Travelog Seoul bersambung lagi...masih di hari pertama Mat Drat di Seoul.
Entry ni bersambung dari entry sebelum ni
ππ Travelog Percutian ke Seoul - Day 1
Ikut itinerari untuk petang / malam ni, Mat Drat dan rakan-rakan akan ke
- Namsan Seoul Tower (N Seoul Tower).
- Restoran Kampungku (early dinner)
- Myeong Dong Market (shopping barang kosmetik)
- Cheonggycheon Stream (menyusuri tebing sungai)
Memandangkan masa agak lama diluangkan menyopping kat Myeong Dong Market tu dan malam semakin sejuk (below 10℃), jadi aktiviti menyusuri Cheonggycheon Stream tak dapat diteruskan... sejuk sangat, waktu tu dah sekitar 9:30pm
N SEOUL TOWER (NAMSAN TOWER)
N Seoul Tower juga dikenali sebagai Namsan Tower.Sedikit fakta mengenai Namsan Tower ni
- Antara tempat paling best nak lihat panaromic view Seoul.
- Top 5 tempat yang dilawati jika ke Seoul.
- Namsan Tower merupakan menara ke 10 tertinggi di dunia.
- Ketinggian menara ni 480meter dari atas paras laut. Namsan Mountain 243 meter, dan N Tower 236.7 meter.
- Ada lift elavator untuk naik ke observation deck.
- Ia sebenarnya menara telekomunikasi dan ada observation deck.
- Ada lift elavator untuk naik ke observation deck.
- Dibukit ini dibina station "Smoke-signal" masa era Joseon. Kalau kita perhati, Seoul di seakan di apit / dilindungi dan dikelilingi oleh gunung-gunung dan bukit tinggi.
Sebelum ke sini, kena ambil tahu info-info ni juga
- Pemandangan dari Deck memang memukau, waktu siang cantik dan malam pula memukau
- Di dataran cantik terutamanya musim autumn.
- Di dataran ada ketikanya ada pertunjukkan culture Korea, jangan lepaskan peluang.
- Terdapat 'Tree of Love Paddlock" Boleh la bawa kunci dan kunci la apa yang patut kat sini.
- 3:00pm - 4:00 pm ada pertunjukkan traditional (Namsan Bongsudae Traditional Cultural Performance) di perkarangan Namsan Tower. Cuba susun itinerari untuk ke Namsan Tower waktu ni
Untuk lain-lain info dan tips, boleh juga klik LINK KLOOK di bawah (tiket Namsan Tower), mereka ada kongsikan di situ.
Alamat Namsan Towe:
105, Namsangongwon-gil, Yongsan-gu, Seoul
μμΈνΉλ³μ μ©μ°κ΅¬ λ¨μ°κ³΅μκΈΈ 105 (μ©μ°λ2κ°)
Laman Web : http://www.nseoultower.co.kr/eng/
Waktu Operasi : [Observatory]
Sunday-Friday: 10:00-23:00
Saturday: 10:00-24:00
* Last admission 30 minutes before closing.
* Operating hours are subject to change depending on weather or business schedules.
Admission Fees (Harga Tiket Namsan) :
- Observatory: Adults 10,000 won / Children 8,000 won
Mat Drat beli tiket melalui KLOOK sebab lagi murah. KRW 5,500 je.
Mat Drat beli tiket melalui KLOOK sebab lagi murah. KRW 5,500 je.
- Hello Kitty Island : Adults 8,000 won / Children 7,000 won
- Ssentoy Museum : Adults 8,000 won / Children 7,000 won
- Ssentoy Museum : Adults 8,000 won / Children 7,000 won
- Package Kombo (Observatory + Ssentoy Museum + Hello Kitty Island): Adults & Children 15,500 won
Nota :
- Kanak-kanak 3 tahun dah kena beli tiket ye.
- Mat Drat beli tiket melalui KLOOK sebab lagi murah.
- Mat Drat bei tiket "observation deck' je, boleh beli kombo dengan Hello Kitty kalau bawa anak-anak.
- Senang pakai KLOOK sebab sampai, terus tunjuk printed voucher di kaunter masuk.
- Tak perlu beratur nak beli tiket. Lagi pun, bila beli dapat kredit, dan kredit tu boleh guna untuk offset dengan next purchase.
