Wednesday 21 November 2018

Travelog Trip Seoul Part 8 : Day 4 - Gyeongbukgung Palace (Royal Guard Changing Ceremony)





Trip Seoul hari ke-4 bersambung lagi. Dari Gwanghwamun Square kami terus ke sini, Gyeongbokgung Palace.

Itinerari hari ni kami akan cover area City Centre sahaja, beberapa tempat dan terpaksa cover sebanyak yang boleh :
  1. Gwanghwamun Square  Selesai
  2. Gyeongbokgung Palace - Royal Guard Changing Ceromony
  3. Myeng-dong Tourist Centre - Try baju hanbok
  4. Gravin Muzium
  5. Namdaemun - Beli Brooch murah
  6. Grand Mosque Seoul - Solat dan makan
  7. Itawon (Market) - Shopping Souveniour


GYEONGBUKYONG PALACE 

  • Gyeongbukgung Palace ni pun kira lokasi wajib la kalau ke Seoul. Kalau check di tripavisor, masuk dalam 10 ten tempat wajib dilawati di Seoul.
  • Istana ni mula dibina pada zaman dinasti Joseon.
  • Boleh la kata istana ni juga agak sinonim dengan sejarah moden Korea, dan juga simbol Daehanjeguk atau  Great Korean Empire.
  • Antara istana paling megah di Seoul, ada taman ala barat, fountain dan pastinya istana raja baru. Boleh kata sebagai jabatan era lama dan era baru Korea.
  • Datang awal ke sini, bila pintu di buka je boleh terus masuk. Ronda-ronda dahulu dalam masa sejam.
  • Lagi 10 minit nak pukul 10:00, boleh patah balik ke pintu utama (area dataran) untuk dapat port yang bagus untuk view upacara pertukaran guard nanti.
  • Ada kaunter sewa Hanbook di sini, kalau nak meronda dengan Hanbook boleh sewa. Baru nampak ke-Korea-an sikit. Tu untuk perempuan la...
  • Untuk lelaki, jangan segan untuk tanya gadis-gadis yang berpakaian Hanbook ni, dia orang biasanya suka kalau pelancong ajak bergambar. Tu kalau wife bagi bergambar la...😂😂
  • Lepas habis upacara, cepat-cepat bergambar dengan guard yang ada kat sini sebelum dia kena serbu.
  • Nak bergambar tu boleh, jangan pegang senjata mereka dan jangan sentuh mereka.
  • Biasanya guard yang di bahagian dalam ni memang ramai 'peminat', sebab semua penonton (pelancong) masih di dalam kawasan istana, di luar juga ada guard. Nak bergambar agak kurang orang.
  • Dah melawat kawasan Istana, dah lihat upacara pertukaran guard...dah boleh ke destinasi lain ikut itinerari.









Changing of royal guard ceremony
  • The Changing of royal guard ceremony ni kira aktiviti wajib ditonton kalau ke sini. Tu yang tarikan utama pengunjung dan pelancong kalau ke sini. 



  • Mat Drat datang sini pun antara tujuan utama nak lihat ceremony pertukaran royal guard.
  • Kalau di Britain, ada  royal guard changing ceremony kat Buchingham Palace. Kat korea ada kat sini.
  • Masa pergi tu, terlintas....tak merasa ke London, dapat lihat yang Korea punya pun dah okey.
  • Masa kat Seoul ni, memang terbayang...macam ni la kot yang kat London tu...lebih kurang.
  • Tapi tiba-tiba, hujung bulan lepas dapat peluang ke London. Semuanya sekelip mata je datang, notis 48 jam dari Qatar Airways untuk Mat Drat terbang ke London dan dapatlah Mat Drat ke Buchingham Palace.
  • Sebelum Mat Drat menulis siri travelog Seoul ni, Mat Drat ada share sikit pasal trip mengejut Mat Drat ke London - Tajaan Qatar Airways.

