Wednesday, 28 November 2018

Trip Percutian Korea : Travelog Part Akhir

Malam terakhir di Dongdaemun




Dongdaemun

  • Dongdaemun ni dikenali sebagai kawasan fashion dan fabrik.
  • Juga dikenali sebagai Dongdaemun Fashion Town.
  • Ada banyak shopping mall besar di sini. 1 hari pun tak habis ronda di sini.
  • Mat Drat tiga malam turut-turut ke sini. Balik dari Namdaemun mesti ke sini.
  • Selain window shopping, Mat Drat suka ke sini sebab malam di sini 'hidup' dan Dongdaemun Design Plaza (DDP) tu cantik.
  • Antara shopping Mall yang besar di sini, ada Lotte Fitin, apM Place,Maxtyle, Migliore.
  • Mat Drat masuk Lotte Fittin dan amP sahaja.  

  • Apa yang best
  1. Banyak mall
  2. Dongdaemun Design Plaza agak unik dan ada beberapa ikon yang cantik
  3. Gerai khemah tepi jalan agak menarik. Dan berjalan digerai-gerai sepanjang jalan (khemah kuning) cukup untuk habiskan masa 1-2 jam di sini. Banyak pilihan, ada harga yangh agak murah dan ada harga yang biasa-biasa.
  4. Buka Instagram dan cari #Dongdaemun . Banyak gambar-gambar lokasi di sini.

  • Nak ke sini:
  • Turun di Station Dongdaemun History dan Culture Park
  • Kalau naik subway Line 2 (hijau) boleh keluar di 
    • EXIT 11, 12, 13 atau 14 dihadapan Lotte Fittin.
    • EXIT  1 kalau nak ke Dongdaemun Plaza terus dan area gerai khemah kuning.
  • Kalau naik subway Line  4 (biru), keluar di EXIT 9 atau 10

Layan sikit gambar Mat Drat di Dongdaemun ni ....

Dongdaemun Design Plaza ni cukup dikenali dengan 'taman rose kristal'



Belanja isteri lihat rose kristal

Dongdaemun Design Plaza


Dongdaemun Design Plaza





Lotte Fittin dan amP Place

Kill the Time....ronda-ronda di malam hari . Kami berdua je




Deretan gerai khemah kuning. Ala-ala up-town la.

Contoh harga kat sini...
Ni antara yang sempat Mat Drat sambar.




Bungkusan terakhir sebelum balik ke hotel dan esoknya nak balik KL dah.











DAY 5 : SEOUL KE KUALA LUMPUR


Hotel ke Airport

  • Kalau balik dengan MAS, flight 11:00 am, elok gerak awal ke airport.
  • Antara sebab Mat Drat tak guna airport transfer naik bas limousin adalah takut tak sempat nak ke Airport. Jadi tuyang ambil taxi tu.
  • Kami gerak awal dari Hotel sebab takut jem teruk nak ke Seoul Airport
  • 6:00am dah janji dengan driver teksi, driver yang sama masa dari Airport ke Hotel.
  • Driver teksi ni tak tidor kot, tak pun dia tidur dalam kereta sebab 6:am dah tercegat depan hotel.

6:00 dah cerah kat sini..

Alhamdulillah... tak tersangkut dengan traffic jem pagi ni.
Berbeza masa dari Airport ke Seoul hari tu.
Hari ni cukup lancar, dalam sejam dah sampai.


Geng Teksi Mat Drat : Mazli, Helmi dan Wee


Lupa nak bagi tahu : driver teksi ni boleh speaking.
Jadi dalam teksi tu boleh la berbual sikit.
Dia siap pesan : Jangan lupa promote saya ye...
Mat Drat cakap : ye la, nanti saya share kat blog


Incheon Airport





  • Datang awal ni bagus sebab

  1. Boleh rileks-rileks dan tak kelam kabut.
  2. Beratur awal sebelum kaunter dibuka, kalaunaik MAS A380 pastinya penumpang sangat ramai. Kalau lambat, nanti kena beratur panjang
  3. Kalau naik MAS, A380 800... try tanya di kaunter kalau ada kosong seat di upper deck. Tanya je, kalau ada kosong, tu rezeki.
  4. Nak masuk pemeriksaan kastam / imigresen pun panjang
  5. Pastikan cecair / gel tak di bawa masuk ke hand luggage bagasi. Kat sini Mat Drat dah pernah kena disuruh habiskan air mineral Mat Drat. Dia tak bagi buang/tinggalkan botol dengan air.
  6. Kawan Mat Drat, bawa kosmetik (gel aloevera dll) siap kena keluarkan barang dan disuruh check-in balik ke dalam. Dah kena keluar dan check in semula beg.



    Ada mesin penimbang. Jadi timbang siap-siap beg ye,.


    Nasib baik Mat Drat dan team dapat di barisan depan...
    Jadi tak kena beratur panjang


    Boleh la habiskan dulu  masa ronda-ronda airport sebelum masuk boarding gate



    1. Jangan lupa, kalau nak claim VAT (GST), boelh claim di sini. Ada kaunter 
    2. Jangan berelagr jauh-jauh, dah check in, terus je ke kaunter imigresen dan masuk ke boarding area.
    3. Di dalam boarding area, banyak tempat nak shopping...boleh habiskan masa kat situ.
    4. Dalam ni nanti, boleh la beli seewed. Mat Drat rasa murah...


    Kat Korea ni depa suka pakai App Line ye

    Seewed kering. Ada yang boleh rasa. Jangan risau, sales girl nampak je muka MELAYU, dia akan bawa ke product yang ada tanda halal.
    USD 21 - USD 30


    Siap ada HALAL Jakim lagi

    Hasil tuaian terakhir di Seoul.


    Dalam flight, Mat Drat ambil seat bawah sebab tak ada seat upper deck yang sebelah tingkap.
    Di bawah, dapat seat belakang sekali (sebelum seat crew)



    Dah banyak berbual dengan crew....dia bagi la Mat Drat merasa naik ke upper deck ikut tangga.
    Tangga ni hubungkan lower deck dan upper deck, tapi untuk crew sahaja.
    Merasa la....


    Alhamdulillah...safely landed di KLIA...




    Alhamdulilah...selepas 6 jam penerbangan lebih kurang....akhirnya sampai kami di KLIA.

    Tamat sudah trip Seoul kali ni....


    Boleh sambung baca travelog Mat Drat di link di bawah ye.... 





    Percutian ke Seoul

    Tips dan Panduan 

     Travelog Seoul - Day 1 


     Travelog Seoul -Day 1


     Travelog Seoul -Day 1


    Travelog Seoul -Day 2


    Travelog Seoul -Day 2

    Morning Galm Garden 
    Han River Cruise

    Travelog Seoul -Day 3

    Travelog Seoul -Day 4

    Travelog Seoul -Day 4

    Travelog Seoul -Day 4
    Travelog Seoul -Day 4

    Travelog Seoul -Day 5


    Tempat Shopping di Seoul
    Itenerary Ke Seoul 5H4M



    ~Mat-Drat ~



    Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

    2 comments:

    1. Terima kasih atas perkongsian yg byk membantu... :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. semoga percutian akak dimudahkan...enjoy your trip

        Delete

    Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.

    Kalau lambat repy tu, Mat Drat minta maaf ye.

    Dan kepada Cik / Encik Anonymos, lagi manis kalau letak nama (nama samaran pun okey)