Tuesday, 5 November 2019

Muslim Friendly Apartment Perth


Muslim Friendly Apartment Perth


Sambung sikit pasal Trip Perth baru ni, kali ni Mat Drat nak share beberapa apartment yang 'muslim friendly'.

Mat Drat senaraikan 3 apartment yang 'muslim friendly' berdasarkan
  • Owner adalah muslim atau
  • Owner hanya sewakan kepada muslim atau 
  • Owner hanya benarkan halal food
Yang akan bercuti ke Perth, dan amnya Australia ni memang sedia maklum makan di restoran agak mahal (bila di convert ke RM). Jika datang dengan bilangan ahli ramai, nak makan di restoran lunch dan dinner, setiap hari memang memerlukan kos lebih.

Untuk jimatkan cost, Mat Drat cadangkan sewa apartment yang benarkan kita masak. Mungkin breakfast boleh sediakan di rumah, lunch di luar (restoran/cafe) dan dinner di rumah.

Kira sehari, makan kat luar sekali sahaja. Ni kalau nak jimat la, ikut style Mat Drat sebab bilangan family ramai.

Jadi nak masak tu, untuk elak rasa was-was nak guna kelengkapan dapur dan pinggan mangkuk, Mat Drat cadangkan cari apartment yang 'muslim friendly'. 

Apartment yang muslim friendly di Perth ni tak banyak, jadi kalau dah confirm tarikh penerbangan pergi dan balik, boleh la terus booking apartment. Lagi-lagi kalau unit yang agak strategik dan di Perth CBD.

Buat masa ni Mat Drat senaraikan 3 dahulu, akan di update dari masa ke semasa.

Sebelum tu bacalah juga entry Tips Bercuti di Perth dan Itinerari Percutian Perth... 





............................................................................

1. Mont Claire Boutique Apartment (Hay Street)

Lokasi : Hay Street, Perth

Ni apartment yang Mat Drat sewa 5 malam masa trip Perth  baru ni. Kawan office yang rekemen asalnya sebab dia ke Perth sebulan sebelum Mat Drat ke sini. Jadi panjang sikit la Mat Drat share.

Owner Dato Burn dari Jutawan Tours Pte Ltd, yang juga orang Malaysia ni ada beberapa unit.


Setiap unit ada  
  • 2 bedroom , sama ada
  • 1 queen bed dan 2 single  atau
  •  2 queen bed
  • 1 unit double pull-out sofa bed di living hall. (Mat Drat tak pakai pun sebab request extra mattres, 1 queen dan 1 single)
  • 1 bathroom. (Mat Drat dapat unit ada 2 bathroom,  rezeki).
lain-lain
  • Washing machine dan dryer (siap ada sabun disediakan)
  • Aircond/heater (di living hall sahaja)
  • Fan/mobile heater di setiap bilik
  • Basic toiletries dan tower (Mat Drat daftar 8 pax, dpt 8 towel). Jadi tak payah nak bawa tuala la ke sini.
  • Waching machine dan dryer
  • 1 free car park
  • Iron , hair dryer dan sejadah
  • Kitchenette facilities ( tak ada masalah nak masak dan makan, boleh guna periuk, kualai dan pinggan mangkuk tanpa was-was) !
  • Malaysian Electrical Adapter (Mat Drat tak pakai pun travel adapter yang dibawa)
  • Unlimited free wifi (ada tapi tak pakai sebab ada data, beli simkad)
  • Swimming pool dan gym ( tak pergi pun, Perth banyak tempat nak dilawati)

Apa yang Mat Drat suka  

1. RED Cat Bus dan Transpert bus stop, walking distance je
  • Bus Stop Carlton (16907) - RED Cat Bus dan Transperth (200 meter)
  • Bus Stop Adelaide TCE After Benneth St (10073) - Transperth (350 meter)
2. Supermarket / minimarket pun walking distance
  • Golden Hay Supermarket. 250 meter. Ada jual beras, telur, produk halal dalam tin (sardin) dan ada meat halal section. Stock tak banyak tapi cukuplah.
  • Carlton Fresh. 150 meter. Mini market.
  • Rise Supermarket 300 meter. Besar sikit dari Hay Supermarket.
3. Halal restaurant pun dekat
Entry berkaitan : Tempat Makan Halal di Perth 

