Wednesday, 28 November 2018

Travelog Trip Seoul Part 10 : Day 4 - Itaewon dan Masjid Seoul



Mat Drat kongsi ringkas je di entry ni.

4 destinasi untuk itinerari Seoul Day 4 telah Mat Drat dan rakan-rakan selesaikan hari ni iaitu

  1. Gwanghwamun Square  Selesai
  2. Gyeongbokgung Palace   Selesai
  3. Myeng-dong Tourist Centre -  Selesai
  4. Grevin Muzium - Selesai

Itinerari bersambung dari Myeng-dong Tourist Centre dan Grevin Muzium ke destinasi berikutnya..... iaitu
  1. Namdaemun Market- untuk beli Brooch murah
  2. Seoul Mosque - Itaewon
  3. Restoran Eid - 
  4. Itawon Market - Shopping Souveniour
sebelum malamnya ke Dongdaemun 


1. NAMDAEMUN MARKET

  • Namdaemun Market ni tempat tumpuan untuk beli souveniour dan brooch pada harga murah.
  • Ini kali ke-3 Mat Drat dan isteri ke sini, dah 2 malam berturut-turut kami ke sini.
  • Petang ni kami singgah sebab ada beberapa orang dari group kami ni belum sampai ke sini dan Mat Drat ambil kesempatan untuk beli brooch pada petang ni
  • Nak ke sini, ambil subway dan turun di Station Hoehyeon dan keluar di EXIT 5.
  • Keluar je EXIT 5, sebelah kanan (jalan menurun) tu mula lah Namdaemun Market.

  • Kali pertama : Malam pertama 
  • Kali pertama Mat Drat ke sini pada hari ke-dua Mat Drat di Seoul, iaitu pada hari yang sama Mat Drat seharian ke Nami Island, Morning Calm Garden dan Han River Cruise.
  • Mat Drat tiba di sini waktu tu sudah agak lewat, lebih kurang 9pm. Boleh kata hampir semua kedai dah tutup. Cuma tinggal beberapa gerai souveniour dan gerai makan yang hanya dibuka. 
  • Cuaca sangat sejuk bila malam, mereka tak sanggup nak meniaga dan waktu malam memang tak ramai pelanggan.
  • Malam pertama tu sempat beli stokin je kat sini. Kat Korea ni lain macam sikit quality dan design dia. Last  year Mat Drat ke Busan, Korea...pun sempat beli stokin dlm kuantiti banyak, Mat Drat jadikan souveniour.

Malam Pertama Mat Drat ke Namdaemun Market.
Jam dah pukul hampir pukul 9 malam, kedai hampir semua dah tutup dan tinggal gerai-gerai bergerak (kereta sorong) di tengah jalan ni je.


Antara gerai yang masih dibuka.
Dan antara item yang wajib dibeli jika ke Korea.
KRW 10,000 dapat 13 pasang.

Satu-satunya gerai jual key-chain yang masih buka.
Pilihan tak banyak, jadi Mat Drat decide datang semula esok.

  • Kali ke-2 : Malam kedua 
  • Hari ke-3 di Seoul, Mat Drat ke sini agak awal sedikit, sekitar jam 7:30pm. 
  • Balik dari Everland, Mat Drat terus ke sini.
  • Masih ada beberapa kedai souveniour yang dibuka, jadi sempatlah survey 2-3 kedai.
  • Sempat lah membeli souveniour seperti key-chain, fridge magnet, set sudu  Korea, chopstick Korea, t-shirt dll.
  • Kira malam ni, kami selesaikan urusan shopping souveniour untuk diri sendiri dan juga buah tangan utk kawan-kawan.


Gerai-gerai bergerak (kereta sorong) yang dibelakang Mat Drat belum dibuka, mungkin tunggu kedai-kedai ditutup.


Banyak pilihan. Ada beberapa kedai yang masih dibuka.

Banyak-banyak kedai kat sini, rasanya macam kedai dia ni yang murah. Jadi Mat Drat beli semua souvenoiur dan t-shirt dari kedai dia ni je.



