian Ke Pulau Redang Feri
    Dari Feri, akan naik bot /tongkang ni ke pantai jika resort tu tak ada jeti.

    Percutian Ke Pulau Redang Feri Long Beach
    Transfer pulak dari bot/tongkang ke 'carrier' ke resort. Kir amacam pickup la.


    Percutian Ke Pulau Redang Feri Long Beach
    Transport untuk ke resort. Kalau resort dekat, jalan kaki je.

    .........................................................................

    Tambang Feri/Bot ke Pulau Redang

    • Dewasa : RM 55 sehala / RM 110 pergi balik
    • Kanak-kanak : RM 30 sehala / RM 50 pergi balik
    (Try booking tiket bot melalui KLOOK di atas, cepat, lebih senang dan murah sikit. Dapat beli dengan harga RM 52 waktu promosi)

    Jadual Feri Kuala Terengganu ke Pulau Redang

    • Jeti Shabandar ke Pulau Redang : 9:00am, 10:30am, 3:00pm
    • Jeti Merang ke Pulau Redang : Seawal 8.00am
    • Pulau Redang ke Shahbandar : 7:00am, 11:00am, 1:00pm
    • Tapi Check jadual terkini ye dengan pihak resort/pihak bot!!
    • Pastikan sampai awal di jeti untuk urusan pendaftaran dan parking dll.
    • Sampai di pulau nanti, semak semula ye terutama jadual waktu balik.
    • Untuk weekday, tanya pihak resort jadual feri ke Pulau Redang, tak silap hanya ada 2 trip feri sahaja pada hari tertentu.
    ....................................................................................................

    Pengangkutan Ke Kuala Terengganu

    Kalau dari KL, ada beberapa pilihan. Paling cepat naik flight, nak jimat pula naik bas.

    1. Kapal Terbang
    • Nak cepat, naik pesawat je.
    • Boleh pilih penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly atau Malindo Air dan terus ke Kuala Terengganu.
    • Dari Airport Kuala Terengganu boleh ambil teksi ke Jeti Shahbandar.
    • Biasa yang naik flight ni, akan ambil pesawat paling awal ke Kuala Terengganu sebab nak kejar feri ke Pulau Redang pula.
    • Nak kalau booking tiket flight, nak balik tu ambil lah flight lewat petang atau sebelah malam
    • Atau boleh juga ambil flight sehari sebelum, dan menginap di hotel di Kuala Terengganu. Malamnya boleh pusing-pusing Kuala Terengganu.

    2. Kereta / Bas
    • Kalau drive kereta atau naik bas ekspress, ambil masa lebih kurang dalam 6 jam pemanduan KL - Kuala Terengganu.
    • Dari Gombak, terus masuk KL-Karak Highway dan bersambung ke LPT1 dan seterusnya LPT2.
    • Nak isi petrol di LPT 2 tu masalah sikit, jadi Mat Drat cadangkan pam la minyak penuh-penuh di RnR Gambang. Sampai tu nanti ke Kuala Terengganu.
    • Kos Tol lebih kurang RM  50.00 (sehala) untuk kereta dari Kuala Lumpur
    • Jika bertolak dari KL (drive), elok bertolak sehari awal sebab feri ke Pulau Redang agak awal.
    • Mat Drat cadangkan ambil feri awal 9:30 am, sampai di sana resort boleh berehat dahulu dan sebelah petang boleh terus dengan aktiviti.
    • Yang nak naik bas ekspress, ada beberapa syarikat yang tawarkan perjalanan ke Kuala Terengganu (KT), antaranya
    • KL - KT : Sani Ekspress, Transnational, SP Bumi, Sykt Adik Beradik 
    • JB - KT : KKKL, Sykt Adik Beradik 
    • Peneng - KT : SP Bumi, Cepat Ekspress
    • Semua ni ada trip tiap-tiap hari ke KT.  Nak senang, beli online je.



    >>   Beli Tiket BUS ONLINE   <<

    ...........................................................

