Friday 16 November 2018

Travelog Trip Seoul Part 3 : Day 1 - Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik



Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul




Travelog Seoul Day 1 bersambung lagi...

Entry ni bersambung dari entry sebelum ni 


Ikut itinerari, selepas melawat Namsan Tower, Mat Drat dan rakan-rakan akan ke 
  1. Restoran Kampungku (early dinner) dan 
  2. Myeong Dong Market (shopping barang kosmetik)
  3. Cheonggycheon Stream (menyusuri tebing sungai)


Makanan Halal Seoul 

Untuk yang masih belum tahu, di Seoul ni umat Islam adalah sangat sedikit, tetapi nak mencari restoran makanan halal tidak la susah sangat.

Tourism Seoul pun ada buat directori restoran halal di Seoul dan Korea secara amnya, boleh dapatkan pejabat di KTO (Korea Tourism Organization) atau semasa MATTA Fair.

Restoran 'muslim-friendly' di Seoul (dan Korea keseluruhannya) dikategorikan kepada 4 ketegori:
  1. Halal Certified
  2. Self Certified
  3. Muslim Friendly
  4. Pork Free

Nak cari yang kategori 1 dan 2, agak susah kerana bilangan tak banyak dan lokasi mungkin agak susah dituju. Walau bagaimana pun, Mat Drat akan cari yang kategori 2. Kalau agak susah nak jumpa, harga agak mahal dan lokasi jauh, yang kategori 3 pun okey.  Kita tengah merantau, yakin Halal .....Mat Drat akan makan. (Tapi tengok juga keadaan penyedia dan suasana kedai/gerai).

Restoran sajikan makanan India, Arab dan Timur Tengah la palong senang nak cari. Tapi Mat Drat dan kawan-kawan dan decide akan makan di restoran yang sajikan makanan korea sahaja semasa di sini. 

Jadi ini destinasi pertama  untuk makan-makan Mat Drat dan rakan-rakan untuk trip Seoul ni



Restoran Kampungku

Restoran Kampungku Halal Trip Percutian Seoul


  • Turun dari Namsan Tower kami terus menuju ke Restoran Kampungku.
  • Restoran Kampungku ni dimiliki oleh rakyat Malaysia dan pekerjanya terdiri dari beberapa orang pelajar yang menuntut di sini.

Cara nak Kesini
  • Subway Line 4, station Myeong-Dong - keluar di EXIT 3. 
  • Ambil susur ke sebelah kiri menuju ke Pacific Hotel.
  • Sampai Pacific Hotel, ada 2 simpang.  Ambil susur kiri menuju Restoran Kampungku, susur kanan menuju ke Namsan Tower.
  • Dalam 200 meter akan jumpa Restoran Kampungku.
  • Jelas nampak restoran ni sebab warnanya yang terang dan 2 tingkat. Tak akan terlepas kalau melalui depannya.
  • Mat Drat ke sini dari Namsan Tower (cable car)
  • Menuruni kembali jalan/lorong yang Mat Drat naik tadi sampai ke Pacific Hotel.

Menu
  • Makanan Korea dan makanan Malaysia
  • Takkan datang Korea nak makan makanan Malaysia kan....
  • Makanan Malaysia tu bagi lah kat orang-orang Malaysia yang lama duduk kat Korea dan rindu makan makanan Malaysia macam nasi lemak ke, sate ke...nasi goreng ke...

Harga
  • Harga average dalam KRW 8,000 - 13,000. Ikut menu.
  • Hidangan kat sini macam hidangan orang Asia ye, portion dia kecil. satu set untuk sorang makan je.  Bukan macam portion kat restoran arab atau di europe yang portion agak besar.


Lokasi : Jong-ro 20-gil, Namsandong 2(i)-ga, Jongno-gu, Seoul

Tel :  +82 2-310-9249


Google Map : 👉👉 Lokasi Google Map 

Facebook Page : https://www.facebook.com/kampungkumyeongdong/



Restoran Kampungku Halal Trip Percutian Seoul
Kiri ke Restoran Kampungku
Kanan ke Namsan Seoul Tower





Restoran Kampungku Halal Trip Percutian Seoul
Lorong menuju ke Restoran Kampungku


Restoran Kampungku Halal Trip Percutian Seoul
Sampai sudah ke Kampungku


Restoran Kampungku Halal Trip Percutian Seoul
Semua dah keletihan...touch down awal pagi tadi, terus ke hotel sebelum terus ke Namsan Tower. Ni baru nak berehat sekejap.



Restoran Kampungku Halal Trip Percutian Seoul
Antara hidangan yang ada



Restoran Kampungku Halal Trip Percutian Seoul
Bulgogi
Orang Malaysia la katakan..... tetap order set menu yang ada nasi... Sedap


Restoran Kampungku Halal Trip Percutian Seoul
Bibimbap pun sedap...




Myeong-Dong Market

Kalau ke Seoul, orang kata tak sah singgah di Myeong Dong Market ni untuk beli barang kosmetik. Perempuan mesti dah tahu apa yang nak dibeli.

Product untuk dibeli
Paling biasa dibeli adalah mask...kualiti bagus pada harga murah. 

Kalau tak beli, nanti dah balik Malaysia rasa menyesal pulak tak beli...jadi kalau ada budget, beli je....

