Trip terakhir Mat Drat ke Cameron Highland yang lepas, Mat Drat tak share pun di blog sebab dah share sebelum ni masa 2017 dulu. Trip yang terbaru ni Mat Drat share sikit-sikit je kat FB.
Hari ni Mat Drat share kembali tips percutian ke Cameron Highland, maklumlah cuti sekolah bakal menjelang. Mungkin sedikit sebanyak dapat bagi info dan tips kepada mereka yang pertama kali nak ke bercuti ke Cameron Highland.
Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat
.............................................................................
INTRO - CAMERON HIGHLAND
Sedikit info mengenai Cameron Highland.
Geografi
Cameron Highland merupakan sebuah daerah yang terletak di Pahang dan ia turut bersempadanan dengan Kelantan dan Perak.
Jarak lebih kurang 90km dari Ipoh dan 200km dari Kuala Lumpur.
3 pekan utama di Cameron Highland adalah RINGLET, TANAH RATA dan BRINCHANG. Brinchang adalah kawasan paling tinggi antara 3 pekan ni.
Manakala kawasan 'tumpuan' paling tinggi adalah di KEA FARM. Kea Farm terletak diantara Brinchang dan Tringkap.
Sejarah
Sejarah Cameron Highland ni bermula apabila ia 'ditemui' oleh William Gordon Cameron pada tahun 1883. Beliau merupakan seorang Explorer dan Geologist yang ditugaskan oleh kerajaan British pada ketika itu untuk map out border Pahang dan Perak. Akhirnya kawasan itu dikenali sebagai Cameron Highland (Tanah Tinggi Cameron) apabila ia mula dibangunkan pad atahun 1930. Sumber Wikipedia.
Temperature / Climate
Semua yang dah ke sini beberapa kali, pasti dapat merasakan perbezaan suhunya sekarang bebanding 10-15 tahun dahulu.
Average temperature di sana sekarang average siangnya dalam 21°C - 23.5°C. Walau pun temperature sudah sedikit naik berbanding 10-15 tahun dulu, tapi masih di kira sejuk kalau dibandingkan dengan temperature 'di bawah'.
Average temperature di CH waktu malam pula dalam 14°C - 16°C. Kebanyakan apartment dan seseetngah hotel di CH tak sediakan aircond.
Harga Makanan
Harga makanan di sini biasa-biasa sahaja, tak mahal mana. Mat Drat kat sini tak memilih kedai makan, sebabnya waktu cuti sekolah dan public holiday akan terlalu ramai orang. Mana jumpa kedai yang kosong, singgah je.

Pasar Malam Brinchang Cameron Highland
Kalau pertama kali ke sini, JANGAN lupa singgah Pasar Malam Cameron Highland. Pasar Malam Brinchang dah bertukar tempat ye mulai tahun 2017 yang lalu!! Jangan pula pergi tapak lama tepi jalan tu.
Mat Drat pernah share detail di 👉 Lokasi baru Pasar Malam Brinchang
.............................................................................
Jangan lupa isi minyak penuh-penuh di Tapah atau Simpang Pulai sebelum naik ke atas. Di 'atas' ada pun station minyak, di Tanah Rata dan Brinchang, cuma kadang-kadang agak sibuk.
Land Rover. Cukup gagah. Cuma sekarang makin kurang kelihatan di Cameron Highland ni. Hilux, Triton dan Ranger makin menguasai kawasan ni sekarang. |
Pernah di katakan, Cameron Highland lah tempat paling banyak Land Rover lama yang masih gagah beroperasi. |
.............................................................................
PERJALANAN KE CAMERON HIGHLAND
Bagi yang nak ke Cameron Highland, info dan tips di bawah ni mungkin dapat membantu.
Jalan ke Cameron Highland
Ada 2 option untuk 'naik' ke Cameron Highland, dari PLUS Highway boleh pilih nak naik melalui Tapah atau Simpang Pulai.Jalan ke Cameron Highland
Di Cameron Highland ni, jalannya akan tersangat jem ketika cuti sekolah dan public holiday. Apatah lagi weekend cuti sekolah atau public holiday yang panjang.
Pernah sekali Mat Drat kena dari Tanah Rata nak naik ke Brinchang jalannya terlalu jem, kereta hanya dapat bergerak tak sampai 2 km untuk 45 minit. Jadi patah balik ke Tanah Rata, check-out dan terus balik ke KL.
Kalau dari KL melalui PLUS Highway, perjalanan dari Tol Jalan Duta ke Cameron Highland ambil masa lebih kurang 2 1/2 jam.
Keluar di EXIT TAPAH dan terus naik ke Cameron Highland.
- KL ke Tapah dalam 1 jam 30 minit je.
- Dari exit Tapah, sejam ke Tanah Rata.
- Tanah Rata ke Brinchang ambil masa dalam 15 minit sahaja (kalau tak jem).
Jalan ni agak berselekoh dan ada selekoh yang agak tajam. Jadi perlu memandu lebih berhati-hati. Jangan nak main potong je, lagi-lagi kalau follow belakang lori.