4. Dekat dengan tempat menarik, antaranya 
  • King Park (3 kali Mat Drat berpicnic kat sini)
  • Elizabeth Quay
  • Chemist Warehouse (rugi siapa tak shopping pergi sini!!)
  • London Court (yang minat shopping)
  • Museum of Perth (yang kaki muzium)
  • The Perth Mint (kira muzium la juga ni)
  • Elizabeth Quay Bridge / The Esplande / Bell Tower
  • Swan River Cruise
Rate  
AUD 150/nite ( 4 pax).  Tambahan AUD 10/pax/nite.
Unit ni hanya minta deposit RM 300. Lepas beberapa hari balik, refund Mat Drat dapat semula.

Untuk tanya / reserve, boleh whatsapp :
 017-264 2689 Apartment Perth Muslim 


Kereta Sewa  
Yang sewa apartment ni, boleh sewa kereta dengan AUD 100 sehari ( Estima / Tarago)


Ground Package  
Tak nak drive, tak nak naik public transport, tak nak pening susun itinerari, boleh tanya mereka juga untuk ground pakej
- 4H3M = AUD 500/pax (termasuk penginapan)
- 5H4M = AUD 600/ pax (termasuk penginapan)
Hari tu pun Mat Drat jumpa / terserempak staff Jutawan Tour bawa group bercuti masa di Fremantle


Pengalaman Mat Drat
1. Request extra mattress, FOC.
Queen n 1 single, letak tilam-tilam tu dlm bilik pun muat. Atau boleh je letak kat living hall.

2. Penyewa Muslim Sahaja
Tak risau nak guna peralatan dapur dan pinggan mangkuk. Beli ayam dan telur di Hay Supermarket (250 meter) dan masak kat rumah. Banyak jimat.😊

3. Staff pun friendly
Staff sangat membantu.
Dah bayar booking (1 Nite), terus mereka create group WhasApp. Siap Dato' Burn sekali ada dlm group. 

Untuk tanya / reserve, boleh whatsapp


Muslim Friendly Apartment Perth
Mont Claire Boutique Apartment Gambar dari Jutawan Tours





Muslim Friendly Apartment Perth
Living Hall
Gambar dari Jutawan Tours
Muslim Friendly Apartment Perth
Living Hall
Gambar dari Jutawan Tours
Muslim Friendly Apartment Perth
Living Hall - Memang luas

Muslim Friendly Apartment Perth
Kitchen - Kira tak ada masalah untuk masak

Muslim Friendly Apartment Perth
Bilik dengan Queen Bed
Gambar dari Jutawan Tours
Muslim Friendly Apartment Perth
Bilik dengan queen bed.
Mat Drat request 1 extra queen mattres.
Boleh lah, janji anak-anak selesa

Muslim Friendly Apartment Perth
Satu lagi bilik, dengan 2 single bed.
Mat Drat request 1 extra single bed.

Muslim Friendly Apartment Perth
Washing machine dan dryer. 

Muslim Friendly Apartment Perth
Mat Drat dapat unit dengan 2 bathroom.
Ini bathroom di master bedroom


Muslim Friendly Apartment Perth
1 lagi bathroom

Muslim Friendly Apartment Perth
Minimarket berdekatan dengan apartment.
Dalam 300 meter sahaja.
Ada meat halal section

............................................................................


Lokasi : Wellard ( +- 4O km to Perth)

Ni juga apartment yang Mat Drat dapat bila mencari di Airbnb dengan keyword "Apartment Perth Muslim Friendly"

Jadi Mat Drat share apa yang tertulis / di iklankan.

Pesanan : 
Boleh klik link di bawah nanti untuk lihat detail mengenai apartment ni  dan jangan lupa baca review dan lihat facilities lain.

