Tuesday, 19 November 2019

PERCUTIAN KE LANGKAWI - Info, Tips dan Panduan

PERCUTIAN KE LANGKAWI - Info, Tips dan Panduan


Cuti sekolah hujung tahun 2019 bakal menjelma lagi 2 beberapa hari. Antara lokasi tumpuan cuti sekolah ni pastinya Pulau Langkawi. Jadi Mat Drat share sikit dengan info terkini, moga-moga boleh beri sedikit panduan kepada mereka yang ingin bercuti ke Langkawi.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat

.............................................................................

INTRO - PULAU LANGKAWI

Sedikit info mengenai Pulau Langkawi.

Geografi
Pulau Langkawi terletak di Selat Melaka, di dalam negeri Kedah dan ia juga bersempadanan dengan Thailand. Antara keunikan Pulau Langkawi ni, ia terdiri daripada 99 buah pulau.

Sejarah
Sejarah Langkawi ni tak boleh dipisahkan dengan Mahsuri. Masa sekolah rendah lagi kita dah didedahkan tentang lagenda Mahsuri, dengan kisahnya dibunuh dan darah putih keluar sehinggalah keluar kisah Sumpahan Mahsuri 7 keturunan.

Langkawi ini juga pernah di tawan oleh Siam pada tahun 1821 sebelum di tawan semula pada tahun 1840-an. Beras terbakar antara kisah yang perlu kita tahu.

Langkawi 'senyap' seketika sehinggalah Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir (sekarang pun PM semula) menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan. Mungkin berkebetulan berakhirnya sumpahan mahsuri 7 keturunan ???  Sumber Wikipedia.

.............................................................................

KE PULAU LANGKAWI

Biasanya 4 pilihan ni untuk ke Langkawi ; 
  • Naik Flight
  • Bawa kereta dan naik feri penumpang (kereta tinggal di jeti) 
  • Bawa kereta dan naik feri RORO (kereta bawa ke Langkawi)
  • Naik Bas 

1. Ke Langkawi dengan Flight / Penerbangan

MAS, AirAsia, Malindo dan Firefly ada tawarkan penerbangan.  Penerbangan ambil masa lebih kurang 1 jam. 



Mana satu yang murah, bergantung kepada waktu kita beli tiket. Kalau dapat beli tiket awal atau pun waktu promosi, mungkin boleh dapat harga murah. 

Biasanya AirAsia lebih murah, tetapi cuba juga intai promosi MAS, Malindo atau Firefly. Kadang-kadang boleh dapat lebih murah dari AirAsia . AirAsia ni bila kita tambah luggage dan makanan, tambang silap-silap akan jadi mahal dari MAS atau Malindo. Apa pun compare je dulu.

Satu lagi, beli tiket MAS pun kena berhati-hati. Jangan salah pilih jenis tiket sebab MAS sekarang ada tiket ekonomi 'yang basic' sahaja tanpa baggage allowance. Maknanya boleh bawa beg hand carry sahaja.

Nak intai tiket murah, boleh juga intai-intai di Airpaz. Airpaz ni macam Trivago la, cuma Airpaz ni lebih kepada perbandingan tiket airline manakala Trivago perbandingan harga bilik hotel.



.............................................................................

2. Ke Langkawi dengan feri (park kereta di jeti)

    Jika ingin menaiki feri, boleh naik feri dari Kuala Perlis atau Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Feri akan menuju ke jeti Kuah di Langkawi.


    Masa Perjalanan Feri
    Ramai yang suka naik dari Kuala Perlis sebab jeti kurang crowded dan masa perjalanan dalam feri lebih singkat
    1. Dari Kuala Perlis - 55 minit.
    2. Dari Kuala Kedah - 2 jam. 
      Di Langkawi pula akan naik feri dari Jeti Kuah. Nanti untuk ke Jeti Pekan Kuah elok bertolak dari hotel lebih awal sekitar 2-3 jam sebelum masa feri berlepas kalau menginap jauh dari Pekan Kuah. Ini untuk mengelak kesesakan menuju ke Pekan Kuah terutama musim cuti sekolah.
        Beli Tiket
        Seeloknya beli tiket return lagi bagus untuk elak tiket feri untuk balik ke Kuala Perlis/Kuala Kedah habis pada waktu feri yang kita nak, terutama pada musim cuti sekolah.
          Tiket boleh dibeli di kaunter jeti atau juga boleh secara onlin. Sekarang senang beli online je untuk elak tiket feri habis atau terpaksa beratur panjang dan lama di jeti.  
            Tiket online boleh dibeli se awal 6 bulan dan boleh dibeli di :

            Dah beli tiket online, jangan lupa print tiket ye dan bawa printed tiket.

