Sunday, 24 November 2019

Percutian Santai di COLMAR TROPICALE Bukit Tinggi Pahang (Berjaya Bukit Tinggi)


Percutian Colmar Tropicale Bukit Tinggi



INTRO

Weekend baru ni Mat Drat ke Colmar Tropicale Berjaya Hill Bukit Tinggi, Pahang.  Kira ni percutian pendek, hanya luangkan masa setengah hari bersama anak-anak.

Plan nak ke sini pun beberapa hari sebelumnya, tapi memandangkan long public holiday, semua unit bilik dah fully booked. Jadi tak dapat la nak bermalam kat sini. 

Mat Drat malas nak booking awal-awal, sebab takut jadi macam kes 2-3 tahun lepas, dah booked awal tapi tak dapat nak kesini. Tapi tu la, tak booking, tak dapat pulak bilik kosong nak buat percutian terjah.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat


.............................................................................

COLMAR TROPICALE BUKIT TINGGI

Colmar Tropicale Bukit Tinggi ni merupakan sebuah pusat peranginan, yang juga dikenali sebagai Colmar Tropical French Theme Resort.

'Colmar Tropicale' ini sebenarnya dibangunkan berdasarkan model bangunan di sebuah bandar abad ke -16 di Colmar Town yang terletak di tenggara Alsace, France dan rekebentuk senibinanya turut mengambil elemen senibina bangunan di sebuah perkampungan lama di Riquewihr, Turckkheim dan Kayserbergh. 

Mengikut sejarahnya, ianya diilhamkan oleh Perdana Menteri, Tun M ketika itu yang melawat Alsace. Dan Tan Sri Vincent Tan, founder Berjaya Corporation Berhad  menjadikan realiti dengan 'replicate' bandar sebenar Colmar ke Malaysia.

Sumber : http://www.colmartropicale.com.my/home/about-us/

Tapi sebelum cerita panjang, Mat Drat selit sikit di entry blog ni - travelog Mat Drat ke Paris dahulu. Mana tahu ada yang ingin ke Paris pula.

Pyramid Musee du Louvre Tempat Menarik di Paris
Pyramid Musee du Louvre
👇👇

Percutian Ke Paris - Tips dan Panduan
👇👇

COLMAR TROPICALE BUKIT TINGGI

Mat Drat kongsi sedikit info mengenai Colmar Tropicale Bukit Tinggi ni. 

Untuk mereka yang ingin bercuti ke sini, kita tidak semestinya perlu menginap di sini ye. Colmar Tropicale atau Bukit Tinggi ni memang dibuka untuk semua, jad boleh datang melawat tanpa ambil bilik di sini. 

 Lokasi  

  • Colmar Tropicale Bukit Tinggi ni merupakan pusat peranginan yang terletak tidak jauh dari Genting Highland. 
  • Terletak di daerah Bentong Negeri Pahang.
  • Dari Tol Gombalk, hanya 35 km (masa pemanduan lebih kurang 40 minit).
  • Selepas melepasi Genting Sempah, dalam 7-8 km akan sampai di persimpangan untuk naik ke Bukit Tinggi ni. Dari situ ke atas dalam 10 km dengan masa memandu lebih kurang 15 minit.

 Tiket Masuk  

  • Untuk masuk ke sini, ada dikenakan bayaran.
  • Sampai di gate/pintu gerbang, kereta hanya dibenarkan melaluinya selepas membuat bayaran.
  • Harga tiket Bukit Tinggi
    • Adult : RM 16
    • Child : RM 8
Tips
  • Sampai awal supaya tak perlu beratur di pintu gerbang untuk masuk
  • Jika  tiket disertakan dengan kupon makanan,  jangn lupa redeem atau guna kupon yang diberi. Mungkin voucher makanan atau minuman. (Bergantung kepada promosi)

Kaunter Tiket Bukit Tinggi Harga Tiket
Pondok Kawalan dan Kaunter Tiket di pintu masuk

.............................................................................

HOTEL DAN APARTMENT DI BUKIT TINGGI


 Hotel di Berjaya Hill Bukit Tinggi  

Setahu Mat Drat, ada 3 hotel/ resort di kawasan ni
  1. Hotel Colmar Tropicale Bukit Tinggi 
  2. The Chateau Spa & Organic Wellness Resort 
  3. Berjaya Hill Golf &Country Club 
Mat Drat lebih suka menginap di Colmar Tropicale sebab tempat ni tak la sunyi sangat berbanding 2 hotel/resort lain. Kira waktu malam, boleh melepak di tengah-tengah 'bandar' Colmar ni.

