Tuesday 20 November 2018

Travelog Trip Seoul Part 7 : Day 4 - GwangHwamun Square




Trip Seoul bersambung untuk hari ke-4. Hari terakhir kami meronda-ronda di Seoul sebab esoknya awal pagi kami dah bertolak ke airport.

Itinerari hari ni kami akan cover area City Centre sahaja, beberapa tempat dan terpaksa cover sebanyak yang boleh :
  1. Gwanghwamun Square
  2. Gyeongbokgung Palace - Royal Guard Changing Ceromony
  3. Myeng-dong Tourist Centre - Try baju hanbok
  4. Gravin Muzium
  5. Namdaemun - Beli Brooch murah
  6. Grand Mosque Seoul - Solat dan makan
  7. Itawon (Market) - Shopping Souveniour
Dan malamnya, Mat Drat sambung lagi ke Dongdaemun.


Oleh kerana banyak tempat nak cover hari ni, jadi seawal 7am kami dah bergerak ke destinasi pertama iaitu Gwanghwamun Square.

Memandangkan station subway terdekat dengan hotel kami, adalah laluan subway line 5, jadi kami ambik subway ni dan turun di station Gwanghwamun.

Kalau nak terus ke Gyeongbokgung Palace, boleh ambik subway line 3 dan berhenti di station Geongbokgung, dekat sikit dengan istana.

So pilih mana yang selesa dan menyenangkan.











GWANGHWAMUN SQUARE


Gwanghwamun Gate - Pintu Utama ke Gyeongbokgung Palace

  • Gwanghwamun merupakan gate utama untuk masuk ke Gyengbokgung Palace.
  • Dan di hadapan Gwanghwamun Gate ni terletaknya Gwanghwamun Square di mana di sini tersergam 2 statues general tentera dan juga merupakan pahlawan terkenal Korea.
  • 2 general yang di abadikan di sini adalah Admiral Yi Shushin dan King Sejong.
  • Melalui kawasan ni (Gwanghwamun Square) ke Gyeongbokgung Palace, kita akan perasan kawalan yang cukup ketat, polis cukup banyak berkawal di satu bangunan....dan bangunan tu Embassy of the United States.

  • Di sini akan kalau nasib baik, akan ada pertunjukkan dan pameran.
  • Bergambar di sini cukup cantik bagi Mat Drat, dengan berlatar belakangkan istana dan bukit dibelakang istana.
  • Bersebelahan Gwanghwamun Square juga terletak Cheongyeheon Stream.


Subway Line 5
  • Macam Mat Drat bagi tahu tadi, kalau hotel dekat dengan Subway Line 5, elok ambil subway Line 5.
  • EXIT 2 : Exit ni paling senang dan dekat dengan Gyengbokgung Palace.
  • Akan jumpa Statues King Sejong dan Embassy US
  • EXIT  9 : Mat Drat cadangkan keluar di exit 9 ni
  • Akan jumpa Statues Admiral Yi Shushin dahulu sebelum King Sejong.
  • Exit ni berdekatan dengan Cheonggyecheon Stream. Chenggyeheon Stream ni kira sungai yang diupgrade jadi tarikan. Mat Drat patut ke sini pada hari pertama, tapi tak sempat.


Entry ni ringkas je, sekadar share gambar di Gwanghwamun Square. Entry berikunya Mat Drat share itinerari kami ke Gyengbokgung Palace.





Statues Admiral Yi Shushin



Statues Admiral Yi Shushin


Rombongan Kak Kiah... 

Statues King Sejong


Tak tahu pameran apa pun sebenarnya. Tengah shooting ke apa.
Mat Drat tanya boleh bergambar duduk kat kerusi, boss dia kata boleh, siap suruh 'pelakon' dia jadi guard sebelah.


Macam pelakon kore je yang 2 orang ni.
Dia orang ni tengah makan sebenarnya, bila Mat Drat ajak bergambar. Terus dia letak makanan, dan bergambar. Sporting je orang Korea ni.

Ramai gila polis dan bodyguard kat belakang Statues King Sejong ni.
Mat Drat ingatkan depa berkawaal depan King Sejong tu, rupanya sebelah ni Embassy US.
Tiap-tiap hari memang macam ni depa berkawal.


Dah bergambar dengan 2 general dan admiral tadi, sekarang masa ke Gyengbokgung Palace pulak.


Dan sampai sudah...Gwanghwamun Gate

Jalan depan gate ni memang sangat sibuk... 



Okey...bersambung di Day 4


Dan link-link lain yang berkaitan trip ni.
Boleh sambung baca travelog Mat Drat di link di bawah ye.... 





Percutian ke Seoul

Tips dan Panduan 

 Travelog Seoul - Day 1 


 Travelog Seoul -Day 1


 Travelog Seoul -Day 1


Travelog Seoul -Day 2


Travelog Seoul -Day 2

Morning Galm Garden 
Han River Cruise

Travelog Seoul -Day 3

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4
Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 5


Tempat Shopping di Seoul
Itenerary Ke Seoul 5H4M



~Mat-Drat ~



Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.