Mat Drat beli 3 product kosmetik je...mask, pencuci muka dan krim aloevera.  Barang-barang lain macam souveniour, kerongsang dll  Mat Drat beli kat tempat lain.

Kalau berkesempatan ke Namdaemun, Dondaemun, Itawon atau Insadong...barang-barang lain boleh beli di situ nanti. Di Myeong-Dong ni product  kosmetik je tak apa.

Mat Drat datang Seoul bukan waktu winter, bulan 4 tu dah kira Spring Season  tapi bila malam sangat sejuk.  Kalau datang malam, elok pakai baju tebal sebab sejukkk, Mat Drat hari tu malam mencecah 13℃


Kedai Murah
Ada banyak pilihan kedai. Masuk la 3-4 kedai dan compare harga.
Nak murah, beli dalam kuantiti banyak. Kebanyakan kedai ada sediakan bundle pack.
Kedai paling ramai pengunjung adalag "Natural Republic". Natural Republic ni pun ada beberapa kedai di sini. Yang paling besar, yang berhampiran dengan EXIT 6 subway.


Budget berapa nak belanja kat sini
Budgetkan la nak belanja berapa kat sini. Macam Mat Drat limit RM400 je... percayalah, kalau limitkan RM1,000....RM1,000 tu boleh habis dalam masa tak sampai 3 jam kat sini.


Makanan Halal di sini
Di Myeong-Dong market ni nanti akan jumpa beberapa gerai yang ada tulisan 'halal'.
Bergantung, kalau rasa yakin nak makan....makan lah. Mat Drat tak yakin nak makan. Jadi ambil gambar je lah.
Ada juga baca kat blog-blog, ada yang makan.... Pilihan individu.



Cara nak Kesini
  • Subway Line 4, station Myeong-Dong - keluar di EXIT 6 atau EXIT 7. 
  • Subway Line 4, station Hoeyheon - keluar EXIT 5 atau EXIT 6
  • dan tuju ke Pacific Hotel. Nanti ada 2 simpang di kiri dan kanan Pacific Hotel. Ambil kiri. Simpang kanan menuju ke Namsan Tower.


Sedikit gambar semasa Mat Drat di Myeong-Dong Market





Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Bismillah.....mulakan aktiviti menyopping di Myeong-Dong Market


Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Natural Republic...antara pilihan utama jika nak beli product kosmetik.
Banyak pilihan dan harga pun agak murah.



Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Nak murah...beli yang dah pack banyak-banyak.
Tapi puas lah nak habiskan nanti.



Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Krim Alloevera
KRW 13,500 untuk 4 botol. Agak murah juga... (jangan convert ke RM )


Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Nampak macam murah....tapi ada tempat lagi murah... jadi tak payah la beli kat sini.
Tempat yang Mat Drat beli lagi banyak pilihan, lagi murah..
Sangat banyak pilihan ....macam kat warehouse.


Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Tapi kalau tak sempat nak ke tempat lain, beli kat sini pun masih dikira murah...


Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Wow....Sotong  'HALAL". Nak try???


Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Halal ni...kawan Mat Drat si Lan ni kata.
Mat Drat kata, sila lah makan...Mat Drat ambil bau je la ...


Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Pancake dan Fishcake 'Halal'.
Bau dia memang menggoda, lagi-lagi dalam kesejukan...
Tapi Mat Drat ambik bau je... 



Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Tengok....orang Korea pun dah pandai jual KEBAB...
Nampak je pelancong muka Malaysia / Indonesia.....cepat je dia jerit....
"Kebab...Kebab..Halal.."
Pun sama....Mat Drat ambil bau je..



Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Okey...yang ni satu-satunya Mat Drat yakin nak beli.
Macam mee, tapi dibuat dari tepung beras kalau tak silap.
Tepung semata-mata dia kata.
Mamat ni pulak boleh cakap melayu sikit-sikit....



Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Skillfull dia ni, terpegun dia uli dan jadikan helaian dan untaian halus ni pakai tangan je.
JANGAN lupa tengok skil dia. Menarik ...



Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Sementara kawan-kawan perempuan menyopping lagi, kami para lelaki setia menunggu dalam kesejukan.



Okey, selesai aktiviti shopping di sini...malam pun dah agak lewat. Jadi itinerari nak menyusuri Cheonggycheon Stream (sungai) tak diteruskan.

Tapi ada beberapa kawan Mat Drat yang kesana, dan yang lain balik terus ke bilik.

Mat Dart balik bilik sekejap sebelum keluar semula ke Dongdaemun. Malam pertama ni Mat Drat intai-intai je, sebab dah letih. Malam ke dua, Mat Drat ke sini lagi. Dan malam ke tiga juga. Ni Mat Drat share di next entry.


Boleh sambung baca travelog Mat Drat di link di bawah ye.... 





Percutian ke Seoul

Tips dan Panduan 

 Travelog Seoul - Day 1 


 Travelog Seoul -Day 1


 Travelog Seoul -Day 1


Travelog Seoul -Day 2


Travelog Seoul -Day 2

Morning Galm Garden 
Han River Cruise

Travelog Seoul -Day 3

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4
Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 5


Tempat Shopping di Seoul
Itenerary Ke Seoul 5H4M



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.