              Tambang Feri ke Langkawi
              • Kuala Perlis - Langkawi
                • Sehala : RM18 (Adult) / RM13 (Child)
                • Return : RM36 (Adult) / RM26 (Child)
              • Kuala Kedah - Langkawi 
                • Sehala : RM23 (Adult) / RM17 (Child)
                • Return : RM46 (Adult) / RM34 (Child)
              • Child = kanak-kanak 3- 12 tahun.  Bawah 3 tahun, tak kena tiket tapi tiada tempat duduk.

                Parking Kereta
                Di sekitar Jeti Kuala Kedah dan Jeti Kuala Perlis, ada banyak tempat parking yang disediakan oleh pelbagai pihak walaupun sesetengah tu adalah kawasan lapang sahaja. Kita sampai je sini akan ada 'runner' yang offer untuk bawa kita park kereta. Elok sampai awal dan pusing dulu dan intai kawasan parking yang dekat dan teduh.

                Rezeki atau nasib baik, boleh dapat yang berdekatan jeti dan teduh. Kalau tak terpaksa la park kereta di kawasan terbuka. Kalau jauh, biasanya 'runner' akan hantar kita dengan motor ke jeti. Kita cuma dropkan ahli family dulu di jeti sebelum ke tempat park kereta.

                Kadar parking dikira RM 10/sehari biasanya. Kalau lebih tu, kira mahal la.

                Sewa Kereta
                Di sini juga nanti, kita biasanya akan di tawarkan kereta sewa. Akan ada agent-agent kereta sewa yang approach kita. Mat Drat lebih suka booking awal dan dapat baca review-review penyewa sebelum ni. FB page atau laman web owner kereta sewa ni elok la kita baca dulu untuk lihat review dari pengguna dan pelanggan mereka sebelum ni.

                Begitu juga dengan pakej-pakej lain seperti Island Hoping dan Mangrove Tour, akan ada agent yang tawarkan pakej. Pakej ni boleh dapat di sana terus sahaja (di Langkawi), baru kita puas hati nak beli pakej sebab kita deal dengan direct pengendali pakej. 

                .............................................................................




                .............................................................................

                3. Bawa kereta naik feri ke Langkawi

                  Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri

                  Nak jimat kos sewa kereta, kita boleh bawa kereta kita terus ke Langkawi. Tapi perlu ingat, slot kekosongan feri ni setiap hari adalah terhad.

                  Ingat : Tips dan Info
                    • Perlu buat tempahan awal terutama jika ingin ke sini waktu cuti sekolah atau public holiday. Tiket dibuka se-awal 3 bulan sebelum berlepas.
                    • Terus beli tiket return. Jangan beli tilket sehala, nanti nak balik ke takut tak ada kekosongan feri. Kes haru nanti.
                    • Feri hanya berlepas dari Jeti Kuala Perlis. Tiada dari Kuala Kedah.
                    • Di Langkawi, feri akan turun di Dermaga Tanjung Lembong, bukannya Jeti Kuah. Balik pun perlu naik di Dermaga Tanjung Lembong.
                    • Beli tiket penumpang sekali dengan tempahan kenderaan. Tambang kenderaan tidak termasuk tambang individu. Tambang individu ikut kiraan tambang seperti feri biasa. Boleh refer tambang individu di atas.
                    • Tambang kedua-dua ni sama sahaja. Tiket boleh dibeli walk-in tapi rasanya susah nak dapat slot. Mungkin waktu balik yang kita nak tak ada. Jadi, belian cara online awal adalah pilihan terbaik. Mat Drat pun beli online sebulan awal.
                    • Masa perjalanan hampir 2 jam 30 minit. Sangat lama perjalanan sebab feri bawa kereta kan, tak boleh la laju macam feri penumpang biasa. Feri biasa hanya ambil masa 45 minit sahaja. Jadi bawalah bekalan makanan dan minuman siap-siap sementara nak isi masa terluang dalam feri. 
                    • Tempat duduk cukup selesa di dalam deck feri. Ada tv disediakan sepanjang perjalanan. Kereta pula ditingkat bawah. 
                    • Kemudahan ada disediakan seperti surau, gerai dan toilet. Gerai jual minuman dan makanan ringan pun ada, tapi pilihan sangat terhad kat gerai/kisok ni. So, bawa bekalan makanan siap-siap.
                    • Sampai awal di jeti 2 jam awal ye. Ikut syarat, kita perlu sampai awal di jeti untuk urusan dokumentasi, pemeriksaan dan sebagainya. Tepi jeti ada masjdi dan juga gerai. Boleh berehat di area sini sementara menunggu 'green light' untuk bawa kereta masuk ke dalam.