Owner : Puan Nora
Nama Unit : Nora Muslim Holiday Homes Perth

Unit ni : 
12 guest l 4 bedrooms l 9 beds/ 2.5 bathroom
1 unit house (landed)
Parking
Kitchen
Wifi 

Rate :  (Waktu Mat Drat tulis)
Unit RM 250 /nite ++ (berubah-rubah bergantung bilangan )
Ada cleaning fee (RM 215) dan service fee (RM 117)

Nota :
Harga agak murah kalau sebab 1 unit rumah. Sangat sesuai kalau bilangan ramai (family). Mat Drat tak ambil unit ni hari tu sebab lokasi agak jauh dari Perth CBD (hampir 40 km). 

Untuk booking atau dapatkan maklumat lanjut, click 
👉👉 Nora Muslim Holiday Homes Perth

  Airbnb (dengan diskaun kredit )    

Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni di bawah.

Bagi yang belum tahu, Airnb ni platform booking 'homestay' asalnya. Kini  Airbnb tawarkan pelbagai service di platform mereka. Hotel pun dah ada yang iklankan bilik mereka di Airbnb.

  Airbnb (dengan diskaun kredit )    

Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni   Claim rebate diskaun Airbnb RM 165. 

Nilai kupon ni berubah-rubah, bergantung pada waktu promosi.

Tips dan Syarat nak RM 165
Ada 2 diskaun yang boleh dituntut
1. Rebat RM 120 untuk penginapan yang jumlah booking melebihi RM 290.
2. Rebat RM 45 untuk tempahan aktiviti di Airbnb.

Kredit diskaun ni untuk 1st time user je. Kalau dah ada akaun, daftar la pakai nama wife ke, tak pun create je akaun baru dengan email lain. Kalau dapat RM 165 diskaun, banyak jimat tu... 

Ingat...  
kena daftar dalam masa 30 hari. Dah daftar,  kredit akan masuk ke akaun dan valid untuk tempoh 1 tahun.

Pilih lah nak booking unit melalui airbnb di apartment/homestay mana. Ikut berkenan yang mana satu.

Jadi nak dapat RM 120 tu, 
- Klik LINK di atas dan daftar akaun
- Buat tempahan dalam masa 1 tahun.
- Nilai reservation melebihi RM 290 (termasuk fee-fee lain)
- Jadi, tempahlah unit (cari yang mahal sikit atau tambah hari) untuk jadikan lebih RM290.

- Pastikan bila nak bayar, jumlah bayaran dah ditolak dengan kredit yang diberi

.............................................................................

Dah daftar, boleh booking terus sebelum unit disambar orang lain.


Muslim Friendly Apartment Perth


Muslim Friendly Apartment Perth

Muslim Friendly Apartment Perth


............................................................................



Lokasi : Thornlie ( +- 15 km to Perth)

Ni apartment yang Mat Drat dapat bila mencari di Airbnb dengan keyword "Apartment Perth Muslim Friendly"

Jadi Mat Drat share apa yang tertulis / di iklankan.

Pesanan : 
Boleh klik link di bawah nanti untuk lihat detail mengenai apartment ni  dan jangan lupa baca review dan lihat facilities lain.

Owner :Khatijah
Nama Unit : Muslim Friendly Homestay Apartment *Upstair*

Unit ni : 
5 guest / 2 bedrooms / 4 beds/ 1 bathroom
top floor (3 storey building) - no lift
1 Free Parking
kitchen
20 minite walk to Thornlie Train / Bus Station
Wifi tak disediakan

Rate : (Waktu Mat Drat tulsi)
Unit RM 129 /nite
Ada cleaning fee (RM 129) dan service fee (RM 67)

Nota :
Harga agak murah, tapi Mat Drat tak ambil unit ni hari tu sebab lokasi agak jauh dari Perth CBD (15 km) dan perlu naik tangga ke tingkat 3. 

Untuk booking atau dapatkan maklumat lanjut, click 
👉👉  Muslim Friendly Homestay Apartment *Upstair*


  Airbnb (dengan diskaun kredit )    

Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni   Claim rebate diskaun Airbnb RM 165. 

Kupon ni berubah-rubah, kdg2 airbnb bagi RM120, kadang2 sampai RM 165, bergantung pada waktu promosi.