    Sarapan Sedap di Kuala Terengganu
    • Mat Drat hari tu bergerak tengah malam dalam jam 12am lebih lebih dari KL. Sempat bersolat subuh di satu masjid  di Kuala Terengganu, dan bersarapan di sini sebelum ke jeti.
    • Ada beberapa tempat makan/ sarapan best di Kuala Terengganu ni, jadi ambil la peluang merasai keenakan menu sarapan pagi di Kuala Terengganu.
    • Nasi Dagang atau Nasi Kerabu antara menu yang wajib di cuba.
    • Antara yang popular di sini
      • Nasi Kerabu Fauzi
      • Nasi Dagang Atas Tol
      • Nasi Dagang Warisan 
    • Tapi kena ingat, yang tempat popular/viral ni, akan ramai orang. Nak makan pun tak selesa nanti.
    • Kalau naik bot di Jety Merang, boleh sarapan di satu warung ni, masakan pun sedap. Tak jauh dari jeti.

    Kerabu Fauzi Sarapan Sedap Kuala Terengganu
    Kami sampai KT awal pagi.
    Sekitar 7am, kami terus ke Fauzi Nasi Kerabu


    Kerabu Fauzi Sarapan Sedap Kuala Terengganu
    Bukan selalu dapat makan nasi kerabu kat Terengganu ni



    .......................................................................

    Hotel / Resort di Pulau Redang

    • Hotel/resort di Pulau Redang tidak sebanyak di Pulau Perhentian ye.
    • Lokasi tumpuan Mat Drat rasa hanya di area Pasir Panjang (Long Beach).
    • Dan ada juga beberapa resort di lokasi tertentu (di area resort kepunyaan Berjaya Group).
    • Mat Drat menginap di Redang Laguna Resort. Review penuh di link yang Mat Drat share di atas tadi.

    PERCUTIAN KE PULAU REDANG
    Kebanyakan resort berada di area Long Beach / Pasir Panjang

    .......................................................................

      LOKASI : LONG BEACH   
    • Sini lah kawasan paling utama jadi tumpuan kalau yang  datang bercuti di Pulau Redang.
    • Di kawasan ni, pada sebelah malam agak meriah tapi tak la semeriah seperti pantai Long Beach di Pulau Perhentian.
    • Pantai di sini memanjang dan memutih. Memang mendamaikan dan menenangkan. Air semestinya jernih.
    • Nak makan, di sini la paling senang sebab ada banyak resort dan ada beberapa cafe.
    • Ada beberapa resort di sini, dan 5 resort ni sahaja yang Mat Drat jumpa link untuk buat tempahan. 
    • Mat Drat menginap di Laguna Redang Island Resort , ambil full package 3D2N dengan pihak resort.
    • Satu trip lagi, Mat Drat buat DAY TRIP sahaja ke Pulau Redang.






    👇👇 
    Redang Bay


    👇👇 
    Redang Paradise
    ....................................................................................................

      LOKASI : KAMPUNG BARU / BERJAYA RESORT   

    • Ada beberapa resort / chalet di area ni.
    • Kawasan ni berdekatan dengan kampung baru yang juga terdapat sebah masjid dan penempatan penduduk di Pulau Redang.
    • Lokasi ini juga tidak jauh dari Lapangan Terbang / Airport Pulau Redang
      1. The Taaras Beach & Spa Resort
      - Resort Berjaya Group
      - Ramai minat menginap di sini
      - Satu-satunya resoret 5 star di Redang
      - Terletak di utara airport
        2. Redang Island Resort
        - Terletak agak ke selatan 
        - Agak hampir dengan Marine Park Redang. 

        3. Redang De Rimba Resort
        - Tidak terletak di tepi pantai, mungkin sebab tu nama dia "De Rimba"
        - Jarak ke pantai dalam 400-500 meter
        - Resort yang cantik


        👇👇
        👇👇

        👇👇








        ....................................................................................................

        Aktiviti di Pulau Redang

        PERCUTIAN KE PULAU REDANG Aktiviti di Pulau Redang

        Ada yang datang untuk bercuti semata-mata, dan ada yang datang untuk program family day atau pun team building.
        Ada juga yang datang ke sini, buat majlis resepsi perkahwinan. Memang umhhh la majlis tu, buat tepi pantai. Memang special la...
        Mat Drat kongsi di entry berikutnya, bab aktiviti di Pulau Redang ni sebab banyak gambar nak share.

        ......................................................................................................