                    Tambang Feri Bawa Kenderaan ke Langkawi
                    Ini harga tambang kenderaan naik feri ke Langkawi. Harga tempahan online ni diambil waktu Mat Drat tulis entry blog ni. Nanti nak booking, boleh dapatkan harga sebenar mana tahu ada perubahan. 

                    Harga walk-in, sedikit mahal. Elok beli online la, walk-in ni takut tak ada kosong je nanti.

                    Untuk kategori lain seperti kenderaan mewah, MPV saiz besar, coach, lori dan lain-lain, boleh layarhttp://www.langkawiroro.com/.

                    Kereta Sedan 
                    • bawah 1500 cc : RM 161 (sehala) / RM 312 (return) 
                    • bawah 2000 cc : RM 194 (sehala) / RM 368 (return) 
                    • bawah 3000 cc : RM 238 (sehala) / RM 454 (return)  
                    • atas    3000 cc : RM 282 (sehala) / RM 564 (return) 
                    MPV/ 4WD/ SUV/ Pick-up
                    • bawah 2000 cc : RM 216 (sehala) / RM 412 (return) 
                    • bawah 3000 cc : RM 238 (sehala) / RM 456 (return)  
                    • atas    3000 cc : RM 271 (sehala) / RM 522 (return) 
                    Motorsikal
                    • bawah 125 cc : RM 57 (sehala) / RM 104 (return) 
                    • bawah 250 cc : RM 68 (sehala) / RM 116 (return)  
                    • bawah 500 cc : RM 95 (sehala) / RM 170 (return)
                    • atas    500 cc : RM 117 (sehala) / RM 214 (return) 

                    Dokumen dan Maklumat Semasa Tempahan Tiket / menaiki feri
                    Ini maklumat yang diperlukan semasa ingin membeli tiket. Bawa salinan semasa ingin menaiki feri.
                    1. Jenis kenderaan, jenama dan model
                    2. Plate nombor dan chasis nombor kenderaan
                    3. Nama Pemandu dan no IC
                    4. Registration card dan lesen pemndu
                    5. Maklumat nama dan no IC penumpang
                    Jika kenderaan milik dan nama  orang lain, perlukan surat kebenaran (authorization letter) dari pemilik kenderaan.

                    Bawa salinan dokumen tu siap-siap, senang masa urusan pendaftaran kenderaan nanti. 

                    Sampai di Jeti Kuala Perlis atau Dermaga Tanjung Lembong, terus ke kaunter pejabat dahulu untuk urusan dokumentasi.

                    Berbaloi ke Bawa Kenderaan ke Langkawi
                    Ini kena kira sendiri sebab ia bergantung kepada
                    - berapa lama kita di Langkawi
                    - peak season atau tidak

                    Jangan lupa harga parking kereta di jeti kalau kita buat perbandingan kos sewa kereta vs kos bawa kereta ke Langkawi.

                    .............................................................................

                    4. Ke Langkawi dengan bas

                      Jika naik bas, boleh naik bas Kuala Lumpur - Kuala Perlis dari TBS. 

                      Ingat : Tips dan info
                      • Bas dari Kuala Lumpur naik di TBS. Beli secara online. Mudah dan pantas.
                      • Tiket feri ke Langkawi pun boleh beli secara online tapi kalau naik bas ni risiko bas lambat sahaja. Jadi pilihan beli tiket feri secara walk-in mungkin lebih baik. Cuma mungkin perlu menunggu feri.  Tapi jangan risau, feri Jeti Kuala Perlis - Langkawi banyak.
                      • Tambang Bas : Antara RM 45 - RM 55 (bergantung kepada bas) 
                      • Masa Perjalanan : Lebih kurang 7-8 jam. Memang lama dan sedikit meletihkan.
                      • Jadual Bas : Ada hampir 99 perjalanan sehari. Bas seawal 7:30 am. Boleh rujuk link dibawah.  
                      • Mungkinboleh consider naik bas malam, dan sampai di Kuala Perlis awal pagi. Terus boleh naik feri ke Langkawi.
                      .............................................................................

                      HOTEL, RESORT dan APARTMENT MURAH DI LANGKAWI

                      Hotel, resort, chalet, homestay, apartment dan motel semua ada. Ikut selera dan budget masing-masing.

                      Mat Drat cadangkan nak pilih hotel, resort atau apartment tu cubalah beri keutamaan 4  perkara ni selain harga
                      • Lokasi
                      • Review dari guest sebelum ni
                      • Keadaan dan suasana sekitar hotel
                      • Kemudahan parking. Penting ni kalau di Pantai Cenang.

