Saturday, 2 November 2019

Tips Travel Bijak


Pengalaman Naik Penerbangan Pesawat

Akhirnya selesai update Travelog Perth. Panjang berjela Mat Drat update pasal trip Perth, tu maknanya trip tu best... Serius, memang best. Rasa nak repeat lagi, dengan lagi lama. Tak cukup 5 hari, nak buat 10 hari pulak lepas ni.

Gambar atas tu bukan gambar trip Perth ye, tapi masa balik dari Penang October lepas. Perge ke Penang, Mat Drat naik train ETS, dan balik naik Malindo.

Okey la, ada seseorang yang minta panduan dan tips sebab dia baru pertama kali nak naik pesawat. Memandangkan Mat Drat tak pernah kongsi lagi tips tu, dan tak sempat lagi menulis, jadi Mat Drat cari apa yang dah dikongsi di internet.

Mat Drat jumpa satu artikel menarik, sesuai dijadikan panduan untuk mereka yang nak travel. Tak kira lah travel domestik atau oversea. Tips Travel dengan bijak. Mat Drat kongsikan  ke blog Mat Drat.... copy paste je ye (dengan izin ni). Artikel copy n paste, tapi gambar koleksi Mat Drat sendiri.

Ye la, nak travel ni kena bijak sebenarnya, untuk kurangkan kos semaksimum boleh tanpa mengurangakn keseronokkan bercuti.

copy paste je ye....
..............................................................................

Tips Travel Bijak

Aku tahu ramai orang suka sangat travel, yelah siapa tak suka boleh tengok tempat orang, budaya orangkan? Walaupun ada pepatah kata hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tempat sendiri juga yang terbaik. 

Bagi aku travelling itu merupakan salah satu cara untuk kita belajar erti syukur dengan nikmat Tuhan. Kadang-kadang kita rasa, apa ada dengan Malaysia ni? Tempat orang lagi best, ada musim sejuk, musim bunga, musim panas dan musim luruh macam Jepun dan Korea. Sedangkan Malaysia ni ada musim panas dengan hujan je. 

Namun, percayalah bila kita dah pergi tempat orang kita akan belajar bersyukur sebab kita dilahirkan dan dibesarkan di bumi Malaysia. Bagi aku tak ada tempat lain yang aku cinta selain Malaysia gitu. Tetapi ia bukanlah alasan untuk tidak keluar tengok tempat orangkan? 

1. Bandingkan Harga Tiket

Pengalaman Naik Penerbangan Pesawat
Bandingkan dengan bijak

Ramai yang risau pasal flight tiket dan sebagainya kalau nak travel jauh ni. Tetapi sebenarnya kalau kita dah ada planning yang teratur, sebenarnya kita boleh je kumpul duit tu. 

Cuba korang usha Traveloka, korang boleh dapatkan cheap Qatar Airways Air ticket dengan harga yang berbaloi. Selain tu, cheap Cathay Pacific promo pun korang boleh dapat dekat sini. 

Bagi aku Traveloka ni sediakan satu platform yang sangat baik untuk kita bandingkan harga tiket flight. So, dekat sini aku just nak remind tak semestinya airlines yang kita rasa murah tu adalah yang paling murah selagi kita tak compare kan dengan yang lain. Sebab ada ketika kita tetipu dengan harga murah tetapi exclude luggage. Bila dah tambah luggage harga akan jadi lagi mahal daripada the other airlines

Jadinya, bolehlah gunakan Traveloka ni as one of medium untuk kita buat pilihan yang bijak.

2. Rancang Masa Perjalanan

Pengalaman Naik Penerbangan Pesawat
Sewaktu penerbangan Kuala Lumpur ke London tahun lepas. Ambil tahu masa penerbangan sebelum menempah tiket untuk memudahkan perancangan kita

Bagi aku ini adalah sangat-sangat penting terutama untuk yang beragama Islam. Kenapa aku cakap penting? Yelah kita nak pergi tempat orang, mengkagumi ciptaan Tuhan tetapi solat kita ke laut? Hah macam deepkan. 

Tetapi tulah hakikat sebenarnya. Masa nak pilih masa penerbangan masukkan waktu solat dalam perkiraan. Sebagai contoh flight pukul 9 pagi, dijangka sampai pukul 5 petang. Sempat tak kita nak jamakkan solat kita di airport sana nanti? Walaupun benda ni nampak renyah, tetapi untuk kita yang beragama Islam mesti mementingkannya juga. 

Masa perjalanan ni juga penting bersesuaian dengan keadaan kita. Maksud aku kat sini, kalau kita travel dengan anak kecil 3 ke 4 tahun sesuai atau tidak kita ambil flight pukul 1 pagi atau 7 pagi? Benda ni depends on kita. Kalau kita rasa tidak ada masalah menguruskan mereka, go for it

3. Luggage

Pengalaman Naik Penerbangan Pesawat
Bawalah luggage yang sesuai dengan tempoh trip kita

Ini trick yang aku selalu guna kalau pergi travel dengan airlines yang kena add on luggage macam Airasia. Dan ia sangat baiklah untuk dipraktikkan dalam travel berkumpulan tidak kiralah kumpulan itu berdua ataupun lebih. Sebab selalu travel jenis yang travel jimat, so aku memang akan cuba elakkan untuk add on yang package yg ada luggage, seat dengan meal tu sebab bagi aku boleh dikira mahal jugalah. 

Apa yang aku selalu buat, aku tengok berapa orang yang ada dalam trip tu, aku akan bajet berapa total berat luggage semua orang. Selalunya, untuk pergi aku akan bajet dalam 10kg sorang sebab dah ada hand carry 7kg kan. So cukup je sebenarnya 10kg tu. 

Kalau pergi bertiga, boleh add on luggage 30kg dekat seorang je. Nanti waktu check in luggage just sekalikan je. Dan selalunya untuk flight balik akan lebihkan sedikit daripada pergi. Kalau pergi luggage 30kg, balik mungkin boleh ambil 40kg atau 45kg. 

Kalau 45kg tu bolehlah beli luggage atas 2 nama, sorang 20kg sorang lagi 25kg. Nanti dekat check in luggage minta dia combinekan sekali in group. Kan bijak.

4. Flight Meal

Pengalaman Naik Penerbangan Pesawat
Sedap betul in-flight meal ni masa naik  Qatar Airways baru-baru ni. Sedap nasi briyani ni.

Ini pun konsep dia sama je macam luggage, tak ambil add on yang pakej tu. Kita just add on meal je. Tetapi janganlah pulak meal ni beli 1 share 3 pulak. Beli jelah sorang satu, masih lagi jimat compare beli add on total pakej tu. 

Bagi aku nak travel ni, key utama kita kena bijak merancang. Biarlah perancangan yang kita buat tu memang kalau boleh detail lagi kita detail kan lagi. Supaya kita boleh jimat dan enjoy je masa bercuti nanti.
..............................................................................


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.