        Tempat Makan di Pulau Redang


        Tempat Makan di Pulau Redang
        • Nak senang, ambil sahaja pakej bilik dengan makan sekali kalau resort tu ada sediakan.
        • Cuma kalau ambil pakej sekali makan (jika ada), harga memang sedikit mahal lah.
        • Nak jimat pula, boleh makan di beberapa cafe / restoran yang terdapat di area sini.  Boleh kata semua resort -resort di sini ada cafe mereka sendiri atau pun cafe bersebelahan resort mereka.
        • Bagi yang menginap di area Long Beach, boleh ke area Redang Pelangi Resort / Redang Lagoon Resort dan Redang Bay Resort, di area situ ada beberapa cafe / restoran.
        • Harga Makanan di Pulau Redang ni tak mahal sangat berbanding di 'tanah besar'. Kalau nasi goreng biasa RM 6-7, di sini dalam RM9-12
        • Waktu malam pula, kalau nak bersantai-santai sambil layan live performance boleh ke Laguna Redang Island Resort. Di sini ada cafe. 
          Tak ada aktivti waktu malam.
          Order segelas orange juice dan layan sahaja live performance

          ....................................................................................................

          Pakej Murah ke Pulau Redang

            Jika mencari pakej percutian murah ke Pulau Redang, boleh cuba hubungi nombor di bawah:

            Nanti Mat Drat kongsikan no contact owner di Jeti Merang

            Klook.com

            ...................................................................................................

            Tips Lain ke Pulau Redang

            • Mat Drat kongsikan juga tip-tips lain kalau ke Pulau Redang. Pembaca yang nak tambah, amat Mat Drat alu-alukan. Boleh juga info dan tips yang dikongsikan beri manfaat kepada pembaca lain.
            • Pulau Ditutup
              • Resort ditutup mulai 1 November setiap tahun
              • Resort akan dibuka semula pada Februari
            • Beg
              • Bawa beg yang sesuai seperti backpack
              • Jangan bawa beg beroda. Sini kawasan pantai dan berpasir
            • Kasut / Selipar
              • Jangan lupa bawa selipar / sandal yang sesuai
            • Air Mineral
              • Air Mineral yang dibekalkan oleh resort agak limited, jadi boleh bawa bekalan air mineral sendiri kerana nak mencari air mineral agak susah di sini. Tak banyak kedai.
            • Aktiviti Snorkeling
              • Boleh hubungi sahabat Mat Drat, En Adli. (Jadi sahabat selepas ambil pakej snorkeling ke Turtle Point dengan dia)
              • Adlie :017 9639672  👈👈Klik untuk terus whatsapp

            Mat Drat rasa sini dahulu, Mat Drat share di entry berikutnya "aktiviti di Pulau Redang" 


            ~Mat Drat

            Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

            Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

            75 comments:

            1. Seronoknya bila bercuti dekat Pulau-pulau ni. Saya masih tidak berkesempatan atas faktor diri sendiri dan keadaan suami. Baca-baca story macam ni pun dah tenang, rasa masuk dalam story je. Terima kasih sudi berkongsi :)

              ReplyDelete
              Replies
              1. Tq singgah blog saya... Insyaallah sikit hari lagi sampai la tu...

                Delete
            2. memang best pulau redang! pasir dia sangat halus dan sesuai untuk keluarga. haritu stay di laguna memang best gak berhadapan pantai, untuk anak muda yang suka bersuka ria boleh ke perhentian island

              ReplyDelete
              Replies
              1. Yup... Agreed. Sini lebih tenang. Kalau long beach Pulau Perhentian tu, happening sgt.. Kureng sesuai utk anak2 😁

                Delete
            3. memang best pulau redang! pasir dia sangat halus dan sesuai untuk keluarga. haritu stay di laguna memang best gak berhadapan pantai, untuk anak muda yang suka bersuka ria boleh ke perhentian island

              ReplyDelete
            4. I miss Pulau Redang. I have not been there after so many years haha. I wish to bring my kids there one day tho. :)

              ReplyDelete
              Replies
              1. Lama tu... Dah kena repeat ni... 😁😁

                Delete
            5. Tudiaa..banyak ya aktiviti kat Pulau Redang..SA rasa rak.pernah sampai lagi..ntah bila nak sampai sini...banyak tips yg di kodi kongsi..terima kasih sebab sangat2 membantu..biasa pergi pulau2 ni elok ikut travel agent atau pergi sendiri?

              ReplyDelete
            6. Terima kasih kerana berkongsi tip-tip dan panduan yang amat menarik. Saya telah pergi ke Pulau Tioman and Perhention, tak pernah pula pergi ke Redang.