"MURAH"


Tak banyak kedai offer 3 set untuk KRW 10,000

Kedai  'mamat' ni pun agak murah. Brader ni boleh cakap Melayu sikit-sikit, jadi senang nak tawar menawar


  • Kali ke-3 - petang ni 
  • Mat Drat  ke sini lagi, semata-mata nak beli brooch.
  • Nak beli brooch ni kena datang siang sebab 'kedai-kedai' menjual brooch ni terletak dalam bangunan LENGDDANG ACCESSORY. Satu level tu kira penuh dengan kedai-kedai kecil memasang barangan perhiasan korea termasuk brooch.
  • Kat sinilah tempat paling murah kalau nak beli brooch. Memang murah.
  • Masa yang kami ada di sini hanya 1 jam 1/2, kira ngam-ngam untuk beli brooch dan beberapa barangan perhiasan diri. Nasib baik souvenior dah beli malam tadi, jadi Mat Drat terus tuju ke kedai souveniour.
  • Perempuan kalau ke sini, memang boleh rambang mata tengok barang yang ada. Selain brooch, boleh juga beli rantai, gelang atau anting-anting silver Korea. 
  • Nak beli brooch ni, kena pergi kedai yang Mat Drat share kat bawah ni sebab dia je yang boleh berbahasa Melayu / Inggeris. 2 kedai sebelah menyebelah, boleh survey harga.
  • Dalam Lengddang Accecory ni ada banyak lorong, dan setiap lorong ada banyak kedai-kedai/kiosk-kiosk kecil. Jadi nak senang, tengok map yang Mat Drat share dan terus tuju kedai brooch tu.

Nak senang, masuk melalui GATE 1


Kedai brooch Lot 165 dan 172 yang berwarna kuning.

Punya banyak kedai/kiosk di setiap lorong dalam ni.
Kalau tak tengok map, memang tak jumpa kedai tu.

Wife menyopping di sini... Lot 165

Dan sebelah 165, lot 172.. Harga lebih kurang sama.
Satu geng je mereka berdua ni.

Biar si isteri rambang mata nak pilih yang mana.

Kalau ke sini, jangan lupa cari 'Duit Kertas' RM1
yang Mat Drat tinggal kat sini sebagai kenangan.

Selesai beli brooch, masa mencari anting-anting dan cincin silver Korea


Boleh baca  Mat Drat kongsi lain-lain tempat untuk shopping di Seoul

👉👉 Tempat Shopping Murah di Seoul










ITAEWON

  • Dari Namdaemun Market kami terus gerak ke Itaewon
  • 3 tempat yang dituju di area ITAEWON ni adalah
    1. Restoran EID
    2. Masjid Seoul (Seoul Central Mosque)
    3. Itaewon Market

  •  Dari Namdaemun ke Masjid Seoul / Restoran Eid
    • Tren Line 4 dari station Namdaemun ke station Samgakji 
    • Tukar tren 6 dan turun di station Itaewon
  • Untuk ke Masjid Seoul
  • Keluar di EXIT 3
  • Jalan dalam 50 meter, akan jumpa Dunkin Donuts dan Rest Mr KEBAB di sebelah kanan,  belok kanan dan mula mendaki sedikit.
  • Mendaki dalam 100 meter, ada simpang ke kiri. Masuk kiri
  • Menapak dalam 100 meter (bukit agak landai), akan jumpa pintu gerbang ke Masjid di sebelah kiri.
  • Untuk ke Restoran Eid, menapak lagi dalam 100 meter ke hadapan dari pintu gerbang masjid tadi. Tak perlu belok ke pintu gerbang masjid. Restoran terletak di sebelah kiri.
  • Untuk ke Itaewon Market, di station Itaewon tadi perlu keluar ke EXIT 4.
  • Menapak dalam 100-150 meter, Itaewon Market di sebelah kiri.

Restoran Mr KEBAB. Ada beberapa cawangan di Seoul ni. 

Jangan lupa cuba aiskrim  Turkey kalau singgah ke sini.


Selepas mendaki dalam 100 meter, jumpa simpang ni, belok kiri.
100 meter ke hadapan akan jumpa masjid disebelah kiri.



2. Masjid Seoul - Seoul Central Mosque

  • Kalaui 'merantau' / travel ke tempat orang, biasakan lah ke masjid mereka lagi-lagi kalau tempat kita pergi tu Muslim adalah minoriti.
  • Kita akan rasa betapa bertuahnya kita di bumi Malaysia sebab Masjid banyak dan senang untuk ke masjid. Surau pun banyak.
  • Mereka yang berada di negara yang muslim adalah minoriti, nak cari masjid pun susah. Jauh dari tempat mereka.
  • Masjid Seoul ni jadi pusat perkembangan Islam di sini.
  • Juga menjadi tempat pertemuan saudara se Islam di sini. Kita akan jumpa pelbagai bangsa di sini.
  • Dan seperti biasa, di sekitar masjid akan banyak restoran yang sajikan makanan halal.
  • Di sekitar sini, selain Restoran Eid yang sajikan makanan Korea, kita juga boleh ke restotan masakan India dan Restoran masakan arab/timur tengah.