Kupon diskaun ni untuk 1st time user je. Kalau dah ada akaun, daftar la pakai nama wife ke, orang lain ke. Kalau dapat RM 165 diskaun, banyak tu jimat... Tapi ingat, dah daftar kena booking dalam masa 30 hari untuk layak rebet diskaun tu.


Dah daftar, boleh booking terus sebelum unit disambar orang lain.



Muslim Friendly Apartment Perth
Living hall 
Gambar dari Airbnb
Muslim Friendly Apartment Perth
Bedroom
Gambar dari Airbnb
Muslim Friendly Apartment Perth
Kitchen
Gambar dari Airbnb

 ............................................................................

4. 


Mat Drat akan update list ni nanti...


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

32 comments:

  1. Bagus sangat info ni! Sesuai sangat untuk mereka yang mencari apartment di Perth yang muslim friendly. Boleh jadi rujukan untuk Yaya juga kalau nak kesana akan datang hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu option utk yg mencari apartment Muslim Friendly

      Delete
  2. Wah selesanya. Boleh masukkn dlm trip nnti sebab mmg plan nk ke Perth. Luas dan selesa. Lengkap pula tu. huhuhu. Thanks for share

    ReplyDelete
  3. tulah, ramai yang suggestkan ambik airbnb untuk menginap sebab harga dia murah dan banyak kupon diskaun. tapi tulah, takut dan xberapa mahir bab2 airbnb nie. anyway, nicelah apartment dia. luas pon luas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Drat pun kdg kdg mmg Cari penginapan guna Airbnb je

      Delete
  4. Info yang sangat bagus untuk muslim yang mencari apartment untuk tinggal di sana. Memang sangat jelas info yang diberikan. Bolehlah saya refer artikel ni bila plan bercuti ke sana nanti. :)

    ReplyDelete
  5. Bestnya tengok apartment macam ni. Cantik lepastu siap semua kelengkapan. Suka baca blog full detail macam ni

    ReplyDelete
  6. Good to know ada muslim friendly apartment macam ni. tenang pikiran kalau nak masak ke apa kan, xyah pikir sesusah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..Faktor senang nak masak tu ramai yg pilih

      Delete
  7. cantiknya apartment ni. bagus ada sharing mcm ni so kalau family muslim nak melawat perth boleh book terus :) interior pun cantik sangat i like

    ReplyDelete
  8. Nice sharing. Senang nk cari tmpt tinggal kalau visit perth nanti. Makanan halal senanng nk dpt ye sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang...tiada masalah, cuma harga je la...😊😊😁

      Delete
  9. Bagusnye info ni.mudah la nak booking tempat tidur kalau ke australia nanti

    ReplyDelete
  10. Waaaaa so many choices!!!i miss australia so much hope i can return one day!

    ReplyDelete
  11. Menarik. nanti kalau berkesempatan ke perth sekali lagi boleh la cuba usha . bukan mudah nak dapat muslim friendly punya staycation kat sana. tq atas perkongsian.

    ReplyDelete
  12. The homestay looks clean and comfy and price wise really affordable too.

    ReplyDelete
  13. Lawa laaa apartment dia. Paling suka part muslim friendly. Bagus sekali inisiatif owner! Kita save bookmark, nanti nak pi cuti sini dah tahu, confident nak book stay mana.. Thanks sharing

    ReplyDelete
  14. Lawa giler bilik2 dia. Bagus info ni so boleh park dulu nanti if ada rezeki ke sana dah tau mana nak cari heehe dah la muslim friendly

    ReplyDelete
  15. Semoga Cik Min enjoy di trip Peth nanti

    ReplyDelete
  16. muslim friendly tu yang paling penting kalau nak travel ni. Untung ada info kat sini, thank you share

    ReplyDelete
  17. WOW ! This is great! I can also recommend my friends who are Muslim to stay here! At least they felt comfortable! Thanks for sharing this beautiful place.

    ReplyDelete
  18. collect info dulu. pert antara destinasi yang best jugak untuk pergi. tapi bila tu tak sure lagi. hehe. thankyou for sharing info.

    ReplyDelete
  19. menarik ni. collect info, insyaAllah tahun depan boleh bawa anak2 ke sana.

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.