- Beli, terus dapat confirmation email.
- Print la 2 copies voucher. (1 backup)
- Tukar baucer dengan ticket masuk dikaunter tiket.
- Dah lebih 240,000 tiket dibeli kat KLOOK ni...memang ramai yang beli guna KLOOK.
CARA KE NAMSAN TOWER
Sebelum ke sini, pilih cara nak ke sini. Namsan Tower ni terletak di atas bukit, jangan buang masa menapak dari bawah ke atas.... tinggiiiii, memang hebat la siapa yang menapak ke sini.
Pilih nak guna cara mana ... boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut mengenai Namsan Tower (getting here) http://www.nseoultower.co.kr/eng/visit/floor.asp
1. NAMSAN SUNHWAN SHUTTLE BAS.
- Naik bas nombor 02, 03 atau 05.
- Bas setiap 15-20 minit.
- Tambang KRW 1,200. / KRW 1,100 (T-Money Card)
- Naik bas nombor 02, 03 atau 05.
- Bas setiap 15-20 minit.
- Tambang KRW 1,200. / KRW 1,100 (T-Money Card)
- Untuk naik bas ni boleh tunggu di ;
- Kalau guna Subway Line 3, Turun Dongguk University Station, Exit 6, tunggu bas nombor 02/03/05 (Strongly Recommend)
- Subway Line 3/4, Chungmuro Station, Exit 2 (in front of Daehan Cinema), take the bus 02/05
- Subway Line 4, Myeongdong Station, Exit 3, take the bus 05
2. CABLE CAR - (Pilihan Mat Drat)
Ramai suka menaiki Cable Car ni.
Waktu public holiday, agak ramai dan kena beratur sedikit.
Station Subway metro terdekat adalah Station Myeong-Dong.
Ada 2 laluan nak ke Cable Car ni dari Myeong-Dong Station, sama ada nak terus mendaki ke cable car atau nak gunakan Escalator Orumi
Ramai suka menaiki Cable Car ni.
Waktu public holiday, agak ramai dan kena beratur sedikit.
Station Subway metro terdekat adalah Station Myeong-Dong.
Ada 2 laluan nak ke Cable Car ni dari Myeong-Dong Station, sama ada nak terus mendaki ke cable car atau nak gunakan Escalator Orumi
Pilihan Mat Drat - mendaki terus
Pilihan ni kena mendaki sedikit ye dan bukan di jalan utama.
Pilihan ni kena mendaki sedikit ye dan bukan di jalan utama.
- Untuk ke sini, ambil metro Line 4 dan turun di Station Myeong Dong.
- Kemudian keluar melalui EXIT 3.
- Di sebelah kiri ada 7E. Jalan menuju ke 7E. Akan nampak Pacific Hotel.
- Pacific Hotel di apit dua persimpangan. Ikut susur kanan terus mendaki menuju ke Cable Car Station.
- Laluan ni kira jalan yang agak kecil tetapi tidak sunyi.
- Ingat Pacific Hotel ni !!!.... susur ke kiri ke Restoran Kampungku... Kami makan lepas turun dari Namsan Tower.
Pilihan Guna Escalator Namsan Orumi
Laluan ni kurang mendaki, tetapi sedikit jauh dan akan melalui tepi jalan utama.
Laluan ni kurang mendaki, tetapi sedikit jauh dan akan melalui tepi jalan utama.
Boleh guna Escalator ke Cable Car
- Untuk ke sini, ambil metro Line 4 dan turun di Station Myeong Dong.
- Kemudian keluar melalui EXIT 4. (pilihan Mat Drat tadi EXIT 3)
- Jalan terus sehingga melepasi McDonald's (disebelah kiri)
- Jalan terus sehingga melepasi New Oriental Hotel (disebelah kiri). Jangan belok di simpang sebelah New Oriental Hotel ini. Terus lagi.
- Disebelah kanan, kita akan perasan Day Hotel (opposite New Orintal Hotel), Ediya Coffee dan Starbuck.
- Belok kiri di simpang besar yang jumpa seterusnya. Seberang simpang ni ada bangunan SHINSAGAE.
- Selepas belok kiri, jalan terus (sedikit mendaki tetapi landai) sehingga kita berjumpa Quiznoz & 7E dan Balai Boma 119.