Alamat : 39 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul

Lokasi Google Map : ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Google Map Seoul Central Mosque 


Pintu Gerbang ke Masjid Seoul - Seoul Central Mosque

Perlu mendaki sikit ye ke bangunan masjid. 

Ruang solat yang cukup selesa. 


Seronok dapat ke masjid-masjid yang Muslim adalah minoriti.
Rasa bertuah sangat duduk Malaysia


Sebahagian kami.....



3. Restoran Eid Itaewon

  • Antara Restoran yang menyajikan makanan Korea yang halal di Seoul
  • Restoran agak kecil, boleh muat sekitar 25-30 orang sahaja.
  • Jika datang dengan bilangan ramai, kena makan bergilir-gilir la.
  • Pekerja waktu Mat Drat dan kawan-kawan menjamu selera adalah pelajar dari Indonesia, jadi agak senang membuat pesanan makanan.
Waktu Operasi : 11am - 9pm
No Tel : +82 70-8899-8210
Facebook : ðŸ‘‰ðŸ‘‰ https://m.facebook.com/eid.halal.korean.food/

Alamat : 67 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul
Lokasi Google Map : ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Google Map Rest Eid Itaewon 

Terpaksa menunggu sebentar di luar kerana tempat duduk dibahagian dalam penuh


Geng makan hari ni...


Ayam herba dan makan dengan nasi.
KRW 12,000

Ni dia Nasi dan Samgye-tangsedap makan kat sana...balik Malaysia, makan lagi kat Dubuyoo


Menu ni pun sedap...Bulgogi
KRW 10,000 je




Restoran Halal Lain di area Itaewon

  • Memandangkan di area Itaewon ni ada masjid, jadi pastinya restoran Halal agak banyak.
  • Menapak sahaja dari EXIT 3 Station Itaewon dan menghala ke Masjid Seoul ni, rasanya lebih 10 restoran 'Muslim Friendly' yang ada di sini.
  • KTO (Korean Tourism Organization) mengklafikasikan restoran Muslim Friendly ni 4 kategori
    • Halal Certified
    • Muslim Self-Certified
    • Muslim Friendly (Ada menu halal dan tidak guna daging babi)
    • Pork Free (Tidak Guna daging babi)
  • Mat Drat sebut Muslim Friendly sebab ada sebahagian memang dapar Certified Halal, ada yang self claim halal.
  • Antara Resoran yang menyajikan makanan Korea yang halal (certefied dan self-claimed) di Itaewon Seoul ni
    • Mr Kebab - Kebab (Halal Certified)
    • Kervan Restaurant - Makanan Turki (Halal  Certified)
    • Restoran Siti Sarah - Korean food, Makanan Melayu dan Egypt
    • Casablanca Restoran - Sandwich (Muslim Friendly)
    • Restoran Usmania - Pelbagai menu (Halal  Certified)
    • Dan beberapa lagi restoran arab dan India











Itaewon Market

  • Selesai solat dan makan, hari sudah lewat petang
  • Kami terus ke Itaewon Market. Menapak patah balik ke Station Itaewon. Dari situ menapak lagi kedepan dalam 150 meter.
  • Mat Drat hanya singgah sekejap sahaja, sekadar nak jejakkan kaki ke Itaewon Market.
  • Dah tak ada apa nak beli di sini, sebab semua barang souveniour dah beli dan kebanyakkan barang di sini lebih kurang sama dengan di Namdaemun.
  • Rakan-rakan lain terus berjalan di sini, Mat Drat dan isteri naik tren untuk ke Dongdaemun.
Bersamung di entry berikutnya, dan juga entry terakhir... Dongdaemun. 


Boleh sambung baca travelog Mat Drat di link di bawah ye.... 





Percutian ke Seoul

Tips dan Panduan 

 Travelog Seoul - Day 1 


 Travelog Seoul -Day 1


 Travelog Seoul -Day 1


Travelog Seoul -Day 2


Travelog Seoul -Day 2

Morning Galm Garden 
Han River Cruise

Travelog Seoul -Day 3

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4
Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 5


Tempat Shopping di Seoul
Itenerary Ke Seoul 5H4M



~Mat-Drat ~



Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡


No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.