Kat Colmar ni waktu malam, boleh la kita melepak kat Starbuck atau cafe-cafe lain. Tak ada aktiviti lain boleh dibuat di sini waktu malam, kecuali minum santai sambil berbual-bual sahaja.

   ðŸ‘‰ Colmar Tropicale


    👇
The Chateau Spa & 



 Apartment / Homestay berdekatan Bukit Tinggi  

Jika tak nak menginap di hotel atau resort di Berjaya Bukit Tinggi atau pun unit penuh, mungkin boleh mencari apartment di area sini atau area berdekatan. 

i. Meranti Park Suite
Meranti Park Suite ni juga kawasan Berjaya Hill Bukit Tinggi.  Mat Drat intai-intai, rasanya unit-unit ni disediakan oleh individu (dan bukan diuruskan oleh mana mana resort atau hotel. 

Jadi nak booking tu, baca review dulu. Antara yang Mat Drat jumpa apartment/homestay adalah (nama berbeza sebab diuruskan oleh individu berbeza):

1Berjaya Hill Meranti Park 
2. Meranti Park Suite Berjaya Hill

Apartment ni Mat Drat rasa mesti sangat sunyi dan jarak ke Colmar Tropicale lebih kurang 4 km. Lihat gambar pun dah terasa 'kesunyiannya'...

ii. Selesa Hillhomes, Bukit Tinggi
Pilihan lain adalah menginap di Selesa Hillhomes. Selesa Hill Homes ni dari Lebuhraya KL-Karak boleh nampak, tak jauh dari Genting Sempah dan Pekan Bukit Tinggi. Cuma agak jauh dari Colmar Tropicale la. 

Sesuai kalau menginap di sini, siangnya kita ke Colmar Tropicale dan malam ke Genting Sempah.

Mat Drat senaraikan antara unit yang disewakan, Mat Drat kongsikan dari platform booking yang berbeza

Homestay dan Hotel Kampung Janda Baik dan Genting Highland

Tak pun cari je hotel atau homestay di Kampung Janda baik. 3 unit Mat Drat kongsikan dari 3 platform berbeza
Mat Drat pun baru je buat reservation di homestay di Kampung Janda Baik. Bulan depan baru check-in, jadi lepas check-in tu nanti baru boleh buat review sikit.

Kalau tak berkenan nak menginap di apartment di Bukit Tinggi, mungkin boleh cari hotel atau resort di Genting. 






Tempah Bilik melalui AirBNB - Murah  

Mat Drat ada perasan masa cari bilik hari tu, apartment termasuk di Colmar Tropical juga boleh dibooking melalui Airbnb.

Bagi yang belum tahu, Airnb ni platform booking 'homestay' asalnya. Kini  Airbnb tawarkan pelbagai service di platform mereka. Hotel pun dah ada yang iklankan bilik mereka di Airbnb.

  Airbnb (dengan diskaun kredit )    


Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni  

Nilai kupon ni berubah-rubah, bergantung pada waktu promosi.

Tips dan Syarat nak RM 165
Ada 2 diskaun yang boleh dituntut
1. Rebat RM 120 untuk penginapan yang jumlah booking melebihi RM 290.
2. Rebat RM 45 untuk tempahan aktiviti di Airbnb.

Kredit diskaun ni untuk 1st time user je. Kalau dah ada akaun, daftar la pakai nama wife ke, tak pun create je akaun baru dengan email lain. Kalau dapat RM 165 diskaun, banyak jimat tu... 

Ingat...  
kena daftar dalam masa 30 hari. Dah daftar,  kredit akan masuk ke akaun dan valid untuk tempoh 1 tahun.

Pilih lah nak booking unit melalui airbnb di apartment/homestay mana. Ikut berkenan yang mana satu.

Jadi nak dapat RM 120 tu, 
- Klik LINK di atas dan daftar akaun
- Buat tempahan dalam masa 1 tahun.
- Nilai reservation melebihi RM 290 (termasuk fee-fee lain)
- Jadi, tempahlah unit (cari yang mahal sikit atau tambah hari) untuk jadikan lebih RM290.
- Pastikan bila nak bayar, jumlah bayaran dah ditolak dengan kredit yang diberi




TEMPAT MENARIK DI BUKIT TINGGI

Harus ingat, bercuti di Bukit Tinggi adalah percutian yang agak santai, sesuai dengan lokasinya yang tenang. Jadi tempat-tempat menarik di sini agak 'me-rileks'kan'.