👉👉 Trip Mengejut ke London 

  • Okey, Royal Guard Changing Ceremony ni di adakan di main gate, Simumjang setiap hari. 
  • Kalau ikut laman web, ceremony ni di adakan 3 kali sehari iaitu jam 11:00am, 2:00pm dan 3:30pm



Tiket Masuk Deoksugung Palace
  • Harga Tiket : KRW 1,000 (Dewasa) / KRW 500 (Kanak-kanak)


Waktu Operasi
  • 9:00 am - 9:00pm (Isnin Tutup)

WGoogle Map  : Lokasi Google Map

Boleh klik link google map untuk lihat lokasi dan koleksi gambar yang di kongsi netizen.







Sedikit gambar Mat Drat di sini....

Gwanghwamun Gate - Dari seberang jalan (dari Gwanghwamun Square)

Hyuengnyemun Gate.
Boleh tahan jugak jarak dia dari Gwanghwamun Gate...
Area dataran ni la nanti upacara 'Royal Guard Changing Ceremony".

Nak masuk kawasan istana (melepasi gate Hyeunggyemun) kena beli tiket ye. KRW 1,000 je.

Gwanghwamun Gate dari alam istana

'Terjumpa' jejaka Melayu berbaju Melayu dan bersampin di Seoul.. Terbaik la bro...


Hyuengnyemun Gate. 


Kita ronda-ronda sekajap dalam kawasan Istana sementara menunggu upacara pertukaran pengawal bermula.

Istana ni sangat luas kalau nak berjalan sampai ke belakang. Mat Drat sampai separuh je, tak sanggup nak berjalan sampai ke 'istana' tempat Raja bersemayam.




Gyeongbukgung Palace. Mula memasuki kawasan Istana


Tertarik dengan kehalusan senibina...Atap dewan ni, sangat teliti di ukir. 


Melangkah ke rumah / bilik gundik...
Ukiran dan senibina atap dan pintu dia sangat halus...


Bilik para sida dan gundik... Banyak gila


Tak sanggup nak masuk semua kawasan... luas sangat.


Antara bangunan / balai di kawasan istana


Waktu pegang kawah tembaga ni... teringat komik Pedang Setiawan
(Filem Storm Riders -lakonan E kin Cheng)
Ada babak-babak awal di mana Nei Feng di arah mencari Monyet Sakti, dan monyet sakti di sorok oleh Nujum Sakti dalam kawan tembaga macam ni.




Dah ronda-ronda, kita ke acara kemuncak...Royal Guard Changing Ceremony











Dah selesai upacara, baru la masa untuk pelancong dan pengunjung bergambar dengan pengawal-pengawal kat sini.









Dah kalau tak bergambar dengan gadis-gadis berHanbook ni, rugi tahu,....


Kalau muka putih macam ni, sah la ni semua awek Korea...


Ni bukan Korea mari...Sorang dari Jepun, dan sorang dari Taiwan ye


Love !!!!!!
💓💓💓




Asalnya Mat Drat tolong snapkan gambar mereka berdua...
Pastu depa ajak bergambar pulak... Apa lagi, selfie la sama sama...


Dan kemudian...cik isteri nak interframe jugak sekali...
Tak bagi peluang betul... 😃😃


Dan lepas tu... kawan-kawan lain pun nak menumpang sekaki...
Nak juga interframe...


Tamat sessi lawatan ringkas ke istana ni.
Gambar dari Gwanhwamun Square... balik dari Gyeongbukgung Palace...



Okey...bersambung di Day 4
Boleh sambung baca travelog Mat Drat di link di bawah ye.... 





Percutian ke Seoul

Tips dan Panduan 

 Travelog Seoul - Day 1 


 Travelog Seoul -Day 1


 Travelog Seoul -Day 1


Travelog Seoul -Day 2


Travelog Seoul -Day 2

Morning Galm Garden 
Han River Cruise

Travelog Seoul -Day 3

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4
Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 5


Tempat Shopping di Seoul
Itenerary Ke Seoul 5H4M



~Mat-Drat ~



Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

2 comments:

  1. slm encik. kiranya, boleh tgk guard changing ceremony tu dlu tanpa perlu bayar tiket masuk la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam... Yup, Guard changing ceremony tak perlu bayar.

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.