                      Pilih hotel di Pantai Cenang/ Pekan Kuah atau tempat lain?

                      Nak memilih hotel di Langkawi ni boleh memeningkan sedikit kepala juga sebenarnya. Banyak pilihan dan juga banyak lokasi yang boleh dipilih, semuanya bergantung kepada kesesuaian dan budget.

                      Biasanya orang ke Langkawi akan pilih menginap di Pantai Cenang. Tapi masalahnya Pantai Cenang cepat fully booked. 

                      Pilihan lain antaranya adalah di Pantai Tengah, Pekan Kuah, Pantai Kok

                      1. Pantai Cenang

                      Banyak hotel resort, motel dan chalet di sepanjang Pantai Cenang ini. Pantai Cenang ni boleh la dikatakan sebagai destinasi utama pelancong ke sini.

                      Ramai yang suka menginap di sini sebab kawasan ni agak happening, pantainya bukan sahaja cantik tetapi juga meriah. Mat Drat suka suasana di sini pada waktu sunset... memang cantik.

                      Kedai-kedai dan restoran juga banyak di sini, jadi senang nak membeli keperluan atau nak makan. 

                      Bagi yang dah lama tak kesini, jangan terkejut lihat keadaan Pantai Cenang. Sungguh berbeza berbanding dengan keadaan 5-6 tahun dahulu. Sekarang dah ada Cenang Mall. Kat area ni nak cari makan tengah malam tak ada masalah,  banyak pilihan. Fast food restoran pun dah banyak antaranya McD, Starbucks atau Subway.

                      Masalah. 
                      Satu je masalah menginap kat sini. Nak cari parking. Jadi yang booking hotel, motel atau chalet, cuba la tanya kemudahan parking. Kalau tak ada disediakan, atau parking limited, kita mungkin perlu park kereta jauh sikit. Tak la jauh sangat, tapi tak dapat la park kereta di sebelah hotel, motel atau chalet yang kita bookied.


                      Mat Drat pernah menginap di De Baron, AB Motel, Best Star, Malibest. Ni antara resort dan motel yang ada di area sini.

                      cubalah intai hotel, resort dan motel di Pantai Cenang ni... ada kosong boleh terus booking.



                      Cenang Plaza Beach Hotel

                      Rating tinggi
                      Hotel baru
                      Dekat je dengan pantai
                      Senang nak makan (fast food)


                      Malibest Resort 

                      Rating agak tinggi
                      Suka sbb ada parking
                      Tepi pantai
                      Senang nak makan 

                      Ada swimming pool juga

                      Public areas

                      Langgura Baron Resort

                      Di bwh group 'The Baron'
                      Opposite Cenang Plaza Beach Hotel  

                      kena seberang jalan utk ke pantai

                      Exterior view

                      Best Star Resort 

                      Pun ada swimmping pool
                      Mengadap pantai
                      Ramai suka sebab tepi pantai

                      500 meter je ke Underwater 





                      2. Pantai Tengah

                      Memandangkan Pantai Cenang, cepat fully booked, pilihan terdekat adalah di Pantai Tengah. 

                      Kedua-dua Pantai Tengah dan Pantai Cenang ni sebenarnya sebelah menyebelah sahaja tetapi dipisahkan oleh satu tanjung. Jalan raya pula, bersambung diantara keduanya. 

                      Tak banyak hotel, resort dan chalet di sini yang bersebelahan dengan pantai. Kebanyakkannya perlu menapak sedikit untuk ke pantai. Boleh intai di google map lokasi hotel/resort.


                      3. Pekan Kuah

                      Ada orang suka stay di Pekan Kuah. Ini sesuai untuk yang tak kisah dengan pantai. Kira aktiviti pantai bukan tujuan utama mereka.

                      Kelebihan mereka yang menginap di sini, Mat Drat rasa
                      - tempat makan lebih banyak pilihan
                      - kurang crowded berbanding Pantai Cenang
                      - senang nak menyopping, dekat dengan HIG, Idaman Suri dan Rams.
                      - dekat dengan Jety Kuah, senang nak balik naik feri

                      Mat Drat pernah menginap di 2 hotel/apartment ni 




                      *Hotel ni selalu fully booked! 
                      Rate dlm RM 100/nite
                      Berdekatan RAMS
                      makan senang 
                      banyak restoran di sini





                      Rate dlm RM 100/nite
                      Sebelah HIG Complex

                      Senang nak makan

                      Senang nak shopping

                      4. Lokasi Lain - 


                      Ada beberapa lokasi lain yang tetap ada peminat tersendiri. Mungkin ada yang inginkan lebih kedamaian atau privasi contohnya hotel dan resort di kawasan seperti di Tanjung Rhu dan area Padang Mathirat. Kebanyakan hotel dan resort kawasan ni harga boleh tahan juga.