Jalan ni kita akan temui pekan Ringlet dahulu, kemudian Tanah Rata dan baru pekan Brinchang. Lepas Brinchang adalah Kea Farm jika kita terus naik ke atas.
Kemudian seterusnya dari Brinchang ke Simpang Pulai pula kita akan temui pekan Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Ini kalau ingin balik ikut Simpang Pulai.
Jika dari Tapah ni juga kita akan melalui Air Terjun Lata Iskandar. Boleh la berhenti berehat di sini (kalau letih atau saje-saje nak berehat. Tapi Mat Drat cadangkan, singgah masa nak balik dari Cameron lagi bagus. Banyak gerai-gerai makanan dan kraftangan di sini.
Disepanjang jalan tu juga nanti kita akan jumpa gerai-gerai orang asli menjual produk kraftangan dan juga hasil-hasil hutan, termasuk PETAI. Kalau nasib baik, akan jumpa yang jual pokok "bulu ayam emas". Sekarang dah susah sikit nak dapat pokok ni, dulu banyak pokok ni.
Air Terjun Lata Iskandar |
Air Terjun Lata Iskandar |
2. Ke Cameron Highland Melalui Simpang Pulai
Selain naik ke Cameron Highland melalui TAPAH, boleh juga naik melalui Simpang Pulai.
Ramai suka pilihan jalan ni walaupun agak jauh berbanding jalan Tapah tadi (jika dari selatan/KL) sebab jalan ni kurang berselekoh tajam.
Keluar di EXIT Simpang Pulai dan terus naik ke Cameron Highland. Kita akan melalui Kampung Raja, Kuala Terla, Tringkap, Kea Farm sebelum menemui pekan Brinchang.
Jadi Mat Drat rasa jalan ni lebih sesuai untuk mereka yang menginap di area Brinchang. Tapi kalau menginap di sekitar Tanah Rata, Mat Drat rasa elok naik melalui jalan Tapah.
Selain naik ke Cameron Highland melalui TAPAH, boleh juga naik melalui Simpang Pulai.
Ramai suka pilihan jalan ni walaupun agak jauh berbanding jalan Tapah tadi (jika dari selatan/KL) sebab jalan ni kurang berselekoh tajam.
Keluar di EXIT Simpang Pulai dan terus naik ke Cameron Highland. Kita akan melalui Kampung Raja, Kuala Terla, Tringkap, Kea Farm sebelum menemui pekan Brinchang.
Jadi Mat Drat rasa jalan ni lebih sesuai untuk mereka yang menginap di area Brinchang. Tapi kalau menginap di sekitar Tanah Rata, Mat Drat rasa elok naik melalui jalan Tapah.
.............................................................................
HOTEL MURAH DI CAMERON HIGHLAND
Banyak hotel dan resort di Cameron Highland ni. Jadi pilihlah ikut citarasa sendiri.
Area Tanah Rata atau Brinchang jadi pilihan utama. Jarang orang becuti menginap di Ringlet. Ringlet ni kawasan paling bawah, tak rasa la suasana 'Cameron Highland'.
Mat Drat lebih suka menginap di area Brinchang, dekat dengan tempat nak dituju terutamanya Kea Farm.

Brinchang dan Kea Farm kawasan paling tinggi, jadi situ lebih sejuk. Dan hotel akan lebih awal fully booked kalau cuti sekolah atau public holiday.
Tanah Rata juga banyak hotel dan resort. Hotel-hotel lebih murah lebih banyak di area sini, mungkin sini dekat dengan station bas Tanah Rata.
Boleh kata kebanyakkan bilik hotel di Cameron Highland tak disediakan air-cond sebab malam dah memang sejuk. Siangnya agak dingin. Awal pagi nak mandi, memang kena ada water heater, kalau tak....menggigil nak mandi.
Mat Drat pernah menginap di dua-dua kawasaan, Brinchang dan Tanah Rata.
Public Holiday dan Cuti Sekolah
Booking awal.
1. Kalau nak datang waktu cuti sekolah atau public holiday, better booking awal.
2. Hotel yang lokasi bagus dan harga murah biasanya cepat fully booked.
2. Hotel yang lokasi bagus dan harga murah biasanya cepat fully booked.
Check-out awal.
1. Dan kalau pergi masa weekend cuti sekolah atau public holiday ni ingat ye, Mat Drat cadangkan check-out awal.
2. Biasa jam 11 lebih jalan mulai jem antara Brinchang ke Tanah Rata, jadi plan elok-elok itinerary di sana.
Mat Drat senaraikan 4 hotel yang pernah Mat Drat menginap di Cameron Highland beberapa tahun kebelakangan ni.

Brinchang
Bilik Studio dari RM 310
- sini lebih tenang - lokasi atas bukit |
Brinchang
Bilik Studio dari RM 85
- family trip
- cari hotel yang murah
- senang nak makan, tak
perlu drive keluar
|
Brinchang
Bilik Studio dari RM 100
- budget
- lokasi tepi jalan utama |
Tanah Rata
Cottage 3 bilik dari RM 250
- nak rasa kelainan
menginap di 'cottage' |
.............................................................................
