INTRO
.............................................................................
i. Meranti Park Suite
Meranti Park Suite ni juga kawasan Berjaya Hill Bukit Tinggi. Mat Drat intai-intai, rasanya unit-unit ni disediakan oleh individu (dan bukan diuruskan oleh mana mana resort atau hotel.
Jadi nak booking tu, baca review dulu. Antara yang Mat Drat jumpa apartment/homestay adalah (nama berbeza sebab diuruskan oleh individu berbeza):
1. Berjaya Hill Meranti Park
2. Meranti Park Suite Berjaya Hill
Apartment ni Mat Drat rasa mesti sangat sunyi dan jarak ke Colmar Tropicale lebih kurang 4 km. Lihat gambar pun dah terasa 'kesunyiannya'...
ii. Selesa Hillhomes, Bukit Tinggi
Pilihan lain adalah menginap di Selesa Hillhomes. Selesa Hill Homes ni dari Lebuhraya KL-Karak boleh nampak, tak jauh dari Genting Sempah dan Pekan Bukit Tinggi. Cuma agak jauh dari Colmar Tropicale la.
Sesuai kalau menginap di sini, siangnya kita ke Colmar Tropicale dan malam ke Genting Sempah.
Mat Drat senaraikan antara unit yang disewakan, Mat Drat kongsikan dari platform booking yang berbeza
Homestay dan Hotel Kampung Janda Baik dan Genting Highland
Tak pun cari je hotel atau homestay di Kampung Janda baik. 3 unit Mat Drat kongsikan dari 3 platform berbeza
Kalau tak berkenan nak menginap di apartment di Bukit Tinggi, mungkin boleh cari hotel atau resort di Genting.
Mat Drat ada perasan masa cari bilik hari tu, apartment termasuk di Colmar Tropical juga boleh dibooking melalui Airbnb.
Kredit diskaun ni untuk 1st time user je. Kalau dah ada akaun, daftar la pakai nama wife ke, tak pun create je akaun baru dengan email lain. Kalau dapat RM 165 diskaun, banyak jimat tu...
Ingat... kena daftar dalam masa 30 hari. Dah daftar, kredit akan masuk ke akaun dan valid untuk tempoh 1 tahun.
Pilih lah nak booking unit melalui airbnb di apartment/homestay mana. Ikut berkenan yang mana satu.
Jadi nak dapat RM 120 tu,
- Klik LINK di atas dan daftar akaun
- Buat tempahan dalam masa 1 tahun.
- Nilai reservation melebihi RM 290 (termasuk fee-fee lain)
- Jadi, tempahlah unit (cari yang mahal sikit atau tambah hari) untuk jadikan lebih RM290.
- Pastikan bila nak bayar, jumlah bayaran dah ditolak dengan kredit yang diberi
Weekend baru ni Mat Drat ke Colmar Tropicale Berjaya Hill Bukit Tinggi, Pahang. Kira ni percutian pendek, hanya luangkan masa setengah hari bersama anak-anak.
Plan nak ke sini pun beberapa hari sebelumnya, tapi memandangkan long public holiday, semua unit bilik dah fully booked. Jadi tak dapat la nak bermalam kat sini.
Mat Drat malas nak booking awal-awal, sebab takut jadi macam kes 2-3 tahun lepas, dah booked awal tapi tak dapat nak kesini. Tapi tu la, tak booking, tak dapat pulak bilik kosong nak buat percutian terjah.
Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat
Plan nak ke sini pun beberapa hari sebelumnya, tapi memandangkan long public holiday, semua unit bilik dah fully booked. Jadi tak dapat la nak bermalam kat sini.
Mat Drat malas nak booking awal-awal, sebab takut jadi macam kes 2-3 tahun lepas, dah booked awal tapi tak dapat nak kesini. Tapi tu la, tak booking, tak dapat pulak bilik kosong nak buat percutian terjah.
Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat
.............................................................................