                      Pantai Tanjung Rhu 
                      Pantai sini memang tenang dan kurang sikit orang. Cuma nak mandi di kawasan ni perlu berhati-hati sikit sebab pantai macam tak berapa landai. Mat Drat suka area sini, sangat tenang dan damai.

                      Antara resort/chalet/homestay

                      Area Padang Mathirat 
                      Airport Langkawi juga terletak di area Padang Mathirat. Mat Drat pernah menginap di Langkawi Lagoon Resort. Mat Drat suka Langkawi Lagoon ni sebab ia berkonsepkan rumah-rumah tradisional.

                      Nak makan di kawasan ni pun tak jadi masalah sebab ada beberapa restoran dan kedai makan berhampiran sini. Kampung Mathirat pun tak jauh untuk cari tempat makan.

                      Antara resort dan hotel di kawasan ni

                      .............................................................................

                      Booking Apartment dan Homestay Murah Melalui Airbnb

                      Sekarang makin ramai owner yang iklankan apartment / homestay mereka di AirBNB. 

                      Bagi yang belum tahu, Airnb ni platform booking 'homestay' asalnya. Kini  Airbnb tawarkan pelbagai service di platform mereka. Hotel pun dah ada yang iklankan bilik mereka di Airbnb.

                        Airbnb (dengan diskaun kredit )    

                      Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni  👉👉 Claim rebate diskaun Airbnb RM 165. 

                      Nilai kupon ni berubah-rubah, bergantung pada waktu promosi.

                      Tips dan Syarat nak RM 165
                      Ada 2 diskaun yang boleh dituntut
                      1. Rebat RM 120 untuk penginapan yang jumlah booking melebihi RM 290.
                      2. Rebat RM 45 untuk tempahan aktiviti di Airbnb.


                      Kredit diskaun ni untuk 1st time user je. Kalau dah ada akaun, daftar la pakai nama wife ke, tak pun create je akaun baru dengan email lain. Kalau dapat RM165 diskaun, banyak jimat tu... 

                      Ingat...  
                      kena daftar dalam masa 30 hari. Dah daftar,  kredit akan masuk ke akaun dan valid untuk tempoh 1 tahun.

                      Pilih lah nak booking unit melalui airbnb di apartment/homestay mana. Ikut berkenan yang mana satu.

                      Jadi nak dapat RM 120 tu, 
                      - Klik LINK di atas dan daftar akaun
                      - Buat tempahan dalam masa 1 tahun.
                      - Nilai reservation melebihi RM 290 (termasuk fee-fee lain)
                      - Jadi, tempahlah unit (cari yang mahal sikit atau tambah hari) untuk jadikan lebih RM290.

                      - Pastikan bila nak bayar, jumlah bayaran dah ditolak dengan kredit yang diberi

                      .............................................................................
                      Mat Drat senaraikan 2 unit apartment / homestay yang ada diiklankan di Airbnb





                      .............................................................................

                      TEMPAT MAKAN BEST DI LANGKAWI


                      Banyak pilihan nak makan sedap di Langkawi ni. Boleh la google dan cari mana yang berkenan. Mat Drat senaraikan beberapa yang menjadi tempat favourite Mat Drat


                      Sarapan dan Brunch

                      Kalau menginap tanpa pakej breakfast hotel, boleh la cari gerai-gerai yang jual sarapan pagi. 


                      1. Kedai Makan Kak Ju 3 Saudara 

                      Menu utama nasi lemak dan pelbagai kuih muih. 
                      Lokasi : Kampung Padang Lalang
                      👉 Google Map

                      Dari HIG Hotel, hanya 500 meter sahaja. Kalau yang menginap di area Pekan Kuah, mungkin boleh tapaw sarapan pagi di sini. Kedai makan ni biasa-biasa je, tapi Mat Drat suka sebab ada pelbagai pilihan juadah dan harga tak mahal.



                      2. Nasi Dagang Pak Malau 

                      Bagi yang menggemar nasi dagang, boleh la ke sini. Jangan datang lewat sangat, nanti habis. Pernah viral dahulu, jadi memang sentiasa akan dikunjungi pelanggan Nasi Dagang Pak Malau ni.

                      Tempat di ramai peminatnya sebab lokasinya dan suasananya yang unik. Makan sambil mengadap sawah padi dan gunung. Cukup mendamaikan.