APARTMENT dan HOMESTAY MURAH DI CAMERON HIGHLAND
Kalau datang dengan bilangan ahli yang ramai, apartment pilihan yang lebih menjimatkan.
Sejak berpindahnya lokasi Tapak Pasar Malam Brinchang ke area Golden Hill, apartment di area situ terus jadi pilihan. Jadi boleh la menginap di situ sebab Mat Drat pun dah 2 kali rasanya menginap di area Golden Hill tu. Tak silap yang terakhir bulan May/ Jun lepas.
Selain kawasan Golden Hill ni, banyak juga apartment area lain, dan harga mungkin lebih murah. Boleh la intai-intai.
3 sebab Mat Drat suka menginap di area Golden Hill ni

- Dekat tapak pasar malam (bawah apartment sahaja)
- Apartment boleh dikatakan agak baru, jadi lebih selesa.
- Terletak di antara Brinchang dan Tanah Rata, jadi senang nak makan dan tempat nak dituju.
Kat bawah ni Mat Drat senaraikan homestay/apartment (3 di Golden Hill, dan 1 di lokasi lain)
Nota / pesanan : Jangan lupa baca review dulu sebelum booking.
Nota / pesanan : Jangan lupa baca review dulu sebelum booking.
Tanah Rata
|
Golden Hill, Brinchang
|
Golden Hill, Brinchang
|
Golden Hill, Brinchang
|
Terbaru, Mat Drat menginap di Square Golden Hill, kira kawasan Pasar Malam Brinchang CH.
👉👉 Apartment Golden Hill Murah
👉👉 Apartment Golden Hill Murah
.............................................................................
BOOKING APARTMENT dan HOMESTAY MURAH MELALUI AIRBNB
Ada sesetengah unit apartment ni boleh ditempah melalui AirBNB.
Bagi yang belum tahu, airbnb ni platform booking 'homestay' asalnya. Kini Airbnb tawarkan pelbagai service di platform mereka. Hotel pun dah ada yang iklankan bilik mereka di Airbnb.
Kupon diskaun ni untuk 1st time user je. Kalau dah ada akaun, daftar la pakai nama wife ke, tak pun create je akaun baru dengan email lain. Kalau dapat RM 165 diskaun, banyak jimat tu...
Tapi ingat, dah daftar kena booking dalam masa 1 tahun untuk layak rebet diskaun tu. Dah daftar, boleh booking terus unit yang masih kosong sebelum unit disambar orang lain.
Pilih lah nak booking unit melalui airbnb di apartment/homestay mana. Ikut berkenan yang mana satu.
Jadi nak dapat RM 120 tu,
- Klik LINK di atas dan daftar akaun
- Nilai reservation melebihi RM 290
- Jadi, tempahlah unit (cari yang mahal sikit atau tambah hari) untuk jadikan lebih RM290.
- Pastikan bila nak bayar, jumlah bayaran dah ditolak dengan kredit yang diberi
Mat Drat senaraikan 2 unit, ada banyak lagi unit di airbnb ni
Bagi yang belum tahu, airbnb ni platform booking 'homestay' asalnya. Kini Airbnb tawarkan pelbagai service di platform mereka. Hotel pun dah ada yang iklankan bilik mereka di Airbnb.
Bagi yang belum tahu, Airnb ni platform booking 'homestay' asalnya. Kini Airbnb tawarkan pelbagai service di platform mereka. Hotel pun dah ada yang iklankan bilik mereka di Airbnb.
Airbnb (dengan diskaun kredit )
Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni Claim rebate diskaun Airbnb RM 165.
Nilai kupon ni berubah-rubah, bergantung pada waktu promosi.
Tips dan Syarat nak RM 165
Ada 2 diskaun yang boleh dituntut
1. Rebat RM 120 untuk penginapan yang jumlah booking melebihi RM 290.
2. Rebat RM 45 untuk tempahan aktiviti di Airbnb.
Kupon diskaun ni untuk 1st time user je. Kalau dah ada akaun, daftar la pakai nama wife ke, tak pun create je akaun baru dengan email lain. Kalau dapat RM 165 diskaun, banyak jimat tu...
Tapi ingat, dah daftar kena booking dalam masa 1 tahun untuk layak rebet diskaun tu. Dah daftar, boleh booking terus unit yang masih kosong sebelum unit disambar orang lain.
Pilih lah nak booking unit melalui airbnb di apartment/homestay mana. Ikut berkenan yang mana satu.
- Klik LINK di atas dan daftar akaun
- Nilai reservation melebihi RM 290
- Jadi, tempahlah unit (cari yang mahal sikit atau tambah hari) untuk jadikan lebih RM290.
- Pastikan bila nak bayar, jumlah bayaran dah ditolak dengan kredit yang diberi
Mat Drat senaraikan 2 unit, ada banyak lagi unit di airbnb ni
.............................................................................
TEMPAT MAKAN BEST DI CAMERON HIGHLAND
Kena ingat, di sini sewaktu cuti sekolah dan public holiday, pengunjung terlalu ramai di CH ni.