COLMAR TROPICALE BUKIT TINGGI
Colmar Tropicale Bukit Tinggi ni merupakan sebuah pusat peranginan, yang juga dikenali sebagai Colmar Tropical French Theme Resort.
'Colmar Tropicale' ini sebenarnya dibangunkan berdasarkan model bangunan di sebuah bandar abad ke -16 di Colmar Town yang terletak di tenggara Alsace, France dan rekebentuk senibinanya turut mengambil elemen senibina bangunan di sebuah perkampungan lama di Riquewihr, Turckkheim dan Kayserbergh.
Mengikut sejarahnya, ianya diilhamkan oleh Perdana Menteri, Tun M ketika itu yang melawat Alsace. Dan Tan Sri Vincent Tan, founder Berjaya Corporation Berhad menjadikan realiti dengan 'replicate' bandar sebenar Colmar ke Malaysia.
Sumber : http://www.colmartropicale.com.my/home/about-us/
Tapi sebelum cerita panjang, Mat Drat selit sikit di entry blog ni - travelog Mat Drat ke Paris dahulu. Mana tahu ada yang ingin ke Paris pula.

Mat Drat kongsi sedikit info mengenai Colmar Tropicale Bukit Tinggi ni.
Untuk mereka yang ingin bercuti ke sini, kita tidak semestinya perlu menginap di sini ye. Colmar Tropicale atau Bukit Tinggi ni memang dibuka untuk semua, jad boleh datang melawat tanpa ambil bilik di sini.
Lokasi
- Colmar Tropicale Bukit Tinggi ni merupakan pusat peranginan yang terletak tidak jauh dari Genting Highland.
- Terletak di daerah Bentong Negeri Pahang.
- Dari Tol Gombalk, hanya 35 km (masa pemanduan lebih kurang 40 minit).
- Selepas melepasi Genting Sempah, dalam 7-8 km akan sampai di persimpangan untuk naik ke Bukit Tinggi ni. Dari situ ke atas dalam 10 km dengan masa memandu lebih kurang 15 minit.
Tiket Masuk
- Untuk masuk ke sini, ada dikenakan bayaran.
- Sampai di gate/pintu gerbang, kereta hanya dibenarkan melaluinya selepas membuat bayaran.
- Harga tiket Bukit Tinggi
- Adult : RM 16
- Child : RM 8
- Sampai awal supaya tak perlu beratur di pintu gerbang untuk masuk
- Jika tiket disertakan dengan kupon makanan, jangn lupa redeem atau guna kupon yang diberi. Mungkin voucher makanan atau minuman. (Bergantung kepada promosi)
![]() |
| Pondok Kawalan dan Kaunter Tiket di pintu masuk |
.............................................................................
HOTEL DAN APARTMENT DI BUKIT TINGGI
Hotel di Berjaya Hill Bukit Tinggi
Setahu Mat Drat, ada 3 hotel/ resort di kawasan ni- Hotel Colmar Tropicale Bukit Tinggi
- The Chateau Spa & Organic Wellness Resort
- Berjaya Hill Golf &Country Club
Mat Drat lebih suka menginap di Colmar Tropicale sebab tempat ni tak la sunyi sangat berbanding 2 hotel/resort lain. Kira waktu malam, boleh melepak di tengah-tengah 'bandar' Colmar ni.
Kat Colmar ni waktu malam, boleh la kita melepak kat Starbuck atau cafe-cafe lain. Tak ada aktiviti lain boleh dibuat di sini waktu malam, kecuali minum santai sambil berbual-bual sahaja.
|
|
Apartment / Homestay berdekatan Bukit Tinggi
Jika tak nak menginap di hotel atau resort di Berjaya Bukit Tinggi atau pun unit penuh, mungkin boleh mencari apartment di area sini atau area berdekatan.i. Meranti Park Suite
Meranti Park Suite ni juga kawasan Berjaya Hill Bukit Tinggi. Mat Drat intai-intai, rasanya unit-unit ni disediakan oleh individu (dan bukan diuruskan oleh mana mana resort atau hotel.