- Selepas bomba 119 , akan ada susur ke Escalator Orumi untuk ke Cable Car.
Ingat
Keluar EXIT 4, jalan terus dan akan jumpa McDonals dan New Oriental Hotel. Belok kiri di simpang yang terdapat Bangunan SHINSAGE di seberangnya. Mendaki sedikit sehingga jumpa susur ke escalator.
Operating hour Cable Car:
10:00-23:00
* Hours may vary on the day before holidays and Friday and Saturday depending on situations.
Tambang (Tiket) Cable Car:
10:00-23:00
* Hours may vary on the day before holidays and Friday and Saturday depending on situations.
Tambang (Tiket) Cable Car:
Round-trip (Adults 9,500 won / Children 5,500 won)
One-way (Adults 6,000 won / Children 3,500 won)
Nak jimat ambik tiket return, balik boleh makan terus di restoran Kampungku macam Mat Drat.
Nota :
- Tiket boleh di beli waktu sampai.
- Jangkakan perlu beratur untuk beli tiket dan untuk menaiki cable car.
- Mungkin perlu beratur sehingga 30 minit pada weekend dan terutama sebelah lewat petang.
- Mat Drat datang weekday, perlu beratur sekitar 10-15 minit untuk naik naik cable car.
- Cable car ambil masa dalam 7 minit ke atas.
3. SEOUL CITY TOUR
Namsan Bongsudae Traditional Culture Performance- Yang ambil pakej bas Seoul City Tour, boleh terus ke sini. Lihat route dan jadual yang disediakan.
2 laluan berbeza dari Myeong Dong Station ke Namsan Cabel Car - Merah : Laluan Mat Drat - Biru : Laluan guna escaltor Orumi |
Line 4 subway station Myeong-Dong, keluar EXIT 3, dihadapan 7E. Arah kiri menuju Pacific Hotel. Jangan lupa belok kanan bila sampai Pacific Hotel. |
Laluan dari depan 7E. Akan nampak Pacific Hotel |
Kanan ke Namsan Tower / Cable Car Kiri ke Restoran Kampungku |
Laluan ke Cable Car. Bukan jalan utama. |
Ini pula bagi yang nak pilih ke Cable Car dengan menggunakan Escalator Orumi. Ini persimpangan ke-2 selepas keluar EXIT 4. Nampak bangunan SHINSEGAE tu, kita kena belok ke kiri |
View landscap. Ini memang jalan besar |
Selepas berjalan seketika, kita akan jumpa balai bomba 119 di sebelah kiri. Susur ke escalator selepas bangunan ni je. Mat Drat cadangkan, view la dulu di google map, untuk biasakan laluan ni, |
Escalator ke Cable Car. Atas tu Namsan Tower |
Escalator Uromi Photo by Wei-Te Wong/ CC BY-SA 2.0 |
- Merupakan pertunjukkan tradisional budaya seperti folk performance (tradisional music) dan seni pertahanan diri, pahlawan untuk Bongsudae Guard
- Waktu 3:00pm - 4:00 pm
Mat Drat kongsikan gambar-gambar di Namsan Seoul Tower.
Sessi mendaki bermula..nasib baik agak landai dan baru smapai Seoul, kira kaki masih kuat menapak. |
Letih dan dahaga...ada kedai kalau nak beli air. Makanan tak jumpa la pulak (yang halal) |
Ni rupanya cable car ke Namsan Tower. Beli tiket tak beratur (sebab banyak kaunter), TAPI kena beratur agak lama nak naik cable car ni. |
Tak rasa 'ngeri' cable car ni.. biasa je. Kalau naik cable car Genting tu rasa jugak gayat. Kalau cable car Langkawi, tu gayat campur ngeri... |
Lepas keluar dari cable car station, berehat hilangkan lelah di area love padlock. |
Bawak la padlock siap-siap dari Malaysia kalau rasa nak 'lock' apa yang patut kat sini... Tapi tak boleh lawan LOVE padlock di Pont de Art Paris...sana lagi banyak, sepanjang jambatan di lock. |
Pandangan dari area love padlock |
Cari lah tempat mana nak lockkan padlock yang di bawa... Ini dari love padlock tadi menuju ke Namsan Tower. |
Masa menapak tangga ke Namsan Tower pulak..