Ikut pengalaman Mat Drat, waktu malam tempat makan di Cameron Highland ni agak ramai orang terutama selepas sahaja waktu mahgrib hingga sekitar jam 9.30 malam. Kira waktu paling peak la time ni.
Untuk dinner, kadang-kadang Mat Drat tak memilih sangat tempat nak makan. Mana yang kosong, Mat Drat singgah je.
Kalau dah lewat sikit tu selepas 10pm, mungkin restoran atau kedai makan tu sedikit lengang, tapi kalau nasib tak baik makanan dah banyak habis. Jadi, seeloknya lepas maghrib je terus la gerak untuk dinner.
2 tahun lepas, Mat Drat pernah kongsikan senarai tempat makan sedap dan best di Cameron Highland ni. Nanti ada masa, Mat Drat update dengan info terkini dan senarai terkini.
👉👉 Tempat Makan Best di Cameron Highland

- Restoran Taman Abang : Steamboat & Grill Buffet
- Cafe YZ Farm, Taman Sedia
- Cafe KHM Farm, Taman Sedia
- De Bamboo Tower Steamboat, Grill & Steam
- Anjers Corner Shellout, Sg Ruil
- Cafe Lorong, KEA Farm
- Nik Ikan Bakar & Tomyam
- Medan Selera Tanah Rata
- Medan Selera Brinchang
- KFC Brinchang
Kali ni Mat Drat share 2 je. Ada yang tanya sarapan pagi kalau duduk apartment kat mana nak cari yang best. Dan apa juga yang tanya apa best nak makan kat sini yang susah nak dapat kat tempat lain.
Sarapan Best di Cameron Highland
Kalau tak menginap di hotel sekali dengan pakej breakfast, Mat Drat akan cari sarapan di gerai depan Petronas Brinchang / sebelah Masjid Kayangan Brinchang.
Sedap dan murah, cuma kalau lambat memang kena beratur la sikit. Pakcik meniaga menggunakan lori kecil. Tak tahulah kalau sekarang dah beralih tempat.
Lokasi : Google Map
Gerai bergerak pakcik ni akan berada di sebelah Masjid Brinchang ni |
Makan Skone Best di Cameron Highland
Share sikit pasal skone ni. Sebab nya kali ni naik atas ni kerana wife ajak... nak makan skone, lama tak makan katanya. Layan kan aje lah.
Ada beberapa tempat, tapi Mat Drat suka di KHM Strawberry Farm ni. Terletak di Kampung Sedia Tanah Rata. Kira ni strawberry farm orang Melayu.
Jadi kalau nak makan di sini, boleh naik ke Cameron Highland melalui Tapah dan terus singgah sini.
KHM Agro Bazaar. Strawberry Farm |
Minum petang |
Strawberry mesti ada.... Cameron Highland kan... |
Strawberry segar... cicah chocolate pula , kena pulak tea panas-panas. Memang terbaik |
Makan sambil di kelilingi pokok strawberry... |
.............................................................................
TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLAND
Tempat menarik di Cameron Highland memang banyak. Kalau yang pertama kali kesini, bagi pendapat Mat Drat 3H2M sudah memadai untuk melawat ke tempat-tempat menarik di Cameron Highland ni. Kalau lama-lama sangat nanti, boring pulak.
Kebanyakkan tempat menarik di Cameron Highland ni dikunjungi sehingga lewat petang sahaja.
Kalau mencari tempat menarik di Cameron Highland pada waktu malam, Mat Drat rasa tak ada sangat di Cameron Highland ni kecuali berjalan-jalan di pasar malam sahaja.
Ikut pengalaman Mat Drat, selain ronda-ronda pasar malam, aktiviti lain pada waktu malam adalah makan-makan dan melepak sahaja. 😄.
Mat Drat senaraikan tempat menarik di Cameron Highland secara ringkas dulu di bawah.
1. Ladang Teh
Biasa pengunjung pilih antara 3 ladang teh ni
- Ladang Teh BOH Sg Palas
- Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea)
- Ladang Teh BOH Centre
Ladang Teh |
Menikmati teh panas di Cameron Highland... |
1. Ladang Teh BOH Sg Palas
Ladang Teh Boh Sg Palas, pengunjung boleh bersantai di anjung sambil menikmati secawan teh sambil menikmati pemandangan menghijau ladang teh. |
- Lokasi antara Brinchang dan Tringkap. 2km dari Kea Farm menuju Tringkap, disebelah kiri. Guna WAZE untuk elak terlepas simpang.
- Jalan sedikit sempit dan berliku lebih kurang 1.5 km dari persimpangan jalan utama ke ladang teh ini. Jadi pandu berhati-hati dan bertolak ansur kerana kereta keluar masuk menggunakan jalan yang sama.
- Kalau kenderaan banyak (cuti sekolah atau public holiday), bersedia kena berhenti dan saling beri laluan.
- Parking kereta di tempat yang disediakan. Kemudian pelawat perlu menapak dan mendaki sedikit ke BOH Centre yang menempatkan tea shop, cafe dan kilang.
