Tuesday 26 November 2019

Japanese Village : Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Japanese Village Colmar Tropicale Bukit Tinggi



Mat Drat sambung sikit lagi perkongsian santai ke Bukit Tinggi ni.

Bersambung dari entry sebelum ni


Percutian Colmar Tropicale Bukit Tinggi


.............................................................................

TEMPAT MENARIK DI BUKIT TINGGI

Seperti yang Mat Drat senaraikan 5 tempat menarik sebelum ni, berikut adalah aktiviti dan tempat yang boleh diluangkan masa 
  1. Colmar Tropicale
  2. Japanese Village
  3. Botanic Garden
  4. Rabbit Farm
  5. Horse Riding - Horse Trail

1. Colmar Tropicale 

Mat Drat dah share detail di perkongsian sebelum ni.



2. Japanese Village

Dari Colmar Tropicale Mat Drat ke Japanese Village pula. Nak sedap didengar, dari Perancis Mat Drat ke Jepun pula!!

Japanese Village boleh la dikatakan tempat kedua yang paling ramai lawati jika ke Bukit Tinggi ni. Memang selepas melawat dan bersiar-siar di Colmar Tropicale ni, kebanyakkan orang akan ke Japanese Village


i. Lokasi
  • Juga terletak di Bukit  Tinggi.
  • Lebih kurang 3 km dari Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.

ii. Tiket Masuk Japanese Village
  • Tiada Bayaran - Percuma
  • Hanya bayar 'sewa' baju kimono bagi yang berminat nak pakai.

iii. Aktiviti di Japanese Village
Tak banyak aktiviti di sini yang boleh dilakukan, sekadar meronda dan menkmati ketenangan dan keindahan 'kampung' ini.
  1. Bergambar di sini. Lepas tu apa lagi, share kat FB atau IG
  2. Sewa kimono, untuk gambar yang lebih ke'Jepun'an. Kadar sewa pada harga RM20/ seorang
Nak bersantai di sini pun tak boleh sangat sebenarnya sebab kawasan agak kecil, pengunjung pula agak ramai.


iv. Cara ke Japanese Village

Boleh ke sini dengan 
  • kereta atau 
  • shuttle bas

Shuttle Bas - Percuma
  • Ada pondok menunggu shuttel bas di luar Colmar Tropical.
  • Tiada bayaran dikenalkan untuk naik shuttle bas ni
  • Ada beberapa shuttle bas yas yang berbeza, jadi jangan main naik je bas tu, tengok (atau tanya dulu) sebelum naik.
    • Colmar - Animal Park - BHGCC - Animal Park - Colmar
    • Colmar - Japanese Village - Colmar
    • BHGCC - Horse Trail
  • Perhatikan masa perjalanan bas, dan rancang waktu balik.
  • Shuttle Bas akan berhenti di tempat parking kereta di Japanese Village, jadi pengunjung yang naik bas juga perlu menapak dan mendaki seperti mana mereka yang menaiki kereta. 

Colmar Tropicale Shuttle Bas ke Japanese Village
Pondok menunggu bas dibelakang Mat Drat tu (khemah)
Colmar Tropicale Shuttle Bas ke Japanese Village
Shuttle Bas. Tak ramai trip awal.



Colmar Tropicale Shuttle Bas ke Japanese Village
Route Shuttle Bas
    • Colmar - Animal Park - BHGCC - Animal Park - Colmar
    • Colmar - Japanese Village - Colmar
    • BHGCC - Horse Trail

Pandu Terus ke Japanese Village
  • Boleh pandu terus sahaja, signboard cukup jelas. Guna WAZE pun boleh.
  • Jarak dari Colmar Tropicale hanya 3 km, dalam 5 minit pemanduan.
  • Lot parking agak limited ye di sini, sangat limited. Jika sampai di sini tengah hari, terutamanya weekend atau public holiday, mungkin perlu park kereta di lot parking di bawah sedikit.
Colmar Tropicale Japanese Village
Waktu Mat Drat sampai, masih tiada masalah nak park kereta.
Tu untung datang awal.


Colmar Tropicale Japanese Village
Bila balik, dah penuh. Ada yang terpaksa menunggu parking kosong, ada yang park di bawah sedikit.


Jom layan gambar .....