Mat Drat senaraikan 5 tempat yang menarik, yang boleh diluangkan masa jika ke sini.
  1. Colmar Tropicale
  2. Japanese Village
  3. Botanic Garden
  4. Rabbit Farm
  5. Horse Riding - Horse Trail


1. Colmar Tropicale 

Ni lokasi utama kalau ke Bukit Tinggi. Pekan yang bercirikan sebuah kampung di France.

Bersiar-siar di sini dan bergambar sambil memenuhkan memori telefon. Mat Drat rasa 1 jam sudah memadai di sini. Itu pun sudah agak lama sebenarnya, jika sekadar bergambar. Kalau nak lama, singgah salah satu cafe, boleh luangkan masa lama di situ.

Selain bangunan di sini yang bercirikan senibina Perancis, juga terdapat beberapa 'tempat' yang perlu disinggahi atau aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang di sini.
  1. Meronda kawasan 'pekan' Colmar Tropicale
  2. Arcade Video
  3. Bersantai di cafe
  4. Dinosour park - dengan bayaran
  5. 6D Motion Ride - Adult RM 17, Child RM 14
  6. Tatami Spa http://www.colmartropicale.com.my/spa/

Jom layan gambar, beserta caption di gambar. (Tak habis menulis lagi ni, akan bersambung dengan Japannese Village )


Parking lot di sebelah Chateau Resort.
Pemandangan Colmar Tropicale dari parking lot.

Perlu menapak dalam 100-200 meter ke Colmar Tropicale.
Kalau ada yang berkerusi roda (wheelchair), atau orang-orang tua,
boleh turunkan mereka di roundabout ni.
Tak perlu mereka berjalan kaki jauh.

Rombongan Mat Drat ke Colmar Tropicale
Memasuki Colmar Tropicale

Tour De L/Horlodge Clock Tower
10:00 am Mat Drat sampai, nak elak orang ramai dan nak elak cuaca panas.
Lagi pun nak ke Japnese Village nanti tak la panas sangat


Photo booth... macam biasa, harga pelancong.
Percutian Colmar Tropicale Bukit Tinggi Tempat menarik
Masih lengang .... 
Bila balik, orang dah ramai di laluan ni
Percutian Colmar Tropicale Bukit Tinggi Tempat menarik
Untung datang awal, bergambar tak diganggu dan tiada 'gangguan' dalam gambar.
Waktu nak balik, orang dah ramai, tak merasa nak bergambar macam ni, mesti di belakang ada orang lain.



Pekan Colmar masih lengang, Cafe juga baru nak buka.
Baru feel ala ala Colmar France

Percutian Colmar Tropicale Bukit Tinggi Tempat menarik
Menuju ke 'tower' hujung

Percutian Colmar Tropicale Bukit Tinggi Tempat menarik
Berjaya = Turf Club cukup sinonim.
Diabadikan di sini antara 'kuda-kuda' turf club mereka

Antara tempat untuk habiskan masa dan duit...
'Arcade and Video Game'
Kiddies Ride.
Kira cukup syarat., boleh lah...
Juga tempat nak habiskan masa

Under Construction la pulak...
Mencuba .... 


Kesian Teddy Bear, mungkin dah bertahun masih tiada pengunjung yang berjaya mendapatkan dia.
Percutian Colmar Tropicale Bukit Tinggi Tempat menarik
Meninjau pekan Colmar Tropicale dari tower hujung

Percutian Colmar Tropicale Bukit Tinggi Tempat menarik
Cukup tenang... di awal pagi

Percutian Colmar Tropicale Bukit Tinggi Tempat menarik
Dalam 11am, semakin ramai pengunjung yang tiba
Salah satu product Berjaya Group yang berjaya..
Menjadi pemegang francise 7-11 di Malaysia

Percutian Colmar Tropicale Bukit Tinggi Tempat menarik
Berehat seketika... walau pun tak lebih 5,000 langkah, tapi terasa letih juga mendaki tower tadi.


Percutian Colmar Tropicale Bukit Tinggi Tempat menarik
Masa untuk tinggalkan pekan Colmar setelah selesai sessi bergambar


Percutian Colmar Tropicale Bukit Tinggi Tempat Makan
Boleh breakfast di sini, jika yang nak rasa breakfast di atas bukit.

Percutian Colmar Tropicale Bukit Tinggi Tempat menarik Makan
Antara harga di sini... ala-ala harga di France

Percutian Colmar Tropicale Bukit Tinggi Tempat menarik
Sebelum tinggalkan Colmar Tropicale, turun ke bawah . Bawa anak anak kenal angsa...
Percutian Colmar Tropicale Bukit Tinggi Tempat menarik
Susah nak jumpa angsa sekarang...



