Tuesday, 20 November 2018

Trip Percutian Seoul Day 3 : Everland Resort (Theme Park)





Trip Seoul bersambung untuk hari ke-3. Itinerari hari ni Mat Drat akan ke :
  1. Everland Resort (Theme Park)
  2. Namdaemun Market
  3. Dongdaemun District

EVERLAND RESORT (THEME PARK)

Untuk hari ke-3 ni Mat Drat dan rakan-rakan akan habiskan 1 hari di Everland Resort. Dan sebelah malamnya akan ke Namdaemun.

Perjalanan lebih 2 jam, tu baru masa perjalanan untuk tren sahaja. Maknanya campur masa jalan kaki, naik shuttle bas....semuanya lebih kurang 2 jam 1/2. Tu paling kurang la. Jadi bila balik pun akan sampai lewat petang di Seoul semula.


INFO DAN TIPS
  • Everland merupakan theme park terbesar di Korea Selatan. Memang besar dan luas. Kalau datang sini, memang satu hari la.
  • Terletak di kawasan Yongin iaitu salah satu bandar di Gyeonggi-do
  • Mula di buka pada tahun 1976 dan mengalami proses penambahbaikan dari masa ke semasa (makin besar)
  • Perjalanan ke sini dengan subway dan shuttel bas ambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan.
  • Memandangkan ini theme park terbesar di Korea Selatan, kalau boleh elakkan datang pada public holiday atau pun weekend. 











LOTTE WORLD ADVENTURES
Sebenarnya sebelum ke Seoul, Mat Drat ada 2 pilihan sama ada hendak ke Everland atau Lotte World.

Selain Everland Resort (Theme Park), ada juga yang ke Seoul akan ke LOTTE WORLD ADVENTURES.

Lotte World adventures ni merupakan theme park indoor terbesar di Asia. Jadi kalau ke sini, rasanya satu hari pun tak tentu juga boleh cover habis sebab Lotte World pun ada outdoor theme park juga.

Satu yang orang suka ke  LOTTE WORLD ni, sebab Indoor dia luas, jadi kalau cuaca hujan, nak bermain di sini tak ada masalah.

Hujung tahun lepas Mat Drat bercuti ke Bandung dan antara tempat yang dituju adalah TransStudio Bandung. TransStudio Bandung ni pun indoor theme park, tapi kita boleh habis dalam 5-6 jam sahaja di sini. Kalau Lotte World, lagi lama la nak cover semua.

👉👉 Percutian ke Bandung - TransStudio Bandung



Klook.com





HARGA TIKET EVERLAND

Harga tiket untuk masuk ke Everland 
  • Dewasa : KRW 54,000 
  • Kanak-Kanak : KRW 43,000
Kalau Exchange rate KRW10,000 = MYR RM37.00, tiket masuk lebih kurang RM200/seorang la.

Nak jimat banyak, beli di KLOOK je. Mat Drat beli tiket (semua 17 orang) dapat jimat hampir RM 90 seorang. RM 90 banyak jimat tu.

Harga asal KRW 54,000, di Klook hanya KRW 30,000 (lebih kurang RM111 )

Mat Drat rasa lebih baik beli di KLOOK sebab
harga lebih murah
- tak payah beratur di kaunter beli tiket di Everland.
- dapat kredit boleh offset dengan next purchase.

Untuk lebih diskaun, boleh dapatkan kod diskaun di ENTRY pertama Trip Seoul ni. (Link di akhir entry ni)

Kalau bawa anak-anak, di KLOOK memang tak ada jual tiket kanak-kanak, jadi rasanya beli tiket dewasa di KLOOK lagi jimat dari beli tiket kanak-kanak di kaunter Everland. 


Klook.com





MAKAN DI EVERLAND - HALAL FOOD

  • Mat Drat dah google sebelum datang, tak jumpa info pasal makanan / restoran halal di Everland.
  • Jadi Mat Drat dan rakan-rakan bawa makanan ready to eat je ke sini. Apa nak buat, tak ada pilihan.
  • Ma Drat bawa nasi goreng Brahim's dan Nasi Briyani My Chef.  Walau pun nasi sejuk, tapi perut lapar dan makan pula dengan sambal bilis Adabi, memang menyelerakan. 
  • Dan jangan lupa bawa juga ke sini chocolat bar atau biskut. Boleh la menampung perut lapar. Epal pun cadangan yang bagus , sesuai juga nak bawa.
  • Air nak beli kat sini tak ada masalah rasanya, pergi je ke kiosk yang jual juice atau mineral water. 
  • Mat Drat bawa 2 botol mineral water, tak cukup sebab banyak berjalan dalam ni.
  • Nak masuk dalam ni, beg tak diperiksa. Jadi semua makanan yang Mat Drat bawa boleh dibawa masuk.