                      Waktu operasi sampai 2:00pm, tapi jangan lewat sangat. Kalau lewat, pilihan lauk dah tak banyak. Kalau weekend terutama school holiday,sebolehnya sampailah sebelum 11 am.

                      Waktu : 8:00am - 2:00 pmFacebook Page : Facebook Nasi Dagang Pak Malau

                      Lokasi :No 186, Jalan Makam Mahsuri,  Kampung Mawar 
                      👉 Google Map Nasi Dagang Pak Malau




                      Nasi Dagang Pak Malau Makan Sedap di Langkawi



                      Nasi Dagang Pak Malau Makan Sedap di Langkawi
                      Suasana di sini









                      Tengah Hari (Lunch)

                      Untuk tengah hari, Mat Drat lebih suka makan di kedai makan yang sajikan nasi campur.

                      2 cadangan Mat Drat


                      1. Nasi Campur Kak Yan  

                      Kalau nak makan nasi campur dengan pilihan lauk yang banyak, boleh la ke Kak Yan Nasi Campur. Lauk memang banyak dan kedai makan ni sentiasa menjadi pilihan pengunjung.


                      Boleh kata,setiap hari kedai makan ni akan dipenuhi pelanggan terutama jika cuti sekolah. Bukan pelanggan berkereta sahaja yang kesini, yang datang dengan bas juga makan di sini.

                      Jika ingin buat tempahan awal dan makan secara buffet dalam kumpulan besar, boleh hubungi tuan empunya kedai untuk tempahan.

                      Lokasi : Ulu Melaka

                      Map : 👉👉  Peta Google Map Kak Yan


                      Kak Yan Nasi Campur Tempat Makan Best di Langkawi



                      Kak Yan Nasi Campur Tempat Makan Best Langkawi


                      Kak Yan Nasi Campur Tempat Makan Best Langkawi



                      2. Pusat Perdagangan Kelana Mas 

                      Mat Drat dah lebih 2 kali rasanya makan di area Pusat Perdagangan Kelana Mas ni. Ada beberapa kedai makan di sini. Tak silap ada 2 kedai sebelah menyebelah yang sajikan makanan tengah hari dengan menu nasi campur.

                      Kalau yang menginap di area Pekan Kuah,  dan mencari tempat makan tengah hari boleh lah consider ke sini. Harga biasa-biasa. Mat Drat makan di Kedai Makan Kak Yah Seafood.

                      Kawasan perniagaan ni juga menjadi tempat tumpuan untuk makan malam, sesuai dengan bebrapa nama kedai yang menyajikan makanan seafood / masakan panas ala tomyam.

                      Cuma parking agak limited di sini.

                      Lokasi : Persiaran Mutiara 2
                      👉 Google Map





                      Minum Petang

                      1. Laksa Power Tepi Airport 

                      2. Laksa Ikan Sekoq 

                      Kalau mencari tempat untuk minum petang atau pun tempat makan sedap yang 'mesti' dikunjungi, Mat Drat cadangkan ke .....Laksa Power Tepi Airport atau pun ke Laksa Ikan Sekoq.

                      Tempat ni memang jadi tumpuan terutamanya sebelah petang. Sambil makan mengadap pantai dan layan sunset, pengunjung dan pelanggan juga akan di'hiburkan' dengan dendangan bunyi kapal terbang mendarat dan berlepas. Lokasi ni di sebelah runaway airport Langkawi.


                      Menu wajib sudah semestinya Laksa. Boleh juga rasa rojak pasembor di sini. Memang best.

                      Ada yang suka laksa di Laksa Power, dan ada yang suka Laksa Ikan Sekoq. Citarasa berbeza. Menu kedua-dua lebih kurang sama. Bukanlah gerai tetap, tetapi adalah gerai bergerak ala ala 'food truck' Mereka gunakan rori kecil.

                      Selain 2 gerai ni, ada juga lagi beberapa gerai lain. Bukan hanya ada gerai jual laksa sahaja.

                      Jika hujung minggu, mungkin perlu park kereta jauh sikit sebab nak dapat parking sedikit susah. Kita perlu park kereta di tepi jalan. Cuma di kawasanberhampiran Laksa Power ada kawasan yang agak luas sebab kedudukannya di hujung sekali.

                      Lokasi : 
                      Jalan Kuala Muda (Tepi Airport). 
                      Pandu perlahan, sebab kalau terlepas memang agak jauh untuk u-turn.