- Bagi mereka yang membawa pelawat berumur atau berkerusi Road, minta dengan pengawal untuk drop kan mereka di bahagian atas. Tapi lepas tu driver kena turun park kereta semula di bawah.
- Aktiviti utama bila ke sini adalah bergambar di ladang teh, minum teh dan juga melawat tempat pemprosesan teh.
- Datang awal pagi untuk lihat pemprosesan teh.
- Harga minuman dan makanan di kafe sini boleh tahan juga, sesesuai dengan statusnya tempat tarikan pelancong.
- Dan juga jangan lupa beli produk-produk teh di Tea Shop Centre untuk dijadikan buah tangan.
Bayaran Masuk : Percuma
Waktu Operasi : 9.00pg – 4.30ptg ( Isnin Tutup)
Lokasi : 👉👉 Peta Ke Ladang Teh BOH
2. Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea)
- Ladang Teh Cameron Valley ini merupakan ladang teh ke dua terbesar selepas Ladang Teh Boh (Main Plantation).
- Ladang Teh Bharat ni dahulunya dibuka oleh seorang pendatang India.
- Ada dua lokasi iaitu Tea House 1 dan Tea House 2. Jarak diantara kedua-duanya lebih kurang 800 meter sahaja. Kedua-dua terletak di tepi jalan utama di Tanah Rata.
- Gunakan sahaja WAZE lebih mudah.
- Lokasinya di tepi jalan utama, jadi parking lot agak terhad. Tea House 2 lebih banyak lot parking berbandingTea House 1.
- Selain melawat ladang teh, pengunjung boleh bersantai sambil minum teh di kafe yang disediakan. Harga masih dikira boleh diterima sesuai dengan destinasi pelancong.
- Kafe di Tea House 2 juga lebih besar berbandng Tea House 1. Selepas minum bolehlah turun ke ladang teh.
- Boleh la beli produk-produk teh di kedai di sini seperti teh perasa strawberry, perasa lemon dan pelbagai lagi produk tea untuk dijadikan buah tangan.
Bayaran Masuk : Percuma
Waktu Operasi : 9.00pg – 4.30ptg
Website : http://www.bharattea.com.my/
Gambar 2-3 tahun lepas |
Semalam minum petang di ladang strawberry, hari ni di ladang teh pulak. |
Sambil minum, sambil relaxkan diri lihat kedamaian ladang teh |
Boleh turun ke ladang untuk bergambar bagi ytang berminat. Ada bayaran dikenakan. |
3. Ladang Teh BOH Centre (Main Plantation)
- Terletak di Ringlet dan merupakan ladang teh terbesar di Cameron Highland dan juga di Asia Tenggara.
- Kedudukan ladang teh ini yang agak jauh kedalam (6km) dari jalan utama.
- Persimpangan ke ladang teh ini terletak di jalan utama Ringlet - Tanah Rata. Jika dari Tanah Rata, ia terletak di sebelah kiri. Untuk elak terlepas simpang, gunakan WAZE atau Google Map (Drive).
- Sama seperti Ladang Teh BOH Sg Palas dan Ladang Teh Cameron Valley, di sini juga terdapat kafe. Sambil minum teh bolehlah menikmati keindahan pemandangan ladang teh ini.
Bayaran Masuk : Percuma
Waktu Operasi : 9.00pg – 4.30ptg ( Isnin Tutup)
Lokasi : 👉👉 Peta Ke Ladang Teh BOH Ringlet
2. Strawberry Farm
Aktiviti memetik strawberry. Petik - timbang dan bayar |
- Kat Cameron Highland ni ada beberapa strawberry farm, samada di Tanah Rata atau di Brinchang.
- Ada sesetengah Strawberry Farm, pemilik benarkan kita kutip sendiri. Cuma perlu bayar masuk untuk memetik dan strawberry yang dipetik akan ditimbang apabila keluar. Harga yang dibayar termasuk "harga pengalaman petik strawberry".
- Nak makan strawberry banyak-banyak, jangan petik banyak-banyak di strawbery farm ye. Petik hanya untuk rasa pengalaman memetik buah di poko. Nak makan banyak, beli je pasar malam atau pasar di Kea Farm Market.
- Boleh kata Strawberry Farm di sini agak banyak. Nak kata mana yang paling best tu susah jugak. Tapi Mat Drat suka ke Tanah Rata, di Kampung Sedia sebab sukan makan skon kat situ.
Bayaran Masuk : Percuma
Waktu Operasi : Kebanyakan dibuka mulai 9.00 am
1. Strawberry Farm Kampung Sedia - Tanah Rata
- YZ Farm, Taman Sedia PETA Lokasi
- KHM Farm, Taman Sedia PETA Lokasi
- Taman Agro Al Mashoor PETA Lokasi
2. Strawberry Farm Brinchang
Antara strawberry farm di area Brinchang ni adalah Kea Strawberry Farm, Raju Hill Strawberry Farm, EQ Strawberry Farm. 3 ladang strawberry ni semua berdekatan antara satu sama lain, iaitu di kawasan 'puncak Brinchang'.