Percutian Colmar Tropicale Bukit Tinggi Tempat menarik
Black Swan...
Colmar Tropicale Bukit Tinggi  Tempat Menarik
Solosai... Menuju ke Japanese Village pula lepas ni

Bersambung ke Japanese Village



👇👇
Japanese Village 
Bukit Tinggi



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

23 comments:

  1. Cantik bukit tinggi ni. Bercuti ala-ala oversea gitu. Belum berpeluang nak ke sini lagi. Hrga makan tu standard la tempat2 mcm ni. Pergi genting aritu pun makan nasi lemak ayam RM20++.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemandngan cantik terutama bangunan...
      kami tak makan kat sini pun, agak mahal sikit

      Delete
    2. Salam En Mat.. matok ingin tahu makan selain disini ada di mana lagi.. ?

      Delete
    3. Boleh makn2 di dlm Area Kg Janda Baik yg paling dekat, sambil jln2.

      Atau di RnR Genting Sempah atau Gombak kalau dari KL.

      Di area Sri Gombak pun byk tmpatn utk mkn.

      Delete
  2. Lama dah tak bercuti ke Bukit Tinggi. Dan semasa bercuti ke sana, memang Sis ambil peluang untuk jelajah semua resort, hotel dan apartment. Dan memang betul, ada apartment yang sunyi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain macham dia punya sunyi kan... yl😊😊😁😁😁😀😀😀

      Delete
  3. Rawlins tak pernah lagi sampai kat Colmar nie. Teringin nak buat photoshoot di sekitar binaan nan unik kat situ.
    Pasal penginapan tu, ada a few yang Rawlins baca online yang agak misteri hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat photoshoot tu nanti jgn salah pilih penginapan... he he he

      Delete
  4. best kan abang pergi tempat ni, zul dah pergi lepas raya haritu.. Japanese Village memang cantik giler tapi tak sempat ambil gambar sebab battery phone habiss

    ReplyDelete
  5. Menarik jugak ya bawak anak² ke sini. Sal tak sempat lagi nak singgah. Nanti nak jugak try planning tapi tu la takut dah booking bagai burn pulak..selalu gak jadi gitu. Btw cantikla gambar² lokasi

    ReplyDelete
  6. Dah pernah sampai ke sini. Tetapi short stay je tak bermalam pun. Mas pergi hujan dan angin sangat sejuk jadi tak byk tempat boleh pergi sb tak prepare baju sejuk etc. Sempat jalan area Colmar tu dan Japanese Village je jalan kaki naik bukit. Next time nak bermalam di sini lah.

    ReplyDelete
  7. memang best bawa family bercuti ke sini, feeling2 macam g bercuti oversea jer kan. semoga murah rezeki dapat bawa anak2 ke sini lagi

    ReplyDelete
  8. Bucketlist ! tempat ni memang dari dulu nak pergi cuma selalu tak dapat cuti panjang-pang. Kita nak cuti 2, 3 hari baru boleh explore dan menikmati hehe

    ReplyDelete
  9. teringin nak sampai kat sini! nak kena penuhkan tabung ni alang2 mesti nak check in juga!

    ReplyDelete
  10. beberapa tahun lepas, opis saya ada buat brainstorming kat sini, kami menginap kat colmar. memang best giler bilik dia, selesa dan nyaman 😊

    ReplyDelete
  11. Memang cantiklah tempat ni.. macam di oversea. Gambar semuanya cantik menarik.. terbaiklah..

    ReplyDelete
  12. lama tak pergi kat sini..mesti best bila dapat bercuti dengan famili ke tanah tinggi...plg mengujakan pemandangan dia memang cantek giler

    ReplyDelete
  13. Saya ni tiap bulan lalu sana bila nak balik kampung maklumlah orang Pahang tapi tak pernah nak singgah pun kat sini hehehe tengok jer orang lain pergi tempat cantik dan menarik bestnya...... Nak pergi juga satu hari nanti...

    ReplyDelete
  14. Masha Allah cantiknya, cam kat oversea ya. Lots of view untuk instagram pic kan hihi

    ReplyDelete
  15. Lama dah tak ke sini. Ambik gambar kat sini memang cantik-cantik.nak masuk sekarang dah mahal ye. Dulu kira per kereta. Tapi belas tahun yang sudahla. Hihi

    ReplyDelete
  16. Dah lama teringin nak jengjalan sini snap gambar menarik dengan family. Entah bila laaaa sampai agaknya. Hehee.. Dok sokmo baca, tengok gambar orang jer..

    ReplyDelete
  17. Saya selalu bawa kumpulan melancong ke sini, memang menyeronokkan.

    ReplyDelete
  18. sonok tu jalan2 kebun jepun., ;p

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.