Jadi nak booking tu, baca review dulu. Antara yang Mat Drat jumpa apartment/homestay adalah (nama berbeza sebab diuruskan oleh individu berbeza):
1. Berjaya Hill Meranti Park
2. Meranti Park Suite Berjaya Hill
Apartment ni Mat Drat rasa mesti sangat sunyi dan jarak ke Colmar Tropicale lebih kurang 4 km. Lihat gambar pun dah terasa 'kesunyiannya'...
ii. Selesa Hillhomes, Bukit Tinggi
Pilihan lain adalah menginap di Selesa Hillhomes. Selesa Hill Homes ni dari Lebuhraya KL-Karak boleh nampak, tak jauh dari Genting Sempah dan Pekan Bukit Tinggi. Cuma agak jauh dari Colmar Tropicale la.
Sesuai kalau menginap di sini, siangnya kita ke Colmar Tropicale dan malam ke Genting Sempah.
Mat Drat senaraikan antara unit yang disewakan, Mat Drat kongsikan dari platform booking yang berbeza
- Selesa Hillhomes, Bukit Tinggi 1:
- Selesa Hillhomes, Bukit Tinggi 2 :
- Selesa Hillhomes, Bukit Tinggi 3 : Airbnb
Tak pun cari je hotel atau homestay di Kampung Janda baik. 3 unit Mat Drat kongsikan dari 3 platform berbeza
- Seri Pengantin Resort - booking.com
- OYO 44096 Resort & Spa Janda Baik
- Janda Baik Cantella Asiatica - Airbnb
Kalau tak berkenan nak menginap di apartment di Bukit Tinggi, mungkin boleh cari hotel atau resort di Genting.
Tempah Bilik melalui AirBNB - Murah
Mat Drat ada perasan masa cari bilik hari tu, apartment termasuk di Colmar Tropical juga boleh dibooking melalui Airbnb.
Bagi yang belum tahu, Airnb ni platform booking 'homestay' asalnya. Kini Airbnb tawarkan pelbagai service di platform mereka. Hotel pun dah ada yang iklankan bilik mereka di Airbnb.
Airbnb (dengan diskaun kredit )
Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni
Nilai kupon ni berubah-rubah, bergantung pada waktu promosi.
Tips dan Syarat nak RM 165
Ada 2 diskaun yang boleh dituntut
1. Rebat RM 120 untuk penginapan yang jumlah booking melebihi RM 290.
2. Rebat RM 45 untuk tempahan aktiviti di Airbnb.
Kredit diskaun ni untuk 1st time user je. Kalau dah ada akaun, daftar la pakai nama wife ke, tak pun create je akaun baru dengan email lain. Kalau dapat RM 165 diskaun, banyak jimat tu...
Ingat... kena daftar dalam masa 30 hari. Dah daftar, kredit akan masuk ke akaun dan valid untuk tempoh 1 tahun.
Pilih lah nak booking unit melalui airbnb di apartment/homestay mana. Ikut berkenan yang mana satu.
- Klik LINK di atas dan daftar akaun
- Buat tempahan dalam masa 1 tahun.
- Nilai reservation melebihi RM 290 (termasuk fee-fee lain)
- Jadi, tempahlah unit (cari yang mahal sikit atau tambah hari) untuk jadikan lebih RM290.
- Pastikan bila nak bayar, jumlah bayaran dah ditolak dengan kredit yang diberi
TEMPAT MENARIK DI BUKIT TINGGI
Harus ingat, bercuti di Bukit Tinggi adalah percutian yang agak santai, sesuai dengan lokasinya yang tenang. Jadi tempat-tempat menarik di sini agak 'me-rileks'kan'.
Mat Drat senaraikan 5 tempat yang menarik, yang boleh diluangkan masa jika ke sini.
Mat Drat senaraikan 5 tempat yang menarik, yang boleh diluangkan masa jika ke sini.
- Colmar Tropicale
- Japanese Village
- Botanic Garden
- Rabbit Farm
- Horse Riding - Horse Trail
1. Colmar Tropicale
Ni lokasi utama kalau ke Bukit Tinggi. Pekan yang bercirikan sebuah kampung di France.