Dari tempat parking kereta, kita perlu manapak dan mendaki sedikit ke Japanese Village ni


Dan terus mendaki... nasib baik agak landai..


berjalanlah sehingga jumpa signboard
"Selamat Datang ke Rumah Teh Jepun Pertama di Hutan Tropika"


Dan mendaki sedikit lagi... he he he
Dan ada lah sikit anak tangga perlu di daki

Dan lagi...tak sampai-sampai lagi ni
Dah keletihan dah anak sorang ni...
Akhirnya sampai ke pintu gerbang 'Japanese Village'
Lihat bumbung dia, teringat Trip Seoul


Trip Seoul
Dan kita mula disajikan dengan pemandangan dan bunyi air sungai mengalir... tenang..
Datang la awal,,, tiada gangguan untuk bergambar

Ikan Koi ....hidup aman di hutan tropika

Cuci mata dan terapi mata

Nikmatilah keindahan alam dan ketenangan yang ada... sementara pengunjung belum ramai
Ada rumah kecil, untuk menyewa Kimono
Jangan risau, mereka akan pakaikan kimono. Dan carilah warna yang lain dari warna hijau.
Sewa Kimono = RM 20 seorang
Jangan lupa beli makanan ikan, terapi mata sambil jimatkan kos penjagaan ikan mereka




Lelaki pun ada kimono (pakaian tradisional Jepun untuk lelaki) tapi Mat Drat tengok tak menarik.


Dan mulalah sesi bergambar dengan kimono....















Tengah berjalan, jatuh ulat gonggok giant ni, dan terpijak.
Jadi elok pakailah baju lengan panjang ke sini, elak unggas atau serangga di sini kalau ada.


Sangatlah besar... besar dari jari .


Setelah lebih 30 minit Mat Drat di sini, pengunjung semakin ramai...


Dan selesai trip ke Kampung Jepun. 


3. Botanic Garden

Mat Drat ke Colmar Tropicale ni dengan anak-anak, jadi tak bawalah anak-anak ke sini. Kesian pulak mereka tengok pokok pokok je...

Lokasi bersebelahan Japanese Village.



Jumpa signboard ni, pergi arah kiri. Arah kanan ke Japanese Village


4. Rabbit Farm

Satu lagi aktiviti adalah bawa anak-anak ke Rabbit Farm. Kalau ada anak-anak kecil, boleh la ke sini.

Mat Drat  tak pergi, sebab macam baru je lagi bawa anak-anak tengok binatang... macam-macam binatang Mat Drat bawa tengok.. Lagipun anak-anak dah besar.

Lokasi Google Map Rabbit Farm


👇👇
 Trip Perth
 Carversam Wildlife Park 





5. Horse Riding

Bagi yang gemar menunggang kuda, boleh la menunggang kuda di sini. Nampak agak menarik trail dia. 

Memetik dari laman web Colmar Tropicale, dinyatakan horse trail akan melalui kawasan yangcukup menarik

If you love horse riding, you’ll love Colmar Tropicale, Berjaya Hills. With 16,000 acres of hills, valleys, rainforest and open countryside as well as the cool refreshing highland climate and spectacular scenery, this beautiful resort will make your horse riding experience memorable and enjoyable."


Mat Drat tak tahu pun ada horse riding di sini sebelum tiba, jadi menunggang kuda dengan anak-anak, dan hari pun dah agak panas, rasa tak sesuai.

Rate Horse Riding : Rate berbeza weekend dan weekday

Waktu  : 10:00 am - 06:00 pm ( Tutup selasa kecuali public holiday)
- 30 minit ride (RM90 - Weekday / RM 110 weekend)
- 1 hour outride ride (RM140 - Weekday / RM 160 weekend)

Jenis Ride  : 
- Lead Ride ( 1/2 hour or 1 hour ride)
- Outride / Trail Ride (1 ½ or 2 hoursout ride on the road to the hill plateau)
- 3 hours ride
- picnic ride

Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut http://colmartropicale.com.my/pdf/Types_of_Rides_Leaflet.pdf


Next trip,  InsyaAllah Mat Drat akan buat aktiviti ni. 




Ni pula gambar Mat Drat dan wife menunggang kuda di Rose Valley, Cappadocia Turki April 2019 baru ni. Memang best.




Selesai trip singkat Mat Drat ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi. 1/2 hari, dapatlah melawat perkampungan Perancis dan Kampung Jepun. 

Mat Drat cadangkan, balik dari Bukit Tinggi ni boleh la berkelah di Janda Baik atau pun sambung ke Genting Highland pula.


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

2 comments:

  1. Cantik pemandangan dekat sini. Nanti kalau berkesempatan, boleh jadikan entry abg Art ni as rujukan. Best sangat tengok gambar-gambar yg cantij..

    ReplyDelete
  2. nampak santai dan seronok je kat situ. boleh masuk dalam bucket list sisyat ni..bw anak2 time cuti sekolah :-)

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.