Kami tiba di Seoul waktu full blossom dah 2-3 hari berlalu... tapi masih banyak , jadi sakura je la dikeliling kami. |
Kebetulan ada pertunjukkan pahlawan Korea di dataranhadapan N Seoul Tower ni... Kami layan dulu. |
Tengok silat dah biasa.... Kungfu dah biasa... ni lihat 'pendekar' korea pulak... |
Dia sorang ni je layan bila di ajak bergambar, yang lain 'kerek' semacam.Mungkin letih lepas perform pertunjukkan kot.. |
Memandangkan hari dah agak petang dan pemandangan di sekeliling dataran ni sangat la cantik denga suasana dan sakura-sakuranya, jadi Mat Drat nikmati dahulu sebelum naik ke Namsan Tower. Takut nanti bila turun dari Tower, hari dah mulai gelap....gambar pun jadi gelap...
Tree of Love Padlock. Tepi entrance Namsan Tower |
Nikmati dulu pandangan sakura di perkarangan Namsan Tower ni.. |
Namsan Tower di lindungi sakura .... |
View dari Observation Deck. Kalau betul-betul tengah full blossom, mesti lagi cantik 'tompok-tompok' pokok sakura di bawah tu... |
View dari Observation Deck |
Berangan satu hari nanti nak jejakkan kaki Rio De Janeiro.... tak jauh, nun 18,098 km di sana je |
Cik Puan pun berangan jauh, nak jejakkan kaki ke Vancouver.... tak jauh, nun 8,277 km di sana je |
Sydney Yang ni pun tak jauh... boleh la berangan dan jadikan realiti dalam waktu terdekat , sebab tak jauh... |
Secara kesimpulan nya....Mat Drat lebih suka habiskan masa di perkarangan Namsan Tower ni berbanding berada ni Observation Deck.
Tapi dah alang-alang sampai Seoul, dan plan hari ni nak makan di Restoran Kampungku dan shopping di Myeong Dong, jadi itinerari disusun dengan melawat juga ke Namsan Tower ni.
Boleh baca sambungan entry trip Seoul berikutnya di
Trip Seoul Day 1 (Part 2) : Myeong Dong Market
Boleh sambung baca travelog Mat Drat di link di bawah ye....
| |
|
Travelog Seoul - Day 1
|
| |
|
Travelog Seoul -Day 1
|
|
Travelog Seoul -Day 2
|
|
Travelog Seoul -Day 3
|
Travelog Seoul -Day 4
| |
Travelog Seoul -Day 4
| |
|
Travelog Seoul -Day 4
|
Travelog Seoul -Day 4
| |
|
Travelog Seoul -Day 5
|
Tempat Shopping di Seoul | |
Itenerary Ke Seoul 5H4M |
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πππ
Menarik. Leya memang teringin nak ke Korea ni.. Tempat wajib dlm wishlist..hehehe..
ReplyDeleteDah sampai nanti bagi tahu ek..
DeleteBerpandukan blog Mat Drat akak dapat pi dengan mudah ke Seoul. terima kasih.
ReplyDeleteTahniah kak.. Moga kaki lebih jauh melangkah
DeleteSalam tuan.nak tanya.jika masih aktif..semua lokasi tuan oeegi ni akses kepada pengguna wheelchair ka
DeleteEn Iskandar, pengalaman n pemerhatian saya, kat sana mcm wheelchair friendly TAPI tak sure semua tempat ni ada akses atau tak utk wheelchair.
DeleteTakut tersalah info.
Tren mmg ada lif khas,rasanya (yang saya perasan la).
Utk tempat / lokasi lawatan tu saya cadangkan, tuan view dia di Google map dan 'intai'2 di website mereka.
Maaf, Tak dpt mbantu
Assalamualaikum pad lock tu memang kena bawa dari malaysia ke? Kat situu ada jual tak?
ReplyDeleteWaalaikumussalam..
DeleteTak jumpa lak kiosk yg jual (mungkin sbb tak ada niat nak cari, tu tak nampak).
Bawa siap2 pun boleh
Terima kasih atas perkongsian. Blh dijadikan panduanπ
ReplyDeleteSemoga dimudahkan perjalanan Dan percutian puan
Delete