Bersiar-siar di sini dan bergambar sambil memenuhkan memori telefon. Mat Drat rasa 1 jam sudah memadai di sini. Itu pun sudah agak lama sebenarnya, jika sekadar bergambar. Kalau nak lama, singgah salah satu cafe, boleh luangkan masa lama di situ.
Selain bangunan di sini yang bercirikan senibina Perancis, juga terdapat beberapa 'tempat' yang perlu disinggahi atau aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang di sini.

- Meronda kawasan 'pekan' Colmar Tropicale
- Arcade Video
- Bersantai di cafe
- Dinosour park - dengan bayaran
- 6D Motion Ride - Adult RM 17, Child RM 14
- Tatami Spa - http://www.colmartropicale.com.my/spa/
Jom layan gambar, beserta caption di gambar. (Tak habis menulis lagi ni, akan bersambung dengan Japannese Village )
Bersambung ke Japanese Village
![]() |
| Parking lot di sebelah Chateau Resort. Pemandangan Colmar Tropicale dari parking lot. |
![]() |
| Perlu menapak dalam 100-200 meter ke Colmar Tropicale. Kalau ada yang berkerusi roda (wheelchair), atau orang-orang tua, boleh turunkan mereka di roundabout ni. Tak perlu mereka berjalan kaki jauh. |
![]() |
| Rombongan Mat Drat ke Colmar Tropicale |
![]() |
| Memasuki Colmar Tropicale |
![]() |
| Tour De L/Horlodge Clock Tower 10:00 am Mat Drat sampai, nak elak orang ramai dan nak elak cuaca panas. Lagi pun nak ke Japnese Village nanti tak la panas sangat |
![]() |
| Photo booth... macam biasa, harga pelancong. |
![]() |
| Masih lengang .... Bila balik, orang dah ramai di laluan ni |
![]() |
| Untung datang awal, bergambar tak diganggu dan tiada 'gangguan' dalam gambar. Waktu nak balik, orang dah ramai, tak merasa nak bergambar macam ni, mesti di belakang ada orang lain. |
![]() |
| Pekan Colmar masih lengang, Cafe juga baru nak buka. Baru feel ala ala Colmar France |
![]() |
| Menuju ke 'tower' hujung |
![]() |
| Berjaya = Turf Club cukup sinonim. Diabadikan di sini antara 'kuda-kuda' turf club mereka |
![]() |
| Antara tempat untuk habiskan masa dan duit... 'Arcade and Video Game' |
![]() |
| Kiddies Ride. Kira cukup syarat., boleh lah... Juga tempat nak habiskan masa |
![]() |
| Under Construction la pulak... |
![]() |
| Mencuba .... |
![]() |
| Kesian Teddy Bear, mungkin dah bertahun masih tiada pengunjung yang berjaya mendapatkan dia. |
![]() |
| Meninjau pekan Colmar Tropicale dari tower hujung |
![]() |
| Cukup tenang... di awal pagi |
![]() |
| Dalam 11am, semakin ramai pengunjung yang tiba |
![]() |
| Salah satu product Berjaya Group yang berjaya.. Menjadi pemegang francise 7-11 di Malaysia |
![]() |
| Berehat seketika... walau pun tak lebih 5,000 langkah, tapi terasa letih juga mendaki tower tadi. |
![]() |
| Masa untuk tinggalkan pekan Colmar setelah selesai sessi bergambar |
![]() |
| Boleh breakfast di sini, jika yang nak rasa breakfast di atas bukit. |
![]() |
| Antara harga di sini... ala-ala harga di France |
![]() |
| Sebelum tinggalkan Colmar Tropicale, turun ke bawah . Bawa anak anak kenal angsa... |
![]() |
| Susah nak jumpa angsa sekarang... |
![]() |
| Black Swan... |
![]() |
| Solosai... Menuju ke Japanese Village pula lepas ni |
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!