              So lain kali saya akan bawa anak-anak dan isteri pergi. :)

              ReplyDelete
              Replies
              1. Wow.. Dah sampai Tioman, next trip saya nak ke Tioman pulak la... 😊

                Delete
            7. waaaaaaaaaa.. seronoknyaaaaaaaaaaa.. saya memang berjiwa laut / pantai tapi buat masa ni belum lagi berkesempatan nak lepak mana-mana pulau.. hee~ kekangan masa dan keadaan semasa.. in shaa Allah, ada rezeki sudah pastinya Pulau Redang akan saya singgah.. sebelum itu, saya bookmark dulu entri ni ya.. mana tau boleh jadi bahan rujukan nanti nanti..

              ReplyDelete
              Replies
              1. InsyaAllah tak lama tu, silap2 tup tup sampai ke Redang 2 3 bulan lagi 😊

                Delete
            8. Alhamdulillah kita dah pernah sampai ke pulau Redang ni hehehe hari tu menang hadiah istimewa wakakak boleh lah bawa family ramai-ramai bercuti memang seronok best giler pantai cantik dan menarik...

              ReplyDelete
              Replies
              1. Memang best kan... Dan tambah best dtg sebab hadiah... 😁😁👍👍

                Delete
            9. Teringin juga nak ke Redang. Orang kata lautnya sangat jernih. Takde kesempatan lagi. Timing monsun tu terkena cuti sekolah jadi kalau nak gi sana kena gi masa sekolah. Kang kena ponteng. Tapi, bila tengok entry ni menariknya la Redang eh?.

              ReplyDelete
              Replies
              1. Tahun ni banyak cuti weekend sampai 3 hari... Boleh la ke sini... 😊😊

                Delete
            10. Dah lama nak pergi pulau redang tapi tak berpeluang lagi. Now after read your review, I am more excited to go there. Will visit there soon. Thanks for sharing.

              ReplyDelete
            11. Tak pernh lg ke pulau redang..slalu tgk kwn2 pegi..cantik pulaunya..bila la nk smp..byk info ni..tq for sharing..kalo nk pegi nanti bole refer entry ni

              ReplyDelete
              Replies
              1. TQ mama tisha singgah blog saya. Tak lama nanti sampai la tu ke Pulau Redang....

                Delete
            12. Puas hati baca entry ni sebab details dan complete. Semua info yang saya nak semua ada. Memang ada plan juga nak bercuti ke Pulau Redang ni sebab lautnya cantik. Then boleh buat aktiviti snorkeling .Memang tengok kawasan pulau ni pun cantikkan. Puas hati kalau dapat bercuti ke sini

              ReplyDelete
              Replies
              1. TQ singgah bkog saya.. Mmg cantik air dan pantai di Pulau Redang ni...

                Delete
            13. Lengkap penjelasannya. Boleh refer sini nanti kalau nak bercuti ke Pulau Redang. Belum pernah jejakkan kaki di sana. InsyaAllah ada masa nanti nak rancang ke Pulau Redang

              www.maisarahsidi.com

              ReplyDelete
            14. Fuh gigih baca sampai habis.. Sangat bagus. .Penerangan lengkap. .Best dapat bercuti pulau ni. .Memg ken tau la november sehingga january pulau tutup. .Tahnk you mat drat

              ReplyDelete
              Replies
              1. Sampai Februari biasanya...

                TQ singgah blog saya

                Delete
            15. wajib star entry ni sebab memang lengkap..jarang orang nak kongsi tips2 camni....antara pulau yang saya nak pergi , Redang dan Perhentian....memang best dapat snorkling kat situ...ralit sangat sampai tak sedar dah jauh dari pantai, pastu baru kelam kabut...

              ReplyDelete
              Replies
              1. TQ singgah blog saya...

                2 pulau ni mmg antara pulau yg teringin saya pergi .. Dapat juga akhirnya

                Delete
            16. thanks for all the latest info! i havent been there! hopefully i get to go, and surely must keep your post as reference!

              How to deal with markets ups and downs?

              ReplyDelete
            17. Ya sekarang ni nak bercuti di pantai, pantai timur adalah yang terbaik.