Jemput makan...
(sebelah tu ada air mineral free- paip)

Terpaksa makan masa beratur..Perut lapar dan lama sangat beratur....






TRANSPORT KE EVERLAND
  • SUBWAY TREN
  • Paling senang naik tren subway.
  • Naik Tren Bundang Line - Yongin Everline dan Shuttle Bas
    • Bundang Line dan turun di Station Giheung
    • Di Station Giheong, tukar ke tren Yongin Everline dan turun di station Jeondae-Everland. 14  stop (30 minit)
    • Dari Jeondae, naik shuttle bas yang disediakan untuk menuju ke Everland.
  • Shuttel Bas agak banyak dan kerap tapi yang menunggu juga agak banyak. Jangan berebut sebab next bas akan sampai. Kekerapan tinggi.
  • Bas akan berhenti betul-betul di hadapan Everland, tak perlu menapak jauh.
  • Untuk balik ke Jeondae station dari Everland pula, tunggu shuttle bas di bus stop yang disediakan di hadapan Everland. Bus stop khusus untuk shuttle bas.
  • Mat Drat punya masa perjalanan dari Morning Sky Hotel, ni tak termasuk masa menunggu tren/shuttle bas dan masa berhenti di station untuk ke toilet dsb.
    • Hotel - Station Euiljiro-4 (Jalan Kaki - 10 minit)
    • Subway Line 2 : Sttn Euiljiro 4 - Sttn Wangsimi (4 stop - 10 minit)
    • Bundang Line : Sttn Wangsimi - Sttn Giheong ( 27 stop - 1 jam)
    • EverLine  : Sttn Giheong - Sttn Jeondae-Everland (14 stop - 30 minit)
    • Shuttle Bas :  Sttn Jeondae-Everland - Everland (10 minit)

  • Bas Shuttle Seoul - Everland
  • Selain naik tren subway, boleh juga consider naik shuttel bus dari Seoul. Ada beberapa station / bus stop yang bas ni akan berhenti. 
  • Naik subway ni kalau pagi-pagi dan perlu tukar 2-3 tren, memang agak meletihkan sikit la. Maklumlah, warga Seoul tengah sibuk nak ke tempat kerja. Lagi-lagi kalau kita bawa anak-anak kecil.
  • Tiket shuttle bas Seoul - Everland boleh dibeli melalui KLOOK, untuk beli direct tiket bas ni Mat Drat tak pasti mana nak cari info.
  • Beli di KLOOK ni, dia kata boleh cancellkan dlm 72 jam (cuma perlu bayar service caj kalau cancel). Bawa printed voucher atau mobile app voucher. Voucher akan diperolehi selepas 1 hari belian. 
  • Tarikh nak naik bas, kena tetapkan awal-awal (tarikh nak ke Everland)
  • Untuk detail, klik link Shuttle Bas KLOOK di bawah.
  • Harga tiket bas antara KRW10,000 - KRW 12,000 (return). Pilih mana yang sesuai dengan kita.
  • Orang kata, naik bas ni paling kurang hassle nak ke Everland.

Klook.com


Klook.com

Yongine Everline - Bukan Subway.
Lebih Kurang macam MRT la kalau kat Malaysia.
Tren ni agak pendek, tak macam subway yang banyak coach.
Jadi mungkin kena berdiri sepanjang perjalanan kalau orang ramai.


Mengejar masa menyeberangi jalan untuk ke bas stop untuk naik shuttle bas.


Shuttle Bas ke Everland.
Kalau penuh jangan risau, duduk je dalam 'Q' dan jangankeluar barisan,
next bas akan sampai sekejap lagi.
Kekerapan bas tinggi.



Ini bsu stop di hadapan Everland. Tak sampai 100 meter je rasanya.
Keluar Everland dari pintu uatama kan nampak bus stop ni.
Bus Stop khas untuk shuttle bas.


Mat Drat pergi weekday, jadi orang tak ramai sangat.
Bukan tak ramai ye, pengungjung ramai tapi tak ramai sangat.


Shuttle Bas. Panjang bas ni...
Kat Malaysia susah nak guna bas panjang macam ni,
sebab jalan banyak simpang dan banyak selekoh tajam.


Sebahagian bas yang bawa pelancong dan pengunjung. So boleh jangkakan betapa ramainya dalam Everland ni.
Bi belum ambil kira yang naik tren dan yang naik kereta sendiri.