                      👉 Google Map Laksa Power Airport
                      👉 Google Map Laksa Ikan Sekoq

                      Boleh klik link google map di atas untuk lihat gambar-gambar dikongsi netizen dan juga review-review netizen.


                      Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi

                      Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi



                      Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi

                      Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi


                      Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi


                      Makan Malam ( Dinner )

                      Untuk makan malam, kebanyakkan tempat akan dipenuhi pengunjung seawal 7:30pm. Kalau datanh 8pm tu, kira perlu mencari tempat duduk dan mungkin perlu menunggu lama.

                      Jika menginap di Pantai Cenang, Mat Drat tak memilih sangat nak makan kat mana. Mana yang dekat dan kosong, situlah dituju sebab biasanya jika lambat akan penuh dan menunggu turn diserve memang lama.

                      Jadi di Pantai Cenang, tak ada restoran favourite Mat Drat. Kalau susah, fast food je tempat dituju (McD, Subway dll).

                      Mat Drat share 2 lokasi di area Pekan Kuah. Lebih kepada lokasi untuk makan-makan sambil melepak.



                      1. Tanjung Tirai  View Cafe  

                      Mat Drat suka 3 perkara mengenai cafe ni, 
                      - parking luas
                      - restoran luas
                      - view cantik 

                      Restoran ni agak besar, ada kalanya jika lewat tiba memang kena menunggu sedikit.  Waktu malam, memang agak ramai pelanggan datang ke sini.

                      Menu : Boleh la order masakan panas dan satey.

                      Lokasi : 
                      Komplek Jeti Pelancongan Kuah

                      👉 Google Map Tanjung Tirai View Cafe

                      2. Medan Selera Kompleks HIG  

                      Sebenarnya, Medan Selera Kompleks HIG ni bukan sahaja destinasi untuk makan malam, tapi juga untuk makan tengah hari dan minum petang.

                      Ada banyak gerai di dalam ni, dan kita boleh pilih mana yang memenuhi citarsa kita. Lokasinya yang terletak di hadapan Kompleks HIG, jadikan tempat ni sentiasa di penuhi pelanggan.

                      Mat Drat pernah beberapa kali makan di sini, makan tengah hari, minum petang (melepak) dan juga makan malam terutama sewaktu menginap di area Pekan Kuah.

                      Lokasi : 
                      Hadapan Kompleks HIG, Pekan Kuah
                      👉 Google Map Medan Selera Kompleks HIG

                      Antara gerai pilihan Mat Drat

                      a. Gerai Ahmad Pasembor Top Langkawi
                      Menu : Pasembor / Rojak

                      b. King Kong Fresh Mango Juice
                      Menu : Jus pior mangga

                      c. Sup Power
                      Menu : Sup Tulang

                      Tempat Makan Best di Langkawi Rojak Pasembor


                      Tempat Makan Best di Langkawi Jus Mangga





                      .............................................................................

                      TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI


                      2017 dulu, Mat Drat pernah share di 

                      👉 Tempat Menarik di Langkawi

                      Tak banyak tempat berubah, tak banyak info berbeza. Mungkin mengenai harga sahaja berbeza sedikit.

                      Untuk trip terbaru ni Mat Drat tak share lagi. Nanti ada kesempatan, Mat Drat update info dan gambar-gambar terbaru.

                      Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi jika ke Langkawi, Mat Drat senaraikan 15 di sini

                      1. Kereta Kabel Langkawi
                      2. Skybridge Langkawi (sekali dengan Cable Car)
                      3. 3D Art Langkawi
                      4. Underwater World Langkawi
                      5. Dataran Helang / Dataran Lang
                      6. Kota Mahsuri / Makam Mahsuri
                      7. KLIM Geopark / Mangrove Tour
                      8. Island Hoping - Tasik Dayang Bunting
                      9. Langkawi Wildlife Park / Bird Paradise
                      10. Pantai Cenang
                      11. Pantai Tanjung Rhu
                      12. Pantai Pasir Hitam
                      13. Gunung Raya
                      14. Laman Padi Langkawi
                      15. Kedai Bebas Cukai (HIG / Idaman Suri/ Rams dll)
                      Ada yang bertanya, apa aktiviti malam yang menarik di Langkawi. Bagi Mat Drat tak banyak aktiviti yang boleh dibuat pada waktu malam di Langkawi. Jika berminat berjalan di pasar malam, boleh ke pasar malam Langkawi untuk mencari juadah tempatan.

                      Mat Drat lebih suka malam di isi dengan aktiviti makan santai sambil berehat selepas penat seharian pusing Langkawi.