              ReplyDelete
              Replies
              1. Yup... Dekat dan pantai yg cantik dan airnya jernih... 👍👍

                Delete
            18. Best baca entry mat utk trip ke pulau2 sbb kak blm pernah sampai lg kat pulau2 di terengganu ni,dgr cite pulau2 mmg cantik

              ReplyDelete
              Replies
              1. Nanti akak sampai sini, jgn lupa share ye kak di blog... Nak baca pulak

                Delete
            19. last time pergi pualu redangn masa umur 6 tahun kot. haha. tk ingt langsung mcm mana rupa pulau redang ni. nasib baik blog post ni ada gmbr. teringin nk pergi snorkeling kat sana satu hari nnti.

              ReplyDelete
              Replies
              1. Alamak Aliza, dah lama sgt tu. Dah kira wajib pergi semula tu.. 😊

                Delete
            20. I miss redang...its been a while since my last visit...love to visit again soon!

              ReplyDelete
              Replies
              1. Agreed.. . Once dah pergi, sure akan nak pergi lagi...

                Delete
            21. ada plan kat sini, tq the info

              ReplyDelete
            22. Sy tgh plan nak ke pulau redang.... Nak tanya, awak ambik pakej mcm mana ya, direct dgn hotel @ ada pakej dr agen?

              ReplyDelete
              Replies
              1. Sorry lambat reply, saya travel baru ni. Baru balik Malaysia.

                Saya ambik pakej direct dengan hotel (snorkeling 3 kali).
                Snorkeling lihat Penyu, saya cari operator bot lain..

                Delete
              2. ada kelebihan ke gunakan agen kalau nak ke pulau redang? sebab yang saya nampak, guna agen lebih mahal berbanding direct dengan hotel.

                Delete
              3. Biasa yg guna agent ni sbb tak nak pening pening... Agent uruskan semua, jadi kena byr lebih sikit la..

                Tapi yg penting, ikut mana yg sesuai dgn itinerari dan budget

                Delete
            23. salam perkenalan mat drat. jenguk la baca blog sendu saya jugak. hihi. InsyaAllah akan ke Redang bulan depan. Cumanya, kalau naik feri awal tu boleh check-in terus ke?

              ReplyDelete
              Replies
              1. Wassallam... Sorry lambat reply, travel baru ni, baru balik Malaysia.

                Kalau naik feri awal, biasa hotel akan sediakan tempat menunggu... Bila ada bilik kosong, mereka bagi check in...

                Delete
            24. Kalau boat transfer dah termasuk dalam harga package yang kita ambil dengan resort macam mana ye nak claim di jeti?

              ReplyDelete
              Replies
              1. Kalau boat trfr dah ambik sekali dgn resort, sepatutnya (biasanya) ada wakil resort tunggu di jeti.

                Try tanya pihak resort

                Delete
            25. nak tanya pulau perhetian mne best kecik ke besar..

              ReplyDelete
              Replies
              1. Terpulang.. Ada yg suka P.Kecik, ada yg suka P.Besar.

                Saya suka P. Besar

                Delete
            26. Boleh cadangkan tak berapa malam sesuai menginap di Redang

              ReplyDelete
              Replies
              1. 3H2M saya rasa paling ideal.
                Perhentian n Redang saya pergi 3H2M. Dan minggu ni Insyaallah ke Tioman pun 3H2M

                Delete
            27. Assalammualaikum. Terbaik info di sini. Boleh ke tolong share juga kalau utk aktiviti lain seperti hiking utk lihat pemandangan di pulau Redang ni.. boleh suggest atau ada contact no guide yg boleh bawa kami? Tahap kesesuaian kalau bawa anak2 kalau ada juga terbaik. Terima kasih

              ReplyDelete
              Replies
              1. Waalaikumusaalam. TQ Singgah blog saya.

                Kami ambil pakej dgn Redang Laguna, jadi tak sempat nak explore sendiri aktiviti di pulau.

                tapi pengamatan, mcm tak banyak aktivit yg ada.

                Kat sebelah resort kami stay hari tu, ada satu lokasi hiking tapi tak sempat nak naik. Tempat lain saya tak sure.

                Kalau aktiviti trekking, boleh tru visit https://www.redang.org/sights.html , buat panduan.

                Contact guide saya tak ada, cuma saya guna Adie utk snorkelling ke Turtle point ( next entry saya ada post nombor dia).

                Utk umur anak2, mcm subektif sikit la. kalau anak2 kecil, kena bawa sorkeling depan resort atau Marine Park shj la..

                Delete
            28. hai mat drat. thank you for the very good tips, boleh tak nak tau bila nk update contact pakej trusted and murah tu? heheheh

              ReplyDelete
              Replies
              1. Ye la miss Park... Saya belum update.tq tq, nanti saya uodate.