Satu lagi strawberry farm yang jadi tumpuan adalah Big Red Strawberry Farm. Yang ni terletak di pekan Brinchang. Bersebelahan dengan Cactus Valley. Kimanis Straberry Fram pun antara pilihan yang ada untuk aktiviti petik strawberry.
- Big Red Strawberry Farm PETA Lokasi
- Kea Strawberry Farm PETA Lokasi
- Raju's Hill Strawberry Farm PETA Lokasi
3. Cactus Farm
Satu lagi aktiviti Mat Drat kalau ke Cameron Highland adalah beli pokok kaktus.
Masalah satu je beli kaktus ni, tak ada masa nak jaga lepas beli. Selang beberapa bulan selepas dibeli, kalau pokok cactus tak mati mesti tumbuh tak berapa subut.
Pokok kaktus ni selain sensetif dengan cuaca, memang perlu jagaan rapi sedikit. Tak boleh terlebih air waktu siram.
Bila tengok pokok-pokok kaktus di atas ni, memang ramai yang geram sebab nampak besar dan subur. Nak subur, kena jaga la elok-elok lepas beli.
Kalau malas nak jaga pokok kaktus ni, beli yang besar sikit. Senang sikit untuk dijaga.
Kalau malas nak jaga pokok kaktus ni, beli yang besar sikit. Senang sikit untuk dijaga.
- Cactus Valley (Brinchang - Bersebalahan Big Red Strawberry Farm),
- Arked Peladang CH (Brinchang)
- Cactus Point (Kea Farm).
Kalau nak beli pokok kaktus kecil-kecil tu boleh juga beli di Kea Farm atau pasar malam. Disini pun ada jual, tapi yang kecik ni senang mati kalau tak betul jaga. Gerai-gerai kecil tepi jalan pun banyak yang jual kaktus, cuma nak cari yang besar dan "rare" sikit, agak susah.
Memang banyak jenis kaktus.
Dan saiz pun boleh pilih, dari saiz kecil hingga yang besar.
|
4. Pasar Malam Brinchang
Ini antara tempat wajib disinggahi kalau ke Cameron Highland, lagi-lagi kalau pertama kali ke sini.
Lokasi
Pasar Malam Brinchang pada setiap malam minggu telah bertukar lokasi mulai awal 2017 hari tu. Lokasi terbaru terletak berhampiran Cameron Golden Hills.
Lokasi baru ni kira-kira 2km lebih dari lokasi lama, dari Brinchang menghala ke Tanah Rata dan terletak disebelah kanan. Bukan ditepi jalan utama lagi.
Nak Beli apa di Pasar Malam Cameron Highland?
Nak cari produk-produk Cameron Highland, boleh la cari di sini. Cuma jangan terbeli produk dari 'bawah' yang dibawa naik sudah. Peniaga ni ada yang ambil kesempatan, jadi pandai-pandai lah menilai.
Nak cari produk-produk Cameron Highland, boleh la cari di sini. Cuma jangan terbeli produk dari 'bawah' yang dibawa naik sudah. Peniaga ni ada yang ambil kesempatan, jadi pandai-pandai lah menilai.
Antara yang dicari adalah
- Jagung 'mutiara'
- Strawberry dan produk berasaskan strawberry ( strawberry yang dikeringkan dan jem strawberry)
- Pokok Cactus
- Souveniour seperti key-chai, fridge magnet. Memang murah di pasar malam.
- Air jagung mutiara
- Cendawan celup tepung / brokoli, bayam dll juga digoreng
- Strawberry celup coklat.... perghhhh, meleleh air liur
- Aiskrim strawberry
Waktu Operasi
Jumaat - Sabtu : ( 4:00 petang - 11:00 malam)
Cuti Sekolah : Setiap hari ( 4:00 petang - 11:00 malam)
Jumaat - Sabtu : ( 4:00 petang - 11:00 malam)
Cuti Sekolah : Setiap hari ( 4:00 petang - 11:00 malam)
Antara produk wajib beli...strawberry kering |
Tapak Pasar Malam Lama
Walau Pasar Malam dah berpindah, di kawasan ni masih ada beberapa gerai yang menjual pelbagai barangan terutamanay baju-baju, souveniour dan cendarahati Cameron Highland.
Lokasinya di tepi jalan utama, tetap jadi tempat persinggahan.
Pasar Tani Brinchang Cameron Highland.
Setiap hari Ahad,bermula 7:30am - 2:00petang. Tak puas ke pasar malam, datang la ke sini pula.
Pasar Tani CameronHighland di lokasi Pasar Malam Lama |
5. Pasar Pagi Kea Farm
Ni boleh dikatakan pasar yang wajib disinggahi kalau ke Cameron Highland. Dibuka setiap hari (pagi) dan terdapat pelbagai barangan dan produk tempatan.
Kalau datang ke CH tapi tak berkesempatan ke Pasar Malam, boleh juga cari produk-produk CH di sini. Cuma tak dapatlah rasa suasana Pasar Malam CH.