                      Tempat Menarik di Langkawi


                      Tempat Menarik di Langkawi  3D Muzium


                      Underwater World Langkawi Tempat Menarik di Langkawi

                      Underwater World Langkawi Tempat Menarik di Langkawi

                      Tempat Menarik di Langkawi - Dataran Helang Lang


                      Tempat Menarik di Langkawi Makam Mahsuri











                      .............................................................................

                      TEMPAT SHOPPING MURAH DI LANGKAWI


                      2017 dulu pun Mat Drat pernah share di 

                      👉 Tempat Shopping Murah di Langkawi

                      Tak banyak info berubah. Boleh baca di link di atas untuk gambaran bagi aktiviti menyopping di Langkawi. Harga-harga yang Mat Drat kongsikan di link di atas, mungkin banyak yangdah berubah.

                      Nanti Mat Drat update info di situ apa-apa info dan maklumat yang berbeza.

                      Boleh juga maca perkongsian di blog-blog lain untuk info dan maklumat terkini.




                      Tempat Shopping Di Langkawi - Tempat Murah


                      .............................................................................

                      ~Mat-Drat ~

                      Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

                      Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

                      17 comments:

                      1. Wah.. Laporan penuh macam ni sangat membantu. Ada perancangan nak ke sana inshaAllah tahun hadapan.. terima kasih atas perkongsian tuan..

                        ReplyDelete
                      2. Tu dia. Lengkap dan terperinci perkongsian ini. Mesti akan memberi manfaat pada yang first time nak ke Langkawi atau dah lama tak jengok Langkawi. Rawlins dan staff akan ke sana tengah bulan Disember kelak - yeah!!!

                        ReplyDelete
                      3. Sekali lagi saya kagum dengan penulisan tuan! Sangat jelas dan informasi yang padat! Dah lama saya tak pi langkawi. Last saya ke sana masa tahun 2010. Nampak gaya nak kena rancang untuk bercuti lagi nnti :)

                        ReplyDelete
                      4. Tq share info bro. Baru nk turun langkawi next week ni. Igt nak bawak kereta. Tapi kos naik feri saja dh 312. Boleh tahan. Better sewa kot lagi jimat kan

                        ReplyDelete
                      5. Lengkap semua maklumat buat mereka yang akan bercuti ke Langkawi. Saya sendiri dah lama tak pergi ke Langkawi. Tak tahulah bila lahi nak pergi.

                        ReplyDelete
                      6. uwuuu, dah lama zul mencari info dan tips percutian ke Langkawi, done bookmark nanti cuti nak pergi langkawi release stress kerja. Heheh untung juga ye bercuti sana sebab banyak tempat menarik dan cantik

                        ReplyDelete
                      7. lengkap sungguh tips dan panduan ni. terima kasih atas perkongsian. saya sendiri ada beberapa kali jugak ke langkawi. rasanya hampir setiap tahun kot.

                        ReplyDelete
                      8. Fuhh.. detail betul info dalam artikel tuan. Ni kalau sesiapa nak ke Langkawi boleh la rujuk kat sini. Saya sendiri pun dah lama tak ke Langkawi. InshaAllah ada rezeki nk repeat lagi ke sana

                        ReplyDelete
                      9. Lengkap dan mantap. Sis ni walau beberapa kali gak ke Langkawi tapi masih blur lagi dn byk tak tahu ttg langkawi ni..bab tiket le..kenderaan le dn mcm2 lagi, so boleh le jadikan tmpat ni sbg rujukan

                        ReplyDelete
                      10. Gigih baca tau sebab nak merancang cuti ke sana..lama betul tak pergi..hehee..Banyak tempat makan dan tempat emnarik ye..

                        ReplyDelete
                      11. Lama dah x mai langkawi. Rindunya. Mesti bnyk dah berubah. Nk beli coklat lg. Thanks for tips and info. huhuhu

                        ReplyDelete
                      12. Terkini dan lengkap dari mula nak ke langkawi sampailah ke aktiviti spjg di sana.

                        ReplyDelete
                      13. Terima kasih untuk info yg lengkap tp maaf la nk tanya klau duduk malibest resort nk parking kereta dkt mana sbb pihak malibest resort x ada sediakan parking khas kan.

                        So kena parking tepi jalan raya je ke?? 😅😅

                        ReplyDelete
                        Replies
                        1. last saya pergi hari tu, ada lot parking utk Malibest, tapi sgt limited. Kalau penuh, mmg kena park tepi jln la..

                          Delete
                        2. alahai risau nya nk park tepi jln je dh la kereta sewa. Kena cari tmpat lain la mcm ni.😁😁

                          Delete
                        3. insyaAllah okey kot situ. kwsan tu kan main road.

                          Delete

                      Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

                      Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.