                Balik cuti lama ni, masih belum jumpa semangat nak menulis semula... ����

                Delete
            29. sesuai x anak umur 2 tahun naik speedboat? nak naik feri takut mabuk x best spoil mood bercuti.

              ReplyDelete
              Replies
              1. Agak jauh juga tu naik speed bot dgn budak kecil.
                Saya dah agak serik kena di Pulau Manukan/Pulau Sapi dulu naik speed bot long distance ni..

                Delete
            30. Assalamualaikum tuan.. Harap boleh buat post ttg pulau tioman, terima kasih

              ReplyDelete
              Replies
              1. Waalaikumussalam. Insyaallah sikit hari lagi, maybe next week start Pulau Tioman . Tengah siapkan entry Edinburgh minggu ni

                Delete
            31. assalamualaikum..
              pulau redang, antara pulau yg kami sekeluarga sgt suka.. walaupun kami dh ke perhentian n tioman redang tetap melekat dihati..kami memilih redang lagoon sbb agak murah n best la bg kami..kami dh 3x pergi n menginap di redang lagoon..insyaallah ada rezeki kami akan kesana lg.

              ReplyDelete
            32. assalamualaikum..
              pulau redang, antara pulau yg kami sekeluarga sgt suka.. walaupun kami dh ke perhentian n tioman redang tetap melekat dihati..kami memilih redang lagoon sbb agak murah n best la bg kami..kami dh 3x pergi n menginap di redang lagoon..insyaallah ada rezeki kami akan kesana lg.

              ReplyDelete
              Replies
              1. saya pun suka Redang, agak mendamaikan dan cukup tenang berjalan di persisir pantai dihadapan Redang Lagoon.

                cuma snorkeling saya mcm lebih puas di Tioman.

                Delete
            33. nak tanya, kalau pergi pulau redang tanpa pakej ada ke? kami just nak datang menginap 2H1M. mak saya tak fit nak pergi snorkeling, just nak datang ambik angin je. ke memang wajib datang sana dengan pakej? hmm

              ReplyDelete
              Replies
              1. Boleh je...takde masalah. Hantar Cari bilik penginapan Dan enjoy suasana pantai...

                Delete
            34. Assalamualaikum, saya nak tanya kalau kita booking resort dalam web booking. Com then ambik pakej snorkeling di pulau redang harganya lebih murah??.

              ReplyDelete
              Replies
              1. Waalikumussalam.
                Kdg kala booking sekali dgn pakej, lebih murah. Tapi ada juga walk-in lebih murah.

                Tak nak pening mencari bila di sana, better booking terus. Trip ni booking terus sebab resort mmg ada sediakan dan nak cari di kaunter walk-in, agak jauh dari resort.

                Semalam Mat Drat ke Pulau Kapas, tak booking pakej terus, plan nak booking masa sampai. Rezeki, pagi nak snorkelling tu hujan je, jadi tak pergi snorkleing. Snorkeling dlm hujan, kurang best...sejukkkkkk. Ni kelebihan kalau walk-in la, atau booking bila sampai/

                Delete
            35. Assalamualaikum, saya nak tanya kalau kita booking resort dalam booking. Com then ambik pakej snorkeling dia sana adakah harganya lebih murah?

              ReplyDelete
              Replies
              1. Waalaikumussalam
                sorry, terlepas pandang.

                Biasanya mcm tu tapi better arrange awal sblum sampai, supaya percutian smooth....

                Delete
            36. Salam tuan Mat Drat, perjalanan feri dr jeti syahbandar ke pulau redang ambil masa berapa lama ya?

              ReplyDelete
              Replies
              1. Wasallam. 1 jam setengah tuan..

                sorry, terlepas pandang... tak update dlm blog masa perjalanan.

                happy holiday

                Delete
            37. assalam tuan..pakej laguna tuan ambil tu..tuan call resort or agent??sy pom hjt nk pergi menginap dkt resort tu jgk skli pakej..dan brpa hrga pakej tu..mudah nnti nk saving duit.hehe

              ReplyDelete
            38. assalam tuan..pakej laguna resort yg tuan ambil tu tuan call resort or agent??dan brpa hrga..mudah nnti nk saving duit.hehe

              ReplyDelete
            39. nice tips terima kasih tuan

              ReplyDelete

            Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

            Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.