'Pasar Kea Farm' ni memanjang ke dalam, jadi berjalan la ke gerai-gerai di kawasan yang dalam sedikit, jangan hanya singgah di beberapa kedai di kawasan hadapan. Baru boleh buat pilihan.
Produk pilihan yang boleh dibeli di sini
- Sayur-sayuran segar
- bunga segar
- kaktus
- strawberry (memang murah di sini)
Mat Drat suka beli di sini berbanding di Pasar Malam sebab kita boleh lihat kualiti barang dan lagi selesa membeli.
Lokasi :
Brinchang (tepi jalan utama) 👉👉Google Map :
Tips
Sesuai singgah di hari terakhir sebab ikut pengalaman Mat Drat, setiap kali singgah pasti akan banyak sayuran dan strawberry yang dibeli. Jadi beli dan terus bawa balik, tidak lah kita menyimpan lama di Cameron Highland sebelum turun ke bawah.
Cuti sekolah atau public holiday, jalan menuju ke sini akan sedikit sesak dan parking mungkin agak sukar nak dapat. Jadi elok gerak awal.
Kea Farm |
Strawberry memang fresh kat sini. Kena survey sikit beberapa gerai untuk cari yang murah dan bersaiz besar. |
Beli jangan tak beli. Dah turun 'bawah' nanti, susah dah nak jumpa strawberry segar. |
Jagung. Mat Drat lebih suka membeli di Kea Fram dari di pasar malam. |
Buah markisa. Susah nak jumpa ni, beli la kat sini selain sayur-sayuran lain. |
Jagung mutiara madu. Nasib baik boleh jumpa harga murah macam ni. Kena rajin berjalan sikit. |
Dan Kepada En Suami... .. jangan la lupa, beli la bunga untuk cik Isteri. Kepada Cik Isteri pula, kalau en suami tak belikan, minta je. Dah beli, sure kereta harummm je bau bunga |
6. Kea Garden
Mat Drat baru tahu wujud Kea Garden ni. Menarik juga tempat ni, sesuai untuk kanak-kanak yang baru nak membesar, ceria je suasana kat sini.
Untuk dewasa pun sesuai, boleh bergambar di sini dan penuhkan instagram masing-masing. Memang colourful, gambar mesti berwarna warni.
Lokasi :
Ramai juga yang suka ke Lavender Garden ni. Cantik pemandangan dan masuk ke sini, boleh bau lavenderrrrr.... Biasa bau pewangi kereta je.
Terletak di antara Brinchang dan Tringkap.
Nak merasa bergambar dengan dikelilingi bunga-bunga lavender, boleh la datang ke sini, lepas tu berangan ala ala di ladang lavender di France atau Holland.
Lokasi :
Laman web / FB Rujukan
👉 https://www.facebook.com/cameronlavendergarden/
Waktu Dibuka
Isnin- Khamis : 9:00 am - 6:00 pm
Jumaat - Ahad : 9:00 am - 7:00 pm
Tiket : -
8. Taman Agro Tech Mardi
Taman Agrotechnolgy Mardi ni terletak di Tanah Rata. Taman ni dibahagikan kepada 4 taman iaitu iaitu English Garden, Herb Garden, Orchid Garden dan Rose Garden.
Pelbagai spesis bunga ros, strawberry, sayuran dan buahan ada di sini dan boleh juga dibeli di sini. Sesetengah hasil tanaman disini akan di jual pada harga cukup murah.
Di sini juga ada disediakan beberapa unit cottage untuk di sewa. Mat Drat pernah bermalam di sini untuk 2 malam, cukup berbaloi rasanya. Cukup menarik menginap di sini kerana bangun-bangun pagi kita sudah berada di taman!! Bangun-bangun pagi, terus bersiar di taman depan cottage. Nyaman je
Laman web rasmi
👉Taman Agro Technology MARDI
Lokasi :
Tanah Rata, CH 👉 Google Map
Waktu Lawatan :
Rabu - Isnin : 8:00 am - 5:00 pm
Selasa : TUTUP
Tiket : RM 5 (Adult) / RM 2 (Student)
Waktu menginap di sini, bangun pagi terus mengadap taman didepan cottage. Memang nyaman |
Subur sungguh sayuran di sini |
Perhati betul-betul kat buah tu, ada je tangan-tangan yang gatal tulis nama kat kulit |
Jika ada banyak masa, boleh la ke Ee Feng Gu Bea Farm. Kalau ada banyak masa yang nak buang boleh juga ke sini.
Kali pertama Mat Drat ke sini dulu, anak-anak rasa seronok. Kali ke dua dah tak rasa apa-apa, cuma datang sekadar nak beli madu asli sahaja di sini.
Juga terletak di tepi jalan utama. Selain produk berasaskan madu, ada juga produlk-produk lain.
Laman web rasmi
👉 https://cameronbeefarm.com/
Lokasi :
Ee Feng Gu Bee Farm 👉Google Map :
10. Time Tunnel Gallery
Waktu Dibuka
Setiap Hari : 8:00 am - 7:00 pm
10. Time Tunnel Gallery
Sebenarnya Mat Drat tak pernah ke sini tapi pernah baca dan jumpa Time Tunnel Gallery ni antara tempat menarik di Cameron Highland. Belum berkesemptan untuk singgah.