TARIKAN DI EVERLAND
  • Tarikan seperti 'rides' yang 'extreme', beberapa festival, themes area dan zootopia di sini memang banyak dan menarik pengunjung untuk ke sini.
  • Mat Drat senaraikan antara tarikan yang menarik dan rugi jika ditinggalkan.
  • Tarikan memang banyak, Everland pun luas. Mat Drat sempat cover 4/6 kawasan (zone) je. 4/6 kawasan yang Mat Drat pergi ni pun, tak semua ride Mat Drat naik.
  • 5 jam kat sini dan tambahan pula kaki dah agak letih sebab semalam banyak menapak di Nami Island dan Morning Calm Garden.
  • Layari laman web dulu sebelum pergi, dan rancang awal-awal mana yang zone yang nak pergi supaya yang best tak tertinggal.

  • Entrance 
  • Jangan lupa bergambar sebelum masuk. Bila balik, nak bergambar dah tak ada mood sebab letih, muka pun dah 'lain macam'

Bergambar dahulu sebelum masuk.
Orang lain nak masuk kena beratur beli tiket, kami  semua tak beratur sebab tiket Mat Drat dah beli online di KLOOK.


Geng  veteran masuk Theme Park Everland. Yang penting happy.


Bergambar dahulu sebelum berpecah dan berkumpul semula selepas 5 jam.
5 jam cukuplah.



Jangan lupa ambil awal-awal  pamplete guide ni.
Kat dalam nanti nak cari dah susah.
Ambil 2 -3 keping untuk rujukan kat dalam nanti.




Selfie dengan anak-anak korea dulu...



  • Magic Tree 
  • Magic Tree ni kira macam trademark Everland la.
  • Di sekeliling Magic Tree ni pun banyak bunga-bunga yang cantik.
  • Jangan buang masa lama lama bergambar kat sini, nanti tak sempat main ride kat dalam.

Ini la 'Magic Tree'.
Berwarna warni.


Sebagai kenangan...

Memandangkan Mat Drat datang bulan April, dan berkebetulan ada Tulip Festival...jadi sana sini akan banyak bunga tulip ni.



Mula-mula ingtakan bunga palsu...rupanya pokok betul...


Tak salah lelaki pun minat bunga....


Cantikkkkk....

Bunga lagi...section lain, tapi masih berdekatan Magic Tree

Dan lagi...


Perempuan dan bunga...tak boleh dipisahkan


Kat Everland ni, tak jumpa la mascot kartun yang kit akenal macam Mickey Mouse ke, Shreek ke...
Semua watak kartun local.









  • Rides 
  • Agak banyak rides, ada beberapa theme area. 
  • Rides roller Coaster tak silap ada 5 di sini. Paling ramai dan panjang beratur pastinya T-Express. T-Express ni Korea's first wooden roller coaster. Memang ramai beratur. (yang muda-muda la). 
  • Mat Drat walau pun dah tak muda, tapi masih mampu naik T-Express ni. Memang menjerit sepanjang rides....TAPI , naik T-Express Virtual 4D je ...Tu je yang mampu. Naik rides betul, boleh tercabut jantung.
  • Mat Drat tak banyak ride naik pun sebenarnya. Datang ke sini lebih suka jalan-jalan  dan enjoy suasana.  Tapi jangan lupa masuk zootopia, memang berbaloi walau perlu tunggu agak lama.
  • Nak naik ride pun, dah tua-tua ni tak berasa nak sangat. Tambahan pulak Mat Drat ni 'keberanian' tu kurang sikit, tu belum kira wife lagi. 
  • Kalau bawa anak-anak, sure anak-anak seronok ni. Sure depa sanggup beratur panjang semata-mata nak naik ride T-Express. Ingat lagi masa pergi USS Singapore, ride X-Cylone vs Human yang paling extreme tu dia sanggup beratur 45 minit. Budak-budak la katakan....
  • Rata-rata ride perlu tunggu 20 - 30 minit. Ada yang sehingga 45 minit untuk ride tertentu.
  • Dan kalau kita biasa pergi theme park, semua ride lebih kurang sama je, cuma yang membezakan thema ride tu atau watak yang diperkenalkan.
  • Jom lihat sebahagian gambar Mat Drat di sini... 


T-Express

Yang beratur nak naik T-Express. Masa menunggu lebih 30 minit.
Mereka yang beratur dari sini sampai ke hujung belakang sana, semua beratur nak tunggu turn.



Mat Drat naik T-Express Virtual je...Ini pun dah rasa ngeri.



Ride ni pun ramai juga yang beratur,,, Tapi barisan bergerak agak laju, jadi tak la boring sangat.