Di sini ada pelbagai barangan-barangan antik yang boleh membawa kita mengimbau kenangan lama... Barangan yang dipamerkan bermula dari era Perang Dunia hingga ke era kemerdekaan.
Lokasi :
Time Tunnel Brinchang 👉Google Map
Waktu Dibuka
Setiap Hari : 8:00 am - 7:00 pm
Tiket : RM 8 (Adult)
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!
MAsa kecik-kecik dulu, setiap bulan akan naik ke sini sebab Abah ada urusan. Rasanya ada dah dekat 25 tahun tak jejak sini
ReplyDeleteDah 'wajib' Naik semula.. tapi pastinya Tak sesejuk 25 tahun dulu
DeleteTerima kasih mat drat atas perkongsian sangat best ! Tak pernah pergi dan memang teringin untuk kesana bersama keluarga tersayang. Lepas ni kalau nak pergi kene kesini semua untuk save semua info! Terbaik ✌🏻😃
ReplyDeletebaru sekali pergi CH.ingatkan hujung tahun ni nak pergi pulak,tapi risau la pulak musim hujan alik sana.
ReplyDeleteBanyak tips dan info yang dikongsi, terima kasih! Baru lepas ke CH tahun lepas tapi tetap rasa nak repeat lagi hahaha. Kena cari modal la sikit nampak gayanya..
ReplyDeleteGood travel log. Sronok baca. Pictures are good too. Saya Dah lebih 20 tahun x gie Cameron. Trigin juga Nak visit Cameron lagi.
ReplyDeleteTerima kasih tuan. Kerana share informasi yang manfaat kepada masyarakat yang luar sana yang berhajat hendak ke Cameron untuk bercuti kelak .
ReplyDeleteBestnya lama tak pergi Cameron Highland ni hehehe rindu nak makan jagung manis kat sini dan juga nak masuk ladang strawberry memang meriah sejuk lagi ker kat atas sana tu huhuhuhu...
ReplyDeletememang best bercuti dekat cameron highland kami satu family memang akan bercuti setahun sekali dekat cameron kalau ada rezeki boleh pergi banyak kali tak jemu...
ReplyDeleteterima kasih atas tips dan info yang diberikan ini. sangat lengkap dan padat! last saya ke cameron highland rasanya pada tahun 2013, rombongan universiti, kalau dengan family pulak tahun 2009.
ReplyDeleteSis pernah naik sekali aje, banyK tempat sis tak pergi lagi. Kalau ada rezeki ke sana lagi bolehlah sis ikut tips dari sini aje
ReplyDeleteCH ni tak pernah tak best , kalau pergi wajib kosongkan kereta sebab nanti balik bonet mesti penuh ..paling suka beli keledek CH sebab manis dia lain macam ...murah pun yer jugak...nasi lemak pakcik tepi masjid tu memang sedap , lepas subuh dah bukak
ReplyDeleterasa nak repeat lagi naik CH ni, macam tak puas. suka nikmati scone dia di samping cuaca yang cool tu.
ReplyDeletelamanya tak pergi cameron highland. last pergi masa honeymoon dulu. kat sini kalau ambil gambar memang cantik. tapi sangat recommend pergi time bukan cuti sekolah sebab tak ramai orang.
ReplyDeleteRasanya dah lebih 3 tahun x datang ke sini. Main banyak tempat menarik kat sini. Kalau ke cameron x sah rasanya kalai xpekena teh dan juga beli sayur hehe
ReplyDeleteVery detailed and beneficial. Cant wait to come back to Malaysia and explore more of it. Great share!
ReplyDeleteThank you for sharing! It's been such a long time I didn't visit Cameron Highlands & I totally miss it! Thank you for reminding! Which means, it's time to visit!
ReplyDeletepanjang juga artikel ni ya. tapi penuh dengan informasi untuk sesiapa yang plan ke sana. saya sendiri dah lama tak ke cameron, entah mcm mana rasa scone tu. hehe
ReplyDeleteInfo yang sangat lengkap ni Mat Drat. Bagus sebagai panduan buat mereka yang plan nak bercuti ke Cameron Highlands. Cuma kena sabar bab traffic jam tu je lah kannn
ReplyDeleteWahhh long time didn't visit Cameron d. Baguslah Ada tips Kat sini I boleh ikut. Lama x pergi and now at least I Tau nak pergi Mana jalan2
ReplyDeleteFuhhh terbaiklah. lengkap satu artikel. saya dah lama tak ke Cameron. Ada juga plan tapi tak menjadi. Hahaa. InsyaAllah akan pi sana dengan anak-anak. Sebab mereka nak pi petik strawberry. hehe
ReplyDeletemenarik info tuan.
ReplyDeletetq tuan... sbgai panduan utk sy n family nak ke CH esok, insyaAllah...
ReplyDeleteterbaik sangat membantu
ReplyDelete