Ride ni tak la membasahkan sangat, yang penting pandai cover pakaian dan beg kita.


Rasa macam dekat je harimau ni....



Dan bila harimau ni lalu belakang kita, rasa risau je cermin yang jadi penghalang ni...
Kalau lah cermin ni pecah...


Panda kat Zoo Negara tak sempat nak tengok, panda kat sini juga baru dapat nak tengok.


Ini Panda...


video zootopia




Cable Car 'Sky Cruise'  ni pun Mat Drat malas nak naik (malas nak beratur sebenarnya).
 Rasa macam baru je naik kat Genting dan Langkawi hujung tahun lepas.


Cable car 'sky way' ni Mat Drat naik sebab tak jumpa kat Malaysia.
Rasa maam naik 'cable car' kat Switzerland je, cuma salji je takde.


Kalau musim winter ni baru rasa macam kat Switzerland.


Tu hujung sana...T-Express.
Dari sky cruise ni boleh nampak ride tu.



viedo T-Express





Show and Performance 
  • Ada beberapa show dan performance di sini. Kena rujuk laman web untuk jadual. 
  • Masa masuk sini, ambil pamplete dan lihat terus jadual show dan performance
  • Mat Drat sempat ke Carnival Fantasy Parade je. Tapi Mat Drat tak lama pun, rasanya dalam 5 minit parade berjalan, Mat Drat dah gerak tinggalkan parade ni. Agak boring sebab tak ada watak yang kita kenal dan lebih kepada macam carnival festival je.
  • Selain Carnival Festival, show lain Moonlight Parade, Lenny's Fantasy World dan Panda Musical.

Carnival Square - Lokasi Carnival Festival Parade

Ala ala macam carnival kat Brazil la pulak. 



Dalam 4:30 pm Mat Drat dan rakan-rakan berkumpul untuk balik ke Seoul. Dan sampai di Hotel lebih kurang jam 8 malam, selepas 2 jam lebih perjalanan. Tren memang boleh kata penuh.

Selepas berehat sekejap di hotel, Mat Drat dan isteri ke Namdaemun Market untuk cari Souveniour. Semalam dah ke sini, tapi banyak kedai tutup.

Balik dari Namdaemun Market, Mat Drat ke Dongdaemun pula. Semalam pun dah ke sini, malam ni ke sini lagi. Dan esok pun satu malam lagi Mat Drat ke sini. Suka ronda-ronda kat sini.

Cerita ronda-ronda Namdaemun dan Dongdaemun ni nanti Mat Drat share di entry khas...Tempat Shopping Murah di Seoul.


Okey...bersambung di Day 4


~Mat Drat~



Dan link-link lain yang berkaitan trip ni.
Boleh sambung baca travelog Mat Drat di link di bawah ye.... 




Percutian ke Seoul

Tips dan Panduan 

 Travelog Seoul - Day 1 


 Travelog Seoul -Day 1


 Travelog Seoul -Day 1


Travelog Seoul -Day 2


Travelog Seoul -Day 2

Morning Galm Garden 
Han River Cruise

Travelog Seoul -Day 3

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4
Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 5


Tempat Shopping di Seoul
Itenerary Ke Seoul 5H4M



~Mat-Drat ~



Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

9 comments:

  1. Thank you info. Menarik. Saya akan ke Korea next week. :)

    ReplyDelete
  2. Saya pun dah beli kat Klook. hehe. Harap semua berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap tuan punya trip tempoh hari lancar semuanya

      Delete
  3. Yes.. Suka sangat blog.MAT Drat ni.. Banyak info yg bole dijadikan panduan.
    Tak sabar pula nak ke Seoul. Tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ... Sory lambat reply.

      Harap enjoy nanti di Seoul.

      Saya baru balik trip Perth dan Trip Turkey...

      Delete
  4. Hi. Tumpang tanya Kalau budak 4 tahun dan setahun lebih, kena beli tiket d klook jg ke? Thk u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. 1 hingga 2 tahun free. 3 - 12, harga Kanak2.

      Rasanya beli tiker harga dewasa di KLOOK lagi murah dari beli tiket kanak-kanak di kaunter atau online.

      Delete
  5. Saya pun pergi last year April. Saya naik T-Express tu rasa macam nak terpelanting 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat tu Ana boleh naik... Kami naik VR punya je... Tu pun dah menjerit 😬😬😬

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.

Kalau lambat repy tu, Mat Drat minta maaf ye.

Dan kepada Cik / Encik Anonymos, lagi manis kalau letak nama (nama samaran pun okey)